Bahasa Melayu SPM

Page 1


BAHASA MELAYU

SPM

KANDUNGAN Topik Bab 1 Bab 2 Bab 3 Bab 4 Bab 5 Bab 6 Bab 7 Bab 8 Bab 9 Bab 10

Pemahaman 1 Bahagian A – Rumusan Pemahaman 8 Bahagian B – Pemahaman Pemahaman 11 Bahagian C – Pengetahuan Dan Kemahiran Bahasa Penulisan 31 4.1 Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan 4.2 Gambar Rajah 4.3 Gambar/Foto 4.4 Iklan Penulisan 33 5.1 Jadual 5.2 Ilustrasi Kartun 5.3 Graf 5.4 Peta/Plan 5.5 Poster Karangan Umum 37 6.1 Karangan Umum 6.2 Surat Rasmi 6.3 Surat Tidak Rasmi 6.4 Berita 6.5 Laporan Perbahasan 47 7.1 Perbahasan 7.2 Ucapan 7.3 Syarahan 7.4 Ceramah 7.5 Wawancara/ Temubual/ Temuramah Dialog/ Perbualan 65 8.1 Dialog/ Perbualan 8.2 Fakta Perbincangan/ Pendapat 68 9.1 Perbincangan/ Pendapatan 9.2 Gambaran/ Keperihalan Cereka 75 10.1 Cereka 10.2 Peribahasa/ Cogan Kata

ii


BAHASA MELAYU

SPM

BAB 1: PEMAHAMAN BAHAGIAN A - RUMUSAN

Petikan menyentuh pelbagai isu semasa

Petikan mengandungi lebih daripada 8 isi tersurat

Jangan ambil isi yang sama dalam perenggan yang berlainan

Jawapan akan dikira dan dinilai setakat 120 patah perkataan sahaja

Jika disalin bulat-bulat, walaupun jumlah perkataan kurang 120 pp, markah 0 akan diberikan

1


BAHASA MELAYU

SPM

FORMAT RUMUSAN

Mengenal kata pemerengganan kunci Penggunaan penanda wacana

Sistem

Penukaran kata kunci pendahuluan

Bilangan patah perkataan

2


BAHASA MELAYU

SPM

MENGENAL KATA KUNCI

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang FAEDAH-FAEDAH hidup berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan

Faedah-faedah hidup berjiran adalah kata kunci pertama (Isi Tersurat) Cara-cara memupuk semangat kejiranan adalah Kata kunci kedua (Isi Tersurat)

3


BAHASA MELAYU

SPM

PENUKARAN KATA KUNCI PENDAHULUAN

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah hidup berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan.

Petikan membincangkan manfaat/kepentingan/kelebihan kebaikan hidup berjiran dalam kalangan masyarakat di Malaysia/negara kita

Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan

Petikan membincangkan … Faktor-faktor Punca-punca Sebab-sebab Potensi

Masalah • Kekangan • Penghalang • Halangan • Karenah

Langkah-langkah • Usaha-usaha • Cara-cara/formula • Cadangan-cadangan • Tindakan-tindakan • Kaedah

Akibat • Kesan • Negatif • Keburukan • Implikasi

4

Ciri-ciri Sifat

Faedah-faedah • Kepentingan/manfaat • Kesan • Positif/kebaikan


BAHASA MELAYU

SPM

SISTEM PEMERENGGAN

Perenggan 1: Pendahuluan (2M)

Perenggan 2: Isi tersurat (12M)

Digalakkan untuk membina 4 perenggan Perenggan 3: Isi tersirat (4M)

Perenggan 4: Penutup (2M)

5


BAHASA MELAYU

SPM

PENUTUP

Kesimpulannya, ibu bapa (siapa) haruslah/hendaklah/perlulah memantau pergerakan anak-anak (cadangan) agar/supaya (harapan) masalah sosial dapat dikurangkan

Kesimpulannya, semua pihak (siapa) haruslah/hendaklah/perlulah bekerjasama menjaga alam sekitar (cadangan) agar/supaya (harapan) alam sekitar sentiasa bersih dan nyaman

6


BAHASA MELAYU

SPM

PENANDA WACANA Antara … ialah … Dan (isi 1 dan 2)

Seterusnya (isi 4)

Di samping itu (isi 3)

Selain itu (isi 5)

… Juga merupakan … Faktor utama … (tema kunci pertama) … ialah … Faktor utama (isi 1)

Selain itu (isi 2)

Sementara itu (isi 3)

Terdapat juga (isi 4)

Faktor penyebab terakhir

Di samping itu

Corak soalan pemahaman petikan No. Soalan

Perkara

Markah

2a, 2b, 2c (i) 2a, 2c (ii) 2b, 2d (i) 2a, 2c (iii) 2b, 2d (ii)

Maksud rangkai kata Pemahaman Teks (Jawapan dalam petikan) Pemahaman KBKK (Pendapat sendiri) Pemahaman Komsas (tema, nilai, persoalan.)

2

2b, 2d (iii)

3 soalan akan dikemukakan Soalan 2 a (ii) Pemahaman petikan, jawapan ada dalam petikan (3 markah)

Soalan 2 a (i) maksud perkataan, frasa atau rangkai kata (2 markah) Soalan 2 a (iii) Pemahaman KBKK/Pendapat (jawapan idea sendiri)

7

3 3@4 4

Jawapan mestilah dalam ayat lengkap


BAHASA MELAYU

SPM

BAB 2: PEMAHAMAN BAHAGIAN B

1. Soalan berasaskan petikan cerpen/novel/surat kiriman (soalan 2), petikan teks klasik (soalan 3a) dan sajak (soalan 3b) 2. Peruntukan markah: 30 (soalan 2) dan 20 markah (soalan 3(a) atau(b) 3. Bentuk soalan: (a) Makna kata atau rangkai kata berdasarkan penggunaan dalam petikan. (b) Pemahaman terhadap pelbagai aspek tersurat dan tersirat petikan.

Soalan makna kata atau rangkai kata:

Cari kedudukan kata dalam petikan dan bermaksud mengikut penggunaan dalam petikan dengan menggunakan perkataan sendiri. Bagi prosa klasik, tuliskan makna dalam bahasa moden. Contoh: Telah datang pada ketika yang molek = sudah tiba masa yang sesuai. Bagi soalan sajak, pelajar perlu berusaha untuk mencari maksud simbol atau perlambangan dalam setiap frasa. dan tidak tersilap mentafsir sajak. Contoh: Kamu lantang meledak sikap. “Kamu� yang dimaksudkan ialah negara.

SOALAN PEMAHAMAN Tulis jawapan dalam ayat yang lengkap iaitu dengan mengambil sebahagian daripada perkataan dalam soalan dan sambungkan dengan jawapan anda. Tulis ayat yang ringkas tetapi lengkap daripada segi isi. Boleh gunakan penanda wacana untuk menunjukkan kesinambungan isi.

8


BAHASA MELAYU

SPM

Bentuk-bentuk soalan yang dikemukakan: (a) SOALAN PEMAHAMAN KHUSUS/LANGSUNG Contoh: Siapakah Sudin? } jawapan bagi soalan seperti ini Bagaimana keadaan Selat Dinding pada pagi itu? } biasanya dinyatakan dengan Apakah pekerjaan Budin? } dengan jelas dalam petikan.

(b) SOALAN BERKAIT. Contoh: Apakah maksud hidup biar berakal? Kenapa KetuaKampung berkata demikian? Nyatakan perbezaan pendapat antara Sudin dengan ketua kampung. Apakah alasannya? Ulasan: Pastikan jawapn pertama berkait dengan yang kedua dan jangan campuradukkan jawapan pertama dan kedua. Contoh: Yang dimaksudkan dengan hidup biar berakal dan ketua kampung berkata demikian ‌ (0 markah) Maksud hidup biar berakal‌ Ketua kampung berkata demikian ‌ (betul) (c) SOALAN KEMAHIRAN BERFIKIR Contoh: Pada pendapat anda, bagaimana acara untuk menyelamatkan aku? (penyelesaian) Pada pendapat anda, adakah tindakan Halim wajar? (penilaian) katakanlah anda anak Pak Karim, apakah tindakan yang boleh dilakukan untuk membahagiakannya? (andaian) Pada pendapat anda, mengapa Pak Mahmud dikatakan telah berjasa kepada masyarakatnya (kreatif) Ulasan: Jawapan biasanya tiada dalam petikan tetapi ada kaitan dengan isi/ tema yang terdapat dalam petikan. Oleh kerana soalan ini berbentuk umum dan bercapah, gunakanlah jawapan-jawapan yang bersesuaian berdasarkan analisis dan pengetahuan.

9


BAHASA MELAYU

SPM

BAGI SOALAN PEMAHAMAN KLASIK: (a) Jika calon sukar untuk memahami petikan walaupun telah berkali-kali mencuba, cubalah mengagak berdasarkan penggunaan dan kesesuaian konteks ayat. Gariskan isi penting untuk memudahkan pemahaman. (b) Menggunakan bahasa Melayu moden. (c) Jangan terpengaruh dengan struktur ayat bahasa klasik yang biasanya panjang dan berbelit-belit. (d) Perkataan ‘hatta’, ‘arakian’ dan sebagainya boleh digugurkan kerana ia hanya penyedap ayat. (e) Tukarkan ayat pasif yang banyak digunakan dalam teks klasik kepada struktur bahasa Melayu moden (ayat aktif) Contoh: Oleh baginda diceterakan (salah) Baginda menceritakan… (betul) (f) Unsur perulangan yang banyak terdapat dalam teks klasik perlu diabaikan dan penggunaan bahasa songsang diperbetulkan.

BAGI SOALAN SAJAK: (a) Aspek paling penting ialah pemahaman pelajar terhadap sajak yang diberi. (b) Menghayati sajak dan mengesan penanda penting dalam sajak seperti tema dan simbol/perlambangan.

Kelemahan & Cadangan:

(a) Jawapan mesti lengkap/isi cukup dan ayat tidak tegantung. Banyakkan latihan. (b) Tulisan mudah untuk dibaca. (c) Jangan tulis jawapan dalam bentuk poin/nombor kerana akan menjejaskan markah. (d) Pastikan setiap jawapan ditulis nombor soalan. (e) Jawab ikut urutan khususnya bagi soalan-soalan pecahan supaya nampak lebih sistematik. (f) Setiap kesalahan bahasa akan ditolak ½ markah mengikut pertimbangan pemeriksa. (g) Cadangan masa: 35 minit (soalan 2), 25 minit (soalan 3a atau 3b)

10


BAHASA MELAYU

SPM

BAB 3: PEMAHAMAN BAHAGIAN C- PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

MENGESAN KESALAHAN KATA, ISTILAH DAN TATABAHASA A. Kesalahan istilah: • Kesalahan istilah bermaksud kesalahan penggunaan kata iaitu penggunaan perkataan yang tidak sesuai dengan kehendak ayat atau situasi. Contoh 1: ➢ Kakaknya bekerja sebagai pragawati di Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke luar negara. (x) ➢ Kakaknya bekerja sebagai pramugari di Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke luar negara. (/)

Kesalahan istilah / kata: Contoh 2: ➢ Ibu mencuci ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi. ➢ Ibu menyiang ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi. Contoh 3: • Tidak ramai yang terselamat ketika perlanggaran jalan raya yang berlaku di kilometer 3 lebuh raya Yong Peng ke Johor Bahru.

ASPEK KESALAHAN KATA / ISTILAH • Kesalahan dari segi perbendaharaan kata. • Kesalahan dari segi kelas kata. • Kesalahan dari segi penggandaan. • Kesalahan dari segi pemajmukan.

11


BAHASA MELAYU

SPM

MENGESAN KESALAHAN KATA, ISTILAH DAN TATABAHASA B. Kesalahan tatabahasa: • Kesalahan tatabahasa bermaksud semua bentuk kesalahan dalam pembinaan ayat yang gramatis. Kesalahan ini melibatkan kesalahan hukum tatabahasa. Contoh 1: ➢ Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang sekali di Semenanjung Malaysia. [ x ] ➢ Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia.[ / ]

ASPEK KESALAHAN TATABAHASA Kecelaruan penggunaan kata sendi nama.

Kegagalan membezakan penggunaan

Contoh: • Dari – daripada

Contoh: • Atas – di atas

• Pada -kepada – ke

• Dalam – di dalam

• Demi – untuk – bagi

• Antara – di antara

Menggandakan kata selepas kata saling.

Pelanggaran hukum D- M.

Contoh:

Contoh: Lain-lain faktor Mini marathon Plastik beg Sos cili Sos tiram

Saling kasih-mengasihi

(x)

Saling bantu-membantu

(x)

Saling saying-menyayangi

(x)

Bentuk lewah.

Penggunaan kata sendi nama selepas kata kerja transitif.

Contoh: • Kos - perbelanjaan • Destinasi yang dituju • Khalayak ramai • Demi untuk

Contoh: ➢ Memperkatakan tentang hal ➢ Memasuki ke kawasan ➢ Merenangi di sungai itu ➢ Membelikan kepada ibunya

12


BAHASA MELAYU

SPM

Membina ayat tergantung.

Membina ayat pasif kata ganti nama diri.

Contoh:

Contoh: • Buku itu saya akan baca. • Isu yang mereka bincangkan semalam • Di manakah lokasi rumah yang disewa oleh kakak

• Bagi mereka yang terpilih hendaklah hadir … • Kepada pelajar yang berjaya dikehendaki … • Selain itu, menyebabkan berlakunya gejala sosial

MENGESAN KESALAHAN KATA, ISTILAH DAN TATABAHASA

Kesalahan tatabahasa: Contoh 1: Azim diberi masa dua setengah jam untuk sampai ke tempat pertandingan itu. Azim diberi masa dua jam setengah untuk sampai ke tempat pertandingan itu. Contoh 2: “Adakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu sedap dimakan?” tanya para peserta perlawanan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut.

13


BAHASA MELAYU

SPM

SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] JENIS SOALAN Binaan Ayat 3b. Sintaksis Kesalahan ejaan dan imbuhan 3d. Kesalahan kata / istilah dan bahasa Peribahasa

MARKAH 6 markah 6 markah 6 markah 6 markah 6 markah

MASA 6 minit 6 minit 6 minit 6 minit 6 minit

Soalan 3 (a): MEMBINA AYAT (a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan frasa itu sebagai peribahasa atau nama khas. Tidak perlu bina ayat yang yang terlalu panjang atau meleret (memadai 6 – 12 perkataan) Ayat yang dibina mesti menerangkan maksud kata yang diuji. Ayat yang dibina mesti betul tanda bacanya. Mesti membina satu ayat sahaja. Boleh membina ayat dengan menggunakan struktur cakap ajuk dengan tanda baca yang betul. Soalan 3 (b): SINTAKSIS 1. JENIS AYAT BM (ada 4 jenis ) i. Ayat Penyata (menyatakan sesuatu) • Dia sedang membaca surat khabar ii. Ayat Tanya • Siapa yang datang? iii. Ayat Seruan (ada tanda seru) • Wah, Cantiknya baju kamu! iv. Ayat Perintah (ada 4 jenis : ayat silaan, ayat larangan, ayat suruhan, ayat permintaan) • Jangan membuang sampah ke dalam longkang. (Ayat Larangan) • Tolong belikan saya sebatang pensel. (Ayat Permintaan) • Jemputlah (Silalah) naik ke pentas. (Ayat Silaan) • Bawa buku-buku ini ke bilik guru. (Ayat Suruhan) 2. POLA AYAT BM (ada 4 pola) i. FN + FN (Dia / adik saya) ii. FN + FK (Kakak / sedang menjahit baju) iii. FN + FA (Rumah itu / sungguh cantik) iv. FN + FS (Saya / ke Kuala Lumpur semalam)

14


BAHASA MELAYU

SPM

3. Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif. i. (a) Saya telah memulangkan buku itu dua hari yang lalu. Buku itu telah saya pulangkan dua hari yang lalu. ii. (b) Kamu telah memulangkan buku itu dua hari yang lalu. Buku itu telah kamu pulangkan dua hari yang lalu. *Ayat pasif Kata Ganti Nama Diri Pertama & Kata Nama Diri Kedua sama binaan ayatnya. (c) Mereka telah memulangkan buku itu dua hari yang lalu. Buku itu telah dipulangkan oleh mereka dua hari yang lalu. Imbuhan ‘ter’ pada kata kerja boleh hadir dalam kata kerja aktif atau kata pasif. Struktur ayat kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga adalah sama. Contohnya: i. Kakak terangkat batu yang besar itu • Batu yang besar itu terangkat oleh kakak. ii. Saya terambil baju yang berwarna merah itu • Baju yang berwarna merah itu terambil oleh saya. 4. Tukarkan ayat biasa kepada ayat songsang. Panduan: Kenal pasti subjek (1) , predikat (2) i. Dia ketawa terbahak-bahak. Dia / ketawa terbahak-bahak Ketawa terbahak-bahak / dia. (2 + 1) ii. Orang kaya itu berhijrah ke luar negara. Panduan: Kenal pasti subjek (1), predikat (2) dan predikat (3) Orang kaya itu berhijrah ke luar negara. 1 2 3 Formula ayat biasa : 1+2+3 Formula ayat songsang : 2+3+1 / 3+1+2 / 3+2+1 / 2+1+3 a. Berhijrah ke luar negara orang kaya itu. (2 + 3 +1) b. Ke luar negara orang tua itu berhijrah. (3 + 1 + 2) c. Ke luar negara berhijrah orang kaya itu. (3 + 2 + 1) d. Berhijrah orang kaya itu ke luar negara. (2 + 1 + 3)

15


BAHASA MELAYU

SPM

5. Tukarkan ayat cakap ajuk kepada cakap pindah. “Mengapakah kamu datang lewat hari ini?” tanya Encik Gopal kepada Musa. “Maafkan saya, Encik. Saya terpaksa membawa anak saya ke klinik,” kata Musa. “Oh, begitu! Saya maafkan,” kata Encik Gopal. “Terima kasih, Encik.” (i) “Mengapakah kamu datang lewat hari ini?” tanya Encik Gopal kepada Musa. (ii) “Maafkan saya, Encik. Saya terpaksa membawa anak saya ke klinik,”kata Musa. a. Musa meminta maaf kepada Encik Gopal dan menjelaskan bahawa dia terpaksa membawa anaknya ke klinik. Perkataan ‘menjelaskan’ boleh ditukar kepada ‘memberitahukan’, ‘menerangkan’, ‘mengatakan’. b. Musa meminta maaf kepada Encik Gopal dan memberitahu beliau bahawa dia terpaksa membawa anaknya ke klinik. (iii) “Oh, begitu! Saya maafkan,” kata Encik Gopal Encik Gopal memahami masalah Musa dan memaafkannya. (iv) “ Terima kasih, Encik.” Musa mengucapkan terima kasih kepada Encik Gopal. 6. Cerakinkan ayat-ayat di bawah ini. Baca ayat di bawah ini, kemudian cerakinkan ayat tersebut. i.

Perbuatan vandalisme ini meninggalkan kesan buruk kerana dinding bangunan itu rosak akibat tulisan dan contengan grafiti yang dilakukan oleh kumpulan gengster.

Kenal pasti kata hubung dalam ayat (Kalau ada 3 kata hubung (KH), maka ada 4 ayat tunggal; kalau ada 2 KH, maka ada 3 ayat tunggal)

Ayat di atas ada 3 KH: kerana, dan, yang, maka ada 4 ayat tunggal. (i) Perbuatan vandalisme ini meninggalkan kesan buruk. (ii) Dinding bangunan itu rosak akibat tulisan grafiti. (iii) Dinding bangunan itu rosak akibat contengan grafiti (iv) Perbuatan itu dilakukan oleh kumpulan gangster 7. Analisis Ayat: Subjek & Predikat. i. Abang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang. Subjek: Abang. Predikat: telah berjaya mendapat keputusan cemerlang. ii. Kerana sakit, Mary tidak hadir ke sekolah. Subjek: Mary. Predikat: tidak hadir ke sekolah kerana sakit.

16


BAHASA MELAYU

SPM

Soalan 3 (e) PERIBAHASA PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS Senarai Peribahasa dalam buku teks Tingkatan 4 1.

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2.

Darah daging Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

3.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Maksud : Mengalami susah senang bersama- sama.

4.

Meninggi diri Maksud : Sombong

5.

Bermuka dua Maksud : Tidak jujur.

6.

Baik hati Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7.

Tulang belakang Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan.

8.

Bara yang digenggam biar sampai jadi arang Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9.

Bagai kaca terhempas ke batu Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

11.

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat.

12.

Seperti lembu dicucuk hidung Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang.

13.

Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Maksud: Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14.

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air Maksud : Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

17


BAHASA MELAYU

SPM

15.

Terang hati Maksud : Lekas pandai.

16.

Rendah hati Maksud : Tidak sombong.

17.

Murah hati Maksud : Pemurah.

18.

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19.

Tangan kosong Maksud : Hampa.

Senarai Peribahasa dalam buku teks Tingkatan 5 1.

Lintah darat Maksud: Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

2.

Bagai aur dengan tebing Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

3.

Anak dagang Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat.

4.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

5.

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan, lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah.

6.

Indah khabar dari rupa Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

7.

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah Maksud: Pengagihan yang sama banyak.

8.

Bukit sama didaki, lurah sama dituruni Maksud: Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

9.

Kacang lupakan kulit Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

18


BAHASA MELAYU

SPM

10.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

11.

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan.

12.

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua Maksud: Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya.

13.

Memerah otak Maksud: Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

14.

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah.

15.

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenangsenang kemudian Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

16.

Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha.

17.

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

18.

Bak cendawan tumbuh selepas hujan Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

19.

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

20.

Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

21.

Mencari jalan Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

22.

Biar mati anak, jangan mati adat Maksud : Orang yang kuat perpegang pada adat.

23.

Sediakan payung sebelum hujan Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

24.

Berbesar hati Maksud : Gembira. 19


BAHASA MELAYU

SPM

25.

Anak buah Maksud: a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

26.

Tuan rumah Maksud :Tempat berlangsungnya sesuatu acara.

27.

Yang lama dikelek, yang baharu didukung Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

28.

Batu penghalang Maksud : Halangan.

29

Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan Maksud : Orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

30. Bagai ikan pulang ke lubuk Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal.

20

b. Kehidupan yang senang.


BAHASA MELAYU

SPM

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN (RUHAINI MATDARIN) Latar Belakang Novel Novel ini memenangi tempat kedua kategori novel remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan pada tahun 2008. Novel ini ditulis oleh seorang penulis muda yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah iaitu Rohaini Matdarin. Novel ini memenangi kategori remaja. Kumpulan sasarnya adalah untuk bacaan remaja. Isi dan kandungan novel ini serta penyampaian dan penceritaannya berkait rapat dengan remaja. Sinopsis Keseluruhan Plot berkisar pada watak utama iaitu Lili; seorang anak remaja yang menetap di bandar. Dia pulang ke kampung pada musim cuti persekolahan atas desakan ibunya. Lili menurut kata-kata ibunya walau batinnya melawan agar tidak melukakan hati ibunya. Melalui latar tempat di kampung, terdapat beberapa watak remaja lagi yang diperkenalkan kepada para pembaca. Ada antara mereka yang menjadi rakan Lili seperti, Danel dan Geetha. Bagi melengkapkan plot penceritaan penulis turut memperkenalkan watak remaja yang bersifat antagonis dalam novel ini seperti Rafik dan Haziq. Watak remaja yang bersifat dinamik turut diwujudkan sebagai panduan kepada para pembaca sekalian. Penulis ingin mengingatkan pembaca bahawa watak yang berperwatakan jahat bukan selama-lamanya jahat. Mereka mampu berubah jika diberi peluang untuk melakukan anjakan paradigma. Penulis juga ingin memberi motivasi kepada para remaja bahawa ruang untuk berbuat baik dan bertaubat sentiasa terbuka luas jika seseorang itu berkeinginan untuk melakukannya. Lili menetap di kampung bersama dengan datuk dan neneknya di sebuah rumah kampung yang jendelanya menghadap jalan. Ketika berada di kampung Lili berasa penduduknya pelik-pelik belaka. Watak datuk dalam novel ini sangat berpegang kepada adat tradisional. Tetapi watak remaja pula digambarkan sebagai ‘penentang’ kepada adat tradisional datuk itu. Datuk tetap menolak kehidupan moden dengan beranggapan bahawa cara hidup moden bakal memusnahkan adat dan warisan yang diwarisi turun temurun. Namun begitu, watak remaja dalam novel ini pula tidak menghukum adat tradisional kesemuanya. Mereka berpendapat bahawa segala yang diciptakan pada zaman moden ini adalah untuk memudahkan kehidupan manusia agar lebih senang untuk dikendalikan. Plot novel ini menjadi lebih dramatik apabila berlakunya kes penculikan Lili. Ekoran peristiwa tersebut penceritaan lebih tertumpu kepada keluarga Che Jah iaitu ibu kepada watak Rafik dan Haziq yang telah menculik Lili tanpa disengajakan. Kesimpulannya, novel ini sesuai dibaca oleh semua peringkat masyarakat terutamanya remaja. Pembaca dapat mencontohi nilai keberanian dan kesungguhan watak-watak remaja yang ditampilkan dalam novel ini terutamanya watal Lili, Danel dan Geetha. Novel ini telah berjaya menyerlahkan ciri-ciri remaja yang seharusnya ada dalam diri mereka.

21


BAHASA MELAYU

SPM

PLOT Permulaan · Lili pulang ke kampung datuknya di Dungun, Terengganu dengan menaiki bas. Walaupun dia tidak gembira dengan percutiannya pada kali ini, namun dia ikutkan sahaja kehendak ibunya supaya ibunya tidak berasa kecil hati. · Dalam perjalanan ke Dungun, Lili bertemu Danel dan juga Geetha di dalam bas. · Rumah datuk dan nenek Lili di Pekan Sentosa sungguh nyaman, cantik dan dipenuhi dengan bendang. Perkembangan · Datuk menghadapi situasi getir di kampung akibat penggantian kubah surau. · Kekalutan turut timbul apabila Sugi dikatakan memujuk orang kampung untuk menjual tanah bagi pembinaan kawasan perumahan di kampung datuk. · Datuk didatangi oleh orang dari bandar untuk mendapatkan rawatan secara tradisional. · Geetha memaklumkan kepada Lili bahawa datuknya telah berjaya menyembuhkan ibunya iaitu Latchumi yang sakit dengan menggunakan herba tradisional. · Danel sering datang untuk membantu nenek memasak kerana menganggap nenek seorang yang pandai memasak dan masakan nenek sangat sedap. · Danel berbual mesra dengan datuk dan menerangkan kepentingan perubatan moden. Namun, cara Danel yang berhemah menyebabkan datuk tidak berkecil hati. · Danel sering menulis artikel tentang pisang. · Lili diculik oleh anak-anak Che Jah, namun berjaya diselamatkan oleh Danel. Konflik • Konflik dengan diri sendiri o Datuk berhasrat untuk tidak lagi mencari akar-akar kayu akibat sindiran nenek namun minatnya tetap dengan perubatan tradisional menyebabkan datuk keliru. • Konflik dengan orang lain o Datuk berasa terkesan apabila nenek selalu menyindir sikapnya yang lebih mengutamakan perubatan tradisional berbanding perubatan moden. o Che Jah berasa sangat kecewa dengan sikap suaminya Seman yang melakukan keganasan dengan memukul anak-anak mereka iaitu Haziq dan Rafiq sehingga cedera. Oleh sebab tidak tahan dengan tindakan suaminya itu, Che Jah minta diceraikan. o Lili berkonflik terhadap permintaan ibunya supaya dia tinggal di kampung setelah tamat persekolahannya. Lili tidak gembira dengan permintaan ibunya itu tetapi demi kegembiraan hati ibunya, permintaan ibunya itu dituruti. Klimaks / Puncak · Che Jah memaklumkan bahawa suaminyalah yang melarikan kubah surau. Selama ini penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq, namun tuduhan mereka tidak benar.

22


BAHASA MELAYU

SPM

Peleraian · Kak Hamimah mencadangkan Che Jah membuat laporan polis supaya suaminya itu dapat diberkas dan dipulihkan. · Suami Che Jah ditangkap di belakang pondok dusun. · Haziq diberi herba sebagai penawar oleh datuk. · Rafiq dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. · Sugi tidak mengaku ada kaitan dengan wakil pemaju perumahan yang memujuk penduduk kampung menjualkan tanah mereka. · Datuk dituduh melindungi anak-anak Che Jah yang menculik Lili. · Sugi memaklumkan bahawa dia berhasrat memajukan tanah penduduk kampung dengan projek agripolitan dan penanaman Jatropha Cuncas. · Ibu pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas tanpa ayah. · Lili pulang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis perpisahan pengetuanya. WATAK DAN PERWATAKAN Watak Utama Lili · Lepasan sekolah menengah. · Tidak gembira pulang ke kampung datuk dan neneknya. Berpura-pura demi menjaga hati ibunya. · Rajin membaca buku panduan pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan. Akur akan percakapan orang tua. · Suka berkawan dan peramah. Menjadi teman baik Geetha. · Cepat bersimpati dengan orang lain iaitu Haziq dan Rafiq (anak Che Jah yang nakal). · Prihatin dan meminta bantuan Kak Hamimah supaya mengambil tindakan terhadap suami Che Jah yang melakukan jenayah keganasan rumah tangga. · Mesra dengan Danel dan sama-sama berbincang untuk pembinaan masjid baru di kampungnya itu. Watak Sampingan Datuk (Haji Abdul Rahman) · Pakar akar kayu dan ubat tradisional. · Menjadi sumber rujukan masalah kesihatan penduduk kampung. · Berjaya sembuhkan Letchumi daripada sakit teruk dengan herba yang dibuat oleh datuk. Ajar Lili Ilmu Kegamaan. · Menguji Lili dengan ilmu agama. · Sayang akan pekerjaannya iaitu mengumpulkan akar kayu. Berjaya mengislamkan William. · Dahulu orang mendengar cakap datuk tetapi sekarang tidak lagi. Berumur 70 tahun. · Rajin beribadat, solat, zikir dengan tasbih rajin membaca kitab. · Berjaya mengubati lima orang dari Kuala Lumpur dengan menggunakan herba. Tidak balik malam kerana mencari herba di hutan. · Pandai mengurut (mengurut Danel).

23


BAHASA MELAYU

SPM

Danel · Anak William. · Menjelaskan isu tentang pembinaan kubah surau. Menjelaskan kebaikan rawatan moden. · Berhujah dengan berhemah supaya Datuk tidak berkecil hati. Percaya akan perubatan moden. · Akrab dengan Datuk. · Menulis artikel tentang buah pisang di Tenom, Sabah. Sering membantu nenek memasak. · Memasak menggunakan pisang. · Membantu menyelamatkan Lili daripada diculik. Geetha · Kenalan Lili di dalam bas sewaktu pulang ke Terengganu · Siswa Tahun pertama Jurusan Kejuteraan Awam Universiti Malaya · Anak Letchumi yang mempunyai kedai runcit dan sembuh selepas makan ubat tradisional yang disediakan oleh datuk. · Menjadi akrab dengan Lili. Seorang yang menepati janji. Abang Rashid · Sering membantu datuk dan nenek. · Mengambil Lili di perhentian bas untuk membawa Lili pulang ke rumah datuk dan neneknya. · Mengutip buah dari kebun datuk belum berkahwin. Ibu Lili · Suka akan seni taman ala-Bali yang penuh reka bentuk dan tumbuhan. Menanam herba untuk dijadikan pembuka selera makan. · Tidak kisah ilmu agama akibat kecuaian datuk. Gemar belajar silat. · Belajar di luar negara · Menjawat jawatan penting. Rafiq Dan Haziq · Anak remaja berumur belasan tahun. Menduduki PMR. · Anak Che Jah yang sering menimbulkan masalah. Memulas tangan lalu menculik Lili · Menggunakan senjata tajam dan mengacukannya di leher Lili. Berubah sikap menjadi lebih baik. Seman · Suami Che Jah. · Kaki judi, suka berhutang dan kaki botol. Melarikan kubah surau. · Seorang yang pemarah dan sering menjadikan Che Jah iaitu isterinya dan anak-anaknya iaitu Haziq dan Rafiq sebagai tempat untuk melepaskan geram dan marah. · Membelasah Haziq dan Rafiq hingga teruk. · Ditangkap di belakang pondok dusun dan diserahkan kepada pihak berwajib untuk menjalani pemulihan akidah.

24


BAHASA MELAYU

SPM

Nenek (Hajah Aisyan Tan Abdullah) · Kurang yakin dengan ubat tradisional yang disediakan oleh datuk. Isteri kepada datuk. · Percaya akan pantang larang (Terbalikkan semua cermin untuk terbalikkan mata kilat) membakar kulit bawang putih untuk bau harum di dalam rumah. · Suka menyindir datuk tentang ubat tradisional. · Pandai memasak dan masakannya sering dipuji oleh Danel.

LATAR Latar Tempat Dungun Daerah tempat nenek dan datuk tinggal. Daerah asal ibu Lili. Pekan Sejahtera · Tempat tinggal Geetha. · Kedai milik Letchumi ibu Geetha terletak di sini. Pekan Sentosa · Tempat tinggal datuk dan Nenek Lili. Bendang · Tempat Lili bertemu neneknya sewaktu tiba di kampung. Masjid · Tempat datuk bergotong-royong menaikkan kubah masjid bersama-sama penduduk kampung. Tempat datuk bersolat berjemaah. Rumah Datuk · Reka bentuk yang unik dengan corak jendela dan pintu. · Tempat datuk bercerita tentang kemujaraban akar kayu dengan Lili. Tempat Danel datang dan membantu nenek memasak. · Tempat Danel berurut dengan datuk. Kedai Runcit Letchumi · Tempat Nenek membawa Lili berbelanja tempat Lili bertemu Geetha. · Tempat Geetha bercerita tentang datuk kepada Lili. Kedai Runcit Ah Kwan · Tempat Lili diminta membeli barangan dapur terletak berhampiran dengan rumah nenek.

25


BAHASA MELAYU

SPM

Balai Raya · Tempat penduduk kampung berkumpul bagi menyelesaikan masalah pembelian tanah orang kampung oleh orang yang tidak dikenali. · Tempat Che Jah membuat pengakuan bahawa suaminya Seman yang melarikan kubah surau. Latar Masa Maghrib · Menjelang waktu Isyak, Lili melihat melalui jendela sebuah lori membawa kubah di puncaknya terdapat bulan sabit. Pagi · Lili meminta izin nenek untuk berada di luar bagi melihat kubah surau atau bertemu dengan Che Jah. · Lili ke rumah Che Jah untuk bertanya khabar tentang Haziq. TEKNIK PENULISAN / TEKNIK PLOT Pemerian · Penulis menceritakan keadaan kampung tempat tinggal nenek dan datuk Lili. · Penulis menceritakan hati Lili sebak untuk pulang ke kampung nenek dan datuknya kerana tidak bersetuju dengan cadangan ibunya supaya tinggal di kampung selepas tamat persekolahan. · Penulis menceritakan sikap Seman iaitu suami Che Jah yang melakukan keganasan rumah tangga dan sering menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah keluarga yang dihadapi oleh mereka. Dialog · Dialog antara Lili dan datuk tentang ilmu-ilmu agama sebagai menguji pengetahuan Lili terhadap ilmu-ilmu agama. · Dialog antara datuk dengan Danel tentang perubatan moden dan tradisional. Danel berbincang dengan datuk secara berhemah menyebabkan datuk tidak terguris hati sedangkan datuk lebih memilih perubatan secara tradisional. · Dialog penduduk kampung dengan Sugi tentang penjelasan Sugi bahawa dia tidak terlibat dengan rayuan penjualan tanah kepada orang luar. · Dialog antara Lili dengan Kak Hamimah supaya membantu Che Jah menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dialaminya sewaktu Kak Hamimah datang berubat dengan datuk. Monolog · Datuk bermonolog tentang perubatan tradisional yang sekian lama dipeloporinya di kampung itu.

26


BAHASA MELAYU

SPM

· Lili bermonolog dalam perjalanan pulang ke kampung nenek dan datuknya kerana kurang senang dengan permintaan ibunya supaya dia bercuti selepas tamat persekolahan. Imbas Kembali · Datuk mengimbas kembali terhadap kesilapannya mendidik ibu Lili. Datuk menyesal kerana tidak memberikan pendidikan agama yang secukupnya menyebabkan ibu kurang mengamalkan ilmu kegamaan. Saspens · Pembaca tertanya-tanya tentang orang yang melarikan kubah surau. Mereka menyangka bahawa kubah surau dilarikan oleh Haziq dan Rafiq sebagaimana anggapan penduduk kampung. PERSOALAN · Persoalan tentang keganasan rumah tangga. Seman iaitu suami Che Jah seorang yang suka berjudi, berhutang dan kaki botol telah menyebabkan rumah tangga Che Jah berantakan. Anak-anak mereka iaitu Haziq dan Rafiq yang berusia belasan tahun turut berperangai seperti ayahnya apabila tersalah memilih kawan. Che Jah meminta cerai daripada suaminya kerana sudah tidak tahan dengan perangai suaminya. · Persoalan tentang penggunaan ubat tradisional. Datuk sering disindir oleh nenek akibat terlalu prihatin dan membantu penduduk kampung yang bermasalah kesihatan dengan membekalkan ubat tradisional yang dibuatnya sendiri. Ada satu ketika datuk tidak pulang ke rumah hingga menyebabkan nenek berasa risau kerana datuk masuk ke hutan untuk mencari akar-akar kayu tanpa pengetahuannya. · Persoalan tentang sikap prihatin. Lili begitu prihatin dengan Che Jah yang mengalami masalah keganasan rumah tangga. Walaupun Haziq dan Rafiq menculiknya, tetapi Lili memaafkan tindakan mereka kerana beranggapan keluarga tersebut memerlukan bantuan pemulihan. Lili sering ke rumah Che Jah untuk memberikan motivasi dan akhirnya meminta bantuan Puan Hamimah seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat aduan tentang sikap suaminya yang buruk selama ini. · Persoalan tentang masalah sosial penduduk kampung. Hidup di kampung walaupun berada dalam keadaan selesa, nyaman dengan pemandangan yang cantik, namun terdapat pelbagai masalah sosial. Penduduk kampung didatangi oleh orang yang tidak bertanggungjawab yang mencuba mempengaruhi mereka agar menjual tanah-tanah mereka. Penduduk kampung juga memberontak kerana lebih menyetujui penggantian kubah surau berbanding pembinaan masjid baru. Penduduk kampung juga berhadapan dengan masalah sosial apabila wujudnya keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh Che Jah ekoran sikap suaminya yang kurang bertanggungjawab diikuti dengan kelakuan anak-anaknya iaitu Haziq danRafiq.

27


BAHASA MELAYU

SPM

LATAR MASYARAKAT Masyarakat yang mengalami masalah dalam rumahtangga Suami Che Jah merupakan seorang yang suka berjudi, berhutang, menipu, minum arak. Anak-anak serta isterinya sering menjadi mangsa kekejamannya. Haziq iaitu anak Che Jah merupakan pelajar yang pintar tetapi tersalah jalan dalam pergaulan menyebabkannya diberhentikan sekolah. Masyarakat yang suka mengambil tahu hal keluarga orang lain. Nenek memberitahu Lili bahawa orang kampung suka bermuka-muka. Mereka juga suka mengumpat walaupun melalui jendela. Latar Masyarakat yang prihatin · Lili prihatin dengan masalah yang menimpa keluarga Che Jah ekoran sikap tidak bertanggungjawab Seman iaitu suami Che Jah. · Lili meminta bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan memaklumkan sikap Seman. · Lili berpendapat bahawa Danel bertanggungjawab untuk membangunkan kampung kerana Danel merupakan penduduk tetap kampung, dan dia perlu memperjuangkannya. · Danel prihatin terhadap Lili dengan menyelematkan Lili sewaktu diculik. Dia membawa Lili ke pekan. Dia juga bersependapat dengan Lili dalam banyak perkara. Latar masyarakat yang buruk sangka. · Penduduk kampung buruk sangka terhadap datuk kerana menyangka datuk yang mencadangkan penjualan tanah orang kampung kepada pemaju perumahan. · Penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq yang mencuri kubah surau memandangkan kisah silam mereka yang memang nakal. · Penduduk kampung menuduh Sugi merayu penduduk kampung agar menjual tanah sedangkan Sugi mencadangkan supaya tanah-tanah tersebut dimajukan dengan penanaman agripolitan. NILAI Nilai jati diri Datuk tetap menganggap perubatan secara tradisional yang diusahakannya selama ini dapat memberikan bantuan perubatan alternatif kepada pesakit yang datang menemuinya. Nilai tanggungjawab Penduduk kampung bergotong-royong membantu menyelesaikan masalah kubah surau. Nilai prihatin · Lili prihatin atas nasib Rafik dan Haziq kerana berpunca daripada masalah keluarga yang dihadapi walaupun mereka pernah menculiknya. Lili menjenguk Che Jah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang latar belakang Haziq dan Rafik.

28


BAHASA MELAYU

SPM

· Penduduk kampung prihatin terhadap masalah yang berlaku di kampung mereka seperti kecurian, aktiviti haram, rayuan menjual tanah, dan sebagainya. Oleh sebab itu, mereka berusaha untuk menyelesaikan masalah walaupun ada antaranya menggunakan cara yang tidak sesuai dan salah. Nilai baik hati · Danel sering datang ke rumah nenek untuk membantu nenek memasak. · Apatah lagi Danel menganggap masakan nenek memang sedap. · Datuk menggunakan kepakarannya untuk membantu orang lain dengan memberikan herba dan akar-akar kayu. Usahanya itu berjaya sebagai cara alternatif untuk menyembuhkan penyakit selain berubat secara perubatan moden. Nilai kasih sayang · Nenek dan datuk melayan Lili dengan baik walaupun dahulu ibu Lili tidak mendengar nasihat datuk dan neneknya. · Sebagai ketua keluarga, sikap Seman yang tidak menyayangi ahli keluarga amat mengecewakan. Keluarga yang penuh dengan kasih sayang akan menghasilkan keluarga yang bahagia. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah mengamalkan kasih sayang dalam kehidupan. Contohnya, Lili amat mengasihi ibu dan bapanya. Dia tidak membantah cadangan ibunya yang akan menghantarnya ke kampung kelahiran ibunya di Dungun, Terenggan walaupun hatinya begitu berat untuk berbuat demikian. 2. Kita hendaklah bersikap jujur dan berterus-terang. Contohnya, Che Jah bercerita secara jujur tentang sikap buruk suaminya kepada Kak Mimah dan Nadia yang berusaha untuk menyelesaikan isu kemelut rumah tangga yang dihadapinya. 3. Kita mestilah sabar menghadapi caabaran dalam kehidupan. Contohnya, Nenek Lili begitu sabar menangani kerenah dan provokasi sekumpulan penunjuk perasaan yang datang membuat bantahan di hadapan rumahnya. 4. Kita mestilah gigih dan tekun dalam mempelajari sesuatu bidang. Contohnya, Lili gigih mempelajari bahasa asing sehingga dia boleh bertutur dalam bahasa Mandarin dengan fasih dan juga tahu berkomuniaksi dalam beberapa bahasa asing yang lain seperti bahasa Thai, bahasa Jepun dan bahasa Latin. 5. Kita haruslah taat akan suruhan dan arahan ibu bapa. Contohnya, Lili taat dan akur akan suruhan ibunya yang mahu dia pulang bercuti di kampung kelahiran ibunya di Dungun, Terengganu.

29


BAHASA MELAYU

SPM

6. Kita perlu prihatan terhadap keperluam orang lain. Contohnya, Lili menawarkan khidmatnya untuk membantu Geetha setelah melihat keadaan Geetha yang kelamkabut ketika duduk bersebelahan tempat duduknya di dalam bas ekspres. 7. Kita perlulah bijak menguasai keadaan cemas. Contohnya, Danel tidak bertindak balas terhadap aksi agresif Rafiq yang menahan Lili dengan sebilah pisau tajam yang diacukan ke lehet Lili demi keselamatan nyawa sahabatnya itu. 8. Kita hendaklah patuh akan perintah agama. Contohnya, Haji Abdul Rahman amat patuh dalam menjaga dan mengerjakan solat fardhunya. Beliau sering menunaikan solat fardhu secara berjemaah sama ada di rumah atau di surau kampung. 9. Kita hendaklah rajin melakukan kerja tanpa disuruh. Contohnya, Geetha rajin membantu nenek Lili dengan memotong sayur dan menyiang ikan di dapurketika Lili dan neneknya sedang bersolat Isyak secara berjemaah walaupun tidak disuruh untuk berbuat demikian. 10. Kita perlulah melayani tetamu dengan baik dan sopan. Contohnya, Che Jah melayani kunjungan tetamunya, iaitu Lili dan Rashid dengan baik dan mesra. Begitu juga dengan nenek Lili yang sentiasa melayani tetamu dan juga pesakit suaminya yang bertandang ke rumah mereka dengan begitu mesra.

30


BAHASA MELAYU

SPM

BAB 4: PENULISAN 4.1 KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN Langkah-langkah: 1. Jumlah perkataan – tidak melebihi 120 patah perkataan. (tulis di bahagian bawah sebelah kanan). 2. Perenggan – 5/6 perenggan. 1 Perenggan – Pendahuluan, 3/4 Perenggan Isi/huraian, 1 Perenggan Penutup. 3. Jumlah isi – 3 / 4 isi sahaja. 4. Sintaksis – ringkas & padat. 5. Mesti ada 3 penanda wacana atau lebih – ( Selain itu, Sehubungan itu, Justeru dll ). 6. Pemarkahan – pemeriksaan keseluruhan dan markah karangan akan ditentukan berdasarkan gred markah yang telah ditetapkan. 7. Kesalahan tatabahasa akan menyebabkan markah pelajar akan ditolak.

4.2 GAMBAR RAJAH

Keadaan Cuaca

Keadaan Kenderaan

Sikap Pemandu Punca Kemalangan Jalan Raya

Keadaan Jalan Raya

Undang-undang

Kegiatan Mat Rempit

31


BAHASA MELAYU

SPM

4.3 GAMBAR/FOTO

4.4 IKLAN

32


BAHASA MELAYU

SPM

BAB 5: PENULISAN 5.1 JADUAL

PUNCA-PUNCA KERACUNAN MAKANAN

Makanan tidak dimasak dengan sempurna

Tidak menjaga kebersihan ketika proses menyediakan makanan

Makanan yang terdedah

5.2 ILUSTRASI KARTUN

KAEDAH BELAJAR YANG BERKESAN

Sumber: Minda Pelajar, Utusan Malaysia, BM [502], 23-29 Ogos 2005 dan Didik, Berita Harian BM [558], 7-13 Nov 2005

33


BAHASA MELAYU

SPM

5.3 GRAF

5. 4 PETA / PLAN

34


BAHASA MELAYU

SPM

5.5 POSTER

Malaysia satu-satunya negara yang kaya dengan pelbagai hari percutian kerana kepelbagaian kaum. Oleh itu, Malaysia mempunyai pelbagai destinasi menarik yang boleh dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat. Rakyat Malaysia harus mengambil kesempatan untuk mengisi masa percutian ini dengan pelbagai cara kerana percutian bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim atau hubungan kekeluargaan, malah dapat menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi. Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia patut mengisi masa cuti agar tidak terbuang begitu sahaja. Persoalannya, apakah cara-cara yang boleh dilakukan oleh rakyat Malaysia untuk mengisi masa cuti dengan aktiviti yang berfaedah? Salah satu bentuk percutian yang digalakkan adalah percutian kebudayaan. Rakyat seharusnya mengisi masa cuti dengan melawat ke pusat-pusat kebudayaan. Hal ini demikian kerana dapat memudahkan rakyat negara ini mengetahui budaya kaum lain yang unik dan menarik. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, India, dan sebagainya mampu menjaga keharmonian dalam negara tanpa melakukan rusuhan kaum. Setiap etnik ini mempunyai budayanya yang tersendiri sekali gus mempamerkan identiti sebenar sesuatu kaum. Fenomena ini dapat dilihat daripada aspek pemakanan, tarian, pakaian, musim perayaan, dan sebagainya. Misalnya, pada musim perayaaan atau mengadakan rumah terbuka, etnik yang berbilang bangsa akan saling menziarahi antara satu sama lain. Selain itu, rakyat Malaysia boleh mengisi masa cuti dengan mengembara ke pelbagai destinasi alam semula jadi yang terdapat di negara kita. Rakyat harus mengambil kesempatan meneroka khazanah alam semula jadi seperti meyusur Sungai Pahang ke Taman Negara, Pahang, mendaki Gunung Kinabalu atau lain-lain destinasi alam semula jadi yang jarang dikunjungi. Hal ini dapat menambahkan pengalaman dan pengetahuan sekali gus memupuk sifat cinta akan alam semula jadi. Contohnya, Pulau Langkawi masih lagi mempunyai keindahan alam sekitar yang belum dinodai oleh pembangunan negara yang begitu pesat. Khazanah alam semula jadi ini perlu dipelihara agar generasi akan datang dapat menikmati kurniaan Ilahi ini. Aktiviti mengembara ini mendedahkan kehidupan di kawasan hutan yang benar-benar menguji tahap kesabaran seseorang.

35


BAHASA MELAYU

SPM

Di samping itu, pusat beli-belah juga menjadi tumpuan rakyat Malaysia untuk mengisi masa cuti yang banyak. Hal ini demikian kerana pada cuti musim perayaan atau cuti hujung minggu amat sesuai untuk pergi membeli-belah. Peribahasa Melayu ada menyatakan, sambil menyelam minum air amat relevan dalam hal ini. Hal ini demikian kerana dengan berbelanja di pelbagai kompleks beli-belah bertaraf antarabangsa, secara tidak langsung, ekonomi negara akan meningkat. Tambahan pula, rakyat akan membeli barangan buatan Malaysia dan menyahut seruan kerajaan “Belilah Barangan Buatan Malaysia.”. Antara pusat beli-belah yang sering dikunjungi ialah pusat penjualan batik, kedai cenderahati, kraf tangan, dan sebagainya. Sesungguhnya, rakyat Malaysia harus mengisi masa cuti dengan pelbagai cara kerana amalan percutian selaras dengan matlamat kerajaan membentuk keluarga bahagia menggenapi usaha “Rumahku, Syurgaku”. Dengan itu, marilah kita bersama-sama merealisasikan hasrat murni ini ke arah Malaysia yang “Cemerlang, Gemilang dan Terbilang”. Tanpa kerjasama dan sokongan rakyat sudah pastilah ekonomi negara tidak akan berkembang maju. Oleh itu, rakyat Malaysia diseru melancong dalam negeri sendiri yang mempunyai begitu banyak tempat menarik.

(470 patah perkataan)

36


BAHASA MELAYU

SPM

BAB 6: KARANGAN UMUM 6.1 KARANGAN UMUM • Lima soalan dikemukakan dan anda perlu menjawab satu soalan sahaja. • Sebanyak 100 markah diperuntukkan untuk karangan Bahagian B. • Anda perlu menjawab soalan ini dalam masa yang dicadangkan iaitu satu jam setengah / 90 minit. • Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 350 patah perkataan. • Terdapat dua bentuk soalan yang disoal iaitu karangan berformat dan karangan tidak berformat. Antara jenis karangan berformat ialah: surat rasmi - surat tidak rasmi laporan - minit mesyuarat berita - rencana - dialog/wawancara/forum - ucapan/syarahan/ceramah/taklimat ulasan buku/resensi Antara karangan tidak berformat pula ialah: gambaran/keperihalan - cereka/imaginasi fakta - pendapat/perbincangan perbahasan - peribahasa/cogan kata kesusasteraan Terdapat lima dimensi yang diambil kira dalam penyediaan soalan bagi Bahagian B iaitu: - diri sendiri keluarga - masyarakat/negara antarabangsa - kesusasteraan • Bagi karangan Bahagian B, anda perlu menulis karangan anda melebihi 350 patah perkataan. • Bagi memastikan karangan anda pada tahap cemerlang, pastikan karangan anda mempunyai tujuh perenggan atau melebihi tiga muka surat. • Saya mencadangkan anda menulis perenggan pendahuluan dalam anggaran 70 patah perkataan, isi dalam anggaran 80 patah perkataan (80 × 5 isi = 400) dan penutup dalam anggaran 70 patah perkataan. • Jadi, jumlah keseluruhan karangan anda ialah 500 patah perkataan dan memenuhi kehendak arahan soalan.

37


BAHASA MELAYU

SPM

FORMULA PENULISAN KARANGAN PENDAHULUAN (anggaran 70 patah perkataan ) Pendahuluan = PU/DEFINISI + AH + AC + AA Penyataan Umum (PU) / Definisi · Terdiri daripada satu ayat sahaja. · Ditulis berdasarkan tajuk. Ayat Huraian (AH) · Terdiri daripada satu hingga tiga ayat. · AH1 : Senario / perkembangan isu yang dibincangkan pada masa ini. · AH2 : Faktor / Kepentingan / Kesan kepada individu / keluarga / masyarakat / negara (bergantung kepada dimensi soalan). · AH3 : Kesinambungan daripada ayat huraian 2 dan boleh menggunakan formula 5W 1H 1I / MASSBBD (Mengapaa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di mana) Ayat Contoh (AC) · Anda boleh memberikan satu atau melebihi satu contoh. · Pastikan contoh yang diberi sesuai dan relevan dengan keadaan dan bertepatan dengan kehendak soalan. Ayat Arah (AA) · Menyatakan pendirian anda sama ada bersetuju atau tidak dengan soalan secara umum. · Perlu menyatakan fokus arahan yang diberikan. · Anda boleh menulis dalam bentuk ayat penyata atau ayat tanya bergantung kepada kreativiti anda. ISI (anggaran 80 patah perkataan X 5 ISI = 400 patah perkataan) Isi = AT + AH + AC+AP Ayat Topik (AT) • Terdiri daripada satu ayat sahaja dan mestilah ringkas, padat dan jelas. • Ditulis pada permulaan ayat. • Menjadi pencetus idea untuk pengembangan ayat seterusnya. Ayat Huraian (AH) • Terdiri daripada satu hingga lima ayat. • Dihuraikan secara mendalam menggunakan formula 5W 1H 1I / MASSBBD (Mengapaa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di mana) • Setiap ayat huraian mestilah menunjukkan kesinambungan dengan cara menggunakan penanda wacana yang sesuai.

38


BAHASA MELAYU

SPM

Ayat Contoh (AC) • Anda boleh memberikan sekurang-kurangnya satu contoh. • Pastikan contoh yang diberi sesuai dan relevan dengan keadaan dan bertepatan dengan kehendak soalan. • Kedudukan AC boleh di mana-mana sahaja tetapi mestilah sebelum AP. Ayat Penegas (AP) • Merupakan ayat kesimpulan kecil bagi setiap isi. • AP menegaskan semula AT dengan menggunakan ayat berbeza tetapi masih mengekalkan maksud yang sama dengan AT. PENUTUP (anggaran 70 patah perkataan ) Penutup = AK + AC + AH Ayat Kesimpulan (AK) • Terdiri daripada satu hingga dua ayat. • Merumuskan keseluruhan karangan. • Tidak menyenaraikan isi yang telah ditulis dalam perenggan isi (dikira salah). Ayat Cadangan (AC) • Terdiri daripada satu hingga dua ayat. • Memberi cadangan yang relevan dan mengaitkan dimensi dengan fokus arahan yang diberikan. • Tidak memerlukan huraian panjang. • Ayat Harapan (AH) • Menyatakan harapan sekiranya cadangan yang diberikan dalam AC diguna pakai dalam usaha menangani isu yang dibincangkan. • Menggunakan kata hubung agar / supaya / demi untuk menyambungkan AC dengan AC. • Kaitkan dengan dasar-dasar negara.

39


BAHASA MELAYU

SPM

6.2 SURAT RASMI Format Surat Rasmi:

40


BAHASA MELAYU

SPM

6.3 SURAT TIDAK RASMI Format Surat Tidak Rasmi :

41


BAHASA MELAYU

SPM

6.4 BERITA Format menulis karangan berita: Karangan jenis berita bertujuaan untuk memberikan maklumat dan pengetahuan tentang sesuatu peristiwa penting kepada pembaca.

Terdapat beberapa jenis berita seperti berita sukan, jenayah, kemalangan, hiburan, dan hal-hal ehwal semasa yang berlaku di dalam dan di luar negara.

Isi karangan berita berkisar tentang lima perkara, iaitu apa, siapa, bila di mana, dan mengapa.

Bahasa yang digunakan hendaklah ringkas dan mudah difahami.

Format : a) Nama tempat – ditulis di sebelah kiri perenggan pertama dengan huruf besar dan diikuti tanda koma. Contohnya : PERAK, b) Tarikh – ditulis selepas nama tempat dan dibubuh tanda sempang ( - ) Contohnya : PERAK, 17 April c) Isi berita – didahului dengan isi utama dan isi-isi yang kurang penting dikemudiankan. d) Penutup – ringkas dan padat

Jumlah perenggan tidak dihadkan tetapi sebaik-baiknya setiap isi dalam satu perenggan.

42


BAHASA MELAYU

SPM

6.4 BERITA

Kuantan, 17 Januari - Menteri Belia dan Sukan negeri Pahang, Encik Khalid bin Awang telah merasmikan Program Kemahiran Belia Negara Peringkat Negeri Pahang di Tingkat 5, Wisma Persekutuan Kuantan. Matlamat program ini adalah untuk memberikan penerangan kepada ibubapa dan pelajar lepasan SPM supaya menyambung pelajaran pada peringkat sijil atau diploma di Institut Kemahiran Belia Negara atau IKBN selepas menduduki peperiksaan SPM. Menurut beliau lagi, IKBN dibina oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1996. Kini IKBN telah membuka 8 cawangan di seluruh negara. Usaha ini membuktikan kesungguhan kerajaan menyediakan peluang-peluang latihan berbentuk kemahiran teknikal kepada belia-belia Malaysia seperti elektrik, elektronik, mekanikal, automotif, dan kejuruteraan awam. Matlamat utama penubuhan IKBN adalah untuk melahirkan tenaga kerja mahir sebanyak mungkin bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian. Dengan cara ini, kerajaan dapat juga menangani masalah pengangguran di kalangan belia yang tercicir dalam pelajaran. Sehubungan dengan itu, Encik Khalid bin Awang juga menyeru agar ibu bapa menghantar anak-anak mereka menyambung Pelajaran di IKBN yang terdekat dengan tempat tinggal. Beliau juga menegaskan bahawa pihak kementerian akan bekerjasama dengan pihak swasta untuk memperluas bidang praktikal di pelbagai industri. Oleh itu, peluang lepasan IKBN memperoleh pekerjaan selepas tamat belajar di IKBN terbuka luas. Selain itu, beliau juga mencadangkan agar pengambilan pelatih baru IKBN diadakan dua kali setahun. Pengambilan tersebut akan disiarkan pada bulan November (kemasukan bulan Januari) dan bulan Mei (kemasukan bulan Julai) di akhbar akhbar-akhbar tempatan, radio dan televisyen supaya tidak ada yang terlepas pandang.

43


BAHASA MELAYU

SPM

6.5 LAPORAN Format Laporan:

Karangan jenis laporan bertujuaan untuk melaporkan sesuatu hal atau peristiwa yang telah berlaku.

Bahasa yang digunakan hendaklah ringkas,tepat dan berkesan.

Jenis iaitu laporan rasmi dan laporan tidak rasmi.

Format: a) Tajuk laporan ditulis dengan huruf besar bagi huruf pertama pada setiap perkataan dan digariskan di bawahnya. b) Peristiwa yang berlaku perlu dicatat secara berurutan. c) Tulis tarikh laporan dengan huruf besar dan diletakkan bersetentang dengan pengakuan pelapor. d) Tulis nama pelapor di dalam kurungan dengan huruf besar. e) Nama persatuan yang diwakili, ditulis selepas jawatan.

44


BAHASA MELAYU

SPM

6.5 LAPORAN Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada cuti penggal kedua yang lalu, Persatuan Bahasa Malaysia, Sekolah Menengah Tanjong Karang, Selangor telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Lawatan yang diadakan pada hari Sabtu, 29 Januari 2019 disertai oleh 40 orang ahli persatuan dan dua orang guru penasihat. Objektif lawatan tersebut adalah untuk mengenali buku-buku bermutu keluaran DBP, mengetahui cara-cara buku diterbitkan dan untuk menimba pengetahuan selaras dengan konsep lawatan sambil belajar. Sebelum bertolak, guru penasihat kami mengingatkan para pelajar supaya menjaga disiplin dan nama baik sekolah semasa di sana. Selepas mendengar pesanan beliau, barulah rombongan kami bertolah dari sekolah. Kami tiba di Dewan Bahasa dan Pustaka tepat pukul 11.00 pagi. Rombongan kami disambut oleh Pegawai Perhubungan Awam Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau memberi penerangan tentang sejarah penubuhan DBP dan tujuan penubuhannya. Kami juga diberi taklimat ringkas tentang bahagian-bahagian yang akan kami lawati. Sebelum itu, kami diberi satu naskah majalah Pelita Bahasa keluaran DBP secara percuma. Tempat pertama yang menjadi destinasi kami adalah ke bahagian pameran. Semasa berada di bahagian ini kami berpeluang melihat berbagai-bagai jenis buku yang dikeluarkan oleh DBP sama ada buku-buku lama atau buku-buku baru. Buku-buku tersebut ditulis dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang merangkumi buku-buku agama, politik, ekonomi, dan bahasa. Kami juga berpeluang mengenali berbagai-bagai jenis majalah seperti majalah Pelita Bahasa, Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Pelajar dan lain-lain. Kami juga diberi beberapa maklumat tentang buku-buku dan majalah-majalah tersebut terutamanya apabila timbul beberapa kemusykilan. Selepas itu, kami dibawa ke bahagian pencetakan. Di sini, kami melihat dengan jelas caracara buku dan majalah dicetak. Kami perhatikan buku-buku tersebut dicetak dengan begitu pantas dengan menggunakan alat-alat yang canggih, teknik-teknik yang sistematik, yang diusahakan oleh pekerja-pekerja yang mahir dan cekap. Kami juga dapat melihat dengan jelas cara buku-buku itu dijilid, disusun, dan sebagainya. Sebelum pulang, kami tidak melepaskan peluang untuk membeli beberapa buah buku bagi kegunaan kami. Hal ini demikian kerana kami diberi potongan harga istimewa oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Kira-kira pukul 3.00 petang, selepas dihidangkan jamuan ringan, kami mula bertolak keluar dari perkarangan DBP. Lawatan tersebut telah menimbulkan banyak faedah kepada kami. Antara faedah-faedahnya ialah kami dapat mengenali buku-buku bermutu keluaran DBP. Buku-buku tersebut didapati telah

45


BAHASA MELAYU

SPM

menjadi bahan rujukan utama sama ada oleh para pelajar, mahasiswa, mahupun orang perseorangan. Selain itu, lawatan tersebut dapat menyemai minat dan budaya membaca dalam kalangan pelajar. Sekurang-kurangnya timbul keinsafan dan kesedaran di hati kami tentang betapa pentingnya membaca untuk menambah pelbagai maklumat dan pengetahuan. Lawatan sambil belajar yang kami anjurkan ini dianggap berkesan kerana kami dapat menimba ilmu dan meluaskan pengetahuan. Walaupun lawatan seumpama ini pertama kali dianjurkan oleh persatuan kami, namun lawatan ini sangat berhasil. Harapan kami agar lebih banyak pelajar di sekolah ini menyertai lawatan sambil belajar pada masa depan. Dilaporkan oleh, 12 Februari 2019 …………………………… (HASNUL HAFIZ HASSAN) Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia, Sekolah Menengah Tanjong Karang, Selangor.

46


BAHASA MELAYU

SPM

BAB 7: PERBAHASAN Format karangan perbahasan: (Kata alu-aluan + pengenalan dari tajuk bahas) ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ Kata penegas (Isi 1) ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ (Isi 2) ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ (Isi 3) ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ (Penutup) ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________

47


BAHASA MELAYU

SPM

7.1 PERBAHASAN Karangan jenis perbahasan mengkehendaki anda menyatakan hujah-hujah sama ada menyokong ataupun membangkang sesuatu tajuk yang telah diberikan.

Karangan jenis perbahasan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: (a) Perbahasan berbentuk pertandingan - anda dikehendaki berpendirian tetap serta perlu mematuhi segala prosedur perbahasan yang sepatutnya - anda haruslah memulakannya dengan kata-kata hormat atau kata alu-aluan. Contohnya, Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Pengetua, Guru Penolong Kanan, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, barisan pembangkang yang amat saya geruni, guru-guru, murid-murid, serta tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati.

(b) Perbahasan bukan pertandingan (berdasarkan tajuk) - anda hanya perlu memberikan perhatian kepada format perbahasan seperti kata alu-aluan dan kata-kata penghadapan - anda hendaklah terus menulis hujah-hujah utama sahaja tanpa mengemukakan kata alu- aluan dan seumpamanya. Calon harus memulakan karangan dengan mendefinisikan tajuk, membahaskan tajuk mengikut kehendak soalan, dan mengegaskan pendirian anda terhadap tajuk tersebut.

Gunakan bahasa yang mudah, tepat, padat, dan meyakinkan. Hindarilah daripada menggunakan bahasa yang berbelit-belit atau berbunga-bunga. Semua fakta yang anda ajukan haruslah dihuraikan serta mempamerkan tahap kematangan yang dapat diterima olehpemeriksa.

Segala hujah anda haruslah tepat, meyakinkan, matang dan logik, serta menjawab kehendak soalan. Sebelum menulis karangan perbahasan, anda harus jelas akan pendirian yang perlu diambil supaya penulisan anda nanti tidak mengelirukan.

Tajuk karangan jenis perbahasan biasanya berkaitan dengan perkara-perkara yang dapat menimbulkan dua pendapat yang bertentangan, iaitu sama ada menyokong atau membangkang sesuatu isu atau tajuk yang diberikan. Andai kata anda berperanan sebagai pihak pencadang, anda haruslah membentangkan hujah-hujah yang menyokong tajuk. Begitulah sebaliknya jika sebagai pembangkang, anda mesti mengutarakan hujah-hujah yang menentang tajuk serta perlu mematahkan hujah-hujah pihak pencadang dengan memberikan alasan yang meyakinkan.

48


BAHASA MELAYU

SPM

PERBAHASAN Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang adil lagi bestari, barisan pencadang yang saya hormati, dan hadirin sekalian. Salam sejahtera dan selamat pagi.

Kini tibalah masanya untuk saya bangun bagi mengemukakan hujah-hujah saya sebagai pembangkang pertama tajuk perbahasan pada pagi ini. Sebelum itu, izinkan saya menghuraikan definisi tajuk perbahasan kita pada pagi ini. Pita video merupakan perisian yang digunakan bersama-sama sejenis perkakasan, iaitu alat perakam video. Alat ini mampu mengeluarkan imej gambar dan suara melalui peti televisyen. Kesan negatif pula ialah akibat yang tidak membawa kebaikan atau keuntungan. Oleh itu, apa-apa yang kita bahaskan hari ini ialah kesan atau akibat yang dibawa oleh pita video dalam kehidupan masa kini.

Sesungguhnya pita video banyak memberikan kebaikan atau manfaat bagi kita. Dengan adanya pita video, seseorang itu tidak lagi perlu ke panggung wayang untuk mencari hiburan dengan menonton filem. Hal ini akan mengelakkan seseorang itu keluar rumah dan hubungan antara ahli keluarga akan bertambah erat. Pertukaran akan mengeratkan perpaduan dan keharmonian dalam sesuatu masyarakat. Menonton video juga merupakan suatu hiburan yang menjimatkan kerana satu pita video yang disewa adalah jauh lebih murah daripada harga tiket pawagam.

Hadirin sekalian, Menonton pita video juga dapat mengisi masa lapang kanak-kanak atau orang tua di rumah. Masa lapang di rumah yang sebelum ini dihabiskan dengan melakukan berbagai- bagai perkara lain akan diisi dengan menonton video. Mereka tidak berasa bosan lagi tinggal di rumah tanpa melakukan apa-apa aktiviti. Pita video sebenarnya mampu menjadi alat pembelajaran yang paling berkesan. Berbagai-bagai tajuk dan bidang perkara yang dirakamkan mampu menjadi alat bantuan dalam pendidikan. Hal ini demikian kerana menonton tayangan video menggabungkan dua deria, iaitu pandang dan dengar. Kajian telah membuktikan bahawa kemampuan seseorang itu mengingat dan belajar banyak bergantung pada panacindera pandang dan dengar.

49


BAHASA MELAYU

SPM

Maka tidak hairanlah kini terdapat berbagai-bagai judul pita video di pasaran yang dapat memenuhi selera semua orang. Oleh itu, menonton video merupakan aktivi yang tidak menjemukan. Warga dewan sekalian, Pita video juga mampu merakamkan setiap rancangan yang dipancarkan melalui kaca televisyen. Faktor ini dapat menyumbang terhadap pengurusan masa seseorang. Rancangan yang telah dirakam boleh ditonton pada hari dan masa mengikut selera penontonnya sendiri. Belajar dengan menggunakan pita video juga amat murah dan menguntungkan. Satu pita video dapat digunakan beberapa kali yang kita suka.

Penggunaan pita video ini juga telah mengakibatkan beberapa buah panggung wayang ditutup. Sebagai ganti, panggung-panggung wayang ini digunakan untuk berbagaibagai fungsi pula. Ada yang dijadikan pusat beli-belah, pusat hiburan, pusat permainan, dan restoran. Ini merupakan suatu perkembangan yang sihat kerana sekali gus akan mempelbagaikan kegiatan perniagaan dan mewujudkan persaingan perniagaan di sesuatu tempat. Hadirin sekalian, sebelum saya mengundurkan diri, ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa saya tidak bersetuju dengan tajuk perbahasan kita yang menyatakan bahawa menonton pita video banyak mendatangkan kesan negatif kepada kehidupan. Sekian, terima kasih.

50


BAHASA MELAYU

SPM

7.2 UCAPAN Format Karangan Ucapan.

PENGENALAN

ISI

PENUTUP

• Karangan jenis ucapan dimulakan dengan kata-kata sambutan. • Kata-kata sambutan hendaklah disusun mengikut protokol atau tingkat kedudukan masing-masing.

• Isi ucapan biasanya memberi penerangan, penjelasan, pengetahuan, nasihat, peringatan, dan perangsang kepada hadirin. • Isi dimulakan dengan ucapan terima kasih, menyatakan tujuan ucapan dan disusuli dengan isi-isi ucapan. • Kata-kata penghadapan diberikan untuk menarik perhatian, seperti hadirin yang dihormati sekalian. • Ucapan hendaklah juga diselitkan dengan kiasan. • Penutup bertujuan menyatakan tanda penghargaan dan hasrat. • Penutup mengandungi kata-kata pujian dan penghargaan, kesimpulan serta disudahi dengan ucapan terima kasih dan salam kepada hadirin yang teristimewanya tokoh yang diraikan. • Penutup juga boleh diakhiri dengan pantun, puisi dan kata-kata indah.

Pangkat / Gelaran

Cara Menggunakan Panggilan

Yang Di Pertuan Agong

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong

Yang Dipertua Negeri

Tuan Yang Terutama

Raja Muda / Tengku Mahkota

Duli Yang Teramat Mulia

Perdana Menteri Malaysia

Yang Amat Berhormat

Timbalan Perdana Menteri

Yang Amat Berhormat

Menteri Besar / Ketua Menteri

Yang Amat Berhormat

Menteri/ Timbalan

Yang Amat Berhormat

Wakil Rakyat /Adun

Yang Berhormat

Ahli Dewan Negara / Senator

Yang Berhormat Senator

Pegawai Tinggi Kerajaan • Negeri Setiausaha Kerajaan Negeri • Pegawai Kewangan • Negeri Penasihat • Undang-Undang

Yang Berhormat

Ketua Hakim Negara

Yang Amat Arif Tun/ Tan Sri Datuk

Pengetua / Guru Besar

Yang Berusaha

51


BAHASA MELAYU

SPM

7.2 UCAPAN Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Yang Berusaha, Encik Abdul Rahman bin Hassan, Pengetua Sekolah Menengah Sri Delima, dif-dif kehormat, guruguru, para pelajar, dan hadirin yang budiman. Tajuk ucapan saya pada pagi ini ialah cara untuk memupuk budaya sains dan teknolog idalam kalangan pelajar. Para pelajar sekalian, ekoran kemajuan sains dan teknologi, terciptalah pelbagai alatan yang memudahkan urusan harian manusia. Penciptaan kenderaan yang canggih membolehkan sesiapa sahaja bergerak ke sana ke sini dalam masa yang singkat. Penemuan kaedah rawatan moden pula telah membantu pihak perubatan mengesan dan merawat penyakit dengan lebih berkesan. Walaupun kepentingan sains dan teknologi diakui, namun kesedaran orang ramai, khususnya pelajar tentang perkara ini masih kurang. Sehubungan dengan itu, usaha untuk memupuk budaya sains dan teknologi dalam kalangan pelajar perlu dilakukan. Bagi mencapai matlamat tersebut, ibu bapa hendaklah memperkenalkan “dunia sains dan teknologi� kepada anak-anak. Selain memberitahu anak-anak tentang kepentingan budaya sains dan teknologi dalam kehidupan era moden, ibu bapa seharusnya membawa anak-anak mengunjungi pameran sains dan teknologi yang sering diadakan. Tujuannya adalah untuk menanam minat anak-anak terhadap sains dan teknologi sejak awal lagi. Bagi anak-anak yang menunjukkan minat mereka terhadap bidang ini, galakan hendaklah diberikan agar minat tersebut dapat disuburkan. Sesetengah pelajar beranggapan bahawa mata pelajaran Sains merupakan mata pelajaran yang sukar dipelajari. Oleh hal yang demikian, fobia terhadap mata pelajaran Sains perlu dihilangkan dalam diri pelajar. Di sekolah, Unit Bimbingan dan Kaunseling harus mengadakan ceramah untuk membetulkan tanggapan tersebut. Kesedaran tentang hal ini juga perlu diberikan kepada ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Selain itu, pelajar yang telah berjaya dalam bidang tersebut boleh diundang untuk memberikan penjelasan kepada pelajar tentang perlunya budaya sains dan teknologi pada era globalisasi. Langkah ini penting untuk membina keyakinan dalam diri pelajar bahawa sains dan teknologi mampu dipelajari oleh sesiapa sahaja. Pelajar-pelajar yang saya kasihi, Di sekolah, guru mata pelajaran Sains hendaklah memberikan penekanan kepada aspek amali dan penyelidikan, di samping penekanan terhadap teori. Selain itu, pertandingan reka cipta sains perlu diadakan dari semasa ke semasa. Aktiviti ini penting untuk meningkatkan inovasi dan kreativiti pelajar. Ganjaran yang setimpal perlu disediakan untuk menarik lebih ramai pelajar mengambil bahagian. Usaha ini dipercayai dapat meningkatkan minat pelajar terhadap sains dan teknologi, sekali gus memupuk budaya sains dan teknologi dalam kalangan generasi muda di negara ini.

52


BAHASA MELAYU

SPM

Seterusnya, institusi pengajian tinggi pula hendaklah menawarkan lebih banyak kursus yang berkaitan dengan sains dan teknologi. Dengan berbuat demikian, lebih ramai pelajar berpeluang untuk mengikuti pengajian dalam bidang tersebut. Pada masa yang sama, pihak institusi yang berkenaan hendaklah menyediakan kemudahan pembelajaran sains dan teknologi yang mencukupi untuk membolehkan pelajar mengikuti pengajian dengan berkesan. Di samping itu, insentif kepada pelajar yang cemerlang dalam bidang tersebut wajar diberikan sebagai pendorong agar pelajar berusaha untuk menguasai bidang tersebut. Oleh hal yang demikian, pihak institusi pengajian tinggi harus memikirkan pelbagai kaedah untuk menarik minat generasi muda dalam bidang sains dan teknologi. Di samping itu, Kementerian Pendidikan mengadakan Kempen Budaya Sains dan Teknologi dalam kalangan pelajar. Sehubungan dengan itu, wacana ilmu yang berkaitan dengan bidang sains dan teknologi telah diadakan dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, aktiviti forum dan wawancara tentang sains dan teknologi diadakan sepanjang pelaksanaan kempen itu. Selain itu, peraduan menulis esei, pidato, melukis poster, dan mencipta puisi yang bertemakan sains dan teknologi telah diadakan khusus untuk pelajar sekolah. Kempen yang berterusan ini diyakini dapat memupuk budaya sains dan teknologi dalam kalangan generasi muda di negara ini. Pelajar yang budiman, Sesungguhnya, bidang sains dan teknologi banyak mendatangkan faedah kepada kehidupan manusia. Pelajar hendaklah memantapkan ilmu dalam bidang ini. Selain itu, kesedaran semua pihak tentang kepentingan sains dan teknologi amatlah penting. Dengan adanya kesedaran sedemikian, usaha pemupukan budaya sains dan teknologi dalam kalangan pelajar akan mencapai matlamatnya. Akhir kata, sama-samalah kita memainkan peranan dalam memartabatkan bidang sains dan teknologi demi kemajuan negara. Sekian sahaja ucapan saya, terima kasih.

53


BAHASA MELAYU

SPM

7.3 SYARAHAN Format Syarahan:

54


BAHASA MELAYU

SPM

7.3 SYARAHAN Sekalung aspresiasi saya ucapkan buat peneraju acara yang petah berbicara, para hakim budiman yang adil lagi saksama, menjadi neraca keadilan, paksi kebenaran, guru-guru pendidik anak bangsa serta rakan-rakan seperjuangan, pemangkin kemajuan bangsa dan negara. Selamat sejahtera dan salam Satu Malaysia buat kesemuanya. Berdirinya saya di sini pada pagi yang mulia dan penuh dengan keberkatan ini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk ‘Pengurusan Masa Berkesan Melahirkan Individu Cemerlang’. Sebelum bibir terus melantun kata, sebelum untaian idea saya teroka, dan sebelum gapura kata saya buka, moleklah sekiranya saya mendefinisikan terlebih dahulu maksud tajuk syarahan saya pada pagi ini agar kita semua tidak karam di lautan idea. Frasa ‘pengurusan masa yang berkesan’ membawa maksud teknik-teknik mengurus kehidupan seharian dengan mematuhi serta menghargai masa, manakala frasa ‘melahirkan individu cemerlang’ bolehlah dikonotasikan sebagai pembentukan sahsiah dan keperibadian unggul dalam diri seseorang. Hadirin-hadirin pemangkin kemajuan negara, Bagi memastikan bahawa setiap seorang daripada rakyat Malaysia mempunyai pengurusan masa yang berkesan, maka terdapat pelbagai prakarsa yang telah diperkenalkan oleh kerajaan melalui saranan daripada Perdana Menteri sendiri, iaitu Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak melalui ‘Kempen Rakyat Proaktif, Negara Maju’ yang telah diadakan beberapa tahun yang lalu. Prakarsa pertama yang wajar kita cakna ialah menyediakan jadual harian serta jadual belajar bagi para pelajar di seluruh Malaysia. Marcapada ini, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang masih tidak mengetahui serta menyedari akan kepentingan jadual harian serta jadual belajar bagi memastikan kelancaran kehidupan seharian rakyat di Malaysia. Jadual harian tersebut seyogiyalah mengandungi peruntukan masa dan jenisjenis aktiviti yang diambil kira akan kepentingan aktiviti-aktiviti tersebut dalam kehidupan seharian, agar matlamat pelaksanaan jadual harian tersebut dapat dicapai dengan sebaik mungkin. Meminjam kata-kata hikmat dari seorang ahli perniagaan terkenal dunia, Donald Trump, beliau berkata bahawa, “Seluruh kehidupan kita perlu dirancang dan dikawal sekiranya kejayaan mahu dikecapi”. Maka, sudah terbuktilah bahawa teknik pelaksanaan jadual harian mampu membawa kepada pengurusan masa yang berkesan dan seterusnya melahirkan individu cemerlang persis Donald Trump yang dicemburui ramai atas kejayaan yang dimilikinya. Namun, hadirin sekalian harus sentiasa menyedari bahawa untuk menjayakan pelaksanaan jadual harian ini, disiplin diri yang tinggi, atau lebih dikenali sebagai ad-Tadwin dalam kerajaan Abbasiyah sewaktu ketika dahulu, perlu disemai dalam diri terlebih daulu. Persis kata peribahasa, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Jika kita berusaha, pasti kita akan dapat mencapai apa yang dihajatkan. Berakit-rakit ke hulu, Berenang-renang ke tepian, Bersakit-sakit dahulu, Bersenang-senang kemudian.

55


BAHASA MELAYU

SPM

Selesai untaian idea pertama, beralih pula kepada untaian idea yang kedua. Serangkap pantun yang saya bacakan sebentar tadi merupakan warisan sastera turun-temurun yang sengaja dicipta oleh generasi terdahulu bagi menekankan sikap sabar dan tabah dalam menempuh sesuatu dugaan, supaya kita dapat menikmati kemanisan nikmat kejayaan pada kemudian hari. Mesej dan teladan yang cuba disampaikan ini bolehlah dikaitkan dengan untaian idea saya yang kedua, iaitu prakarsa bagi memupuk pengurusan masa berkesan dalam diri seseorang melalui sikap tidak menangguhkan kerja. Biarlah kita bersusahpayah, membanting tulang empat kerat berusaha seperti tiada hari esok bagi memastikan bahawa pekerjaan yang harus kita siapkan pada hari ini tidak berlanjutan sehingga ke hari esok. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Oxford University pada tahun 2005, hampir 60 peratus daripada rakyat di negara mereka menganggap bahawa sikap suka menangguhkan kerja mampu mendatangkan kesan buruk kepada seseorang. Sekiranya tenaga kerja serta pelajar di sekolah ini mengamalkan sikap tidak mengangguhkan kerja dalam kehidupan seharian, sudah tentu sekolah ini akan membangun serta maju dalam pelbagai bidang, berbekalkan tenaga kerja dan pelajar yang proaktif dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Maka, sudah terang lagi bersuluh bahawa pengurusan masa yang berkesan bukan sahaja boleh melahirkan individu yang cemerlang bahkan boleh membawa perubahan positif kepada semua pihak yang terlibat. Hadirin-hadirin sidang bervisi, Meneruskan agenda kita kepada idea saya yang ketiga, iaitu prakarsa menepati waktu bagi melahirkan pengurusan masa yang berkesan. Meminjam kata-kata hikmat daripada Tun Sri Lanang, “Kita hendaklah menepati waktu, kerana waktu tidak menanti kita�. Meskipun kita mampu membeli dunia dengan wang ringgit, biarpun kita mampu membeli cinta dengan harta kekayaan, namun sayangnya jika harta dihimpun seluas Lautan Pasifik, mahupun setinggi Gunung Everest, namun kita tidak akan mampu membeli walau hanya lima minit yang telah berlalu. Maka, sehubungan dengan itu, amalan menepati masa haruslah diterapkan dalam diri setiap rakyat Malaysia, persis mutiara kata ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ agar amalan ini berkekalan dalam diri kita demi melahirkan individu yang cemerlang. Lihat sahaja pemain badminton terulung dunia, kebanggan tanah air, Datuk Lee Chong Wei, beliau merupakan salah satu contoh individu yang cemerlang kerana sikapnya yang sangat menepati waktu. Beliau tidak akan melengah-lengahkan pekerjaan beliau, bahkan beliau juga tidak pernah datang lewat untuk menjalani sesi latihan kerana bagi beliau, masa itu emas. Sikap positif individu cemerlang ini haruslah diteladani serta dicontohi oleh segenap lapisan masyarakat. Datuk Lee Chong Wei telah membuktikan bahawa sekiranya kita mempunyai pengurusan masa yang berkesan, kita akan menjadi individu yang cemerlang yang berdisiplin dan disegani serta disanjungi masyarakat.

Ingat lima perkara sebelum lima perkara,

56


BAHASA MELAYU

SPM

Sihat sebelum sakit, Muda sebelum tua, Kaya sebelum miskin, Lapang sebelum sempit, Hidup sebelum mati. Hadirin-hadirat pencetus aspirasi negara, lirik lagu yang saya sampaikan sebentar tadi merupakan lagu dendangan sebuah kumpulan nasyid yang bertujuan menyedarkan umat manusia tentang kepentingan meninggalkan perkara yang melalaikan dalam kehidupan serta menghargai setiap detik yang berlalu. Suka saya ingatkan di sini bahawa meninggalkan perkara yang melalaikan merupakan salah satu anjuran qudwah hasanah umat manusia, yakni Nabi Muhammad. Beliau telah menyarankan agar umat manusia meninggalkan perkara yang tidak berfaedah serta tidak mendatangkan sebarang maslahat kepada manusia seperti berbual-bual kosong, melepak serta mengumpat dalam hadis-hadis beliau. Sekiranya mahu menjadi individu cemerlang yang mempunyai pengurusan masa yang berkesan, sewajarnya kita mengerti dan menyedari bahawa setiap detik, minit dan jam yang berlalu sangat berharga dan berbaloi untuk dibazirkan dengan perbuatan sedemikian rupa. Sewajarnya kita mengisi masa lapang kita dengan melakukan aktiviti-aktiviti bermanfaat serta membaca, bersukan dan beriadah. Ingin saya kongsikan di sini kata-kata hikmat daripada Datuk Seri Abdullah yang berbunyi “Masa itu ialah nyawa kita, seperti mana nyawa tidak boleh dibeli, begitu juga masa”. Beliau juga merupakan seorang tokoh yang ternama yang sentiasa menyarankan aktiviti baru dan berfaedah kepada rakyat Malaysia, khususnya golongan muda semasa tampuk pemerintahan beliau. Tuntasnya, terdapat pelbagai prakarsa yang boleh diambil bagi melaksanakan pengurusan masa berkesan, seterusnya melahirkan individu cemerlang. Individu cemerlang di sini membawa maksud individu yang berdisiplin tinggi, menepati waktu serta meninggalkan perkara yang sia-sia. Terdapat pelbagai manfaat yang boleh diperoleh dengan menjadi individu cemerlang, antaranya ialah disanjungi masyarakat, meningkatkan produktiviti kerja serta dapat menjadi insan yang bermotivasi tinggi. Meminjam kata-kata hikmat daripada Manta Presiden Indonesia, Soekarno, beliau berkata “Gantunglah cita-citamu di langit walaupun kakimu menjejaki perlimbahan”. Maksudnya, kejarlah cita-cita kita untuk menjadi individu cemerlang dengan melaksanakan pengurusan masa yang berkesan walaupun bermula di bawah. Persis mutiara kata “sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit’,’ usaha tangga kejayaan”. Berbekalkan motivasi yang tinggi, kita mampu untuk mencapai cita-cita yang setinggi bintang di langit, walaupun kita masih berpijak di bumi yang nyata. Sekian sahaja daripada saya, sehingga berjumpa lagi. Sekian terima kasih.

