Bimbingan Menara Gading

Page 1

B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

BIMBINGAN MENARA GADING

1


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

Cetakan Pertama/First Printing 2020 ŠYayasan Al-Sultan Abdullah Diterbitkan di Malaysia/Published in Malaysia by Yayasan Al-Sultan Abdullah (Sebelum dikenali Yayasan Istana Abdulaziz) No. 2, jalan IM 8/7, Taman Mahkota Putra, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.

ISBN: Hak Cipta Terpelihara Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Yayasan Al-Sultan Abdullah. All rights reserved No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical including photocopy, recording, or any information storage and retrieval system, without permission in writing from the Yayasan Al-Sultan Abdullah. Diatur huruf di Malaysia oleh / Typesetting in Malaysia by MASSA CREATIVE ENTERPRISE No. 22-2, Second Floor, Jalan Reko Sentral 4, 43000 Kajang, Selangor.

Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by

2


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

KANDUNGAN TITAH ALUAN KDYMM RAJA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

00

ASPIRASI PENDIDIKAN KDYMM RAJA PERMAISURI AGONG KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj

00

SEKSYEN 1: INTERVENSI HOLISTIK Akademi Menara Gading-YASA

00

Prof. Dato’ Dr. Abdul Razaq Ahmad

Kepelbagaian Intervensi Untuk Kecemerlangan Prof. Madya Dr. Mohd Mahzan Awang

00

Pembelajaran bersama Rakan Sebaya (Peeragogy) Akademi Menara Gading Prof. Madya Dr. Jalaluddin Abdul Malek

00

Intervensi dan Kemahiran Motivasi Kendiri Datin Dr. Anisa Saleha M. Nunuh Saleh

00

AMG: Dari Lanchang ke Jepun Dr. Rozan Mohamad Yunus

00

Melakar Kecemerlangan SPM di Akademi Menara Gading Megat Aiman Fatihin Megat Abdul Aziz

00

3


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

SEKSYEN 2: NILAI, KEPERIBADIAN DAN PENDIDIKAN Membina Nilai dan Jati Diri Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak

000

Kepimpinan Pelajar Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman

000

Mendepani Era Revolusi Industri Ke-4 000 Prof. Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin & TS. Dr. Muhammad Helmi Norman Pembinaan Sahsiah dan Pekerti Mulia Dato’ Dr. Qasim Ahmad

000

Kecemerlangan Holistik Pelajar Generasi Z Prof. Dr. Fariza Md Sham & Dr. Siti Jamiah Abdul Jalil

000

SEKSYEN 3: MOTIVASI KEJAYAAN Bagaimana Menyerlahkan Potensi Diri Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

000

Persediaan Membina Kerjaya Masa Depan Prof. Dr. Mohd Yahya Mohamed Ariffin

000

Kerangka Minda Pelajar Cemerlang Dr. Ramli Saadon & Prof Madya Dr. Khairy Ariffin

000

Menguasai Bahasa Inggeris Dengan Cepat Dr. Harwati Hashim

000

Belajar dan Daya Tahan Akademik Prof. Madya Dr. Nor Aniza Ahmad

000

Disiplin dan Sikap Orang yang Berjaya Prof. Madya Dr. Sayuti Ab Ghani

000

Jangan Putus Asa: Kejayaan Milik Anda Dr. Mat Rahimi Yusof

000

4


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

Titah Aluan Diraja KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah D.K.P., D.K.M., D.K., D.M.N., S.S.A.P., S.I.M.P., D.K. (Terangganu), D.K. (Johor), S.P.M.J., P.A.T. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT dan Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, Akademi Menara Gading (AMG) telah dapat dilaksana dengan jayanya semenjak tahun 1999 sehingga sekarang. AMG dianjurkan oleh Yayasan AlSultan Abdullah (YASA) yang dulunya dikenali sebagai Yayasan Istana Abdulaziz dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia. Alhamdulillah, kini Akademi Menara Gading telah berusia lebih dua 5


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

dekad dan menjayakan 10 kohort. AMG bertujuan memberi bimbingan secara berterusan kepada pelajar-pelajar miskin dan kurang bernasib baik dari Negeri Pahang. Akademi Menara Gading berteraskan kepada 12 modul kem utama yang dilaksanakan secara bersepadu dalam tempoh dua tahun. Hasil daripada program ini, seramai 1005 orang peserta telah berjaya menjejakkan kaki ke universiti dalam pelbagai bidang pengkhususan. Sebahagian daripada mereka telah pun bekerja di sektor awam dan juga bidang profesional. Kejayaan program ini diteruskan dengan penubuhan alumni yang sama-sama dapat menyumbang kepada aktiviti kebajikan dan khidmat masyarakat. Dalam bidang penerbitan telah menghasilkan lapan buah buku bermatlamat untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang pendidikan dalam kalangan masyarakat. Antaranya, Bimbingan Menara Gading, Buku dan Pendidikan, Perjuangan ke Puncak dan Mahasiswa Abad 21. Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada pelbagai pihak yang bersama-sama menyumbang kepada program ini. Diharapkan usaha murni Akademi Menara Gading dan program lain seumpamanya dapat diteruskan yang melibatkan pelbagai pihak bagi memberi peluang pelajar kurang bernasib baik untuk cemerlang dalam pendidikan seterusnya, menjejakkan kaki ke menara gading bagi membina kerjaya yang berupaya meningkatkan taraf hidup keluarga serta menyumbang kembali kepada masyarakat, agama dan negara. Saya merakamkan ucapan terima kasih serta setinggi-tinggi penghargaan kepada para penggerak Akademi ini dan para penulis sehingga terhasilnya buku Bimbingan Menara Gading (Edisi Khas) kali ini. Sesungguhnya, amat besar sumbangan yang dicurahkan dalam bentuk ilmu pengetahuan semata-mata untuk membantu anak-anak bangsa mencapai kejayaan dalam akademik, sahsiah dan kemahiran insaniah sebagai panduan untuk pembinaan kerjaya mereka yang lebih cemerlang pada masa depan. Saya mendoakan agar Akademik ini dilaksanakan dengan cemerlang, lestari dan berterusan pada masa akan datang demi membantu lebih ramai pelajar miskin dan kurang bernasib baik berjaya terutama dalam bidang akademik ke arah pembinaan kerjaya masingmasing yang lebih cemerlang.

6


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum wbt. Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Penaung Diraja, AMG-YASA

7



B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

Aspirasi Pendidikan KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj D.K., D.M.N., S.S.A.P., S.I.M.P., D.K., (Johor), S.P.M.J., D.K.(Brunei) Assalamualaikum Wbt. Saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya saya dapat meluangkan waktu untuk membuat coretan dalam buku ini tentang sedikit sebanyak kisah hidup saya serta aspirasi saya dalam pendidikan. Coretan ini adalah satu perkongsian kepada rakyat jelata agar dapat dijadikan inspirasi dan dorongan untuk terus memacu kejayaan besama demi kelestarian kedaulatan negara tercinta. 9


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

BIODATA RINGKAS Saya dilahirkan pada Hari Jumaat, 5 Ogos 1960 Masihi, bersamaan dengan 11 Safar 1380 Hijrah, di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru, Johor. Saya ialah Puteri yang ketiga kepada Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Johor. Soalan 1: Mohon Tuanku Tuanku Permaisuri berkongsi kisah adik-beradik zaman kanak-kanak.

Soalan 2: Apakah nasihat ayahanda dan bonda Tuanku Permaisuri diingati sehingga kini?

10


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

PERKAHWINAN DAN ALAM RUMAH TANGGA Saya diijabkabul dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada bulan Mac 1986. Kami dikurniakan 4 orang putera dan dua orang puteri iaitu Tengku Panglima Raja Lt. Kol Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah; Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah; Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah, dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah. Soalan 3: Mohon Tuanku Permaisuri berkongsi pengalaman dalam membesarkan putera-puteri Tuanku?

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Taman Kanak-kanak Tunku Ampuan Mariam, Johor Bahru. Seterusnya, saya bersekolah di Sekolah Perempuan Rendah Sultan Ibrahim, Johor Bahru, dan melanjutkan pendidikannya ke peringkat menengah di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru.

11


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

Soalan 4: Bagaimana latar belakang pendidikan Tuanku Tuanku Permaisuri?

MEMORI TERINDAH ZAMAN PERSEKOLAHAN Soalan 5: Mohon Tuanku berkongsi cerita menarik tentang kisah serta pengalaman zaman sekolah.

12


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

ASPIRASI DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK Saya akui bahawa mendidik anak-anak memang mencabar dan ibu bapa perlu mempunyai kemahiran keibubapaan yang baik. Dalam dunia hari ini, banyak pengaruh kepada anak-anak. Ibu bapa dan guru memang meletakkan harapan yang tinggi kepada anak-anak. Namun, saya berharap agar ibu bapa dan guru perlu bijaksana dalam mengimbangi harapan dan keupayaan anak-anak, maka janganlah menekan anakanak secara keterlaluan dalam perihal pelajaran. Saya bimbang cara itu boleh memberi kesan psikologi kepada anak tersebut. Ibu bapa dan guru perlu bijak mengimbangi dalam pendidikan anak-anak kerana ia akan menyebabkan anak mengalami tekanan atau depresi sehingga membawa kepada kejadian lebih buruk. Anak-anak akan melalui zaman kanak-kanaknya sekali sahaja. Ada masanya mereka perlu diberikan masa untuk bermain dan menikmati masa gembira, dengan pengawasan daripada ibu bapa dan dibantu oleh guru. Anak-anak pada usia kecil perlu ada ruang waktu untuk bermain supaya bila sudah dewasa, anakanak mempunyai kenangan indah dalam kehidupan selain daripada pengalaman waktu belajar semata-mata. Ketika saya kecil, apabila terlalu banyak kerja sekolah dibawa pulang, ayahanda bertanya bila waktunya hendak meluangkan masa berbual-bual dengan beliau. Saya sedar bahawa ibu bapa kini banyak yang bekerjaya dan sibuk dengan pelbagai urusan. Namun, ibu bapa perlu sentiasa memantau pergerakan anak dan mengambil tahu rakan terdekat anak supaya mereka tidak berasa tersisih yang menyebabkan anak-anak membawa haluan sendiri tanpa bimbingan. Pada zaman sekarang, anak-anak berinteraksi menerusi media sosial maka, ibu bapa perlu mengawasi penggunaan media sosial anak-anak masing-masing. Walaupun anak saya bermain Twitter dan Instagram, saya tetap pantau mereka. Mereka pun kadang-kadang beritahu saya ada orang kacau (di laman sosial) dan saya beritahu agar menyekat orang tersebut. Anak-anak kena faham supaya jangan mudah terpengaruh dengan orang dalam Internet. Itu juga adalah peranan ibu bapa dan guru supaya mereka tahu ada unsur bahaya dalam laman sosial seperti ini.

13


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

ASPIRASI TERHADAP BAHASA IBUNDA, TULISAN JAWI DAN BAHASA INGGERIS Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda dan ia merupakan bahasa rasmi negara kita. Kuasailah bahasa rasmi ini sebaik mungkin. Saya sendiri merasa malu jikalau tersilap dalam bahasa Melayu, namun jika saya silap dalam penggunaan bahasa Inggeris saya tak malu sebab ia bukan bahasa ibunda. Jadi, kepada rakyat Malaysia jangan malu untuk menggunakan bahasa Inggeris biarpun ada kesilapan kerana ia merupakan proses belajar. Lagi pun kita bukan penutur jati bahasa Inggeris, maka belajarlah sebaik mungkin. Kuasailah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Soalan 6: Apakah nasihat Tuanku tentang penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta bahasa asing dalam kalangan pelajar?

Saya sayang kepada tradisi dan nilai-nilai budaya kita. Tulisan Jawi adalah khazanah kita yang diwarisi daripada perjuangan pendidikan nenek-moyang kita. Saya mempunyai minat yang mendalam dalam tulisan jawi. Saya tidak pergi sekolah agama di Johor tetapi kerana minat kepada jawi saya belajar sendiri dengan membaca surat khabar Utusan Melayu. Walaupun saya pandai baca jawi tetapi saya tidak lancar menulis jawi dan kini masih belajar menulis jawi.

14


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

ASPIRASI TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan amat penting dalam menentukan kemajuan negara. Saya selama ini menyangka pendidikan wajib ialah sehingga Tingkatan Lima. Hari ini baru saya dapat tahu ia hanya wajib hingga Tahun Enam. Jadi, saya ingin mengesyorkan kepada kerajaan Malaysia supaya semua rakyat Malaysia diwajibkan bersekolah sehingga Tingkatan Lima, bagi membasmi kemiskinan dan menghentikan perkahwinan kanak-kanak. Soalan 7: Apakah harapan Tuanku Permaisuri terhadap sistem dan budaya pendidikan rendah dan menengah di Malaysia?

Saya telah dilantik sebagai Ketua Perlembagaan (Canselor) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang kedua mengantikan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, yang pertama memegang jawatan itu sejak penubuhan universiti tersebut pada 1983. Saya amat tersentuh dan bersyukur untuk meneruskan legasi Almarhum Paduka Ayahanda yang, sebagaimana anda semua tahu adalah Ketua Perlembagaan UIAM selama 35 tahun. UIAM amat dekat dengan hati saya, sejak Almarhum Paduka Ayahanda memegang jawatan itu, saya telah mengikuti dengan dekat perkembangan dan kemajuan universiti unik dan istimewa ini - Taman Ilmu dan Akhlak. Saya berharap agar semua mahahasiswa perlu menjadi duta integrasi, duta pengantarabangsaan dan cemerlang dalam banyak bidang. Kita kini menempuh pelbagai cabaran termasuk sosial, budaya, politik, ekonomi, kerohanian dan ketamadunan. Justeru, universiti perlu membekalkan ilmu kepada 15


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

graduan untuk menghadapi cabaran berkenaan, selain mereka perlu menggunakan kebijaksanaan masing-masing. Saya sering mendoakan agar para mahasiswa beristiqamah dan teguh berintergriti dalam membuat pilihan serta mempunyai keberanian mengajak masyarakat bersama-sama mencapai citra murni. Gunakan ilmu yang dibekalkan universiti untuk menjadikan dunia ini lebih baik. Syarat untuk menjadi ummah terbaik menuntut anda menjadi lebih bijaksana, mempunyai kepercayaan teguh, keberanian dan kegigihan. Soalan 8: Harapan Tuanku Permaisuri terhadap pendidikan tinggi di Malaysia?

ASPIRASI TERHADAP NGO UNTUK KESEJAHTERAAN KOMUNITI Saya melihat bahawa Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Malaysia begitu aktif membantu komuniti istimewa yang memerlukan pelbagai bentuk bantuan. Sebagai Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia, banyak aktiviti yang boleh dijayakan untuk memastikan golongan yang memerlukan sokongan dapat diberikan bantuan. Orang kurang upaya, orang-orang tua, kanak-kanak, ibu mengandung dan sebagainya memerlukan sokongan dan bantuan kita. Begitu juga dengan wanita yang sukar untuk mendapat cahaya mata. Semakin moden gaya hidup hari ini, pasangan berisiko mengalami ketidaksuburan sekali gus mengakibatkan kesukaran untuk hamil. Saya satu-satunya Permaisuri 16


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

di dunia yang mempunyai empat cahaya mata hasil rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF). Saya tidak malu katakan kepada seluruh dunia bahawa saya juga mengalami masalah dan kesukaran menimang cahaya mata. Usaha ini mengambil masa lebih sembilan tahun. Saya memahami bagaimana rasanya apabila anda tidak mempunyai anak, wanita dipersalahkan. Tetapi dengan tepat keadaan itu disebabkan oleh kesaksamaan jantina, lelaki juga perlu dipersalahkan. Masalah (kehamilan) 50 peratus disumbangkan lelaki dan selebihnya pula wanita. Pada kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pakar kesuburan di seluruh dunia kerana memperkenalkan teknologi itu sekali gus memberi peluang baginda mendapatkan zuriat. Saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana permintaan dan doa saya didengari dengan bantuan teknologi IVF, Ketika menjalani rawatan berkenaan peratusan kejayaan hanya 20 peratus saja. Yakin kepada keajaiban Allah dan sains yang memberi harapan saya menimang cahaya mata. Justeru, saya sering membantu wanita yang berhadapan dengan situasi ini kerana saya tahu kos rawatan IVF adalah tinggi dan saya juga tahu bagaimana perasaan pasangan. Sebab itu saya menubuhkan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) pada tahun 2004. TAFF bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan zuriat dan sehingga kini telah ramai ditaja kos rawatan menjalani rawatan di Alpha IVF menerusi dana TAFF.

HARAPAN KEPADA GENERASI BARU Soalan 9: Apakah harapan Tuanku Permaisuri kepada generasi baru hari ini?

17


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

AKADEMI MENARA GADING – YASA Soalan 10: Akademi Menara Gading telah mencapai usia lebih 20 tahun pengendaliannya. Kini terdapat lebih 1000 graduan daripada latar belakang daif pelbagai etnik dari negeri Pahang telah berjaya dalam pendidikan dan membina kerjaya yang hebat di Malaysia dan luar negara. AMG adalah inspirasi bersama KDYMM Tuanku Al-Sultan Abdullah dan Tuanku Permaisuri.

Boleh Tuanku Permaisuri berkongsi pandangan mengenai Akademi Menara Gading serta harapan tentang program ini untuk membangunkan remaja?

18


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

NASIHAT UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN Soalan 11: Mohon Tuanku memberi tips dan nasihat kepada kami semua dan juga para pelajar untuk berjaya dalam apa jua lapangan?

PENUTUP Saya berharap agar dengan coretan ini dapatlah dijadikan inspirasi kepada para pembaca untuk sentiasa berusaha bagi memastikan kejayaan dalam hidup. Perkongsian ini juga adalah satu cara untuk meningkatkan motivasi semua kerana dalam kehidupan ini senantiasa ada cabaran. Yang penting, perlu sentiasa berusaha dengan cara yang bijaksana dan bertakwa atas segala usaha yang kita telah curahkan. Manfaatkanlah segala maklumat dan ilmu daripada buku ini. Selamat maju jaya. Sekian, wassalamualaikum warrahmatullahi wabarokatuh.

19


B I MB I NGAN

ME NAR A

20

G A D I N G


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

• SEKSYEN 1 •

INTERVENSI HOLISTIK

21


B I MB I NGAN

ME NAR A

22

G A D I N G


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

Akademi Menara Gading – YASA Prof Dato’ Dr Abdul Razaq Ahmad Universiti Kebangsaan Malaysia

PENGENALAN Program Akademi Menara Gading ini dinaungi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj. Akademi Menara Gading merupakan suatu program intervensi jangka panjang yang menggunakan pendekatan Multiple Integrated-Intervention Module (MIIM-AMG). Ianya telah dilaksanakan oleh Yayasan Al-Sultan Abudullah (YASA) yang dulunya dikenali sebagai Yayasan Istana Abdul Aziz (YIA). Program ini dilaksanakan sejak tahun 1999 hingga kini hampir kepada dua dekad merangkumi 10 kohort. Program ini juga dijalankan dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia 23


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

(UKM). Pengurusan AMG dengan rendah hati menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berdua yang sentiasa menyokong daripada segi idea dan kewangan setiap aktiviti yang dilaksanakan. Sesungguhnya, Tuanku berdua meletakkan harapan tinggi kepada AMG untuk membantu dan mengangkat taraf hidup anak-anak daripada keluarga yang kurang bernasib baik di Negeri Pahang melalui program kecemerlangan akademik dansahsiah diri yang sistematik ini.

MATLAMAT PROGRAM AMG Matlamat program ini adalah untuk melahirkan seorang graduan dari keluarga miskin dan anak yatim serta murid Orang Asli di Negeri Pahang. Selain daripada itu, AMG mengharapkan peserta-peserta program ini akan dapat membantu keluarga mereka keluar daripada belenggu kemiskinan

OBJEKTIF AMG Objektif utama AMG untuk memastikan peserta-peserta yang terdiri daripada pelajar kurang bernasib baik, anak yatim dan murid Orang Asli yang mengikuti program ini dapat mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seterusnya dapat menjejakkan kaki ke menara gading, dalam atau luar negara. Untuk mencapai matlamat tersebut, berikut merupakan pengisian program tersebut: i. Menyediakan program berasaskan “Multiple Integrated Intervension Modules” yang dilaksanakan secara komprehensif dan jangka panjang. ii. Meningkatkan motivasi dan kepelbagaian kemahiran belajar secara berterusan kepada semua peserta. iii. Melatih kemahiran “soft skills” melibatkan motivasi, kemahiran berfikir, kemahiran sosial, kemahiran komunikasi, kemahiran kepimpinan serta sahsiah diri. iv. Menerapkan nilai-nilai keagamaan dan patriotisme kepada semua peserta.

24


A K A D E M I M E N A R A G A D I N G – YA S A

v. Melatih kepimpinan, komunikasi dan team building kepada semua peserta kearah kecemerlangan secara holistik. vi. Memberi pengalaman kepada pelajar-pelajar sekolah melalui program mobiliti dalam dan luar negara. vii. Melatih kemahiran keibubapaan kepada ibu bapa peserta bagi membantu mencapai kecemerlangan anak masing-masing.

PEMILIHAN PESERTA AMG Peserta-peserta program ini dipilih daripada kalangan pelajar tingkatan empat yang bermastautin di Negeri Pahang, dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri dan sekolah-sekolah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri. Sebelum berjaya dipilih, calon-calon akan melalui proses temu duga dan perlu mengikuti kem pemilihan bagi memastikan mereka calon yang tepat dan memenuhi kategori pelajar miskin, anak yatim dan murid Orang Asli. Proses saringan yang ketat dilakukan memandangkan jumlah tempat untuk program ini adalah terhad. Namun, bilangannya tidak sama setiap tahun tetapi mengikut keperluan dan keupayaan calon bagi setiap kohort.

JUSTIFIKASI PROGRAM INTERVENSI AMG Program Intervensi ialah satu program bagi membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan sokongan kepada pelajar-pelajar yang lemah dalam perkembangan fizikal atau mental dan seterusnya akan mempengaruhi pembelajaran mereka. Perkhidmatan atau program intervensi awal yang disediakan adalah untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar dan keluarga yang berkeperluan khas dalam lima bidang perkembangan, iaitu perkembangan fizikal, kognitif, komunikasi, sosial dan emosi dan adaptasi (Sandler et.al, 2001) melalui pelbagai terapi atau perkhidmatan, seperti terapi cara kerja, terapi fisio, terapi pertuturan dan khidmat sokongan untuk keluarga (Addison, 2003).

MODUS OPERANDI AMG Pendekatan modus operandi Akademi Menara Gading adalah berdasarkan 12 modul kem yang dijalankan secara berterusan dan sistematik dalam 25


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

tempoh 2 tahun. Di mana para peserta yang dipilih dari Tingkatan 4 dibimbing secara berterusan hingga ke Tingkatan 5 bagi memastikan mereka cemerlang khusunya dalam Sijil Pelajaran Malaysia dan sahsiah diri untuk memastikan peserta-peserta ini layak menjejakkan kaki ke universiti atau institusi pengajian tinggi (IPT).

MODEL MULTIPLE INTEGRATED-INTERVENTION MODULE (MIIM) – AKADEMI MENARA GADING (AMG) [MIIM-AMG] Pengurusan dan ahli akademik AMG telah berjaya membina satu model yang dinamakan “Multiple Integrated-Intervention Module” untuk membimbing peserta-peserta sehingga mencapai keputusan cemerlang dalam SPM. Berdasarkan Rajah 2.1, Model Multiple Integrated-Intervention Module (MIIM)-Akademi Menara Gading (AMG) (MIIM-AMG) merupakan satu pendekatan jangka panjang dan sistematik yang dilaksanakan dalam tempoh dua tahun bermula daripada tingkatan empat hingga ke tingkatan lima. Model dan program ini dijalankan secara bersepadu bagi memastikan semua peserta yang mengikuti program ini cemerlang secara holistik. Pendekatan dilaksanakan dalam dua bentuk komponen utama iaitu komponen berdasarkan “camp-based” dan juga “learning centerbased”. Sebanyak 10 modul berdasarkan “camp-based” dilaksanakan bagi meningkatkan motivasi kemahiran “soft-skills” dan kreativiti belajar, disiplin diri serta kepimpinan. Ianya dilaksanakan dalam tempoh tiga hingga tujuh hari bagi setiap kem dan dilaksanakan di pelbagai tempat dan lokasi seperti universiti, sekolah berasrama penuh, pusat latihan serta kem tentera. Antara kem-kem yang terlibat dalam KOMPONEN UTAMA (Camp-based) ini Kem 1: Potensi Diri dan Pemilihan Peserta; Kem 3: English Camp; Kem 5: Interpersonal dan Soft-Skills; Kem 6: Fizikal dan Pengurusan Masa; Kem 7: Mobiliti Pelajar; Kem 8: Kemahiran Belajar; Komunikasi dan Kepimpinan; Kem 9: Kecemerlangan Milik Bersama MRSM dan SBP; Kem 10: Analisis Skor ‘A’; Kem 11: Psikologi Peperiksaan dan Latih Tubi; dan Kem 12: Pemilihan Kerjaya dan IPT. Keseluruhan komponen ini menggunakan pelbagai pendekatan modul yang melibatkan kepelbagaian lokasi, kemahiran, penceramah dan juga inovasi bagi memberi pendedahan dan latihan kepada para peserta daripada segi akademik dan sahsiah ke arah kecemerlangan pelajar secara holistik. 26


A K A D E M I M E N A R A G A D I N G – YA S A

Rajah 1.1 Multiple Integrated-Intervention Module-AMG

Bagi komponen berdasarkan ‘Learning Center-Based’ yang dijalankan di Learning Center AMG yang mempunyai kemudahan pembelajaran yang sistematik adalah melibatkan dua kem iaitu Kem 2: Komprehensif Akademik dan Kem 4: Keibubapaan dan Kerohaniaan. Kedua-dua kem ini akan dijalankan dari semasa ke semasa di Learning Center AMG setiap hujung minggu dan cuti persekolahan. Kem 2: Komprehensif Akademik akan melibatkan semua mata pelajaran kritikal yang dikendalikan oleh guru-guru pakar yang terpilih bagi setiap mata pelajaran. Setiap mata pelajaran akan ada 15 pertemuan secara komprehensif dan setiap pertemuan mengambil masa lapan jam iaitu 8 pagi hingga 5 petang yang dilaksanakan di Learning Center AMG Kuantan. Bagi Kem 4: Keibubapaan dan Kerohaniaan pula, diadakan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian masa dan keperluan. Program ini telah terbukti keberkesanannya bagi meningkatkan pencapaian akademik serta penglibatan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan pelajar AMG. 27


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

PENCAPAIAN PROGRAM AKADEMI MENARA GADING/ MIIM-AMG Sejak program MIIM-AMG dilaksanakan pada tahun 1999, 10 kohort berjaya dilaksanakan sementara 120 peserta bagi kohort ke-11 sesi 2020/2022 sedang mengikuti program ini. Peribahasa melayu mengatakan, “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya�. Pepatah ini sangat bertepatan dengan program AMG. Hasilnya, sebanyak 1005 peserta telah berjaya memasuki universiti dan IPT dalam dan luar negara dengan mengikuti pelbagai kursus. Ramai yang telah bekerja di sektor awam dan swasta khususnya dalam bidang profesional selain keusahawanan. Antaranya, perubatan, perakaunan, perundangan, kejuruteraan, pengurusan dan pentadbiran, pendidikan dan kemasyarakatan. Kejayaan ini boleh dilihat seperti yang dipaparkan dalam Jadual 1.1, Rajah 1.1 dan Rajah 1.2. Jadual 1.1 Pencapaian Peserta AMG ke Menara Gading Mengikut Kohort Peserta-peserta Akademi Menara Gading mengikut Kohort

Sesi

Bilangan Peserta Peratusan Kohort I - X

Kohort 1

Temerloh, Jerantut dan Bera

1999-2001

63

98 %

Kohort 2

Rompin, Pekan dan Kuantan

2001-2003

75

100 %

Kohort 3

Kuala Lipis, Raub dan Bentong

2003-2005

81

100 %

Kohort 4

Kuantan dan Pekan

2006-2008

75

100 %

Kohort 5

Kuantan dan Pekan

2008-2010

76

100 %

Kohort 6

Kuantan, Pekan, Temerloh dan Balok

2010-2012

165

100 %

Kohort 7

Kuantan dan Pekan

2012-2014

140

100 %

Kohort 8

Kuantan dan Pekan

2014-2016

120

100 %

Kohort 9

Kuantan, Pekan dan Temerloh

2016-2018

100

100 %

Kohort 10

Kuantan dan Pekan

2018-2020

120

100 %

Jumlah Keseluruhan yang Berjaya ke IPT Sumber: Data Analisis SPM AMG Kohort IX sesi 2016/2018 28

1005 Peserta


A K A D E M I M E N A R A G A D I N G – YA S A

UM Luar negara UP NM

U PM UK M

Lain- lain IPTA/S

U MS UiTM

UIA U niKL USM

UMP

USI M UUM

U MT

UniS ZA

Politeknik/ Kolej Profesional Mara

Rajah 1.1 Taburan Kejayaan Peserta AMG ke Institusi Pengajian Tinggi

Rajah 1.1 Taburan Kejayaan Peserta AMG Kohort I-VI 29


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

Jadual 2.1 menerangkan pencapaian pelajar peserta AMG mengikut Kohort 1 hingga Kohort 10. Kohort yang dilaksanakan adalah berbeza jumlahnya mengikut tahun tertentu. Pencapaian adalah berdasarkan keputusan SPM di mana sebahagiannya mengikut program diploma dan matrikulasi yang dikategorikan sebagai pelajar-pelajar yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Data yang diperolehi adalah berdasarkan pelajar-pelajar yang mengikuti keseluruhan program AMG selama tempoh dua tahun.

PENERBITAN DAN PENYELIDIKAN Selain program intervensi peserta-peserta, Pengurusan AMG telah menggerakkan aktiviti penulisan dan penerbitan buku-buku bacaan dan rujukan khususnya untuk generasi pelajar sekolah dan IPT. Bermula dengan buku Bimbingan Menara Gading yang diterbitkan pada tahun 2000, AMG terus aktif menerbitkan beberapa buah antaranya, Mahasiswa Abad 21 (2005), Buku dan Pendidikan (2005), Ke arah Penghayatan Membaca (2005), Sejarah dan Pendidikan Sejarah (2007), Manual Belajar Bestari dan Efektif; Tips Menara Gading (2009), Perjuangan ke Puncak (2011) dan Pembangunan Pendidikan Orang Asli di Malaysia (2019). Bagi mempelbagaikan aktiviti AMG, penyelidikan juga dijalankan dari semasa ke semasa oleh ahli-ahli akademik UKM yang dilantik oleh AMG. Antaranya, Kesan Modul Akademi Menara Gading Terhadap Pembangunan Personalisasi Pelajar, Kemahiran Komunikasi dan Penampilan Diri dan Motivasi Akademik dan Peraturan Diri dalam Kalangan Pelajar Akademi Menara Gading. Dapatan daripada kajian tersebut telah dapat memperbaiki dan memperkukuhkan program AMG, seterusnya memberi manfaat kepada peserta.

PROGRAM INTERVENSI AMG Program intervensi perlu dilakukan bagi meningkatkan pelbagai bentuk kemahiran iaitu kemahiran mengubah sikap dan kemahiran “soft skills� yang menjurus kepada komunikasi, kepimpinan, interaksi, dan juga kemahiran yang berteraskan kepada pemikiran kreatif dan inovatif. Selain daripada itu, dalam program AMG ini menerapkan nilai-nilai kerohanian, patriotisme dan jati diri dalam membentuk pelajar yang holistik bagi 30


A K A D E M I M E N A R A G A D I N G – YA S A

generasi akan datang. Dengan adanya sikap yang diterapkan dalam program AMG ini secara langsung dapat meningkatkan kecemerlangan akademik mereka. Program-program dan situasi seperti ini sangat sukar diperolehi oleh pelajar yang kurang bernasib baik, miskin, anak yatim dan murid Orang Asli kerana persekitaran sekolah dan rumah mereka kurang mampu menerapkan kemahiran dan nilai ini. Berdasarkan pengalaman mengendalikan program AMG ini, banyak perubahan yang telah berlaku kepada sejumlah besar peserta. Terdapat pelajar yang dahulunya pasif dan tidak mempunyai keyakinan diri, telah berubah kepada pelajar yang lebih kreatif, kritis dan dapat menyumbang kemahiran kepada masyarakat. Perubahan ini amat sukar dilakukan oleh pelajar sekiranya dilakukan secara persendirian dan tanpa bimbingan yang sistematik. Sebaliknya, memerlukan kepada suatu program komprehensif yang berterusan dan kepakaran bagi menjayakan program ini.

KECEMERLANGAN AKADEMIK Kecemerlanagn akademik tidak hanya boleh dicapai dengan work hard atau work smart semata-mata namun, ianya memerlukan perancangan yang menyeluruh melibatkan diri pelajar, guru yang mengajar, persekitaran belajar dan hala tuju belajar. Aspek-aspek ini sangat penting bagi menentukan kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik. Dalam konteks AMG, rata-rata pelajar yang dipilih dalam program ini adalah terdiri daripada pelajar miskin, anak yatim dan murid Orang Asli dan rata-rata tidaklah mempunyai pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan sama ada Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kini dikenali Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3). Namun begitu, kecemerlangan mereka boleh diserlahkan melalui program yang dirancang secara khusus dan sistematik selain daripada pembelajaran mereka di peringkat sekolah. Program intervensi akademik ini adalah berbeza dengan tuisyen sedia ada kerana pembelajarannya dilaksanakan lebih fleksibel dan mengambil waktu yang panjang bagi setiap subjek. Sebagai contoh, mata pelajaran Matematik atau Bahasa Inggeris dan juga subjek-subjek kritikal diajar pada setiap hujung minggu atau cuti persekolahan selama lapan jam iaitu dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang di AMG Learning Centre. Dalam konteks ini, pada peringkat mulanya para pelajar berasa begitu tertekan dan stres. Namun, selepas proses 31


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

dilaksanakan ianya telah menjadi budaya kepada peserta-peserta AMG. Keadaan ini tentunya melatih kekuatan mental dan fizikal mereka bagi memenuhi ciri-ciri kecemerlangan setiap pelajar.

Gambar 1.1 Kem Waja Diri Akademi Menara Gading melatih peserta tentang disiplin, nilai dan integriti

Guru juga merupakan faktor utama dalam menentukan kecemerlangan pelajar. Justeru, guru-guru yang dilantik oleh AMG dipilih daripada guru-guru pakar dari seluruh tanah air, serta menunjukkan kolaborasi dengan pensyarah yang terlibat dalam AMG ini bagi membentuk satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sesuai dengan keperluan masa dan tempat pelakasanaan AMG ini. Selain daripada itu, faktor guru ini telah dikenal pasti banyak membantu meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar AMG. Sebahagian besar pelajar AMG di peringkat PMR atau PT3 didapati lemah dalam subjek Matematik dan subjek-subjek kritikal yang lain telah dibantu dan berjaya mengubah keputusan mereka di peingkat SPM. Malah, ada juga yang gagal dalam subjek Matematik di peringkat PMR telah mampu mencapai keputusan A di peringkat SPM serta keputusan positif dalam beberapa subjek kritikal lain.

32


A K A D E M I M E N A R A G A D I N G – YA S A

REFLEKSI DAN SUATU PENGALAMAN Akademi Menara Gading ini adalah satu program yang unik kerana ianya dilaksanakan secara fleksibel dan sistematik. Program ini juga bertitik tolak dengan pengalaman penulis atau pelaksana program ini merupakan anak kampung yang dilahirkan dalam suasana persekitaran yang tidak mendorong kepada kecemerlangan akademik dan juga kemahiran “soft skills”. Di perkampungan Melayu di luar bandar hanya beberapa keluarga yang berjaya mendidik anak-anak mereka hingga ke menara gading. Tentunya, bilangan ini sangat kecil berbanding penduduk sebuah kampung. Sebenarnya fenomena ini berlaku di semua perkampungan Melayu khususnya di kawasan luar bandar. Berdasarkan pengalaman menjayakan menara gading, terdapat ramai peserta yang mengikuti program ini lahir dari kelompok keluarga yang berjaya yang diwarisi namun peserta yang dikategori ini di luar dari kelompok tersebut. Mereka tidak mempunyai matlamat yang jelas dan cita-cita yang tinggi. Hal ini disebabkan oleh kekangan dan persekitaran, AMG ini dapat membantu mereka keluar daripada persekitaran budaya yang mendorong kepada kecemerlangan pendidikan. Di sini, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman peserta-peserta AMG. Apabila program ini bermula pada tahun 1999, kebanyakan modul yang dilaksanakan berbentuk try and error. Dalam proses membentuk modul tersebut mengikut keperluan pelajar memang sukar kerana keperluan mereka tidak sama dengan apa yang kita jangkakan. Kebanyakan peserta AMG Kohort 1, lemah dalam Matematik dan Bahasa Inggeris yang merupakan syarat asas ke universiti pada masa tersebut. Setelah dikenal pasti dan diberi intervensi pembelajaran yang intensif akhirnya, hampir keseluruhan mendapat A atau kepujian dalam Bahasa Inggeris.

PROGRAM MOBILITI AMG Dalam program AMG, pendekatan program mobiliti ke luar negara turut diadakan bagi meningkatkan lagi “soft skills” dan motivasi pelajar ke peringkat yang lebih tinggi. Kita sering dimomokkan dengan berfikiran di luar kotak namun kita jarang-jarang sekali untuk bertindak dengan membawa pelajar ke luar kotak untuk berfikir tapi hanya duduk dalam kotak dan berfikir di luar kotak. Dengan adanya program lawatan ke beberapa buah negara iaitu Jepun, Korea, Indonesia dan Thailand 33


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

mahupun mobiliti dalam negara seperti mengadakan program “sit-in� di asrama penuh dan universiti banyak memberi impak kepada motivasi, kemahiran berfikir dan merupakan faktor yang paling penting dalam menentukan kejayaan peserta.

Gambar 1.2 Program Akademi Menara Gading ke Jepun

Program AMG ke Jepun ini melibatkan peserta-peserta Kohort 9, di mana seramai hampir 60 orang terlibat dalam program ini. Mereka bukan sahaja diberikan pendedahan kepada suasana Jepun tetapi juga masyarakatnya yang amat mementingkan disiplin diri dan bekerja kuat. Selain itu, mereka juga diberi peluang untuk sama-sama merasai suasana belajar di sekolah menengah dan Universiti Takushoku di Jepun. Pengalaman secara “hands-on� ini telah banyak mengubah cara fikir dan cara belajar para peserta AMG, dan seterusnya merubah kepada kecemerlangan diri dan akademik pelajar. Sebahagian pelajar AMG telah diberi peluang mobilti sambil belajar di Korea Selatan, hampir 60 org peserta telah mengikuti sesi persekolahan sewaktu lawatan ke sana di beberapa buah sekolah menengah seterusnya membuat lawatan ke beberapa buah universiti. Pengalaman ini juga telah merubah cara fikir pelajar di mana bagi mencapai kecemerlangan setiap individu perlu seiring dengan usaha yang kuat atau bersungguh-sungguh serta berfikir dengan pantas. Selain itu, program mobiliti ini telah melonjak daya fikiran dan daya saing peserta bukan sahaja di peringkat nasional malahan di peringkat antarabangsa. 34


A K A D E M I M E N A R A G A D I N G – YA S A

Gambar 1.3 Program Akademi Menara Gading ke Korea

Selama lebih 20 tahun mengendalikan AMG ini, pelbagai cabaran dan pengalaman yang telah dilalui khususnya melibatkan para peserta. Di sini, penulis ingin berkongsi pengalaman beberapa peserta yang telah beroleh kejayaan hasil mengikuti program AMG ini.

PENGALAMAN AMG KES 1: MURID ORANG ASLI Pengalaman yang saya tidak lupa dalam AMG ini di antaranya melibatkan murid Orang Asli Kohort 4 pada sesi 2006/2008, seramai 10 orang murid Orang Asli yang mengikuti program pada masa tersebut, hanya enam orang sahaja berjaya menjejakkan kaki ke menara gading dan bekerja sebagai akauntan, guru dan penolong pegawai perubatan manakala empat orang lagi tidak dapat meneruskan pengajian kerana mereka mengambil keputusan untuk berkahwin awal. Salah seorangnya adalah Sulin bin Debot yang sekarang sedang bekerja sebagai penolong akauntan di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Kuala Lumpur dan tahun ini akan melanjutkan pelajaran ke Australia. Sulin Bin Debot ini pada mulanya telah menarik diri dari AMG kerana kawasan tempat tinggalnya terlalu jauh di kawasan pedalaman dan tidak dapat mengikuti kelas hujung minggu dan program-program AMG. Oleh itu, 35


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

pihak AMG telah berbincang dengan keluarga beliau untuk menanggung kos pengangkutan dan berulang-alik ke AMG selama dua tahun dan seterusnya, Sulin ini mencapai kejayaan seperti murid-murid lain. Selain Sulin, terdapat beberapa pelajar Orang Asli yang mengikuti program ini telah berjaya menjejak kaki ke menara gading. Antaranya, Mahsuri yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dan melanjutkan pengajian ke Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.

PENGALAMAN AMG KES 2: DUA AIMAN Cerita kedua pula ialah Dua Aiman, Aiman 1 pelajar AMG Kohort 5 dan Aiman 2 Kohort 8. Bagi Aiman 1 Kohort 5, walaupun keputusan PMRnya hanya mendapat 2A, beliau kemudiannya berjaya mendapat keputusan 6A SPM dan Gred 4.0 Matrikulasi. Beliau kini sedang bertugas sebagai doktor di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat tiga orang doktor hasil AMG yang kini bertugas di Hospital Tuanku Ampuan Afzan (HTAA) tersebut termasuklah Doktor Atikah Abdul Manaf dan Dr. Loi. Selain mereka, ramai lagi peserta AMG yang berjaya dan menamatkan pengajian bidang perubatan seperti Dr Raziqiu Safieyyah Abu Wahid, Dr Nursyikin Adilah Hamad, Dr Aikah dan Dr Nurul Husna Isahak.

Gambar 1.4 Pembelajaran Bahasa Inggeris secara interaktif di Akademi Menara Gading 36


A K A D E M I M E N A R A G A D I N G – YA S A

Kisah Aiman, peserta Kohort 8 ini amat menyentuh hati. Ayahnya mengalami lumpuh, ahli keluarganya ramai, manakala ibunya membanting tulang mengambil upah membasuh kain di rumah jiran berdekatan untuk kelangsungan hidup keluarganya. Pada peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Aiman telah gagal semua mata pelajaran tetapi setelah dibantu melalui AMG ini, Aiman telah mendapat 8B+ dalam semua mata pelajaran yang diambil dan mendapat tawaran Matrikulasi tetapi beliau membuat keputusan untuk mengikuti program Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan dalam bidang kejuruteraan. Kini, beliau telah bekerja serta dapat membantu keluarganya, Alhamdulillah.

Gambar 1.5 Mobiliti AMG bersama pelajar Jepun di di Kyusyu, Jepun

PENGALAMAN AMG KES 3: DUA PELAJAR BERNAMA ATIKAH Atikah, pelajar Kohort 5 ini pula mempunyai adik-beradik yang ramai dan masih kecil iaitu enam orang. Ayahnya bekerja sebagai buruh Alam Flora, manakala ibunya sebagai suri rumahtangga. Rumahnya pula hanya mempunyai dua bilik yang perlu dikongsi oleh ahli keluarganya. Kekurangan ruang tersebut menyebabkan dia terpaksa belajar dan 37


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

tidur di ruang tamu. Tetapi, selepas mengikuti AMG, beliau berjaya mencapaikan keputusan cemerlang dan melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Manakala Atikah yang kedua pula, merupakan anak yang telah ditinggalkan ibu dan ayahnya sejak usia kecil. Beliau dibesarkan oleh neneknya dan hanya menjual kuih untuk menampung kehidupan mereka. Dia tinggal nun jauh di pedalaman Bukit Goh. Kesusahan hidup yang dilaluinya tidak langsung mematahkan semangatnya untuk belajar dan berjaya. Dengan mengikuti program AMG, beliau telah berjaya mendapat 9A dalam SPM dan berjaya melanjutkan pengajian di Universiti Malaya (UM) dalam bidang Farmasi. Sebenarnya, banyak lagi kisah yang tidak boleh dilupakan dalam membantu mendidik peserta AMG yang rata-rata mempunyai pelbagai latar belakang sosioekonomi dan persekitaran yang miskin dari luar bandar. Dengan adanya Program AMG ini, telah membuktikan bahawa mereka yang kurang bernasib baik boleh berjaya jika dibimbing dengan cara yang betul, sistematik dan komprehensif.

PENUTUP Program AMG ini merupakan intervensi jangka panjang yang komprehensif serta dijalankan secara sistematik dengan matlamat untuk membantu pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik supaya cemerlang dalam akademik dan seterusnya, berpeluang menjejakkan kaki ke menara gading. Akhirnya dengan harapan, dapat membawa mengeluarkan keluarga mereka daripada persekitaran kemiskinan. Menjadi harapan warga AMG khususnya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berdua untuk melihat program ini dapat dikembangkan ke peringkat nasional supaya dapat memberi peluang kepada lebih ramai pelajar miskin, anak yatim dan murid Orang Asli mengikuti program seumpama ini di seluruh negara.

38


A K A D E M I M E N A R A G A D I N G – YA S A

Kepelbagaian Intervensi Untuk Kecemerlangan Prof Madya Dr Mohd Mahzan Awang Universiti Kebangsaan Malaysia

PENGENALAN Mempimpin kecemerlangan adalah satu kemestian untuk setiap insan. Allah swt menciptakan manusia di dunia sebagai pemimpin kepada diri, keluarga, komuniti dan masyarakat dalam pelbagai konteks. Individu yang berjaya dalam kehidupan adalah individu yang mampu memimpin diri mereka dengan baik selari dengan tuntutan Ilahi. Bagi memimpin kejayaan, setiap individu hendaklah dididik dengan holistik yang bukan sekadar kejayaan akademik semata-mata tetapi ia hendaklah lebih daripada itu termasuklah komponen emosi, rohani, jasmani, intelek, sosial dan pelbagai kemahiran. Sekolah menyediakan satu platform kepada setiap individu bertemu dengan pelbagai kelompok personaliti serta menyediakan banyak bentuk pembelajaran secara rasmi dan tidak rasmi. Sekolah yang cemerlang lazimnya memiliki budaya kecemerlangan sendiri. Individu yang dibesarkan di sekolah cemerlang 39


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

telah dilazimkan untuk bertingkahlaku sebagaimana tingkahlaku orang berjaya – adat bercakap dengan guru, penampilan yang kemas, susunan giliran pidato, kepatuhan pada masa, mengurus aktiviti sekolah dan mengadakan mesyuarat rasmi dengan pelbagai agensi – adalah antara budaya di sekolah cemerlang. Sekolah yang hebat juga memiliki budaya yang menampilkan kecemerlangan setiap individu dalam komuniti sekolah itu. Banyak kajian pendidikan menunjukkan bahawa persekitaran belajar membantu pencapaian dalam pendidikan yang baik. Faktor keupayaan individu tidak mencukupi untuk berjaya dalam hidup kerana ia memerlukan suasana persekitaran yang cemerlang. Kajian-kajian dalam sosiologi pendidikan menunjukkan bahawa kepelbagaian intervensi dalam pendidikan adalah antara faktor yang menentukan kejayaan dan kecemerlangan. Hal ini kerana setiap individu memiliki kepelbagaian potensi kendiri yang perlu dikembangkan dan diketengahkan. Kepelbagaian potensi ini akan membina satu persekitaran pembelajaran yang produktif kerana setiap individu perlu memiliki kemahiran untuk berkompromi dengan individu lain dalam memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif terbina. Pasukan bola sepak seperti Manchester United, Liverpool, Chelsea dan Bayern Munich merupakan antara contoh bagaimana potensi individu diraikan dengan pelbagai bentuk kompromi untuk menjadikan pasukan tersebut cemerlang dalam liga antarabangsa. Kepelbagaian intervensi dalam memastikan kecemerlangan pasukan bola sepak ini adalah contoh peri pentingnya kepelbagaian intervensi yang bersesuaian dengan matlamat posisi dalam kedudukan perlawanan bola sepak. Pastinya, intervensi untuk penjaga gol adalah berbeza dengan pemain di bahagian depan, tengah dan pertahanan. Begitu jugalah dalam merancang kejayaan yang cemerlang, ia memerlukan kesesuaian intervensi berdasarkan individu. Langkah pertama adalah mengenalpasti potensi dan bakat individu.

KENALPASTI POTENSI DIRI Analisis SWOT (Strenght, Weakness, Opportunity & Threat) adalah satu model analisis yang sering digunakan dalam bidang perniagaan. Model SWOT ini boleh dimanfaatkan oleh setiap individu untuk mengenalpasti empat dimensi diri sebagai satu kaedah merancang kejayaan.

40


KEPELBAGAIAN INTERVENSI

Kekuatan (Strenght)

Kelemahan (Weakness)

Apakah kekuatan anda? Apakah bakat anda? Pakah potensi anda?

Apakah kelemahan anda? Apakah yang sering anda rasa teramat sukar?

Peluang (Opportunity)

Ancaman (Threat)

Apakah peluang yang ada? Apakah sumber yang boleh manfaatkan?

Apakah ancaman kepada anda? Apakah yang menjadi saingan kepada kejayaan anda?

Jadual 2.1 Analisis Kendiri berdasarkan Model SWOT

Jadual 2.1 memberi satu garis panduan untuk setiap individu berusaha mengenal diri sendiri. Bagi mengenalpasti kekuatan diri, setiap individu perlu merenung semula berkaitan dengan apakah perkara yang dilakukan adalah terbaik dan sering mendapat perhatian positif daripada orang sekeliling. Kadangkala boleh bertanya sahabat rapat, ibu bapa dan guru di sekolah berkaitan dengan bakat anda. Adakalanya, kita sukar mengelapsti bakat dan potensi diri sehinggalah ada seseorang memberitahu kita. Khidmat bimbingan dan kaunseling di sekolah ada menyediakan khidmat mengenalpasti bakat individi. Ada kit ujian tapisan minat dan kecenderungan bidang pekerjaan masa depan yang berdasarkan personaliti individu di sediakan di unit tersebut. Manfaatkan peluang yang ada ini. Peluang yang ada sebeginilah yang disebut sebagai peluang (opportunity) dalam model analisis SWOT. Peluang amat banyak di sekeliling anda. Kemudahan internet membolehkan anda meneroka pelbagai peluang yang ada. Umpamanya anda telah kenalpasti diri anda sebagai orang yang lemah dalam bahasa Inggeris (disebut sebagai weakness dalam analisis SWOT), maka apakah peluang yang ada? Dunia internet menyediakan banyak media social untuk anda berhubung dengan rakan sebaya di setiap pelosok dunia sebagai satu cara menggunakan bahasa Inggeris dengan penutur jati. Situasi sebegini menjadikan ia satu pelaziman dalam penggunaan bahasa Inggeris bersama penutur jati meningkatkan perbendaharaan kata, kesesuaian penggunaan sesuatu istilah serta memberi banyak input bermanfaat. Namun, anda peru berhati-hati dalam komunikasi media sosial kerana 41


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

boleh menjadi ancaman kepada (threat). Ancaman ini perlu diawasi kerana keseronokan berkomunikasi menerusi maya boleh mendedahkan kepada ancaman serius dan juga boleh menjadikan anda ketagih untuk bersosial secara maya sehingga lupa matlamat sebenar. Justeru, anda perlu bijak mengurus pembelajaran sebegini dan juga memperuntukkan masa yang seimbang antara belajar dan kehidupan sosial.

KEPELBAGAIAN INTERVENSI PENDIDIKAN Intervensi pendidikan boleh dikategorikan kepada dua iaiatu intervensi dalam bidang akademik dan intervensi pendidikan untuk kehidupan. Intervensi akademik adalah berkait rapat dengan usaha meningkatkan pencapaian dalam pembelajaran subjek akademik. Hakikatnya, matapelajaran yang terkandung dalam kurikulum sekolah memerlukan keupayaan kognitif dan keupayaan psikomotor. Keupayaan kognitif adalah merujuk kepada kebolehan anda untuk mengetahui, memahami, mengingati, membuat pertalian antara fakta, membuat penaakulan, meramal, menghafal dan menyusun kronologi. Manakala keupayaan psikomotor adalah melibatkan kemahiran antara gerak fizikal dan pemikiran anda. Ia termasuklah kemahiran penyelesaian masalah matematik, menulis karangan, membuat rumusan, menyusun ayat-ayat dan menyiapkan projek. Dalam konteks matapelajaran Sijil Pelajaran Malaysia, subjek-subjek berikut memerlukan daya kognitif yang tinggi iaitu Sains, Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Biologi, Tasawwur Islam dan Kesusasteraan. Subjek-subjek ini memerlukan daya kognitif termasuklah mengingati fakta, memhamai konsep, menghafal fakta, membuat rumusan dan hubungkait fakta. Maka intervensi untuk subjek sebegini tentunya berbeza. Anda perlu banyak membaca, berbincang dan berhujah untuk subjek-subjek sebegini. Hal ini kerana ujian terhadap subjek ini memerlukan banyak unsur-unsur kognifif. Berikut adalah beberapa teknik untuk membolehkan anda mengingati fakta dengan baik: i.

Fahami dahulu maklumat sebelum anda membuat hafalan sesuatu fakta kerana ia membantu anda memberi alasan kepada diri kenapa perlu dihafal;

ii.

Buat hubungan fakta itu dengan sesuatu yang anda telah ketahui yang mana ia membantu anda untuk menambah ingatan pada konsep yang sedia ada di minda anda; 42


KEPELBAGAIAN INTERVENSI

iii. Hafal fakta sebelum masuk tidur kerana banyak kajian menunjukkan otak manusia cenderung memproses maklumat yang diperoleh sebelum anda lelapkan mata; iv.

Uji kendiri dengan cara membuat recalling terhadap maklumat dan fakta di mana-mana sahaja anda berada. Jangan lazimnyan membuat recalling dalam setting yang sama kerana ia tidak banyak membantu. Seringkali apabila waktu peperiksaan, kita gagal membuat recalling kerana tidak dibiasakan dengan recalling dan seringkali imej di otak yang terpapar adalah gambar buku anda, lakaran nota dan bukannya fakta yang anda hafal;

v.

Ulangan fakta yang dihafal dan sebarkan kepada rakan-rakan kerana lagi banyak anda bercakap tentang fakta tersebut, lagi teguh ingatan terhadap fakta itu;

vi.

Wujudkan kumpulan belajar yang meletakkan sasaran hafalaz dengan jelas. Kenalpasti aspek yang perlu dihafal dan difaham kemudiannya jadikan ia satu target kumpulan anda;

vii.

Lakukan pelbagai latihan yang berkaitan dengan subjek yang anda pelajari;

vii.

Gunakan pelbagai imej untuk hafalan kerana otak kita lebih cepat mengingati imej;

ix. Kreatif dalam hafalan termasuklah menerusi irama lagu, mnemonic, metafora dan analogi. Bagi subjek yang memerlukan keupayaan gerakbalas kemahiran dan pemikiran seperti Bahasa Inggeris, bahasa Melayu, bahasa Mandarin, bahasa Arab, Bahasa Tamil dan Bahasa asing – satu bentuk latihan praktikal amat diperlukan. Subjek pembelajaran bahasa memerlukan pelaziman penggunaan dalam pelbagai konteks kerana formula bahasa adalah pelbagai dan luwes mengikut konteks. Biarpun ada formula yang menjadi garis panduan, konteks penggunaan Bahasa menjadikan formula tersebut tidak boleh digunakan. Umpamanya, dalam Bahasa Melayu, terdapat kata majmuk yang telah mantap dan tidak boleh dieja terpisah walaupun dalam formula asas Bahasa Melayu kata majmuk perlu dieja terpisah. Malah ada kata majmuk yang diterima secara rasmi dalam konteks negara kita seperti perkataan “Perdana Menteri� dan 43


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

bukannya “Menteri Perdana�. Maka, pembelajaran bahasa memerlukan banyak latihan terbimbing dan dipraktikkan mengikut konteks. Subjek Matematik, Kimia dan Fizik memiliki terlalu banyak formula dan kemahiran yang diperlukan adalah bersyarat. Untuk membolehkan anda menyelesaikan operasi tambah umpamanya, anda perlu mahir dalam jujukan nombor. Untuk memahami proses bahagi, anda perlu kuasai operasi darab. Dalam subjek Kimia umpamanya, kemahiran mengenalpasti senarai keaktifan logam dan pengiraan ion adalah asas untuk anda membuat persamaan kimia yang betul. Intervensi akademik sahaja tidak mencukupi kerana ia menjadikan individu tidak seimbang dan terhad kecemerlangannya. Pelajar mungkin boleh lulus cemerlang dalam peperiksaan tetapi berhadapan dengan pelbagai kesukaran apabila menjejakkan kaki ke menara gading. Maka, intervensi pendidikan untuk kehidupan perlu dilakukan secara holistik dan berterusan. Dalam dunia baru, 10 kemahiran yang amat diperlukan untuk membolehkan kejayaan cemerlang adalah: i.

Penyelesaian masalah kompleks

ii.

Pemikiran kritikal

iii. Kreativiti iv.

Pengurusan manusia

v.

Penyelerasan dengan orang lain

vi.

Kepintaran emosi (Emotional intelligence)

vii. Membuat pengadilan dan keputusan (Judgement and decision making) viii. Orientasi khidmat (Service orientation) ix. Perundingan x.

Keluwesan Kignitif (Cognitive Flexibility)

Persoalannya, bagaimanakah kemahiran-kemahiran ini digilap dalam keadaan budaya persekolahan sedia ada? Bagaimana untuk memastikan ia menjadi sebahagian daripada kelaziman anda agar kesemua elemen tersebut menjadi kekuatan kepada anda. Ahli-ahli sosiologi amat yakin bahawa hanya persekitaran sosial yang produktif berupaya memberi kekuatan kepada individu untuk menguasai 44


KEPELBAGAIAN INTERVENSI

kemahiran-kemahiran tersebut. Teori Sistem Ekologi (Bronfenbrenner 2007) mengetengahkan lapisan persekitaran yang perlu diutuhkan untuk membolehkan anda memiliki kemahiran tersebut.

Rajah 2.1 Teori Sistem Ekologi (Bronfenbrenner 2007)1

Intervensi bagi setiap lapisan dalam Teori Sistem Ekologi (Bronfenbrenner 2007) memerlukan pendekatan yang berebeza kerana setiap individu memiliki corak interaksi dan pengaruh dalam lapisan yang berbeza-beza. Dalam lapisan microsystem, hubungan interaksi langsung individu dengan ahli keluarga di rumah, guru-guru dan rakan seaya di sekolah, hubungan social di rumah ibadat dan perkhidmatan kesihatan memberi ruang sokongan berdasarkan ikatan social. Pastinya kemahiran berinteraksi dengan individu yang ada pertalian darah adalah berbeza dengan individu yang tidak dikenali. Maka, keselasaan atas dasar telah biasa dengan individu tersebut menjadikan banyak aspek yang perlu dikuasai. Wujud rasa hormat dan juga anda telah dilatih cara untuk menghormati termasuklah penggunaan nama panggilan, cara bersosial dengan mereka dan juga pelbagai kemahiran lagi yang telah dilazimkan ekoran daripada perhubunan rapat. Namun, bagaimana pula anda ingin berhubung dengan rakan kepada ibu bapa anda? Bagaimana anda berupaya berunding dengan rakan sekolah lain ketika mengurus 1 Imej awam daripada https://bronfenbrennerproject.wordpress.com/category/reallife-examples/ (11 Mei 2020) 45


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

sesuatu pertandingan? Sejauhmana kemahiran anda untuk berurusan dengan keluarga sahabat anda dalam kes-kes tertentu? Kesemua inilah yang dijelaskan dalam lapisan mesosystem yang memerlukan gaya dan bentuk intervensi berbeza. Adakalanya, anda berdepan dengan situasi yang berbeza dengan rakan anda kerana berlaku musibah dalam keluarga. Bagaimana anda akan berhadapan dengan situasi ini? Bagaimana pula jikalau keluarga anda secara tiba-tiba terpaksa pindah dan meninggalkan anda di asrama sekolah kerana kedudukan sekolah yang jauh dengan tempat kerja ibu bapa? Perubahan konteks social sebegini dijelaskan dalam lapisan exosystem yang mana ia menentukan cara intervensi yang berbeza. Perubahan dalam suasana budaya dan politik turut mennetukan bentuk intervensi yang berbeza bagi setiap individu. Umpamanya perubahan dalam sistem penilaian peperiksaan SPM akan membuatkan anda memerlukan satu bentuk latihan yang berbeza. Ia dihuraikan sebagai lapisan macrosystem dalam teori tersebut. Dalam lapisan chromosystem, teori ini menjelaskan tentang dimensi masa. Ada individu yang berada dalam kehidupan sukar ketika kecil malah ada pernah didera memberi kesan kepada keupayaan individu untuk berdepan dengan reality hidup ketika remaja. Maka, intervensi untuk mereka adalah berbeza.

TIPS MENGURUS MASA UNTUK KEJAYAAN Pengurusan masa yang efektif dapat menentukan kejayaan kepada diri. Dikongsikan di sini tujuh tips pengurusan masa yang cemerlang bagi membantu kejayaan anda. Tips 1. Tentukan Matlamat Menetapkan matlamat dalam kegiatan aktiviti harian, mingguan dan tahunan akan dapat memberikan anda visi, fokus dan tujuan untuk bertindak. Ia membantu anda mendapatkan pandangan yang lebih jelas tentang perjalanan masa depan dan juga memberikan idea untuk mengurus masa serta sumber yang ada ke arah matlamat tersebut. Dengan menentukan matlamat juga, anda berupaya merancang aktiviti yang bersesuaian dengan masa yang ada. Mulakan dengan menyoal diri tentang apakah yang anda mahu dalam tempoh tiga bulan akan datang atau enam bulan atau setahun akan datang? 46


KEPELBAGAIAN INTERVENSI

Tips 2. Susun Ikut Keutamaan Memang sukar untuk menentukan keutamaan apabila kita ingin menjadi cemerlang kerana kita merasakan semua aspek adalah penting. Jadi, untuk mengenal pasti perkara yang paling utama, hendaklah melihat semula kepada matlamat anda. Secara umumnya, dua soalan berikut boleh membantu anda untuk menyusuan aktiviti mengikut keutamaan: Pertama, tanya diri tentang kenapa anda melakukan aktiviti tersebut? Kedua, tanya diri sejauh mana aktiviti yang ingin lakukan itu membantu pencapaian matlamat anda. Maka, lakukan perkara yang paling utama terlebih dahulu. Matriks keutamaan berikut boleh membantu anda menentukan keutamaan untuk dilakukan. Jadual 2.2 Matriks Keutamaan

SEGERA

PENTING

Lakukan Segera Penting dan Lakukan Segera - Kerja rumah - Tugasan Sekolah - Demam/Sakit - Kes kecemasan

Buat Jadual Penting dan Lakukan Kemudiaan - Rujukan tambahan - Latihan - Kemaskini nota - Bacaan tambahan

TIDAK PENTING

TIDAK SEGERA

Perlu Bantuan Tidak Penting tapi Perlu Lakukan Segera - Susun jadual kelab - Beli tiket bas sekolah - E-mel tertentu - Panggilan telefon tertentu

Abaikan Tidak Penting dan Tidak Segera - Media sosial - Menonton TV - Permainan video - Lepak - Berbual

47


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

Tips 3. Membuat Senarai Tugas Senarai tugas adalah satu sistem peringatan yang memberitahu anda tentang apa yang perlu dilakukan. Menyimpan senarai tugasan membantu anda tetap teratur dalam merancang kehidupan. Ia membantu menyelesaikan hal-hal yang kecil dan mengingatkan anda supaya tidak lupa untuk melakukan hal-hal penting. Jangan hanya menyimpan semua yang perlu anda lakukan di dalam kepala. Sebaliknya, buat senarai tugasan. Rancang aktiviti harian, mingguan atau bulanan dan tanpalkan di dinding yang kerap anda nampak. Susunkan keutamaan item di senarai tersebut menggunakan matriks tersebut. Perlu tulis dengan jelas target untuk anda siapkan dan pastikan anda memberitahu orang yang rapat dengan anda kerana ia menjadi satu desakan psikologi kepada untuk siapkan sebelum tarikh tersebut. Tips 4. Waktu yang Produktif Jadual dapat membantu daripada kekeliruan dan kehendak. Sekiranya anda seorang yang bangun di awal pagi dan dapat melakukan aktiviti yang produktif maka, anda perlu menyusun aktiviti dan tugasan yang penting pada waktu pagi. Hal ini kerana waktu tersebut merupakan waktu anda mampu untuk melakukan sesuatu yang kreatif dan produktif. Namun, sekiranya kreativiti anda meningkat di waktu petang maka lakukan tugasan yang penting di waktu petang dan tugasan santai seperti melihat e-mel atau membalas panggilan telefon di waktu pagi. Anda perlu memahami irama diri sendiri dan memanfaatkan masa dengan aktiviti yang betul. Ingat, anda tidak mencari masa untuk perkara penting tetapi, anda meluangkan masa untuk melakukan perkara penting dengan penjadualan. Tips 5. Satu Kerja Satu Masa untuk Hasil Berkualiti Adakah anda merasakan masa menjadi lebih berkualiti jika anda boleh melakukan banyak aktiviti di dalam satu masa, seperti bercakap di telefon sambil melayari Internet dan mencatat nota. Multitasking boleh menjejaskan kualiti kerja anda. Lakukan satu tugasan pada satu masa. Menyiapkan satu tugasan sebelum tugasan yang lain membawa kepada penggunaan masa yang lebih baik berbanding menghabiskan 48


KEPELBAGAIAN INTERVENSI

masa menyiapkan pelbagai tugasan di dalam satu masa. Sekiranya anda lebih gembira dan cenderung untuk melakukan multitasking, anda perlu dilatih. Tips 6. Kurangkan Gangguan Panggilan telefon dari rakan, media sosial, mesej mahupun berbual dengan rakan ketika belajar atau menyiapkan tugasan merupakan satu gangguan dan halangan kepada penggunaan waktu yang efektif. Kegelisahan dan terleka akan menghilangkan tumpuan dan menghalang anda daripada menyiapkan tugasan dengan baik. Ianya juga boleh menjadi satu tekanan kepada anda. Oleh itu, kenal pasti gangguan yang dapat menghalang anda daripada menyiapkan tugasan. Lakukan apa sahaja yang boleh mengembalikan fokus anda seperti mematikan televisyen dan menutup talian Internet atau meletakkan nota ‘Jangan Ganggu’ di pintu masuk bilik anda. Anda perlu memaksimumkan produktiviti dan menghargai masa yang ada. Tips 7. Berehat dan Berdoa Anda akan menghasilkan kerja berkualiti jika mendapat rehat yang cukup dan baik. Jika anda belajar atau bekerja 8 hingga 10 jam maka, anda perlu mencuri masa untuk berhenti dan berehat seketika. Rehat yang baik adalah dengan mengerjakan solat dan berdoa. Dengan cara ini, otak anda dapat berehat dan dapat berfikir dengan baik. Mengambil masa untuk rehat bukan bermakna anda membuang masa. Ia adalah pengurusan masa yang pintar. Anda menghasilkan kerja berkualiti apabila anda berehat dengan baik. Anda lazimkan berdoa ketika berehat dan lazimkan juga mengerjakan solat sewaktu berhenti rehat. Anda boleh menetapkan masa untuk mengingatkan anda apabila masa rehat telah habis. Aktiviti mereggangkan badan seperti berjalan kaki dan senaman ringkas juga membantu menyegarkan kembali anda. Ini dapat membantu badan dan minda anda kekal cergas. Jangan lupa untuk makan kerana otak dan badan anda tidak boleh berfungsi secara optimum jika perut kosong. Anda juga perlu bersikaf realistic dan fleksibel. Anda tidak boleh merancang untuk segala-galanya. Rintangan dan cabaran yang tidak diingini pasti akan timbul. Anda perlu lebih bersikap terbuka dan 49


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

fleksibel. Jangan menyerah kalah. Anda perlu menyediakan rancangan dan jadual yang lain bagi merealisasikan impian anda jika rancangan sedia ada gagal menjadikan anda mencapai matlamat anda.

PENUTUP Dalam mengejar kejayaan, perlulah dirancang dengan baik, bersahabat dengan orang cemerlang, berada dalam kelompok yang inginkan kejayaan, hormati guru, pupuk sikap murni, lakukan sesuatu bersungguhsungguh, jangat cepat berputus asa dan berdoa. Ingatlah bahawa dunia ini adalah tempat untuk manusia mengurus kejayaan dengan cemerlang. Kisah hidup setiap individu adalah pelbagai namun bagaimana individu mengurus hidup memberi natijah yang berbeza. Matlamat kejayaan dan kecemerlangan bukan sekadar untuk kehidupan dunia namun jauh daripada itu adalah bagaimana kejayaan dan kecemerlangan dunia ini menjadi modal untuk kecemerlangan pada hari-hari kemudian. Katakata hikmah Aristotle “The roots of education are bitter, but the fruit is sweet�, semoga anda semua berjaya dengan cemerlang!

50


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

Pembelajaran Bersama Rakan Sebaya (Peeragogy) Akademi Menara Gading (AMG) Prof Madya Dr Jalaluddin Abdul Malek Universiti Kebangsaan Malaysia

PENGENALAN Pembelajaran bersama rakan sebaya (Peeragogy) merupakan kaedah pembelajaran yang melengkapkan kaedah pedagogi dan andragogi. Jiwa remaja sangat mudah dipengaruhi oleh rakan taulan yang rapat dengan mereka. Pelajar Akademi Menara Gading (AMG) merupakan remaja yang mempunyai ramai rakan taulan setiap kohort pengambilan iaitu tidak kurang daripada 100 orang setiap kohort. Oleh itu, pembelajaran “Peeragogy� sangat sesuai diperkenalkan dan diteruskan dalam usaha memantapkan lagi program AMG. Perbincangan ini mencadangkan satu kaedah dan teknologi belajar bersama-sama bersama rakan. Dalam bahasa Melayu ianya disebut Peeragogi. Peeragogi juga mengamalkan sukatan pelajaran dan aktiviti pembelajaran mengguna media dalam talian untuk belajar bersama dan berkongsi ilmu pengetahuan bersama rakan-rakan sebaya. 51


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

MAKNA PEERAGOGI Peeragogi bermaksud secara “Peribadi” menyokong dan membantu “rakan sebaya” dalam pembelajaran. Peeragogi dapat memupuk budaya membantu dan memberi sokongan sehingga menjadi inspirasi dalam hidup yang lebih berkembang, responsif dan menjadi pelajar yang cemerlang. Peeragogi adalah rangkaian pembelajaran antara peribadi kepada individu yang lain. Peeragogi merupakan usaha membina rangkaian pembelajaran berkumpulan. Peeragogi menjelaskan bagaimana rangkaian pembelajaran peribadi yang kuat dapat menyumbang dan berkembang kepada rangkaian pembelajaran rakan sebaya yang berkesan. Peeragogi merupakan nilai tambah kepada pedagogi dan andragogi. Maksud “Peer” ialah menyokong “peribadi” atau individu. Manakala ‘gogy’ ialah pendidikan atau bimbingan. Gabungan antara kedua perkataan ini disebut “Peeragogy” atau Peeragogi dalam bahasa Melayu. Ini bermakna Peeragogi adalah usaha kerjasama untuk membangun rancangan bersama secara kolektif dalam kumpulan. Melalui usaha peeragogi ini pelajar dapat mencari penyelesaian persoalan pengetahuan, praktikal yang betul serta mempunyai sesuatu untuk dipelajari. Lebihlebih lagi, jika antara pelajar sendiri bersedia meminta bantuan dan menawarkan bantuan kepada orang lain, maka pembelajaran setiap pelajar akan lebih meningkat. Peeragogi ialah bentuk pembelajaran interpersonal yang berkesan dan penting dalam membina rancangan pembelajaran pelajar supaya lebih berkesan. Peeragogi merupakan teknik spesifik yang boleh gunakan untuk membina kumpulan pembelajaran rakan sebaya pelajar. Makna Peeragogi yang mana merujuk kepada “ paragogi “, adalah amalan terbaik pembelajaran rakan sebaya yang berkesan untuk pelajar. Peeragogi juga merupakan teori pembelajaran dan pengajaran yang berbentuk “peer-to-peer” yang membicarakan bagaimana rakan sebaya boleh menyokong aspek pembelajaran kendiri (Danoff). Peeragogi juga merujuk hubungan “peer-to-peer” di ruang siber yang mempunyai banyak kandungan pembelajaran yang berkualiti tinggi, malah dapat berhubung dengan berjuta-juta pelajar di Internet, yang menjadi nilai tambah kepada pendidikan menengah dan pendidikan tinggi (Schmidt). Ini bermakna peeragogi adalah pembelajaran berasaskan rakan sebaya 52


PE MB E LAJARAN B E R S AMA RAKAN SEBAYA

atau pembelajaran antara pelajar dengan rakan yang lain. Peeragogi mengiktiraf kuasa hubungan rakan sebaya dalam membentuk pertumbuhan profesional dan siasah peribadi pelajar. Peeragogi diasaskan berdasar prinsip andragogi yang merangkumi aspek seni dan sains bagaimana orang dewasa belajar. Ia mempunyai akar dalam refleksi yang lebih mendalam yang berlaku apabila rakanrakan sebaya bertukar idea, pemikiran dan pandangan mengenai topik pembelajaran tertentu. Pembelajaran berasaskan peeragogi juga berfungsi sebagai pemangkin kepada kewujudan perspektif yang berbeza dan menjana berbagai hujah tentang tafsiran, makna dan penerapan topik pendidikan dengan lebih luas dan tepat (Malcolm Knowles). Kesimpulannya, Peeragogi merupakan satu pendekatan pembelajaran rakan sebaya yang berkembang daripada psikologi kognitif, dan diterapkan dalam kerangka pendidikan arus perdana. Pembelajaran Peeragogi adalah satu amalan pendidikan di mana pelajar berinteraksi dengan pelajar lain untuk mencapai matlamat pendidikan yang lebih berkesan dan responsif terhadap kehendak semasa.

WACANA KONSEP DAN TEORI PEERAGOGI Konsep Peeragogi Konsep Peeragogi berdasar kepada idea dan pengalaman Corneli (2016) telah mencerminkan teori berkongsi kuasa (memperkasakan pelajar). Prinsipnya, semakin ada tindakan memberi kuasa guru kepada pelajar menguasai sendiri ilmu pengetahuan dan mendorong mereka untuk mengambil lebih banyak tanggungjawab untuk pembelajaran mereka sendiri, maka semakin mendorong guru mengubah bagaimana reka bentuk pengajaran supaya sesuai dengan keadaan keperluan pelajar. Ini bermakna kaedah pedagogi dan andragogi itu berkembang melalui peeragogi seperti wujudnya pembelajaran berpusat pelajar serta pembelajaran berasaskan alam sekeliling. Selain itu, konsep peeragogi menghasilkan budaya berkongsi interaktiviti dan kerjasama antara pelajar. Membentuk budaya bekerjasama dan kolaboratif sebagai satu pasukan dengan pelajar lain di dalam kelas dan di luar kelas. Implikasinya, akan lahir pelajar yang bertanggungjawab dan mampu berkongsi pengetahuan serta amalan hasil proses kolaborasi tadi dan bukan hanya sebagai penonton untuk menikmati hasil akhir sahaja. 53


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

Prinsip peeragogi juga berasas kepada berkongsi tanggungjawab. Semua pelajar dan kumpulan mereka mengambil tanggungjawab setiap minggu untuk menyampaikan perkara-perkara utama teks pembelajaran dan membantu guru dengan melibatkan diri dalam perbincangan kelas mengenai sesuatu pembelajaran. Peeragogi juga bermakna bersama iaitu pelajar bersama datang ke dalam ruang siber (Ubuntu) dengan amalan seperti bereksperimen dengan kursus-kursus yang diberikan secara sendiri melalui dalam talian yang dapat dikongsi bersama rakan yang lain. Ini seterusnya dapat merealisasikan prinsip peeragogi iaitu berkongsi pengetahuan seperti guru mengajar para pelajar dan waktu yang sama guru sendiri belajar daripada mereka. Implikasi seterusnya motivasi pelajar itu sendiri meningkat dan mereka menjadi kuat menghadapi berbagai dugaan dan cabaran. Daripada segi kemahiran para pelajar yang mengamal peeragogi mampu mencipta teknik baharu pembelajaran dan rekacipta produk. Komitmen “mewujudkan bersama� iaitu prinsip peeragogi mengubah corak kerjasama antara rakan sebaya menjadi lebih akrab. Pengalaman pelajar juga bertambah sehingga berjaya keluar dari kotak pembelajaran tradisional dan memberi nilai tambah kepada sistem pendidikan tradisi. Ketika menyertai projek penyelidikan Peeragogy, Corneli dan Danoff (2011) telah melakukan penilaian ringkas tentang apa yang membuatnya beralih kepada prinsip pembelajaran peeragogi. Pertama, disebabkan konteks di mana peeragogi menepati keperluan pendidikan dan pembelajaran masa hadapan. Kedua, kerana masa dan urutan di mana pembelajaran secara peeragogi lebih menyeronokkan apabila pelajar boleh membuat tugasan dengan lebih cepat tanpa menunda pada tugasan yang lain. Ketiga, kerana pengukuhan sosial, iaitu hasilnya mendapat petua dari rakan sebaya tentang bagaimana menjelajah dan tular maklumat daripada alam siber misalnya, dapat mencari fakta dan maklumat yang berbagai dari rakan dalam dan rakan luar negara melalui Internet. Keempat, kerana kesedaran pengalaman itu sendiri. Daripada proses peeragogi ianya menyedarkan para pelajar tentang cara membaca, menulis dan mengira dengan lebih betul daripada rakan sebaya. Tingkat keupayaan kaedah berfikir aras tinggi (High order of thinking) semakin mahir dan matang. Ini bermakna pada prinsipnya peeragogi memanfaatkan tiga perkara. Pertama, kepakaran pelajar sendiri semakin bertambah 54


PE MB E LAJARAN B E R S AMA RAKAN SEBAYA

kerana secara profesional mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang relevan di luar sana dan disesuaikan dengan pedagogi dalam bilik darjah. Budaya kecemerlangan rakan sebaya telah mendorong pelajar mengubah sikap dan siasah mereka. Kedua, kemahuan dalaman (intrinsic) pelajar datang sendiri untuk memperbaiki kelemahan masing-masing. Dalam usaha membantu rakan sebaya, mereka lebih cepat mahu sendiri memperbaiki diri dan mampu membantu orang lain. Bekerjasama dan kolaborasi dengan rakan sebaya diakui mampu meningkatkan akauntabiliti bersama untuk menghasilkan pembelajaran yang menuju kecemerlangan. Ketiga, dapat menangani isu-isu khusus dalam organisasi dan diri pelajar itu sendiri. Apabila isu khusus seperti kemiskinan dapat diatasi menurut dunia sebenar para pelajar melalui bantuan rakan-rakan ianya memudahkan mereka membuat penyesuaian pembelajaran serta meningkatkan potensi untuk pemindahan pembelajaran tanpa mengganggu keperluan urusan harian mereka. Penglibatan dalam pembelajaran oleh pelajar miskin dapat dimanfaatkan apabila mereka tidak merasa bimbang tentang kekurangan yang mereka hadapi berbanding rakan sebaya, sebab mereka saling bantu membantu (Dewey 2004). Kesimpulannya, prinsip peeragogi mempunyai rangka kerja yang mudah dilaksana oleh para pelajar tertakluk kepada lima syarat. Pertama, mereka kenal pasti arahan dan matlamat yang sesuai untuk pembelajaran masa depan. Kedua, mereka mempunyai kekuatan luaran dan dalaman untuk melibatkan diri dalam bidang pembelajaran yang hendak dipelajari. Ketiga, para pelajar kenal pasti matlamat dan rancangan untuk penambahbaikan cara pembelajaran mereka. Keempat, ada usaha pemantauan terhadap tindakan para pelajar supaya disesuaikan dengan objektif dan matlamat seperti yang diperlukan untuk mencapai matlamat mereka. Kelima, kemas kini matlamat supaya bersesuaian dengan kemajuan pembelajaran dan pendidikan pelajar dari semasa ke semasa. Prinsip peeragogi juga memberi faedah yang maksimum kepada komuniti seperti pelajar AMG khasnya. Sebelum dapat mengambil prinsip yang dinyatakan, adalah penting untuk menyedari amalan terbaik yang telah dibangunkan untuk komuniti rakan sebaya seperti komunikasi dalam talian sama ada ianya bertema pendidikan atau tidak. Kod etika amalan berkomunikasi dalam ruang siber misalnya, perlu 55


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

dikuatkuasa supaya perbincangan yang telus dan terbuka mencapai objektif pembelajaran dan pendidikan yang betul-betul berkesan (Jean Lave & Etienne Wenger‌ (tahun ?). Berdasar kepada tujuh saranan yang disenaraikan di bawah ini ianya bertujuan untuk mencapai keseimbangan berkomunikasi dan kolaborasi rakan sebaya sama ada secara manual atau melalui reruang siber. Pertama, merancang komuniti untuk berkembang secara semula jadi kerana sifat komuniti seperti pelajar mempunyai kepentingan, matlamat dan tujuan yang berbeza-beza. Kedua, mencipta peluang untuk dialog terbuka sama ada di dalam atau dengan pihak luar demi mencapai manfaat bersama dan boleh menangani perbezaan yang ada. Ketiga, disamping mencipta peluang pihak terbabit perlu membenarkan tahap penyertaan yang berbeza daripada komuniti pelajar. Dalam hal ini Vygotsky (1986) mengenal pasti tiga tahap penyertaan utama. Pertama, kumpulan teras yang terlibat secara aktif dalam komuniti melalui perbincangan dalam projek pembelajaran dan pendidikan. Kumpulan ini biasanya mengambil peranan kepimpinan dalam membimbing kumpulan lain. Kedua, tahap kumpulan aktif yang menghadiri dan menyertai secara teratur, tetapi tidak kepada tahap pemimpin. Ketiga, kumpulan periferal sementara iaitu, mereka yang merupakan peserta pasif dalam masyarakat pelajar, masih belajar mengenai tahap penglibatan mereka. Wenger (tahun? ) menyatakan bahawa kumpulan ketiga biasanya mewakili majoriti masyarakat. Keempat, membangunkan ruang komuniti awam dan swasta dengan masyarakat pelajar. Dalam hal ini aktiviti “benchmarkingâ€? dan lawatan boleh dilakukan supaya dengan kerjasama agensi awam dan swasta demi membincangkan, mendedahkan dan meneroka idea baharu dalam kalangan komuniti pelajar. Kelima, memberi fokus kepada nilai berkomuniti bersama rakan sebaya iaitu pelajar secara jelas dapat membincangkan nilai dan produktiviti penyertaan mereka dalam kumpulan. Keenam, menggabungkan kebiasaan dan keseronokan dalam bimbingan rakan sebaya supaya peluang untuk ahli membentuk pengalaman pembelajaran bersama-sama seperti melalui “brainstormingâ€? dan uji kaji berkaitan dengan topik pelajaran yang mereka bincangkan. Ketujuh, menemukan dan memupuk nilai kebiasaan bagi menyelaras kitaran aktiviti supaya pelajar boleh sentiasa bertemu dengan selesa, mengekalkan tahap penglibatan yang tinggi 56


PE MB E LAJARAN B E R S AMA RAKAN SEBAYA

serta meningkatkan daya ketahanan para pelajar. Melalui tujuh saranan yang dijelaskan, faedah maksimum daripada kaedah peeragogi menjadi mudah untuk direalisasikan. Prinsip peeragogi seterusnya ialah merupakan kaedah utama dalam membantu masalah pedagogi yang kritikal. Selama berabad-abad, ahli teori pendidikan telah mencabar keberkesanan model guru-pelajar tradisional, iaitu terletak pada premis dimana guru bertanggungjawab untuk memindahkan fakta dari buku ke minda pelajar. Individu yang terkenal dengan pemahaman pendidikan awal di Amerika Syarikat adalah John Dewey yang menganjurkan teknik baharu pedagogi iaitu “progressive education”. Dalam bukunya, terbitan tahun 1916 bertajuk `Demokrasi dan Pendidikan’, Dewey (2004) berpendapat pendidikan bukan urusan ‘menceritakan’ dan `diberitahu’, tetapi perlu kepada proses yang aktif dan konstruktif. Dalam esei beliau terkemudian bertajuk `Pengalaman dan Pendidikan’, Dewey memaparkan lebih banyak tentang sains perkembangan kanak-kanak. Antaranya, tentang teori pembelajaran konstruktivis dimana pengetahuan itu dicipta melalui pengalaman rakan sebaya yang bukan diperturun daripada guru kepada pelajarnya melalui seni hafalan sahaja. Begitu juga ahli psikologi Rusia, Lev Vygotsky (tahun), yang membangunkan konsep Zon Pembangunan Proksimal, adalah penyokong pembelajaran konstruktivis. Berdasar karangan bukunya bertajuk `Pemikiran dan Bahasa’, beliau memberikan bukti bahawa pelajar belajar lebih baik melalui aktiviti penyelesaian masalah bersama rakan sebaya secara kolaboratif daripada latihan secara individu. Pengikut Vygotsky iaitu Jerome Bruner (tahun) dianggap sebagai pencetus kepada kaedah peeragogi dalam sistem pendidikan di Amerika Syarikat dimana pembelajaran bersama rakan sebaya telah memberi pembaharuan kepada pedagogi yang sedia ada. Daripada segi pendekatan sejarah budaya untuk kognitif, Edwin Hutchins (tahun) seorang ahli psikologi kognitif dan antropologi 1980an telah mengembangkan teori Kognisi Teragih (DCog). Dalam teori ini, pengetahuan tidak hanya terletak pada individu tetapi dalam persekitaran sosial dan fizikal individu tersebut. Kognisi yang diagihkan merujuk kepada proses di mana sumber kognitif dikongsi secara hubungan sosial untuk memperluas sumber daya kognitif individu atau untuk mencapai sesuatu yang tidak dapat dicapai oleh seorang individu sahaja. Malah, proses kognitif boleh diagihkan antara manusia dan mesin 57


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

seperti teknologi ICT sama ada kognisi yang diedarkan secara fizikal atau antara agen kognitif yang diedarkan secara sosial (Wang & Kang 2006). Manakala Siemens (2005) telah menunjukkan bahawa sistem kognisi yang diedarkan membentuk sistem yang terdiri daripada ejen individu, rakan sebaya, guru, dan alat kognitif sosio-kultur yang dibentuk sesuai dengan masyarakat setempat. Profesor Psikologi Harvard iaitu Lauren B. Resnick (tahun) menggabungkan pembelajaran konstruktivis dan konsep pemikiran aras tinggi dalam bukunya bertajuk `Pendidikan dan Pembelajaran Berfikir’. Tugas guru adalah untuk membina makna dan menyesuaikan pelajaran dengan struktur situasi pelajarnya dan bukannya mengharapkan pelajar boleh mencari makna dengan sendiri. Sarjana pendidikan Barat seperti Resnick telah membincang konsep peeragogi banyak menyumbang kepada penyelesaian masalah kognitif yang dihadapi oleh bidang pedagogi. Beliau menegaskan peeragogi adalah pendekatan pengajaran yang menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan secara kreatif mengenai apa yang mereka perhatikan sebagai bertentangan dengan budaya pasif selama ini. Dalam konteks sosiopolitik yang lebih besar, pedagogi kritikal melibatkan pelajar dan pengajar dalam menganalisis dan mengkaji struktur kuasa di sekeliling mereka. Cendekiawan yang paling berpengaruh dalam bidang ini ialah Paulo Freire. Dalam buku karya agungnya bertajuk, `Pedagogy of the Oppressed’ tahun 1976, beliau menolak hanya bergantung kepada kerangka pengajaran tradisional. Beliau menggambarkan pengajaran tradisional menganggap pelajar seperti kapal kosong untuk diisi dengan pengetahuan dan konsep kehidupan. Sebaliknya, Freire menganjurkan hubungan baharu yang lebih adil antara guru dan pelajar dimana semua pelajar dalam kelas bekerja bersama untuk mencipta pengetahuan dengan bimbingan guru. Visi Freire untuk menjadikan pendidikan dialogik, dimana pembelajaran terletak dalam pengalaman hidup pelajar bersama rakan sebaya (Schmindhuber 2010). Cabaran pelajar dengan pengalaman dan gaya pembelajaran yang berbeza diperburukkan lagi dalam sistem pendidikan awam yang terlalu banyak jarak perbezaan antara pedagogi, andragogi dan peeragogi (Nuryanto 2011). Namun, menurut Paulo Blikstein, Penolong Profesor 58


PE MB E LAJARAN B E R S AMA RAKAN SEBAYA

Pendidikan di Universiti Stanford, teknologi boleh digunakan sebagai alat untuk membuat peeragogi Freirean menjadi kenyataan. Berdasar kepada teknologi pendidikan sebagai ejen emansipasi yang diilhamkan oleh ahli matematik MIT Seymour Papert, beliau telah mereka bentuk bahasa pengkod komputer pertama untuk kanak-kanak (LOGO). Blikstein menjalankan satu siri bengkel kreatif ekspresif untuk pelajar di sekolah awam di SĂŁo Paulo, Brazil mengguna LOGO. Hasilnya, beliau mendapati melalui aktiviti penerokaan yang dijalankan pelajar, mereka bukan sahaja menjadi lebih autonomi dan bertanggungjawab, malah pelajar boleh belajar dan mengajar antara satu sama lain. Ini bermakna teknologi ICT khususnya Internet telah menjadi salah satu premis peeragogi yang paling berkesan untuk memudahkan pembinaan kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar. Teori Peeragogi Permulaan teori peeragogi berkait rapat dengan teori konstruktivisme sosial iaitu salah satu bahagian asas pedagogi kritikal moden. Golongan pendidik kerap menggabungkan aktiviti-aktiviti dalam pengajaran mereka berdasarkan kaedah peeragogi. Profesor Psikologi Pendidikan Alison King menerangkan pendidikan secara peeragogi melalui hubungan rakan sebaya dapat membuktikan teori konstruktivisme mudah direalisasikan dalam pembelajaran di sekolah. Perbuatan mengajar dan belajar sesama rakan sebaya membolehkan individu pelajar menjelaskan, menghuraikan, dan sebaliknya menyusun semula bahan supaya lebih mudah difahami. Joss Winn, Pensyarah Kanan dalam Penyelidikan Pendidikan di University of Lincoln, mencadangkan bahawa sekolah secara radikal mentakrifkan hubungan guru-pelajar agar sesuai dengan teori konstruktivis pengetahuan. Manakala Carl Rogers (tahun) berpendapat secara konstruk pembelajaran peeragogi memberi tumpuan kepada pengalaman individu tentang pembelajaran yang berkesan, dan akhirnya menyimpulkan bahawa hampir keseluruhan struktur pendidikan tradisional memang bertentangan dengan pengalaman pengajaran berasaskan peeragogi ini. Pembelajaran tersendiri dalam kumpulan rakan sebaya mampu menjadikan seorang pelajar sebagai pemudah cara dan ianya merupakan pendekatan baharu dalam dunia pendidikan menurut teori konstruktivisme. 59


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

Penggunaan teknologi ICT dalam peeragogi dapat meningkatkan pemahaman pelajar tentang pengetahuan dan pendidikan melalui rakan sebaya. Yochai Benkler (tahun) dalam bukunya The Wealth of Networks menerangkan bagaimana teknologi ICT seperti komputer dapat membantu menghasilkan dan memproses pengetahuan pelajar dengan rakan sebaya. Kemajuan dan pengguna teknologi ICT merealisasikan teori pembelajaran digital oleh George Siemens (tahun) yang memperkenalkan teori baharu yang disebut Connectivism. Menurut George Siemens connectivism merupakan teori pembelajaran untuk zaman digital di mana teknologi ICT telah mengubah cara pelajar belajar dari bersua muka kepada belajar dengan rakan sebaya secara atas talian. Manakala Teori Behaviorism mengatakan pembelajaran adalah mengenai mengubah tindak balas kita kepada rangsangan; kognitivisme mendefinisikan pembelajaran sebagai proses mengurus dan mengingati masa lampau; konstruktivisme mengatakan bahawa pelajar membina pengetahuan berdasar makna dengan memahami pengalaman mereka di atas dunia. Semua teori ini menggambarkan pembelajaran sebagai satu proses yang terkandung di dalam individu. Tetapi teori new-Connectivism mencadangkan pengetahuan dapat diakses melalui hubungan pelajar dengan rakan sebaya dan orang lain sehingga maklumat yang dibawa dalam fikiran seperti sama antara satu dengan yang lainnya. Ini bermakna proses pembelajaran tidak sepertinya di bawah kendali individu tetapi pembelajaran juga terjadi di luar kawalan diri kita seperti melalui bimbingan rakan sebaya (Wang 2008). Teori konektivisme dalam peeragogi sangat penting sebagai amalan pembelajaran dan pendidikan melalui reruang siber bersamasama rakan sebaya sama ada dari dalam dan luar negara. Jaringan siber memungkinkan pelajar mendapat sumber bahan pendidikan pada masa akan datang dengan lebih luas tanpa dibatasi sempadan, masa dan tempat. Tambahan pula, melalui hubungan jaringan para pelajar dengan rakan di lokal, serantau dan global pendedahan mereka terhadap pelbagai maklumat dan pengetahuan menjadi lebih meluas melebihi daripada set pengetahuan yang mereka dapati secara individu dan melalui guru. Cuma para pelajar perlu diberi panduan dan garis panduan bagaimana mereka boleh manfaatkan kemudahan jaringan Internet itu supaya dapat digunakan secara positif. Pelajar generasi Y dan Alpha dianggap sebagai generasi Netizen. Menurut Siemens (2005) 60


PE MB E LAJARAN B E R S AMA RAKAN SEBAYA

pembelajaran dan pendidikan di zaman era ICT adalah pendidikan seumur hidup, dan kebanyakan sistem pembelajaran dari alam siber telah mengambil tempat peranan sekolah dan kolej. Maka, pendidikan era siber itu lebih memperkukuhkan lagi peranan peeragogi sebagai kaedah pembelajaran di samping kaedah pedagogi dan andragogi. Freire (2005) berhujah bahawa institusi pendidikan harus mempertimbangkan pembelajaran yang baharu, di mana pembelajaran timbul daripada interaksi kumpulan rakan sebaya pelajar yang diatur sendiri (peeragogi) terutama dalam zaman digital ini. Zaman Web 2.0 kepada Web 3.0 serta sistem komunikasi 1G kepada 5G sangat memberi ruang kepada pelajar belajar secara berkumpulan iaitu peeragogi, termasuk boleh berkongsi maklumat secara pantas. Walau bagaimanapun, kawalan penggunaan reruang siber tetap diteruskan supaya hasil pembelajaran melalui reruang siber dan berkomunikasi rakan sebaya tidak membawa kepada perkara negatif dan tersasar daripada matlamat sebenar. Wang dan Kang (2005) dan Wang (2008) melihat zaman digital membuka ruang potensi “pembelajaran partisipatif� iaitu bagaimana pelajar hari ini menggunakan teknologi untuk menyertai komuniti maya dan bertukar idea bersama rakan sebaya. Banyak institusi pengajian tinggi mula menghargai jenis pembelajaran ini dan mengamalkan sistem pendidikan jarak jauh. Malah, perkembangan ini juga berkembang di sekolah-sekolah sebagai nilai tambah kepada sistem pembelajaran di bilik darjah. Wang dan Kang (2005) memperkenalkan 10 prinsip untuk masa depan pembelajaran. Sepuluh prinsip tersebut termasuk pembelajaran kendiri, harizontal dan pendidikan sumber terbuka (open source). Sepuluh prinsip tadi bersesuaian dengan teori konektivisme serta pembelajaran dan pendidikan baharu yang memberi tumpuan kepada interaksi antara rakan sebaya (peeragogi). Teori-teori pembelajaran baharu peeragogi yang diterangkan sebelum ini sedang diuji dalam komuniti “peer-learning� di seluruh dunia. Salah satu daripada komuniti pertamanya bernama Peer 2 Peer University (P2PU) yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Philipp Schmidt. Beliau percaya bahawa program inisiatif seperti P2PU banyak menyumbang kepada kandungan percuma yang berkualiti tinggi, boleh berhubung dengan berjuta-juta pelajar di Internet dan merealisasi hubungan di antara industri dengan pusat pengajian tinggi. Namun begitu, berapa cabaran perlu dihadapi termasuk menyediakan perkhidmatan yang 61


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

berkualiti terutama merangkumi kawasan-kawasan yang terpencil. Cabaran mengadakan sistem pendidikan atas talian yang murah kepada para pelajar miskin di negara-negara membangun. Cabaran seterusnya tidak meluasnya perlaksanaan e-pembelajaran di sesetengah pusat pengajian tinggi. Schmidt menubuhkan kursus P2PU sebagai percubaan pertama dengan pengenalan kepada sastera Cyberpunk, Bermain Poker dan kursus pemikiran strategik. Implikasi daripada percubaan tersebut, mereka berpendapat bahawa sistem sosio-teknika peeragogi di Internet hari ini menjadikannya mudah para pelajar membangun model kendiri, mengamalkan tingkah laku yang positif dan dapat menyerlah bakat masing-masing. Kesimpulannya, P2PU adalah salah satu contoh paling awal komuniti pembelajaran rakan sebaya (peeragogi) yang dalam talian. Kursus-kursus atas taliannya telah memberi inspirasi kepada pihak universiti sedia ada untuk merealisasikan kursus atas talian dalam sistem pembelajaran dan pengajian selepas itu. Antara cabaran pelaksanaan peeragogi manual dan peeragogi atas talian dalam kalangan pelajar ialah masih bertembung dengan sistem pendidikan tradisional yang enggan membuat penambahan terutama usaha menyokong kelompongan pendekatan pedagogi dan andragogi itu sendiri. Cabaran seterusnya usaha melestarikan kursuskursus supaya sesuai dengan konsep peeragogi itu sendiri supaya lebih berdikari, terurus dan kandungannya sesuai menurut perubahan daripada penambahan kepada pendekatan pedagogi dan andragogi tadi. Sebagai contoh, teknologi ICT biasanya dilihat sebagai teknologi yang bebas dan mesra manusia, tetapi ia juga boleh mencipta struktur pendidikan yang sedia ada jadi tidak berkesan bila disalah guna atau berlaku faham yang salah. Bimbingan guru secara manual masih perlu untuk dilihat kebebasan mengguna teknologi ICT tadi bukan satu yang mutlak. Ini bermakna komuniti pelajar peeragogi mempunyai peluang untuk menyusun semula persekitaran pembelajaran mereka di luar kelas di samping mengguna versi pendidikan digital dan peperiksaan biasa (Balschke 2012). Cabaran seterusnya peeragogi ialah bagaimana bilik darjah boleh dijadikan pusat atau ruang masyarakat pelajar berilmu pengetahuan. Sejauh mana keterbukaan sekolah dalam membenarkan para pelajar boleh mengguna komputer untuk berkomunikasi dan mendapat pengetahuan dari rakan sebaya dari dunia luar dengan kawalan yang 62


PE MB E LAJARAN B E R S AMA RAKAN SEBAYA

wajar? Jika cabaran ini tidak dapat diselesaikan, penyalahgunaan teknologi atas nama pembelajaran rakan sebaya bukan terletak kepada kelemahan pada teknologi itu, tetapi kelemahan dalam melaksana nilai tambah peeragogi berdasar kepada keperluan pelajar. Akhir sekali, adalah penting untuk diingat bahawa peeragogi bukan sekadar satu bahagian atau satu set latihan dalam pedagogi dan andragogi. Peeragogi adalah bermatlamat mencapai maksud dan titik pertemuan yang sama dalam kalangan pelajar untuk menjadi karakter komuniti berpendidikan yang berdisiplin. Pelaksanaan peeragogi tidak mengambil mudah tentang unsur-unsur pembentukan insan dan sahsiah para pelajar. Dalam dunia pembelajaran dan pendidikan menurut Dasar Pendidikan Kebangsaan, para pelajar mempunyai tanggungjawab terhadap diri sendiri, rakan, sekolah dan juga masyarakat. Peeragogi sebenarnya mengasuh para pelajar bukan sahaja cemerlang dalam aspek pembelajaran tetapi juga cemerlang di mata masyarakat secara praktikalnya. Dalam hal ini, peeragogi mesti difahami semua pelajar dalam bentuk amalan yang sangat holistik iaitu dari sudut pandangan dunianya (worldview), keilmuannya dan amalannya (Burger & Starbird 2013). Pendekatan peeragogi bersama-sama pedagogi dan andragogi sangat terkait dalam usaha membentuk kejiwaan sosial dan jati diri positif para pelajar. Dalam dunia Revolusi Perindustrian Ke Empat (4IR) pelaksanaan peeragogi, pedagogi dan andragogi kepada pelajar bukan hanya menyangkut penggunaan teknologi maju sahaja. Tetapi yang terpenting para pelajar mampu mengurus kejiwaan sosial dan jati diri mereka yang merangkumi skop perubahan sosioteknologi seperti pemikiran (mind), jiwa (heart), spirit (soul), fizikal (body) dan ketaatan (faith) (Rajah 3.1). Berdasarkan Rajah 3.1, kejiwaan sosial dan kejatian diri boleh dibentuk dalam era 4IR dengan tiga cara. Cara ini telah lama diamalkan dan sudah menjadi teras pembelajaran dan pendidikan dalam AMG. Pertama, fokus kepada pembangunan sahsiah diri. Kedua, fokus kepada kecemerlangan akademik dan ketiga, fokus kepada inovasi sosial dalam kalangan pelajar. Fokus kepada sahsiah diri antaranya, membentuk gaya fizikal, sikap, perilaku, berkomunikasi, berinteraksi, bertatatertib dan cakna kepada persekitaran “learning centre� dan ekologi sosial yang ada. Tumpuan utama aspek ini ialah mengatur semula batang tubuh pelajar (body) dan minda (mind) supaya selari dengan matlamat 63


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

AMG untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi sahsiah. Fokus kecemerlangan akademik pula memberi tumpuan kepada minat, tekun, rajin, empati dan kesungguhan dalam menerima pelajaran sama ada menurut kaedah pedagogi, andragogi dan peeragogi. Tumpuan utama aspek ini ialah meningkatkan semangat (soul), kecekalan (heart), minda (mind) dan pegangan yang kukuh (faith) supaya pelajar AMG menjadi

Gambar 3.1 Sokongan pembentukan nilai dan karakter di Akademi Menara Gading

Mind

Soul

Faith

Heart

Body

Rajah 3.1 Kejiwaan Sosial dan Kejatian Diri Masyarakat Berilmu Dalam Era 4IR Sumber: diubah suai daripada Schwab (2017), Schmindhuber (2010) dan Corneli dan Mikroyannidis (2012) 64


PE MB E LAJARAN B E R S AMA RAKAN SEBAYA

pelajar yang cemerlang dari segi akademik. Manakala fokus inovasi sosial pula mendedahkan para pelajar kepada dunia luar, bagaimana mereka berhubung, rasa simpati dan empati, macam mana mereka boleh praktik dan lakukan selari dengan pendidikan sahsiah dan akademik yang diterima. Tumpuan inovasi sosial pelajar AMG sangat sinergi antara fizikal (body), kemahiran pemikiran (mind), kekuatan dalaman (soul), naluri (heart) dan pegangan kukuh (faith). Pengukuhan sahsiah, kecemerlangan akademik dan inovasi sosial juga telah dipraktik oleh para peserta AMG melalui kaedah peeragogi bersama rakan sebaya. Antara perkara praktik peeragogi yang telah dilakukan oleh para peserta sepanjang dua tahun dalam program AMG ialah bimbingan rakan sebaya, belajar berkumpulan, muhasabah bersama – budaya tegur menegur, budaya kerjasama dan gotong-royong, empati kongsi perasaan kegembiraan dan kedukaan, pembelajaran rakan siber, berguru kepada rakan, berbakti kepada masyarakat, komunikasi dan berkomunikasi, penanda aras (lawatan dan learning).

PERLAKSANAAN PEERAGOGI DALAM AMG Setelah hampir 20 tahun pelaksanaan AMG dari kohort 1 hingga kohort 11, banyak kaedah peeragogi telah terlaksana dan boleh diambil pengajaran. Setakat perbincangan ini, lebih kurang 10 pelakuan peeragogi pelajar AMG. Pelakuan peeragogi itu telah dapat membantu peningkatan pedagogi mereka sehingga mencapai keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sepuluh perlakuan peeragogi tersebut seperti dijelaskan selepas ini yang akan diselang seli dengan puisi dan seloka oleh Tenas Effendy (2006) sebagai panduan dan pengajaran. Asas kepada peeragogi yang dilakukan oleh peserta AMG sesuai dengan lima prinsip oleh Corneli (2016) di mana menjadi prinsip asas peeragogi itu sendiri iaitu ‘Berhak untuk bercakap’, ‘Berhak untuk didengar’, ‘Berhak untuk mendengar’, ‘Berhak untuk bekerjasama’, dan ‘Berhak untuk memimpin bersama’. Bimbingan Rakan Sebaya Salah satu amalan peeragogi yang dilakukan oleh para peserta AMG ialah amalan bimbingan rakan sebaya. Pihak pengurusan AMG dan 65


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

guru sangat menggalakkan pelajar yang ada kelebihan membimbing rakan-rakan lain dalam pelajaran khususnya mata pelajaran yang sukar. Peserta AMG yang berpusat di “learning centre� sentiasa terbuka membimbing rakan yang lemah setiap mata pelajaran yang mereka kuasai (Abdul Razaq Ahmad 2007). Mata pelajaran seperti matematik tambahan, fizik, kimia dan biologi sering dipraktik oleh bimbingan rakan sebaya AMG. Sikap yang ditunjukkan oleh pelajar AMG itu sesuai dengan riwayat resam kita; Adat hidup berkawan-kawan Sama melangkah seiring sejalan Sama mengingat sama menjagakan Sama merasa rezeki di pinggan Sama meneguk air secawan (Tenas Effendy 2006) Dalam dunia pendidikan cemerlang, bimbingan rakan sebaya itu bukan perkara asing. Hal ini sudah lama dipraktikkan dalam apa sahaja kegiatan berilmu. Pengajaran ilmu persilatan, sekolah pondok dan sekolah berasrama penuh telah lama menerapkan budaya ini dalam kaedah pembelajaran dan pendidikan mereka. Syarat utama kejayaan bimbingan rakan sebaya mesti ada kejiwaan sosial dan kejatidirian yang kukuh seperti ikhlas, tidak kedekut ilmu, empati kepada rakan yang lemah serta tidak riak dengan ilmu yang ada. Belajar Berkumpulan Amalan belajar berkumpulan juga telah lama diterapkan dalam program AMG. Para peserta AMG dibahagikan kepada kumpulan tertentu mengikut bidang pengajian (Abdul Razaq & Norzaini 2005). Melalui cara ini mereka dapat belajar secara berjemaah dan dapat mempraktikan bimbingan rakan sebaya. Belajar berkumpulan atau berjemaah sebenarnya boleh menjadikan minda, semangat, jiwa dan pegangan iltizam para pelajar cepat memberi tumpuan kepada pelajaran jika diambil peluang sebaiknya. Belajar berkumpulan boleh berkongsi nota, berkongsi kefahaman, saling ingat mengingati fakta serta meningkatkan daya 66


PE MB E LAJARAN B E R S AMA RAKAN SEBAYA

hafalan. Belajar berkumpulan yang dilakukan oleh para peserta AMG selama ini sesuai dengan riwayat resam kita; Adat hidup sama sebanjar Sama beri tunjuk dan ajar Dalam sempit sama berlegar Dalam susah sama bersandar Dalam gelabah sama bersabar Dalam duduk sama setikar (Tenas Effendy 2006) Belajar berkumpulan dan berjemaah ini perlu diambil ingatan oleh para peserta AMG iaitu kejayaan atau kecemerlangan dalam hidup bukan satu perkara yang diwarisi, tetapi perlu diusahakan. Antara contoh usaha ialah belajar secara berkumpulan. Begitu juga, kejayaan dan kecemerlangan pelajar tidak berlaku dengan tidak sengaja tetapi perlu dirancang rapi oleh individu dan kelompok pelajar itu sendiri. Berguru kepada Rakan Selain bimbingan rakan sebaya dan belajar secara berkumpulan, budaya terapan yang disuntik dalam program AMG ialah berguru kepada rakan. Berguru kepada rakan dipraktik sama ada secara langsung dan tidak secara langsung. Tidak boleh dinafikan terdapat pelajar AMG yang berkebolehan dan berketrampilan dari segi siasah dan kepimpinan (Abdul Razaq & Shaharom 2005). Pelajar AMG yang boleh diharap dan boleh dicontohi. Dalam keadaan kitaran peeragogi berguru kepada rakan, boleh sahaja berlaku secara sinergi dan simbiosis antara rakan sebaya terutama kepada perkara-perkara baik yang bermanfaat. Mereka berkongsi rasa, cita-cita dan mengambil tauladan dari rakan sebaya yang ada kelebihan tanpa merasa rendah hati. Berguru kepada rakan tidak asing dalam dunia Islam kerana sudah diamal oleh para ulamak dan cendekiawan Islam sejak ratusan tahun dahulu. Imam Shafie misalnya, telah berguru dengan Imam Malek, Imam Hanafi dan Imam Hambali. Ulama-ulama Nusantara juga tidak ketinggalan mengamalkan berguru 67


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

kepada rakan untuk meningkatkan keilmuan mereka. Konsep `aku sudah pandai’ dan `aku sahaja yang pandai’ tiada dalam kamus hidup mereka. Dalam hal berguru kepada rakan ini sesuai dengan riwayat resam kita; Apa tanda Melayu berilmu Pada yang adil ia bertumpu Pada yang benar ia berguru Ilmu dituntut pada yang patut Ilmu dicari pada yang berisi Apa tanda Melayu berilmu Bekerja tidak mencari seteru (Tenas Effendy 2006) Peserta AMG yang hendak cemerlang mereka tidak segan dan malu berguru kepada rakan yang berkebolehan kerana dapat berkongsi ilmu dan pengalaman yang lebih luas. Dalam pada itu budaya saling bantu membantu terus lestari dalam kalangan pelajar terutama untuk memahami sesuatu mata pelajaran, dapat pula menghilangkan rasa bosan dan jemu. Perkara paling penting dalam masa dua tahun, ukhuwah dalam kalangan peserta AMG semakin rapat seperti hidup bersama saudara sendiri. Muhasabah Bersama dan Budaya Tegur Menegur Muhasabah bersama dan budaya tegur menegur memang menjadi budaya terapan dalam program AMG. Tidak dinafikan dalam tempoh dua tahun mengikuti program AMG, para peserta mempunyai pelbagai ragam, perangai dan kelakuan. Ada yang baik, nakal dan ketikanya di luar kawalan. Kita semua faham para pelajar yang mengikuti program AMG terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga dan dari sekolah yang berlainan (Abdul Razaq 2007). Keberagaman pelajar ini merupakan satu anugerah kepada program AMG, dan untuk mengurusnya budaya muhasabah bersama dan budaya tegur-menegur terus dilakukan. Pelajar AMG diberi kefahaman, iaitu setiap perkara yang baik dijadikan amalan dan perkara yang tidak elok dijadikan sempadan. Kata-kata 68


PE MB E LAJARAN B E R S AMA RAKAN SEBAYA

hikham Umar ibnu Khattab RA, “Orang yang paling aku sukai adalah dia yang menunjukkan kesalahanku”. Budaya sebegini sesuai dengan riwayat resam kita; Adat hidup Melayu bahari Sesama makhluk berbaik budi Yang hilang sama dicari Yang kurang sama diberi Yang kosong sama diisi Yang salah sama dibaiki Yang bengkok sama dilurusi Yang semak sama dikemasi (Tenas Effendy 2006) Budaya muhasabah bersama serta budaya tegur menegur dalam program AMG ini memperkuatkan siasah diri dan fokus kepada kecemerlangan diri untuk boleh menjadi insan yang bestari serta pintar (SMART). Insan SMART bermaksud S= Sedar akan matlamat hidup dan nilai serta tanggung jawab diri, M = mahir dalam perkara asas kehidupan seperti agama dan keduniaan, A = akhlak yang baik dan berdisiplin, R = rajin, istiqomah dan bersungguh-sungguh, T= tengan, ceria, dam berserah diri kepada Tuhan (Supyan 2003). Empati Kongsi Perasaan Kegembiraan dan Kedukaan Tiada lautan yang tiada gelombang, begitu juga apa yang dihadapi oleh para peserta AMG. Mereka AMG datang dari keluarga B40 dan keluarga miskin. Hasil lawatan para pensyarah ke rumah-rumah AMG terdapat peserta AMG yang ekonomi keluarga mereka `kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ (Abdul Razaq 2007). Walaupun ada antara mereka mempunyai pelbagai cabaran hidup, simpati dan empati dari rakan-rakan sangat tinggi. Himpunan peserta AMG di “learning centre” secara langsung, rakan yang menghadapi masalah dibimbing dan dinasihat oleh rakan lain dan dibantu mana yang patut. Pihak YASA juga tidak membiarkan mereka yang menghadapi masalah ekonomi, 69


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

masalah peribadi dan masalah pembelajaran tidak dibantu. Pertemuan dengan ibu bapa bersama anak-anak mereka menyedarkan para peserta AMG tentang perlunya simpati dan empati terhadap cabaran hidup yang dihadapi oleh rakan mereka. Budaya pandang rendah kepada orang lain, budaya rendah diri dan kecewa tiada dalam kamus peserta AMG. Empati kongsi perasaan kegembiraan dan kedukaan sesama rakan sebaya menjadi ubat motivasi kepada keyakinan diri pelajar untuk menghadapi dugaan hidup. Budaya seperti ini sesuai dengan riwayat resam kita; Adat hidup Melayu terpilih Sesama makhluk berbagi kasih Menolong dengan muka yang jernih Menolong dengan hati yang bersih Pantang mencari silang selisih Taat setia tiada beralih (Tenas Effendy 2006) “Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama�, nama yang baik, nama yang berjasa dan dikenang budi oleh kawan dan taulan. Berkongsi perasaan dan kedukaan dalam rakan sebaya menjadi amal baik kerana setiap insan dituntut untuk tidak pentingkan diri sendiri. Sikap cakna dan membantu rakan taulan sudah menjadi resepi budaya kecemerlangan para peserta AMG. Komunikasi dan Berkomunikasi Peserta-peserta AMG bukanlah komuniti yang tertutup. Mereka AMG sentiasa didedahkan hidup bermasyarakat sama ada sesama rakan sebaya atau masyarakat di luar sana. Peristiwa banjir di Kuantan pada tahun 2014 misalnya, peserta AMG dikerah untuk membantu operasi membersihkan rumah penduduk yang dilanda banjir. Selain itu, para peserta AMG juga diminta menghadiri program membantu para peniaga pasar pagi di UTC Kuantan sebagai program muhasabah diri betapa susah mencari rezeki. Oleh sebab itu, para peserta AMG diajar komunikasi dan berkomunikasi secara betul. Para pensyarah, guru dan rakan sebaya membimbing bagaimana berkomunikasi melalui bacaan ikrar, berpidato, 70


PE MB E LAJARAN B E R S AMA RAKAN SEBAYA

persembahan pentas, berbahas dan sebagainya (Abdul Razaq & Norzaini 2005). Malu pada tempatnya itu ajaran AMG, peserta AMG digalakkan berani bercakap dan berani memberi pendapat tanpa rasa malu, gugup dan segan. Keyakinan diri sangat dibina dalam sesi komunikasi dan berkomunikasi bersama rakan sebaya. Resam ini sesuai dengan riwayat bait-bait seloka; Apa tanda Melayu berilmu Tahu salah membawa malu Tahu elok menebus malu Mengaku bodoh tiada malu Mengaku pandai tiada mau (Tenas Effendy 2006) Sistem komunikasi dan berkomunikasi yang baik ada syaratnya iaitu pelajar perlu mahir mengawal keadaan bukan keadaan mengawal kita sewaktu berdebat, memberi pendapat dan berbincang. Setiap masalah atau tekanan yang berlaku semasa berkomunikasi merupakan proses untuk mendewasa dan mematangkan hidup peserta AMG. Perasaan ego, rendah hati serta memandang rendah pada orang lain harus dibuang supaya proses berkomunikasi tadi berjalan lancar dan memberi manfaat. Pembelajaran Rakan Siber Merujuk kepada teori peeragogi, kaedah pembelajaran rakan siber merupakan salah satu kaedah yang ampuh untuk mendapatkan ilmu yang lebih meluas. Melalui rakan siber dari dalam negeri dan luar negara peserta AMG mendapat manfaat bertukar-tukar fikiran tentang sesuatu ilmu. Antara program AMG ialah membawa pelajar membuat lawatan ke Indonesia, Singapura, Thailand, Korea Selatan dan Jepun. Hasil program ini sudah tentu mereka mempunyai rakan siber bukan sahaja dalam negara, tetapi juga dari luar negara. Seperti mana tujuan program AMG untuk memberi pandangan dunia (worldview) peserta, mereka digalak mengguna reruang siber untuk berhubung dengan pelajar-pelajar dari negara yang dilawati tadi untuk menimba ilmu (Abdul Razaq & 71


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

Shaharom 2005). Konsep `Luas padang luas permainan, jauh berjalan luas pandangan’ sepatutnya diamalkan dalam penggunaan reruang siber iaitu sesuai dengan puisi oleh mereka yang cerdik pandai dalam dunia ICT; Teman siber melalui komputer Komputer meja komputer riba Belajar bersama di alam siber Ilmu digali berganda ganda Walau bagaimanapun, cara operasi pembelajaran rakan siber yang betul mestilah; pertama ahli kumpulan terdiri daripada rakan sebaya yang mempunyai persamaan azam yang tinggi, sikap yang positif dan bertanggung jawab. Kedua, bilangan ahli kumpulan tidak terlalu ramai, bilangan yang besar dalam satu-satu kumpulan akan merumitkan proses perbincangan, kadang-kadang boleh tersasar isu. Ketiga, setiap ahli kumpulan hendaklah memahami tujuan belajar berkumpulan. Keempat, setiap ahli perlu diberi tugas membaca topik-topik tertentu dan kemudian membentang dalam kumpulan, hendaklah melaksana tugasnya dengan penuh amanah. Kelima, setiap perbincangan hendaklah diambil nota seperti dalam bentuk peta minda dan sebagainya. Keenam, elakkan daripada berborak kosong dalam “WhatsApp” atau “Telegram” dengan membuat perkara lain daripada berbincang tentang pelajaran. Terakhir, perbezaan pendapat merupakan sesuatu yang positif kerana akan meningkatkan lagi kualiti pemikiran ahli-ahli kumpulan. Akan tetapi setiap pendapat hendaklah disokong dengan fakta dan hujah logik yang boleh diterima (Supyan 2003). Budaya Kerjasama dan Gotong-royong Turutan bicara teori peeragogi sebelum ini, budaya kerjasama (Ubuntu) dan gotong-royong memang menjadi budaya pupuk sahsiah peserta AMG. Kecemerlangan akademik sahaja tidak membawa makna jika diri pelajar mempunyai perasaan pentingkan diri sendiri. Seperti mana perbincangan sebelum ini mengenai pembelajaran rakan sebaya dan berguru kepada rakan, konsep “Ubuntu” dan gotong royong ini menjadi 72


PE MB E LAJARAN B E R S AMA RAKAN SEBAYA

asas kerjasama dan perpaduan kukuh antara peserta AMG. Kebersihan “learning centre�, tandas, ruang solat dan ruang belajar dijaga bersama melalui sesi gotong-royong bersama rakan sebaya (Abdul Razaq 2007). Budaya gotong-royong ini secara langsung memupuk perasaan sepunya dan bersatu hati dalam kalangan peserta AMG. Dalam wilayah Nusantara, budaya gotong-royong atau “Ubuntu� sudah menjadi adat resam dan kebiasaan. Ianya sesuai dengan riwayat resam kita; Adat hidup Melayu beradat Sesama makhluk ia bersahabat Berbuat baik menjadi sifat Tolong menolong sudah melekat Tenggang menenggang sesama umat Bertanam budi tiada terhad (Tenas Effendy 2006) Peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat mengajar kita bahawa kejayaan hijrah ke Madinah adalah hasil perancangan yang teliti dan hasil kerjasama para sahabat. Penglibatan para sahabat sama ada sahabat yang tua, yang dewasa, sahabat wanita dan sahabat belia/ remaja dan sahabat kanak-kanak telah membawa kejayaan besar kepada perancangan hijrah. Sehingganya tertubuh negara Madinah al-Munawwarah. Dalam konteks hari ini, untuk menjana pelajar yang cemerlang, semua peserta AMG hendaklah bersama-sama berganding bahu, memainkan peranan masing-masing dan tidak meletakkan tanggungjawab hanya kepada seorang individu sahaja untuk cemerlang. Sikap tolong menolong dan kerjasama dalam kalangan peserta AMG boleh menghasilkan tempat belajar yang bersih dan suasana belajar yang yang harmoni. Berbakti kepada Masyarakat Pembelajaran dari kaedah peeragogi rakan sebaya peserta AMG boleh dilihat semasa program berbakti kepada masyarakat. Program berbakti kepada masyarakat merupakan program yang menyeronokkan dan banyak boleh diambil pengalaman oleh peserta AMG. Program membantu 73


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

pelajar miskin, membantu golongan penjaja, membantu mangsa banjir dan sebagainya merupakan kaedah peeragogi secara langsung pelajar bersama rakan sebaya memahami permasalahan dunia (Abdul Razaq 2007). Program simpati dan empati sebegini mampu menjadi jiwa pelajar insaf dengan cabaran kehidupan seperti dapat mengenal golongan yang lebih susah dan daif. Berbakit kepada masyarakat bukan perkara asing dalam generasi pelajar sama ada di universiti, di kolej dan di sekolah seperti mana riwayat adat resam kita; Apa tanda Melayu jati Hidup ikhlas menanam budi Apa tanda Melayu jati Elok perangai mulia pekerti Sakit senang menanam budi (Tenas Effendy 2006) Penerapan nilai-nilai murni dalam falsafah pendidikan negara termasuk juga kegiatan iaitu berbakti kepada masyarakat. Terapan nilainilai murni secara komperehensif ini disisipkan melalui kesemua mata pelajaran dan diperkukuhkan melalui kegiatan kokurikulum, formal dan tidak formal, kegiatan dalam dan di luar bilik darjah telah diguna sepenuhnya dengan cara bersepadu supaya penerapan nilai-nilai murni boleh berhasil dengan berkesan dalam kalangan peserta AMG. Nilainilai murni yang dimaksudkan baik hati, berdikari, berhemah tinggi, hormat menghormati, kasih saying, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesedaran, kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat. Penanda Arasan (Lawatan dan Learning) Program penanda arasan (Benchmarking) seperti mengadakan lawatan dan program “learning� sangat memberi faedah kepada para peserta AMG. Lawatan penanda arasan seperti ke Indonesia, Singapura, Thailand, Korea Selatan dan Jepun banyak memberi manfaat kepada para peserta seperti mana telah dihurai di bahagian rakan siber. Begitu juga program penanda arasan di sekolah-sekolah berasrama penuh (SBP) banyak 74


PE MB E LAJARAN B E R S AMA RAKAN SEBAYA

memberi manfaat kepada para peserta AMG (Abdul Razaq 2007). Program penanda arasan ini sesuai dengan riwayat resam kita; Kalau memandang jauh ke depan Siaplah ia menghadapi perubahan Kalau memandang jauh ke depan Banyak akal dijalankan Siapa memandang jauh ke depan Dirinya tak ketinggalan zaman Siapa memandang jauh ke depan Siaplah ia menghadapi persaingan (Tenas Effendy 2006) Program penanda arasan ialah satu proses yang sistematik dan berterusan bagi mengenal pasti, mempelajari, mengubah suai dan melaksana amalan-amalan terbaik daripada organisasi yang sama atau organisasi yang lain untuk mencapai prestasi unggul. Program penanda arasan ke sekolah berasrama penuh (SBP) misalnya, telah membuka peluang kepada para peserta AMG berkongsi idea dan pengalaman dengan pelajar terbaik demi menjadi contoh bagaimana menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Selain itu, peserta AMG dapat menimba kemahiran belajar yang betul dan berkesan terutama memperbaiki daya ketekunan, teknik menjawab soalan peperiksaan dan teknik menyelesaikan masalah dalam mata pelajaran yang sukar. Pelajar AMG juga dapat belajar bagaimana pelajar SBP rakan sebaya mereka mengurus diri dengan baik, bagaimana membahagikan masa belajar dan bermain, serta menjadi warga pelajar yang sangat berdisiplin.

PENUTUP Kesimpulannya, pembelajaran bersama rakan sebaya (peeragogy) dalam AMG sangat penting diteruskan setelah melihat kebaikan-kebaikan yang diperolehi. Secara keseluruhannya, kaedah peeragogi dalam program AMG dapat menjadi nilai tambah kepada kaedah pedagogi dan 75


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

andragogi yang diterapkan selama ini. Lebih-lebih lagi kaedah peeragogi ini diyakini dapat membantu pencapaian matlamat dan objektif modul “Multiple Integrated Intervention� program AMG.

76


INTE R V E NS I DAN KE MAHIR AN MOT IVASI

Intervensi dan Kemahiran Motivasi Kendiri Datin Dr. Anisa Saleha M. Nunuh Saleh Uni Akademia

PENGENALAN Kata-kata hikmah Abu Bakar Sibli, “Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, hidup di tepi jalan dan dilempari dengan batu, tapi membalas dengan buah.” Matlamat utama kejadian manusia di dunia ini adalah untuk menjadi makhluk yang mengabdikan diri kepada Allah SWT dengan mentaati suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Perkara ini disebutkan Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud: “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku” (Al-Dzariyat, ayat 56)

Penjelasan dan penentuan matlamat hidup yang dinyatakan Allah SWT dalam al-Quran ini bertujuan memandu manusia dalam menjalani kehidupan dunia yang penuh mencabar ini dan dalam masa yang sama membantu mempersiapkan diri 77


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

untuk kehidupan akhirat. Tindakan menjauhkan diri daripada panduan ini akan menyebabkan manusia tersasar daripada jalan kehidupan yang digariskan Allah SWT yang secara tidak langsung menghakis daripada dalam diri manusia rasa keterikatan kepada Pencipta. Al-Quran mengajar manusia berkenaan kepentingan hidup dengan matlamat yang betul ini menerusi pelbagai pendekatan. Antara pendekatan tersebut adalah menerusi penjelasan watak-watak manusia hebat dalam aspek berkaitan kehidupan dunia dan dalam masa sama berpegang dengan matlamat hidup sepertimana digariskan Allah SWT. Nabi Nuh misalnya, digambarkan sebagai rasul yang tidak jemu-jemu menyeru kaumnya untuk kembali kepada matlamat hidup yang sebenar. Dalam masa yang sama Allah SWT menjelaskan bahawa baginda merupakan seorang yang hebat dalam aspek keduniaan pada zaman tersebut iaitu antaranya menerusi kepakaran dalam pembinaan kapal. Perkara ini dijelaskan secara tidak langsung menerusi nas-nas berkaitan kejayaan baginda membina kapal yang ampuh menempuh banjir besar yang sangat luar biasa (Mansor, 2019), seperti dipetik dalam al-Quran yang bermaksud: “(Mereka semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang, dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: “Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami, dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir�. (Hud, ayat 42)

Walaupun menerusi cerita ini kita dapat bayangkan betapa hebatnya kepakaran Nabi Nuh menerusi pembinaan kapal yang mampu menghadapi ombak setinggi gunung. Tetapi apa yang ditekankan alQuran berkenaan kisah ini adalah peranan baginda sebagai pemimpin ummah yang cuba membawa manusia kepada jalan Allah SWT. Ia sebagai mesej kepada kita berkenaan perkara utama di dalam hidup ini iaitu memastikan kita tetap menjadi hamba Allah mengikut yang sepatutnya. Ianya juga menunjukkan bahawa usaha merealisasikan matlamat untuk menjadi hamba Allah yang sebenar tidak sepatutnya menjadikan kita terpisah daripada dunia ini. Bahkan mereka yang memahami matlamat ini dan menghayatinya akan menjadi manusia yang dapat 78


INTE R V E NS I DAN KE MAHIR AN MOT IVASI

memenuhi ciri-ciri sebagai khalifah selayaknya untuk menjadi penghuni dunia ini seterusnya di akhirat pula mendapat syurga (Mansor 2019). Tetapi sekiranya kita tersasar daripada matlamat ini, boleh jadi kita menjadi manusia yang hebat atau sebaliknya di dunia pada pandangan kasar mata manusia, tetapi di akhirat kita akan menjadi orang yang sangat rugi lantaran hilang kelayakan untuk mendapat tempat di syurga Allah SWT.

