1 minute read

POLISI PERSEKITARAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN

Next Article
INNKEEPERS ACT

INNKEEPERS ACT

Adalah menjadi polisi Shangri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu (TAH) untuk menyediakan kemudahan penginapan, makanan dan minuman dan perkhidmatan resort lain kepada semua pelanggan dengan memulihara sumber dengan cara yang terbaik, mengekalkan kesedaran tanggungjawab terhadap memelihara alam sekitar dengan konsisten dan meningkatkan keselamatan & kesihatan melalui program pengurusan sambil mengekalkan piawaian servis pelanggan yang tinggi dan memenuhi tanggungjawab sosial korporat.

Komitmen kami terhadap polisi ini melibatkan prinsip-prinsip berikut sebagai asas keselamatan, kesihatan dan persekitaran sistem pengurusan resort.

(i) Mematuhi perundangan SHE dan keperluan undang-undang yang lain sebagai prestasi piawaian minima dan memastikan semua pekerja mempunyai kesedaran terhadap keperluan ini.

(ii) Mengenal pasti bahaya, menilai dan mengawal risiko di tempat kerja dan aktivitiaktiviti resort secara berterusan dan konsisten.

(iii) Melindungi tempat kerja, peralatan, kemudahan dan mencegah kecederaan diri dan penyakit termasuk yang disebabkan oleh wabak penyakit bakteria atau virus yang menular

(iv) Komited meningkatkan prestasi persekitaran secara berterusan melalui pengurangan dan pencegahan pencemaran, pengurusan efektif bahan buangan, guna semula dan kitar semula.

(v) Mendidik pekerja dan orang yang bekerja untuk resort supaya lebih terdorong untuk bekerja dalam keadaan selamat di dalam hotel dan menghormati persekitaran serta terus menyertai aktiviti dan menolong organisasi untuk meningkatkan kualiti persekitaran.

(vi) Memantau keberkesanan sistem yang ada dan terus meningkatkan sistem pengurusan SHE.

(vii) Mengiktiraf tugas pekerja untuk mengenal pasti bahaya, serta menyokong dan mendorong pekerja untuk memainkan peranan aktif dalam mengenal pasti bahaya dan memberikan cadangan atau idea untuk meningkatkan program kesihatan dan keselamatan.

Bagi tujuan berkongsi hasrat ini, polisi dan dasar keselamatan, kesihatan dan persekitaran boleh didapati oleh pihak awam atas permintaan.

Yusuf Yaran Director of Operations

This article is from: