My kids my memories

Page 1

MY KIDS MY MEMORIES

My Nina UMMI /2016

1


CERITA NINA NINA - sejak kecil kerap menangis. Salah sikit sahaja akan menangis. Menangis berpanjangan sampai semua orang merasa geram, marah dan bosan kecuali abah. Abah akan menghentikan tangisannya dengan cara abah- merasuah dia dengan memberikan RM1. Nina akan tersenyum dan berhenti tangis. Nina merasakan abah adalah her hero, orang yang terbaik dan memahami Nina.

UMMI /2016

2


CERMIN MATA NINA Semasa berumur 5 tahun, Nina dah pandai membaca. Pernah Nina menangis semasa berlumba-lumba membaca papan tanda bersama abang dan Dayah. Umi halang abang dan dayah membaca papan tanda berikutnya untuk memberi peluang Nina menang. Dari situ Umi dapat mengesan Nina menghadapi masalah rabun. Olehkerana umur Nina baru 5 tahun, Optometris kata umi perlu bawa Nina ke Hospital Besar. Berulang-alik beberapa kali ke hospital besar akhirnya dimaklumkan Nina tidak ada masalah urat saraf. Rabun itu adalah bersifat genetik. Tinggi jugak 'power' cermin mata Nina . Nina mula pakai cermin mata ke Tadika.

UMMI /2016

3


CERMIN MATA NINA Satu hari Nina nangis balik dari Tadika....cermin mata hilang disebabkan kawankawan pinjam. Mungkin cermin mata nina warna pink so ramai yang fikir cermin mata mainan.. Setelah dapat cermin mata baru , umi ke Tadika memaklumkan kepada guru dan kawan-kawannya. Nina tak dapat melihat dengan jelas tanpa cermin matanya supaya mereka faham , itu bukan cermin mata mainan. UMMI /2016

4


NINA KENA BULI Nina - sejak kecil lagi kurang keyakinan diri. Pernah dia dibuli oleh kawan sekolahnya dengan mencabut dan menyangkutkan tudungnya di pagar sekolah. Umi pergi kesekolah dan berjumpa dengan pelajar tersebut bertujuan untuk menghentikan perbuatan dia terhadap Nina.

UMMI /2016

5


DIROTAN Nina – semasa di sekolah rendah , sering dirotan oleh guru matemtik kerana lambat menyiapkan latihan matematik dalam tempoh tertentu. Olehkerana kesian dengan Nina, ummi copy soalan latihan tersebut dan membuat latihan tersebut bersama-sama Nina setiap hari. Makin hari makin bagus pencapaian Nina.

UMMI /2016

6


UPSR UPSR bermula, debaran ummi lebih hebat dari Nina. Hari pertama subjek Bahasa Melayu. Ada riak sedih. Rupanya dia menangis setelah selesai peperiksaan tersebut. Rasa tidak menjawab dengan baik. Subjek seterusnya adalah Matematik .Malam itu ummi meneman Nina. Dengan harapan dia dapat lebih fokus dan yakin untuk menghadapi peperiksaan esoknya. Alhamdulilah‌ UMMI /2016

7


KEPUTUSAN UPSR Malam sebelum keputusan keluar , ummi bawa Nina pergi makan malam , bertujuan nak tenangkan hatinya. Ummi: Na rasa boleh dapat berapa A? Nina : Tak tahulah.. Rasanya 1A je kot. Seingat ummi, selepas peperiksaan UPSR tempohari dia yakin boleh dapat 3A‌ Esoknya ‌ Macam biasa ummi selalu dapat tahu keputusan lebih awal dari anak-anak. Alhamdulilah‌ Nina berjaya mendapat 5A.. Ummi rasa bersyukur kerana Nina tidak kecewa.. UMMI /2016

8


SELEPAS UPSR 5A UPSR tak menjanjikan pelajar mendapat tawaran Sekolah Berasrama Penuh. Ummi mohonkan Nina MRSM tapi hampa. Bersangka baik dengan Allah.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.� UMMI /2016

9


NINA DI SEKOLAH MENENGAH 1 Ibubapa dijemput hadir ke sekolah untuk mengambil buku rekod anak-anak. Ummi pun hadir. Bila sampai giliran ummi berbincang dengan guru kelas Nina. Wah…. Bangganya ummi bila tengok kedudukan Nina dalam keseluruhan tingkatan 3… No 3 dari lebih 300 pelajar. Cikgu : Anak puan ni selalu tak buat homework terutama Sejarah. Ummi : Hah ! Cikgu: Anak puan ni selalu merayau-rayau dalam kawasan sekolah dengan kawan baiknya Aisyah semasa pertukaran guru subjek. Ummi : Hah ! Bapa pelajar lain : Cikgu komen negatif sahaja tentang anak puan ni tapi dia dapat kedudukan yang bagus. Cikgu : Sebab dia fokus di dalam kelas…. Ummi : Alhamdulilah… ..Nina.. Nina.. Nota: Aisyah - Kawan baik Nina seorang yang baik dan bijak. UMMI /2016

10


PENGURUSAN MASA Inilah kelemahan Nina yang paling ketara. Meletakkan kesalahan pada darah B+ yang diwarisinya adalah tidak tepat sama sekali sebab abah selalu bangun awal. Olehkerana selalu datang lewat ke sekolah , pengawal sekolah pun dah kenal.. Datang lewat semasa Ujian kemasukan MRSM yang paling membimbangkan ummi tetapi Alhamdulilah dia berjaya. Semuanya kerana Allah. Firman Allah dalam Surah An Nahl:40 Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: "kun (jadilah)", maka jadilah ia“.

UMMI /2016

11


MRSM Kegembiraan Nina diterima belajar di sini hanya sekejab. Rindu sangat dengan semua orang. Kena bangun awal, mandi beratur, selalu lambat, asyik kena denda, baju sekolah hilang, baju batik sekolah hilang‌dsb. Kawan-kawan semua baru, tak ada kawan baik.Rindu Aisyah Nak balik‌. Janji akan belajar sungguh2 jika umi keluarkan dari sekolah ni. UMMI /2016

12


MRSM Nina Ummi

: Kenapa ummi nak Nina sekolah kat sini? : Supaya Nina dapat belajar dengan orang2 yang cemerlang. Supaya Nina dapat nilai-nilai yang baik. Supaya Nina dapat peluang yang lebih baik. Nina : Tapi Nina rindu dengan semua orang.Ummi tentulah ok je sebab hanya Nina seorang yang tinggalkan ummi tapi Nina tinggalkan semua orang. Kat sini tak selesa ‌‌..dan mcm2 alasan lagi. Sacrifice is being willing to give up something good for something better. Alhamdulilah 2 tahun di MRSM, Nina semakin matang dan banyak peluang diperolehi.

UMMI /2016

13


INTI Masa berlalu‌..

UMMI /2016

14


UNL Budak yang selalu menangis ini sudah jauh berubah, lebih berkeyakinan, independen dan sekarang berada di sini.

Ummi berdoa Nina terus berjaya dalam pelajaran, kehidupan di dunia dan akhirat

UMMI /2016

15


All the best my dear

UMMI /2016

16


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.