KITA SEMUA BERBEZA, NAMUN LENGKAP-MELENGKAPI Cuba anda lihat tapak tangan kanan anda. Garis-garis yang ada dalam telapak tangan ciptaan Allah SWT itu sungguh unik. Keunikannya adalah betapa Allah Maha Kaya, mencipta tapak tangan kita tidak pernah ada yang sama garis-garisnya. Ada yang bersambung cantik dari hujung ke hujung. Ada yang terputus-putus di tengah telapak tangannya. Lihatlah latar belakang fizikal yang lain, keperibadian, gaya berfikir, gaya berkomunikasi, tingkah pertuturan, dan seumpamanya, semuanya berbeza antara manusia. Namun perbezaan ini bukanlah sesuatu yang perlu dikesali dan diratapi. Perbezaan ini bukanlah juga sesuatu yang perlu mewujudkan apa dipanggil sebagai “inferiority complex” dalam diri kita. Ia perlu diraikan sebagai satu usaha membentuk motivasi dan semangat dalam diri. Ia perlu diraikan sebagai usaha untuk membentuk “ukhwah fillah” (perhubungan kerana Allah), ada rasa perlu-memerlukan, mewujudkan perkaitan, bantu-membantu, dan lengkap-melengkapi antara kita dengan orang lain. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.” (Al-Hujurat, ayat 13)

Ayat tersebut secara tersuratnya menyatakan bahawa manusia dijadikan berbilang kaum supaya saling mengenali. Cuma apabila kita 79


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

memerhatikan sekeliling dan cuba mendalami ‘intipati’ ayat tersebut (berdasarkan terjemahannya, dan kemudian dibandingkan dengan cerapan dan berfikir), kita boleh melihat bahawa hikmah terjadinya pelbagai golongan manusia itu seakan lebih daripada sekadar saling kenal-mengenali. Kepelbagaian golongan manusia hakikatnya didatangkan secara pakej dengan kelebihan dan kekurangan. Masingmasing ada keupayaan dan ketidakupayaan yang berbeza (dan mungkin hampir sama). Selain keupayaan fizikal, keupayaan mental dan naluri juga berbeza (dan ada yang hampir sama) antara manusia. Justeru ‘hikmah’ penciptaan pelbagai kelompok manusia, menurut apa yang boleh kita fahami, antaranya ialah untuk memenuhi kehendak dan keperluan sesama manusia. Saban hari apabila berinteraksi dengan orang lain, kita dapat merasai bahawa kita beroleh ‘sesuatu yang baharu’ daripada interaksi tersebut. Kadang-kadang orang memberitahu kita suatu perkara yang tidak atau belum kita ketahui. Ada masanya kita melihat orang melakukan perkara yang sama sekali tidak mampu kita lakukan. Ada pula orang yang menghadapi suatu perkara yang terlalu ekstrem sehinggakan kita seakan-akan kagum dengannya kerana kita belum tentu mampu menghadapi keadaan tersebut. Ada orang dapat ilham dan cetusan fikiran yang tidak pernah kita terfikir, dan segala macam kelebihan lagi ada pada orang lain. Justeru, dengan adanya orang lain yang mempunyai kelebihan, dapat menampung pelbagai ‘kekurangan’ yang ada pada diri, bahkan yang mungkin kita tidak sedari jika kita tidak berinteraksi dengan orang tersebut.

KITA MUNGKIN BERBEZA, TAPI MATLAMAT SAMA Cuba kita lihat kecenderungan pemikiran kita dengan orang lain. Ada kalanya, orang suka mengaitkan warna kegemaran dengan jantina. Sebab itu biru kelihatannya sinonim dengan jantina lelaki dan merah jambu atau pink dengan wanita. Namun, apa pula jadinya kalau seseorang lelaki menggemari warna merah jambu dan perempuan suka warna biru? Adakah ianya satu bentuk kesongsangan? Kita lihat pula kaedah belajar. Ada pelajar suka belajar berlatarbelakangkan alam sekitar, penuh ketenangan, tiada bunyi-bunyian bising, seakan-akan sedang belajar sambil mengadap pemandangan indah hamparan sawah padi di kaki 80


INTE R V E NS I DAN KE MAHIR AN MOT IVASI

bukit yang mempunyai anak sungai mengalir perlahan. Sebaliknya, ada pelajar yang menggemari kaedah belajar dengan alunan muzik rancak dan laju. Semakin muzik bertenaga dan kuat, semakin lajulah aliran hormon “adrenaline”nya, seiring dengan semangat belajar yang rancak. Kedua-dua kaedah ini terletak di “continuum” yang cukup berbeza, tapi masing-masing tetap ‘layan’ bukan? Inilah apa yang disebut oleh peribahasa Melayu, ‘lain padang, lain belalang’. Persoalannya, apakah perbezaan yang terserlah sebegini tidak boleh merungkai persamaan matlamat di akhirnya? Seperti mana yang dihuraikan dalam bahagian sebelum ini, matlamat tetap boleh dicitrakan menjadi sama dan serupa, selagi mana matlamat mendapat keredhaan Allah SWT menjadi ultimatum atau sebagai tunggaknya. Dalam menuntut ilmu jua sebegitu, laluilah apa cara sekali pun dalam kaedah, suasana, strategi, pelaksanaan dan sebagainya. Asalkan, ianya terpaksi kepada usaha menuntut ilmu untuk mencapai kebahagiaan dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Seperti mana yang dinyatakan oleh al-Imam al-Shafi’e dalam salah satu kata-kata agungnya: “Barang siapa yang inginkan kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupannya di dunia, maka hendaklah ia berilmu. Barang siapa yang inginkan kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupannya di akhirat, maka hendaklah ia berilmu. Barang siapa yang inginkan kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupannya di dunia dan di akhirat, maka hendaklah jua ia berilmu.”

MOTIVASI MELALUI GAYA BERFIKIR Kita biasa mendengar seseorang akan berkata ‘berfikirlah dahulu sebelum bertindak’. Pernyataan ini memberikan gambaran bahawa sesuatu tindakan itu secara normalnya perlu didahului dengan usaha berfikir secara rasional. Ianya sangat-sangat berkaitan dengan konsep ‘sebab-akibat’ atau ‘punca-kesan’. Jika bertindak tanpa berfikir, kebiasaannya natijah atau hasil sesuatu perbuatan itu akan bersifat negatif atau merosakkan. Berbeza dengan tindakan yang didahului dengan berfikir, hasil yang diperoleh biasanya adalah bersifat murni, baik dan positif.

81


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

Sapora dan Khairunneezam (2006) telah membawa satu konsep berfikir dan bertindak yang sangat menarik dalam menyuburkan motivasi diri seseorang. Berfikir adalah menggunakan akal dan minda (otak) manakala bertindak pula adalah menggunakan aksi (perbuatan). Antara kedua-duanya wujud jaringan keseimbangan pola fikir dan pola laku seseorang manusia. Berfikir tidak memerlukan kos yang tinggi, Cuma kesanggupan, niat dan istiqamah yang tinggi terhadap sesuatu yang hendak difikirkan. Secara umum dapat dinyatakan bahawa terdapat sekurang-kurangnya empat golongan ‘berfikir dan bertindak’ iaitu: Berfikir – Bertindak (Orang yang beruntung) Orang yang berfikir dan bertindak dikatakan sebagai orang yang beruntung. Walau pun dia gagal dalam tindakannya, tetapi pengalaman dalam tindakannya akan memberikan kelebihan kepadanya dalam proses tindakan yang selanjutnya. Namun perlu diingatkan yang berfikir dan bertindak ini mestilah dalam kerangka ‘paradigma tauhid’ selain menyedari bahawa diri kita telah dipertanggungjawabkan untuk tugas semurni itu. Berfikir – Tidak Bertindak (Orang yang rugi) Orang yang berfikir tanpa disertai keinginan untuk bertindak adalah orang yang sangat rugi. Berfikir sudah memberikan kelebihan kepadanya untuk memulakan tindakan, namun kemungkinan akan kegagalan menyebabkan dia tidak bertindak. Orang yang seperti ini hanya melihat tanpa ada rasa keinginan untuk menggerakkan fizikalnya ke arah kebaikan. Bertindak – Tidak Berfikir (Orang yang lalai) Bertindak tanpa berfikir adalah amat berbahaya, dan orang sebegini dikatakan sebagai golongan yang lalai. Orang yang lalai tidak prihatin terhadap kesan daripada tindakannya. Baginya bertindak amat mudah jika mengikut kebiasaan yang telah diamalkan sebelumnya, dan ia tidak menyukarkan selagi seseorang itu mematuhi amalan dan kebiasaan tersebut. Namun, tidak semua masalah boleh diselesaikan dengan amalan kebiasaan. Persoalan, masalah dan perkara baharu memerlukan 82


INTE R V E NS I DAN KE MAHIR AN MOT IVASI

cara dan kaedah penyelesaian yang baru. Menerusi kegiatan berfikir, ia akan memandu, memberi arah dan hala tuju bagaimana tindakan yang sesuai dengan persoalan dan sesuatu masalah itu harus disasarkan. Tidak Bertindak – Tidak Berfikir (Orang yang malang) Orang yang tidak bertindak dan tidak berfikir adalah orang yang malang. Malang kerana ia membiarkan dirinya kosong umpama vakum. Akal dan kekuatan fizikalnya tidak digunakan untuk memperbaiki kualiti diri, memberi sumbangan kepada bangsa, negara dan agamanya. Malah, orang seperti ini telah gagal memikul tanggungjawabnya sebagai ‘khalifah’ Allah SWT di muka bumi ini. Orang seperti ini hanya suka berada dalam ‘zon selesa’ ciptaannya tanpa disedari bahawa dirinya adalah umpama melukut di tepi gantang daripada perspektif masyarakat.

KAEDAH BERFIKIR Terdapat beberapa kaedah berfikir yang digagaskan oleh para sarjana, antaranya adalah seperti berikut: Berfikir Secara Perseptif Persepsi ialah proses minda membaca, mentafsir, dan memahami alam. Persepsi ialah tahap pertama proses berfikir. Tahap kedua ialah logik. Daya persepsi ialah daya survival yang paling penting. Logik dikatakan sebagai “hamba dungu” kepada persepsi, ini adalah kerana persepsi mempengaruhi apa yang dilihat oleh logik. Setiap perkara dapat dilihat melalui pelbagai persepsi. Sebagai contoh, perniagaan membuat dan menjual stoking boleh dilihat dengan persepsi seperti ia adalah perkhidmatan membuat stoking untuk orang-orang yang memerlukannya dan pembuat stoking menerima ganjaran kewangan atas perkhidmatan itu atau ia adalah suatu kegiatan mencari keuntungan daripada stoking. Berfikir Secara Analitikal Berfikir secara analitikal ditandai oleh daya usaha untuk melihat sesuatu itu secara lebih terperinci. Analisis ialah proses kita memecahkan 83


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

masalah besar kepada bahagian-bahagiannya yang lebih kecil supaya dapat kita tangani. Analisis ialah proses kita mencari punca-punca itu. Analisis ialah usaha kita untuk memahami situasi yang kompleks dengan cuba melihat situasi itu melalui unsur-unsurnya. Yang menjadi masalah kita bukanlah berdebat sama ada analisis berguna atau tidak tetapi sama ada analisis sahaja sudah cukup. Kalau meja kita mempunyai dua batang kaki, tiap batang kaki adalah berguna tapi sepasang kaki belum cukup. Kita memerlukan empat batang kaki. Kita membuat pelbagai analisis kerana kita mahu menjawab soalan-soalan seperti Apa, Mengapa, Bila, Bagaimana, Siapa, dan Mana. Ada sangkaan yang mengatakan analisis terperinci dapat membantu penyelesaikan masalah. Ada masalah yang dapat diselesaikan dengan cara menganalisis punca-punca masalah tersebut. Tetapi kebanyakan masalah tidak dapat diselesaikan dengan mengunakan analisis. Jenisjenis masalah yang berpunca daripada sifat-sifat semula jadi tabiat manusia ialah contoh masalah yang tidak dapat diselesaikan dengan cara analisis. Ada masalah yang boleh kita selesaikan dengan cara menganalisis punca-punca masalah tersebut. Walau bagaimanapun, banyak masalah tidak dapat diselesaikan dengan cara mencari dan membuang puncanya. Kalau mata kita rabun, sukar untuk membaca, kita tidak mungkin akan membuang mata kita. Bagi tiap-tiap masalah, kita tahu punca masalah yang kita alami, tapi kita tidak dapat menyelesaikan masalah-masalah itu dengan cara membuang puncanya kerana hal itu tidak dapat dilakukan. Banyak jenis masalah adalah terdiri daripada jenis yang hanya dapat diselesaikan dengan menggunakan teknik pemikiran ‘reka cipta’ selain daripada menganalisis. Untuk menyelesaikan masalah itu kita mereka cipta penyelesaiannya, bukan menganalisis punca-puncanya. Pemikiran reka cipta mengkehendaki kita supaya melakukan itu ini, semata-mata kerana hendak mendapatkan penyelesaian. Kita bukan cuba membuang punca, malah kita peduli pada apa punca masalah dan sebenarnya kita mereka cipta jawapannya.

84


INTE R V E NS I DAN KE MAHIR AN MOT IVASI

PENGURUSAN MASA: APA YANG PERLU ANDA TAHU? Menyebut tentang masa, sudah tentu ramai yang telah membaca, mendengar bahkan menggunakan kaedah-kaedah pengurusan masa yang banyak dan mempunyai ‘mazhab-mazhab’ yang berbeza. Begitu pun berapa ramai daripada kita yang mengimani pepatah Arab yang cukup sinonim sebagai halwa telinga kita iaitu, ‘kalau kita tidak mendahului masa, maka masa bakal memenggal leher kita’? Berapa ramai jua yang istiqamah menjaga susun atur aktiviti dan urusan kehidupan mengikut ketetapan pengurusan masa yang baik? Menurut Hettich (1998, dalam Sapora dan Khairunneezam, 2006), “Time expands for those who court it.” Hakikatnya, masa merupakan sumber yang paling berharga yang dikurniakan oleh Tuhan kepada manusia. Malangnya, tidak semua dalam kalangan kita mengetahui cara yang paling efisien untuk memanfaatnya dengan bijaksana. Sebagai pelajar, pengurusan masa memainkan peranan penting dalam menentukan prestasi pencapaian mereka. Walau bagaimanapun, pengurusan masa tidak bermaksud bahawa seseorang pelajar itu terpaksa mengorbankan masa untuk beristirahat dan sia-sia. Sebaliknya, pengurusan masa yang cekap dan efisien membantu kita mencapai keseimbangan dalam semua aspek kehidupan. Tidak dinafikan bahawa di peringkat sekolah bahkan di alam pengajian tinggi, strategi pengurusan masa yang berkesan dan efisien dalam kalangan pelajar merupakan tunjang kepada kecemerlangan pencapaian akademik dan keseimbangannya dengan pencapaian kokurikulum mereka. Hubungan antara kecemerlangan akademik dan pengurusan masa adalah sentiasa positif, semakin baik atau mantap kemampuan seseorang pelajar mengurus masa, semakin meningkat dan cemerlanglah prestasi akademik mereka. Masa merupakan sumber yang unik. Dari sehari ke sehari, setiap orang mempunyai jumlah masa yang sama, tidak lebih tidak kurang. Pengurusan masa ialah proses peribadi dan mestilah sesuai dengan gaya dan keadaan. Ia memerlukan penglibatan yang banyak untuk mengubah tabiat lama, tetapi pilihannya terpulang kepada anda untuk membuat keputusan. Sekiranya anda membuat keputusan untuk mengamalkan prinsip ini, anda akan memperoleh ganjaran hasil daripada pelaburan masa yang lebih baik.

85


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

Pengurusan Masa Berpandukan Prinsip Untuk menguruskan masa dengan baik, anda perlu memulakan dengan menetapkan matlamat hidup. Sekiranya matlamat hidup seseorang individu itu tidak diuruskan secara tepat, akibatnya masa akan diuruskan secara lintang-pukang. Kebanyakan pelajar hanya memikirkan soal nilai semasa yang kadang kala berubah-ubah mengikut perubahan masa dan keadaan. Justeru, pengurusan masa mestilah berpusatkan prinsip, bukan semata-mata nilai. Oleh itu, sebagai seorang pelajar, sebelum menguruskan masa, perlulah anda selesaikan dahulu persoalan utama iaitu apakah matlamat anda? Pengurusan masa yang tidak berdasarkan prinsip, akan menyebabkan seseorang tertumpu kepada matlamat jangka pendek atau pada tugas hariannya tanpa terfikir apakah yang perlu dicapai dalam hidup yang singkat ini. Cita-cita, wawasan dan matlamat hidup anda sepatutnya menjadi dominan dalam pengurusan masa anda berbanding rutin hidup harian yang ‘stereotype’ sifatnya. Selalunya terdapat tiga kategori perkara yang perlu anda susun mengikut keutamaan masa: Penting dan Segera Ini adalah tugas yang wajib dilaksanakan pada masa itu juga atau pada waktu yang terdekat. Contohnya, jika hari ini seorang pensyarah meminta anda untuk menyempurnakan satu tugasan akademik dan menyerahkannya pada pukul 11 pagi esok. Selalunya, seseorang dapat melaksanakan tugas dalam kategori ini dengan tepat. Seseorang itu mampu melaksanakan dengan baik kerana didorong oleh sifat ‘ segera ‘ dan kepentingannya. Tetapi sering juga terjadi pengabaian sekiranya hidup seseorang itu tidak berdasarkan prinsip yang tepat. Contohnya, apabila sudah masuk waktu solat, masih ramai yang mengabaikannya walaupun pada hakikatnya adalah persoalan yang penting dan segera. Penting Tetapi Tidak Segera Kejayaan melaksanakan tugas dalam kategori kedua inilah yang membezakan antara individu yang berkesan dan yang tidak berkesan. Malangnya, kebanyakkan perkara- perkara penting dalam hidup seseorang tidak termasuk dalam kategori ‘segera’. Contohnya, perkara86


INTE R V E NS I DAN KE MAHIR AN MOT IVASI

perkara dalam kategori ini bagi pelajar sekolah adalah kelas tambahan yang perlu dihadiri pada hujung minggu, tugasan menyiapkan portfolio subjek tertentu di hujung penggal dan sebagainya. Bagi seseorang mahasiswa di universiti, ia mungkin kursus yang perlu dihadiri untuk mempertingkatkan kemahiran profesional, kertas kerja yang perlu dibentangkan, jurnal yang perlu diterjemahkan. Ini akan dapat mengelakkan ‘pengangguran masa’ dan akan dapat mendisiplinkan diri anda sebagai seorang pelajar. Seterusnya, pengurusan yang unggul dapat dicapai melalui kebijaksanaan pengurusan masa. Anda perlu tahu bahawa sumber yang paling penting yang perlu diagihkan pada setiap masa ialah masa itu sendiri. Antara tugas penting sebagai seorang mahasiswa ialah mengagih-agihkan masa di antara belajar dengan aktiviti yang lain seperti melibatkan diri dengan persatuan, kebajikan masyarakat dan aktiviti riadah yang lain. Ilmu psikologi pun menekankan apabila seseorang berada dalam keadaan tekanan dan ketakutan, dia akan hilang pertimbangan. Jadi sebahagian masa perlu diperuntukkan untuk menenangkan fikiran. Setiap detik masa yang berlalu amat bermakna kepada orang yang tahu untuk menghargainya. Oleh kerana masa itu bersifat perdana, anda harus menggunakannya dengan lebih produktif bagi menghasilkan kerja yang bermutu. Kebiasaannya, masa yang lebih produktif dalam sehari ialah pada awal pagi. Seseorang akan berasa segar, berjaga-jaga dan rehat. Kita mempunyai lebih tenaga dan bersedia untuk pergi bekerja. Pada tahap ini, konsentrasi seseorang sangat tinggi dan mempunyai jarak tumpuan yang jauh. Dalam hal ini mahasiswa perlu sedar bahawa otak yang cergas datangnya dari badan yang sihat. Islam sendiri pun menuntut agar umatnya terus berusaha kerana rezeki bermula selepas solat subuh. Peluang ini perlu digunakan oleh mahasiswa sebaik yang mungkin kerana tanggungjawab dan amanah yang perlu dilakukan amat besar sekali. Sekiranya anda menangguhkan kerja terhadap projek yang penting sehingga tenaga hilang, kedua-dua kualiti kerja dan produktiviti secara keseluruhannya akan hilang. Seseorang mungkin tahu tentang diri sendiri bilakah waktu produktifnya dalam sehari. Sama ada awal pagi atau lewat pagi, awal atau lewat tengah hari. Bila-bila sahaja, objektif menepati masa perlu dilakukan dan ianya perlu digunakan secara cekap. Dalam kehidupan 87


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

kampus, mahasiswa perlu mengguna dan mengagihkan masa dengan konsisten seperti menyiapkan tugasan pada tarikh yang ditetapkan, membuat penyelidikan luar, rujukan di perpustakaan, berpersatuan, beriadah dan mengulang kaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan. Segera Tetapi Tidak Penting Perkara atau kerja dalam kategori ini selalunya menuntut tindakan yang segera tetapi jika diteliti secara objektif perkara ini sebenarnya kurang utama. Contohnya, kita diajak untuk menghadiri satu pertemuan, diminta untuk ber‘Facebook Live’ untuk membantu jualan produk, atau seorang kawan mengajak kita menemaninya membeli-belah. Kita mungkin menyedari bahawa perkara-perkara ini sepatutnya kurang diberi keutamaan, tetapi masalahnya seseorang sedang menanti di hadapan meja kita untuk mendapat jawapan. Akhirnya kita tewas, lalu bersetuju kerana kita tidak mampu mencari alasan yang baik dan manis untuk menolaknya.

