Pencapaian Akademik Bagi Kursus Analisis Litar Dan Hubungannya Dengan Kursus Litar Eletrik Bagi Pelajar JKE,PMM SARIATI DALIB
POLITEKNIK MERLIMAU January 1, 2014
Pengenalan Jabatan Pengajian Politeknik(JPP) telah menetapkan beberapa Petunjuk Kejayaan Utama . Diantaranya ialah 85% graduat politeknik mendapat pekerjaan( termasuk melanjutkan pelajaran ) dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian. Kursus ini amat penting bagi pelajar berminat untuk menyambung pengajian ke tahap yang lebih tinggi dalam bidang eletrik juga penting dalam pekerjaan terutama melibatkan telekomunikasi dan computer. Bagi pelajar bidang kejuruteraan Eletrik , pemahaman yang jelas tentang litar eletrik dan kemampuan untuk mengunakan sesuatu teori seperti Laplace dan Fourier dalam menganalisa litar eletrik adalah penting. Justeru itu pelajar perlu mencapai keputusan yang baik bagi kursus Analisa Litar dan Litar Eletrik. Kursus Analisis Litar dan hubungan dengan Kursus Litar Eletrik Kursus Analisis Litar
adalah merupakan kursus wajib bagi pelajar program
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perhubungan). Sementara bagi pelajar program Diploma Kejuruteraan Elektrik, kursus ini adalah kursus elektif. Kursus Analisis Litar merupakan kursus Tahap 5 yang memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar dalam menyelesaikan masalah litar rangkaian elektrik arus ulangalik AC. Kursus ini juga menekankan penggunaan Teori Litar Asas Laplace Transform dan Fourier Series dalam litar arus ulangalik. Kursus Litar Eletrik adalah merupakan kursus pra-syarat bagi kursus ini. Pengetahuan dan pemahaman penggunaan hukum-hukum elektrik berserta asas pengiraan adalah elemen yang sangat penting dalam memastikan pelajar yang mengambil kursus Analisid Litar dapat menguasai kursus ini dengan lebih berkesan sekali gus memperoleh gred yang baik. Oleh yang demikian Bahagian Kurikulum Jabatan pengajian politeknik telah menetapkan bahawa pelajar
1
yang ingin mengambil kursus Analisis Litar adalah pelajar yang telah pun lulus kursus Litar Elerik. Kursus Litar Eletrik merupakan kursus Tahap 2 yang direka untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan litar elektrik. Ia menekankan prinsip bentuk gelombang arus AC, nombor kompleks dan analisis sinus keadaan steady-state. kursus ini juga meliputi penggunaan sistem tiga fasa dan peropersian pelbagai jenis alatubah Menurut
Salawati
(1998)
faktor
lain
yang
menyebabkan
kemerosotan
pencapaian pelajar adalah disebabkan oleh pencapaian awal, kemahiran asas, minat, sikap, motivasi dan kemahiran menyelesaikan masalah. Hasil pemerhatian menunjukkan bahwa pelajar merasakan kursus ini adalah pada aras yang sukar. Jumlah pelajar yang mencapai aras cemerlang amatlah sedikit iaitu hanya 1% yang mendapat Gred A bagi 4 kohot pelajar. Analisa pencapaian 4 sesi menunjukkan hanya seorang pelajar sahaja yang mendapat Gred A. Data keputusan peperiksaan bagi setiap sesi menunjukkan, ramai pelajar yang mencapai gred memuaskan. Memandangkan kursus Litar Eletrik adalah merupakan kursus Pra-syarat bagi kursus ini maka penyelidik berpendapat kemungkinan terdapat hubungan antara kedua-dua
kursus.
Pelajar yang lemah pencapaian dalam kursus Litar Eletrik kemungkinan akan gagal dalam Kursus Analisis Litar ataupun tidak mencapai gred cemerlang. Silibus bagi kursus Analisis Litar mengandungi tiga topik iaitu Network Analysis, Laplace Transform dan Fourier Series. Ketiga-tiga topik ini memerlukan penguasaan kepada konsep asas beberapa kursus yang telah diambil oleh pelajar sebelum mengambil kursus ini. Diantaranya ialah Kursus Litar Eletrik yang menjadi kursus Prasyarat bagi kursus ini.
2
Tajuk
ET201
EE602
Network
Pengenalan kepada voltan
Analisa litar menggunakan Kirchoff
analysis
dan arus AC, nombor
Voltage Law, Kirchoff Current Law,
kompleks, Analisis litar AC,
Norton, Thevenin dan Superposition
resonan , system 3 fasa dan
dalam litar AC. Penukaran ∆/Y dan
alatubah.
Y/∆ bagi alatubah.
Tiada
Menggunakan jadual dan formula
Laplace Transform
Jelmaan Laplace sesuai bagi menentukan persamaan dalam menyelesaikan masalah litar elektrik.
Fourier
Tiada
Menggunakan kaedah Fourier Siri
Series
dalam menyelesaikan dalam masalah litar elektrik. (AC)
Jadual 1 Perbandingan Silibus Kursus Analisis Litar dan Litar Eletrik. Dari jadual di atas menunjukkan bahawa pelajar mendapat pendedahan awal bagi
topik
1
Kursus
Analisis
Litar
menerusi
Kursus
Litar
Eletrik
.
Walaubagaimanapun topik –topik yang lain tidak diberi pendedahan . Pencapaian Akademik Pelajar bagi Kursus Analisis Litar Analisa Pencapaian akademik bagi kursus ini dibuat berdasarkan keputusan peperiksaan akhir bagi 4 sesi iaitu Sesi Jun 2012, Disember 2012, Jun 2013 dan Disember 2013 ,melibatkan 94 orang pelajar yang telah lulus Kursus Litar Eletrik. Jadual di bawah menunjukkan jumlah sampel pelajar bagi setiap sesi.
3
JUMLAH PELAJAR 94
JUN2012 DIS2012 JUN2013 DIS2013 (DET) (DET) (DEP) (DEP) 24
39
18
13
Jadual 1: Bilangan pelajar bagi setiap sesi Jadual 2 menunjukan pencapaian akademik pelajar bagi Kursus Analisa Litar bagi 4 sesi . Dari jadual tersebut didapati ramai pelajar mendapat gred yang rendah
iaitu C+/B- pada sesi Jun 2012 dan Dis 2012. Terdapat juga pelajar
yang gagal. Pencapaian akademik pelajar pada Sesi Jun 2013 menunjukkan prestasi yang agak baik dimana terdapat pengurangan jumlah pelajar yang mendapat gred yang rendah dan tiada pelajar yang gagal . Pointer 3.67 - 4 (A - , A) 3 - 3.33 (B , B+) 2.33 -2.67 (C+,B-) 2(C) <2 (GAGAL)
JUN2012
DIS 2012
JUN2013
DIS2013
4.2
2.6
11.1
15.4
25
7.8
44.4
23.1
50
46.2
27.8
30.8
8.3
35.9
16.7
23.1
12.5
7.7
0
7.7
Jadual 2: Pencapaian Akademik bagi Kursus Analisis Litar
Graf 2: Pencapaian Akademik bagi Kursus Analisis Litar
4
Sesi min
Jun2012 2.54
Dis 2012 2.29
Jun2013 2.85
Dis 2013 2.61
Jadual 3 : Min purata Pencapaian Akademik bagi Kursus Analisis Litar
Graf 3 : Analisis Min purata Pencapaian Akademik bagi Kursus Analisis Litar Jadual 4 dan Graf 4 menunjukkan min purata pencapaian akademik bagi Kursus Analisis Litar yang rendah bagi ke empat-empat sesi dan sesi Jun 2013 menunjukkan min yang paling tinggi. Ini berkemungkinan beberapa tindakan penambahbaikan telah dilaksanakan bagi memperbaiki tahap pencapaian pelajar. Cadangan Hasil dari perbandingan silibus dari kedua-dua kursus menunjukkan bahawa pendedahan awal yang diberikan adalah tidak menyeluruh di mana hanya satu topik sahaja yang berkaitan. Oleh yang demikian dicadangkan pihak kurikulum mengkaji semula keperluan menetapkan Kursus Litar Eletrik sebagai kursus pra syarat bagi Kursus Analisis Litar. Dicadangkan juga analisa pencapaian akademik bagi kursus ini dibuat secara terperinci dengan mengkaji pencapaian pelajar bagi setiap topik bagi mengenalpasti kelemahan pelajar yang paling ketara untuk menentukan tindakan penambahbaikan yang
5
bersesuaian dilaksanakan. Untuk melihat hubungan diantara Kursus Analisis Litar dan Kursus Litar Eletrik , dicadangkan untuk mengkaji pencapaian pelajar bagi topik satu iaitu
Network Analysis,
Kursus Analisis Litar dan membuat
perbandingan dengan pencapaian pelajar bagi Kursus Litar Eletrik. Ini adalah kerana terdapat persamaan kandungan silibus kedua-duanya. Kesimpulan Pencapaian Akademik pelajar Kursus Analisis Litar bagi 4 sesi didapati berada pada tahap rendah dan memerlukan tindakan penambahbaikan yang berkesan. Hasil dari perbandingan silibus menunjukkan kaitan yang sedikit antara kedua-dua kursus berkemungkinan pencapaian dalam Kursus Analisis Litar tidak dipengaruhi oleh Kursus Litar Eletrik. Penambahbaikan berkesan mungkin dapat dilakukan dengan membuat analisa pencapaian pelajar bagi setiap topik
. Pencapaian pelajar dinilai dalam Penilaian Kerja Kursus dan
Peperiksaan akhir. Dengan cara ini, kelemahan pelajar dapat dikenalpasti dan tindakan yang bersesuaian dapat dilaksanakan. Rujukan: Salawati Hamid, “Hubungan Minat, Sikap, Motivasi Dan Kemahiran Asas Dengan Pencapaian Pelajar Dalam Matematik. Latihan Ilmiah.” Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. 1998 Mohd Majid Konting , “Kaedah Penyelidikan Pendidikan.” Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur , 1994 R.Joobbani & S. N. Talukdar, “An Expert System For Understanding Expression From Electrical Circuit Analysis” Carnegei-Mellon University. Pittsburgh. 2009
6