MEMBENTUK PERANCANGAN DAN JADUAL BELAJAR Terdapat banyak kaedah pengurusan masa berasaskan pembentukan jadual terutamanya dalam kalangan pelajar. Ada yang membuat jadual pembelajaran berasaskan konsep harian, mingguan, bulanan dan sebagainya. Di bawah adalah satu contoh pembentukan jadual semester plan berdasarkan kepada strategi pengurusan masa yang efisien (Sapora dan Khairunneezam, 2006). Perancangan ini adalah sesuai dibuat pada minggu kedua permulaan setiap semester bagi pelajar di universiti. Ini kerana pada masa itu, pensyarah telah mengedarkan rangka kursus dan tajuk tugasan kepada para pelajar. Begitu pun, jadual ini tetap juga sesuai diaplikasikan oleh pelajar di sekolah. Untuk mereka ini, jadual ini boleh saja dibuat terus pada awal persekolahan bermula kerana ia tidak akan mengganggu waktu pembelajaran di sekolah, bahkan menggabungjalinkan dengan semua waktu selain di sekolah dalam satu-satu minggu. Selepas beberapa minggu menggunakan jadual ini, penilaian harus dibuat ke atasnya untuk menentukan keefektifannya. Jadual perancangan ini adalah seperti berikut:

88


INTE R V E NS I DAN KE MAHIR AN MOT IVASI

Jadual 4.1 Perancangan Mingguan (Semester Plan) Hari/Waktu

Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

Sabtu

Ahad

0700 0800 0900 1000 1100 1200 1300 1400 1500 1600 1700 1800 1900 2000 2100 2200 2300

Panduan Pengisian Jadual untuk Pelajar Sekolah Antara tatacara pembentukan dan pengisian aktiviti dalam jadual ini tidak banyak berbeza dengan panduan untuk pelajar universiti. Pertamanya, catatkan semua aktiviti anda termasuk waktu belajar, mengulang kaji, beriadah, berehat dan bersosial. Kedua, buat jadual waktu mingguan yang merangkumi aktiviti anda setiap hari bermula daripada bangun tidur hingga waktu tidur. Ketiga, agihkan waktu yang cukup untuk tidur, makan dan rekreasi. Pelajar harus faham mereka tidak boleh terlalu terfokus kepada aktiviti akademik semata-mata dan mengabaikan aktiviti kokurikulum dan rehat yang mencukupi. Keempat, pelajar perlu susun tugas-tugas mengikut keutamaan yang boleh dirujuk dalam topik 89


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

sebelum ini. Kelima, pelajar perlu meluangkan waktu untuk berbincang atau mengulangkaji pelajaran sebelum ke sekolah atau masuk ke kelas. Keenam, sediakan waktu untuk mengulang kaji pelajaran selepas waktu sekolah kerana anda mungkin akan lupa pelajaran tersebut sekiranya pelajaran itu tidak diulang baca dalam tempoh 24 jam. Mengurus masa dengan efektif dan efisien boleh menjadi satu cabaran terutama kepada mahasiswa. Jadual semester plan diwujudkan untuk menyusun aktiviti-aktiviti dalam kehidupan pada setiap hari. Sebagai pelajar, anda perlu dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada perkara yang penting, tetapi dalam masa yang sama juga anda perlu mengimbangkannya dengan keperluan rutin harian. Dalam membuat jadual utama anda perlu mengenal pasti masa-masa yang penting iaitu masa kuliah dan tutorial, makmal atau bengkel, masa untuk sebarang komitmen seperti perjumpaan “study group�, atau sebarang aktiviti persatuan dan kelab. Selain itu, anda perlu mengetahui kegiatan asas harian hidup seperti makan, tidur, berehat dan beriadah. Ini semua adalah penting untuk menjadikannya realistik untuk mengetahui berapa lama aktivitiaktiviti tersebut memakan masa. Contohnya, membahagikan enam jam supaya mendapat tidur yang cukup (mengikut kesesuaian dan kebiasaan individu), sejam untuk makan tengah hari dan malam, beberapa jam untuk beribadah, dan sebagainya supaya anda tidak perlu tergesa-gesa atau berpeluang untuk bersosial dengan kawan-kawan. Dalam membuat jadual untuk membahagikan masa penting, masa peribadi dan masa untuk rutin harian, anda juga perlu mengetahui tahap kecergasan tenaga anda iaitu bilakah masa yang paling cergas dan sebaliknya. Ini penting kerana ia mempengaruhi jadual seharian anda. Jika tidak ia akan mempengaruhi jadual yang telah dirancang. Contohnya, membuat ulang kaji setelah selesai latihan sukan. Keadaan sebegini akan menjejaskan keadaan kerana tenaga akan berkurangan untuk mengulang kaji kerana penat bersukan. Oleh itu, seseorang tidak dapat menumpukan perhatian dalam membuat ulangkaji. Ramai pakar pengurusan masa juga mensyorkan supaya jadual yang dibuat adalah fleksibel. Mereka mencadangkan supaya dua jam daripada 24 jam tidak dijadualkan. Oleh itu, anda perlu bijak membahagikan masa dalam membuat jadual yang realistik dan mampu 90


91

Ahad

Sabtu

Jumaat

Solat

Kemas Diri

Siap ke Sekolah

Solat

Kemas Diri

Riadah

Mengemas Rumah / Aktiviti Keluarga

Ulang kaji

Makan

R

I

N

E

Y

S

I

U

T

/

J

H

A

D

A

I

T

A

L

O

S

5-7

A

K

G

N

A

Khamis

3-5

L

Solat

2-3

Rabu

Waktu Persekolahan

7-2 U

Bangun

6-7 pagi

Selasa

Isnin

Masa / Hari

Jadual 4.2 “Semester Plan” Pelajar Sekolah

N

A

K

A

M

/

T

A

L

O

S

7-8

T

A

L

O

S

/

V

T

8-9

I

J

A

K

G

N

A

L

U

9-11

INTE R V E NS I DAN KE MAHIR AN MOT IVASI


92

2400

2300

2200

2100

2000

1900

1800

Rehat

Solat Asar

Tutorial

Kuliah Ekonomi Malaysia

Sukan / Rekreasi

Solat Asar

Kuliah Pengajian Halaqah

Kuliah e-Dagang

Tidur / Rehat

Group Study

Rehat / Makan Malam / Solat Maghrib & Isyak

Sukan / Rekreasi

Ulangkaji / Tugasan Ilmiah

Kuliah Fiqh Muamalat

Rehat / Solat Asar

Kuliah Pengurusan Risiko

Ulangkaji

Rehat / Riadah / Sukan

Group Study / Tugasan Ilmiah

Sabtu

Ulangkaji / Tugasan Ilmiah

Tutorial

Tutorial

Rehat

Tutorial

Rehat

Jumaat

Ulang kaji / Tugasan Ilmiah

Sukan

/

Riadah

/

Rehat

Ahad

ME NAR A

1700

1600

1500

Kuliah Pengurusan Baitulmal Wakaf dan Faraid

Rehat / Solat Zohor

1400

Tutorial

1200

Makmal

Rehat

1300

1100

1000

Kuliah Prinsip Etika Kerja Islam

Kuliah Statistik Perniagaan

0900

Khamis

Persiapan Kendiri / Solat Subuh

Rabu

0800

Makmal

Selasa

Sarapan

Kuliah Prinsip Zakat dan Cukai

Isnin

0700

0600

Hari/ Waktu

Jadual 4.2 “Semester Plan� Mahasiswa Universiti

B I MB I NGAN G A D I N G

serta mempunyai disiplin untuk mengikutinya. Berikut adalah contoh jadual perancangan mingguan bagi seorang pelajar universiti:


INTE R V E NS I DAN KE MAHIR AN MOT IVASI

BUDAYA MEMBACA Membaca boleh didefinisikan sebagai suatu bentuk aktiviti yang melibatkan pemikiran dan penumpuan perhatian dalam memahami sesuatu idea-idea yang ditulis di dalam buku yang dibaca. Menurut Mortimer Adler dalam bukunya “How to Read a Book” menyatakan bahawa membaca adalah proses mentafsir atau memahami tentang apa saja bahan-bahan bacaan yang boleh merangsang pemikiran (dalam Sapora dan Khairunneezam, 2006). Dalam kemahiran membaca, terdapat banyak teknik yang digunakan untuk memastikan cara belajar yang lebih baik. Para sarjana menyifatkan membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. Seseorang akan dapat memahami apa yang dibaca apabila berlaku interaksi antara pengamatannya tentang lambanglambang yang dibaca, kebolehannya berbahasa dan pengetahuannya tentang alam sekeliling. Pada wahyu pertama itu terdapat isyarat yang cukup penting buat seluruh umat Islam. Mengapa agaknya ketika Nabi SAW diwahyukan pada wahyu yang pertama dengan satu surah yang menyuruh baginda membaca sedangkan baginda tidak tahu membaca dan menulis. Ayatayat pertama daripada surah al-‘Alaq ini sebenarnya ingin memberitahu kita satu formula agung bahawa sebenarnya lima ayat inilah merupakan titik-tolak kepada bangunnya sebuah tamadun Islam, lahirnya seorang Nabi akhir zaman yang mengajarkan apa yang diwahyukan dari TuhanNya, berkembangnya ketamadunan ini sehingga menjadi pelopor kepada ilmu-ilmu utama dalam dunia moden ini. “Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya,” (Al-‘Alaq : Ayat 1-5)

Sedar atau tidak kita adalah satu tamadun yang bangun dengan membaca. Dalam era Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) ini sesiapa yang tidak berusaha untuk menambah ilmu dan pengetahuan serta tidak mengaplikasikannya untuk survival kehidupan, maka dia akan ketinggalan. Penambahan ilmu pengetahuan ini sudah tentulah didukung 93


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

oleh budaya membaca. Sayangnya, dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya golongan millennial yang rata-ratanya berada di institusi pengajian tinggi dan di sekolah menyerlahkan purata pembacaan buku hanya dua ke empat buah sahaja dalam setahun. Angka ini sangat rendah untuk sebuah negara yang cuba meluncur maju pesat membangun seperti Malaysia. Untuk itu, sebagai pelajar budaya membaca dan dibuat secara efektif adalah sangat-sangat diperlukan dalam menuntut ilmu pengetahuan.

SEIMBANG DAN HOLISTIK DALAM PELAJARAN KUNCI KEJAYAAN KEHIDUPAN Sebagai seorang penuntut ilmu tidak kiralah di institusi persekolahan mahu pun di universiti, anda perlulah sedar dan tahu apakah matlamat dan perjuangan yang perlu diangkat sepanjang menuntut ilmu. Apakah strategi dan kaedah pembelajaran yang perlu dibudayakan agar di penghujung destinasi pengajian kelak akan membuahkan sesuatu yang bermakna sebagai bekal memasuki fasa seterusnya iaitu semasa bekerja. Menjadi kebiasaan bagi kita bertemu dengan dua kutub personaliti dalam kalangan pelajar. Pertamanya, golongan ulat buku, yang kelihatannya sangat cenderung kepada perkuliahan, pembacaan, setia mentelaah dan mensintesis setiap inci ilmu yang diperturunkan oleh pensyarah dalam kuliah. Golongan ini lazimnya juga dipanggil ‘mat atau minah skema’ lantaran dedikasi tinggi mereka dalam akademik. Aktiviti selain akademik dianggap mengganggu fokus mereka untuk meraih keputusan cemerlang setiap semester. Golongan keduanya, adalah mereka yang terfokus kepada aktiviti selain daripada bilik kuliah, tidak kiralah sibuk berpersatuan, menyertai pelbagai aktiviti kesukanan, mahu pun aktiviti sosial dan kemasyarakatan. Pada mereka, minat dan kecenderungan perlu dirai, lantaran medan dan peluang sangat terbuka luas disediakan, digabung pula dengan sifat keremajaan mereka yang suka bereksperimentasi dengan sesuatu yang baharu. Namun, persoalannya di sini adalah, benarkah ulat buku akan mendominasi pentas kejayaan apabila bergelar pekerja kelak? Begitu jua halnya dengan mereka yang terlalu aktif berpersatuan dan menjalani aktiviti luar, bolehkah mereka ‘survive’ atau mempunyai kelebihan untuk 94


INTE R V E NS I DAN KE MAHIR AN MOT IVASI

memenangi hati bakal majikan tanpa keputusan peperiksaan yang secemerlang para ulat buku? Memetik pandangan cendekiawan Islam, Yusuf Al-Qardhawi iaitu satu-satu generasi yang mengikuti sesebuah sistem pendidikan perlu bersandarkan kepada realiti dan keilmuan. Generasi ini adalah generasi yang berlepas daripada segala sangkaan dan berhukum dengan keilmuan dan kebenaran yang nyata. Pelajar di universiti merupakan generasi yang dimaksudkan oleh Yusuf al-Qardhawi ini dengan syarat mereka tidak terlalu ekstrem kepada salah satu daripada dua kutub personaliti yang disebutkan di atas tadi. The American Psychological Association telah menjalankan satu kajian pada penghujung tahun 2019 dalam kalangan alumni universitiuniversiti negeri merentasi seluruh Amerika Syarikat mengenai bakat, kebolehupayaan dan kebolehpasaran mereka dalam temph lima tahun pertama bekerja. Salah satu daripada dapatan kajian menyerlahkan bahawa hampir 85 peratus alumni yang baru saja bekerja ini percaya keseimbangan yang mereka serlahkan dalam konteks akademik dan kokurikulum sepanjang pengajian di universiti sangat-sangat membantu menyerlahkan potensi, kompetensi dan sikap yang dikehendaki oleh majikan mereka. Islam adalah agama fitrah, dan fitrah manusia selalu menginginkan keseimbangan. Dengan keseimbanganlah alam ini berjalan teratur. Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan (mu), dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?� (Al-Mulk, ayat 3). Sesungguhnya, keseimbangan yang disebut Allah SWT inilah yang menjadi ruh dan inti pati ajaran Islam. Sebagai seorang bakal graduan di universiti awam mahu pun swasta, setiap pelajar perlulah memiliki keseimbangan dalam hal ehwal pembelajaran mahu pun aktiviti lain di luar bilik kuliah, bukan terlalu fokus kepada salah satu daripadanya. Tuntasnya, keseimbangan yang harus ada pada seseorang pelajar itu terbahagi kepada dua dimensi yang utama iaitu, keseimbangan dalaman dan keseimbangan luaran. Keseimbangan dalaman diperihalkan melalui kemampuan memenuhi 95


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

hak peribadi secara adil dalam aspek fizikal (kesihatan tubuh badan), emosional (perasaan yang bersih), mental (fikiran yang jernih) dan spiritual (hubungan dengan Allah SWT yang terbaik). Manakala keseimbangan luaran pula adalah daripada kemampuan memenuhi hak-hak manusia lain yang berada di sekeliling pelajar tersebut. Dalam al-Quran, Allah SWT menggambarkan bagaimana seharusnya seorang Muslim, dan spesifiknya seorang pelajar, dalam menyeimbangkan antara kehidupan dunia dan akhirat. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masingmasing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).” (Al-Jum’ah, ayat 9-10).

Melalui peringatan Allah SWT dalam ayat di atas, seseorang yang seimbang, terutamanya bagi seseorang pelajar, pasti akan bijak membahagikan fokus dan keperluan mereka (dalam dan luar bilik kuliah) untuk berjaya dalam kehidupan di dunia mahu pun di akhirat. Dan tidak dapat tidak, untuk mencapai kejayaan hidup di dunia dan di akhirat, seseorang itu perlulah mempunyai tahap ilmu dan pengetahuan yang baik dan mampu menggembleng nilai-nilai holistik dari segi keperibadian dan akhlak seseorang itu. Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf dalam kalangan manusia. Firman Allah SWT dalam al-Quran, bermaksud: “Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah dalam kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana” (Al-Zumar, ayat 9).

96


INTE R V E NS I DAN KE MAHIR AN MOT IVASI

Bersandarkan peringatan Allah SWT ini, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan universiti-universiti di negara telah menggembleng dan membangunkan kurikulum dan kokurikulum yang terbaik berpandukan asas-asas ilmu yang pelbagai dan kukuh dalam mengetengahkan potensi diri pelajar yang sebenar. Keutuhan nilai kerohanian menjadikan pelajar mudah dibentuk dan dikelola dengan suntikan programprogram yang digagaskan di peringkat Kementerian mahupun universiti sendiri. Universiti sepanjang masa menyediakan platform terbaik dan berusaha melahirkan pelajar yang memilik sifat keseimbangan, holistik, mempunyai kemahiran insaniah tersendiri, serta mempunyai ilmu dan jati diri unggul. Berteraskan nilai keseimbangan dalam kehidupan sebagai pelajar di universiti, peluang yang luas telah sekian lama diberikan oleh universitiuniversiti kepada pelajar-pelajar untuk menonjolkan diri dalam bidang berteraskan akademik, keusahawanan, inovasi, kebudayaan, kepimpinan, pengurusan, sukan, dan lain-lain lagi. Peluang-peluang ini bertujuan membentuk graduan yang holistik dan seimbang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Graduan berkenaan memiliki disiplin ilmu yang relevan, akhlak dan penetapan minda yang sesuai, tingkah laku dan beradab untuk memajukan diri bagi membolehkan mereka memberikan sumbangan kepada keharmonian dan kemajuan keluarga, masyarakat, negara dan komuniti global. Usaha yang berterusan dilakukan untuk memastikan potensi dan “towering personality� terserlah dalam diri pelajar bukan sekadar cemerlang semasa di universiti tetapi turut hebat ketika berada dalam kalangan masyarakat luar. Persepsi masyarakat luar yang baik dan kebolehterimaan pemain industri terhadap pelajar di universiti terhasil melalui usaha keras pelbagai pihak baik Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa, Pusat Kebudayaan, Pusat Sukan dan sebagainya. Kesepaduan dalam menyediakan pelbagai inisiatif dan program telah mencipta ruang yang luas untuk pelajar berdikari, membina keupayaan diri, serta berkarya mengikut kekuatan diri masing-masing. Natijahnya, lahirlah generasi pelajar yang bukan sekadar menjadi tokoh adalam aspek akademik malah menjadi profesional yang seimbang dalam penglibatan dan sumbangan bukan akademiknya untuk berjasa kepada bangsa dan negara serta menjadi penyelesai kepada masalah ummah. 97


B I MB I NGAN

ME NAR A

G A D I N G

Gambar 4.1 Kecemerlangan sahsiah menerusi kem keibubapaan di Akademi Menara Gading

PENUTUP Diceritakan bahawa suatu ketika dahulu, ada seorang pelopor ilmu yang cukup bijaksana di sebuah negeri di jazirah Arab yang sangat dihormati oleh sahabat dan lawan. Kehebatannya dalam dunia ilmu pengetahuan, perniagaan dan sehingga dilantik menjadi ketua masyarakat memberikan banyak kelebihan bukan sahaja kepada dirinya bahkan kepada masyarakat di sekitarnya. Begitu pun dia tidak pernah berasa bongkak, bahkan merupakan seorang yang disegani kerana sopan santunnya, rendah hatinya, budi bicaranya dan sumbangannya yang tidak putus-putus kepada pihak lain. Suatu hari dia ditanya oleh masyarakat setempat: “Wahai ilmuan, ketua kami yang disanjungi. Apakah rahsia Tuan sehingga mampu berdiri sehebat ini berjaya dalam kehidupan? Kongsikanlah ia dengan kami?” Orang bijaksana itu tersenyum lalu menjawab, “Tuan-tuan budiman sekalian. Kejayaanku andai ia ditafsir sebagai kejayaan, aku temukan sejak puluhan tahun yang lalu adalah ‘di dalam bilik tidurku’. Terkejut dengan jawapan semudah itu, orang ramai bertanya lagi, “Hanya dalam bilik tidur, bagaimanakah sebegitu mudah ia berada di situ?” Orang bijaksana itu menjawab dengan panjang lebar. “Ya tuan-tuan, di dalam bilik tidurku itu, setiap kali aku melihat kipas, seakan-akan ia berkata, ‘be cool, tenanglah hadapi segala cabaran. Setiap kali aku melihat 98


INTE R V E NS I DAN KE MAHIR AN MOT IVASI

bumbung, seakan-akan bumbung berkata, ciptalah matlamat setinggi yang kau mampu. Setiap kali aku melihat jam, seakan-akan jam berkata, hargailah setiap saat kerana masa itu sangat berharga. Setiap kali aku melihat cermin, seakan-akan cermin berkata, lihatlah dirimu sendiri, fikir sebelum kau bertindak. Setiap kali aku melihat, tingkap, seakanakan ia berkata, bukalah aku dan lihatlah keindahan dunia, Setiap kali kumelihat pintu, seakan-akan ia berkata, bukalah aku dan keluarlah menerobos pancaroba dunia ini. Akhirnya, setiap kali aku melihat hamparan sejadah, seakan-akan ia berkata, bersujudlah, kerana apa pun yang kau lakukan, ianya dengan keizinan Tuhan!�. Begitulah adanya, ilham untuk mendapatkan kejayaan itu boleh berada di mana-mana. Asalkan kita mahu, asalkan kita berkehendak, asalkan kita mahu berfikir dan mengambil pengajaran, InsyaaAllah akan dilorongkan jalan dan cahaya oleh-Nya.

99


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.