57


BAHASA MELAYU

SPM

7.4 CERAMAH Format Karangan Ceramah:

Biasanya ceramah didahului oleh kata-kata sambutan menurut protokol. Contohnya seperti: Tuan Pengerusi majlis yang saya muliakan, Tuan Pengetua, tetamu kehormat, guru-guru, dan pelajar sekalian.

Seelok-eloknya perinjakan daripada satu isi dengan isi berikutnya, diselitkan unsur sapaan seperti ‘hadirin yang saya muliakan’, ‘hadirin yang dihormati sekalian’, ‘tuan-tuan dan puan-puan sekalian’, dan sebagainya

Ada pula penceramah yang cenderung memberikan mukadimah terhadap satu-satu tajuk yang hendak diceramahkan seperti karangan model ini.

Sebelum mengakhiri ceramah, penegasan isi perlu dibuat sebagai rangkuman supaya khalayak dapat memahami ceramah berkenaan melalui imbasan kembali.

Sesudah itu barulah penceramah berkenaan memberikan kata-kata sambutan dan memuliakan tetamu menurut protokol seperti di atas.

Ceramah diakhiri dengan kata-kata sambutan seperti yang terungkap dalam pembuka bicara disusuli dengan ucapan terima kasih kepada hadirin atas keprihatinan mereka mendengar ceramah dengan tekun.

Sebagai penceramah, anda perlu membayangkan diri anda berucap di hadapan khalayak tertentu seperti rakan-rakan anda.

Bahasa yang diucapkan semasa berceramah perlu sesuai dengan khalayak, sama ada masyarakat biasa ataupun yang berpendidikan tinggi.

Pengucapan hendaklah tegas, jitu, padat, dan berkesan dengan menggunakan intonasi suara (turun naik ataupun tinggi rendah nada suara) bagi menarik perhatian khalayak.

58


BAHASA MELAYU

SPM

7.4 CERAMAH Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan. Pengerusi Majlis, pegawai-pegawai persatuan belia, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Pada era ‘dotcom’ ini, banyak negara di dunia yang berlumba-lumba untuk memajukan bidang multimedia (pelbagai media) mereka. Dalam hal ini, Malaysia, sebagai harimau Asia tidak ketinggalan. Kerajaan sedang berusaha membangunkan Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multi-media Super Corridor (MSC) di kawasan seluas 750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Projek ini ternyata meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan kepada rakyat Malaysia sama ada implikasi yang positif atau negatif. Kesan-kesan MSC dapat dilihat daripada aspek pendidikan, ekonomi, industri, sosial dan politik. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Kehadiran teknologi multi media adalah anugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi multimedia. Seluruh dunia telah menjadi seolaholah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dengan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di surat khabar baru-baru ini menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, “Jika anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda!” Iklan tersebut memaparkan gambar seorang budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke sekolah. Inilah kelebihan teknologi multi media dalam bidang pendidikan. Hadirin yang budiman, Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya kemudahan multimedia ini. Dunia hari ini heboh tentang ‘e-niaga’ atau ‘e-commerce,’ cara perniagaan melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-niaga muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat laman web mereka beserta alamat mel elektronik (e-mail atau sedang diguna dalam bahasa Melayu sebagai emel!). Kini ‘www.sesuatu.com.my’ bukan lagi satu perkara yang baharu. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet, bukan sahaja dari dalam negara, malah dari seluruh pelosok global ini. Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Malah tidak beberapa lama dahulu ada berita di surat khabar yang mengkhabarkan seorang suri rumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui emel! Justeru, jelas bahawa perkembangan multi media membawa kesan positif daripada aspek perniagaan.

59


BAHASA MELAYU

SPM

Hadirin yang dimuliakan, Di samping itu, kemajuan multimedia juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri kita. Perkembangan multimedia secara langsung atau tidak membantu meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum. Umpamanya, dengan adanya emel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi maklumat kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi tumpuan kepada pembangunan multimedia. Malah ketika melawat MSC, Bill Gates (Microsoft Corporation), insan terkaya di dunia, memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam membangunkan pusat multimedianya. Beliau menambah, di luar Amerika Syarikat pembangunan seumpama ini (seperti di Malaysia) sukar didapati. Jadi terbukti bahawa pembangunan multimedia membolehkan Malaysia “berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah� dengan negara-negara maju yang lain. Tuan-tuan dan puan-puan, Dari segi sosialnya pula, pembangunan multimedia mengeratkan lagi hubungan antara rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar rakyat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan rakyat pelbagai negara dan berbagai-bagai kaum. Bukankah multimedia satu anugerah yang tiada tolok bandingnya? Hadirin sekalian, Walau bagaimanapun, pembangunan pesat multimedia tidak bebas daripada implikasi negatifnya. Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek yang negatif. Malah di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Saya yakin kita masih ingat khabar angin bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit, Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet. Selain itu, kempen memburuk-burukkan pemimpin kerajaan dan kerajaan sendiri memang terus-menerus berlaku. Inilah aspek negatif internet yang sukar dibendung oleh sesiapa.

60


BAHASA MELAYU

SPM

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya dalam kalangan generasi muda. Gambar dan bahan pornografi yang lain mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Remaja yang dahagakan pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini juga mengaut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak dengan cepat dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah, tidak kira lelaki atau perempuan. Ini turut memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan lagi keadaan. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif dalam kalangan remaja dan belia. Dari sini jugalah aktiviti-aktiviti negatif yang lain seperti merokok, menagih dadah, gengsterisme dan vandalisme mula bertapak di sanubari anakanak. Hadirin yang dikasihi, Selain itu, jika perkembangan multi media tidak dikawal implikasi yang lebih buruk boleh melanda sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, sebarang isu perkauman dan agama yang disebarkan dengan niat yang jahat pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri. Anasir-anasir yang jahat boleh menyalurkan isu-isu sensitif tentang hak dan kepercayaan masyarakat pelbagai kaum bagi menwujudkan huru-hara di dalam negara. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaan anarki mungkin terpaksa dihadapi oleh negara dan rakyat kita. Oleh itu, kesan negatif multimedia yang boleh mengheret rakyat ke kancah perang sivil dan kaum wajiblah dielakkan. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Jelaslah bahawa teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita. Menjadi tugas kitalah bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh. Sekian, terima kasih.

61


BAHASA MELAYU

SPM

7.5 WAWANCARA /TEMU BUAL / TEMU RAMAH Format Wawancara:

Selepas nama watak dibubuh tanda titik bertindih ( : ) juga dalam keadaan selari

Lebih kepada perbualan rasmi, pertanyaan kepada orang yang lebih dihormati, atau ingin tahu tahu sesuatu perkara

Sebelum memulakan karangan boleh disertakan keterangan tetapi janganlah terlalu panjang. Nama watak ditulis selari di sebelah kiri

Karangan jenis ini juga mempunyai tajuk / topik yang utama Setiap karangan ini mempunyai sekurang-kurangnya dua watak atau lebih.

62


BAHASA MELAYU

SPM

7.5 WAWANCARA Masalah jenayah sering dikaitkan dengan tugas dan peranan polis. Dalam membenteras masalah tersebut, polislah yang bertanggungjawab memastikan setiap individu dan masyarakat terselamat daripada ancaman tersebut. Untuk mengetahui peranan pihak polis ini, saya selaku pemberita ditugaskan mewawancara Penguasa Yusuf Majid, seorang pegawai polis di bandar ini. Kita ikuti wawancara tersebut. Pemberita: Selamat pagi, tuan. Apa khabar? Pegawai Polis: Selamat pagi. Khabar baik. Pemberita: Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada tuan kerana sudi meluangkan masa untuk diwawancara. Pertamanya, polis dan undang-undang sering diibaratkan sebagai aur dengan tebing. Kedua-duanya begitu rapat dan sering berjalan seiring. Apakah pandangan tuan tentang perkara ini? Pegawai Polis: Ya, pasukan polis merupakan penguatkuasa undang-undang yang tama. Ini bererti tanpa polis, undang-undang yang ada tidak bermakna kerana undang-undang tersebut tidak dapat dikuatkuasakan. Sebaliknya, tentulah sukar untuk pihak polis menjalankan tugas jika sesebuah negara tiada undang-undang. Jika tiada undang-undang yang berkaitan dengan jenayah, tentulah tugas polis untuk membenteras jenayah tidak kesampaian. Jadi polis dan undang-undang mempunyai kaitan yang begitu rapat. Pemberita: Bolehkah tuan huraikan dengan lebih jelas, bagaimanakah undang-undang boleh digunakan oleh polis untuk memerangi jenayah di negara kita? Pegawai Polis: Sesuai dengan peranan polis sebagai penguat kuasa, maka undangundang yang berhubung dengan jenayah menjadi panduan dan sering digunakan oleh pihak polis. Antaranya termasuklah Kanun Keseksaan dan Kanun Atur Cara Jenayah. Antara jenayah yang dikaitkan dengan Kanun Keseksaan adalah mencuri, merompak, merogol, mencederakan orang, penipuan, dan sebagainya. Kanun Atur Cara Jenayah pula telah memberikan kuasa kepada polis untuk menangkap atau seumpamanya terhadap penjenayah yang melakukan jenayah-jenayah tadi. Pemberita: Cuba tuan jelaskan tentang kewibawaan pasukan polis dalam menangani masalah jenayah. Pegawai Polis: Kewibawaan dan prestasi pasukan polis sebenarnya bergantung kepada cara mereka melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang. Untuk itu, pihak polis mesti menjalankan tugasnya dengan adil dan saksama. Jika terdapat sesuatu kesalahan jenayah, pihak polis akan bertindak tanpa mengira pangkat atau kedudukan seseorang.

63


BAHASA MELAYU

SPM

Pihak polis juga mesti berani untuk memerangi jenayah. Oleh sebab itu, kita dapati banyak penjenayah menjadi mangsa keberanian dan kewibawaan pihak polis. Kadang kala anggota polis terpaksa berkorban apa sahaja demi menjaga keamanan negara. Mereka terpaksa mengorbankan masa, cuti, keluarga, dan nyawa apabila bertugas. Pemberita: Tugas sebagai anggota polis tentu menghadapi pelbagai cabaran atau risiko yang membahayakan keselamatan polis itu sendiri. Cuba tuan berikan pandangan? Pegawai Polis: Ya, sebagai anggota polis, kami memang mengetahui adanya pelbagai implikasi dan risiko di hadapan. Misalnya, jika berlaku kes rompakan, pihak polis mungkin terpaksa berbalas tembakan dengan perompak. Jika bukan perompak, mungkin pihak polis yang menjadi mangsa. Ada kalanya penjenayah ini tidak takut berdepan dengan pihak polis. Oleh sebab itulah mereka berani melawan anggota polis kita. Selain itu, pihak polis juga kadang-kadang menghadapi cabaran masyarakat. Kami sering kali juga menimbulkan rasa takut dan prejudis orang ramai. Oleh sebab itu, kerjasama masyarakat sukar diperoleh untuk mengatasi kes-kes jenayah. Pemberita: Sebelum kita mengakhiri wawancara ini, apakah harapan tuan terhadap masyarakat atau orang ramai untuk mengatasi masalah jenayah? Pegawai Polis: Kita memerlukan kerjasama orang ramai. Tanpa kerjasama dan komitmen orang ramai tentulah sukar untuk kita membenteras masalah jenayah. Mereka harus melaporkan kepada pihak kami jika berlaku sesuatu kejadian jenayah dan mereka juga tidak harus melindungi seseorang penjenayah. Berilah kerjasama, penghormatan, dan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak polis demi keselamatan dan keamanan negara. Pemberita: Saya juga berharap penjelasan tuan akan menjadi renungan kepada masyarakat kita. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan atas kesudian tuan. Pegawai Polis: Sama-sama.

64


BAHASA MELAYU

SPM

BAB 8: DIALOG/PERBUALAN FORMAT DIALOG : Nama watak ditulis selari di sebelah kiri. Selepas nama watak dibubuh tanda titik bertindih ( : ) juga dalam keadaan selari. Contoh : • Mulakan perbualan dengan salam sejahtera. Anda perlu menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai. Jika orang yang dibawa berbual itu berumur gunakan panggilan “Encik”, “Tuan”, ataupun “Makcik”. • Pastikan anda tahu tentang hal atau perkara yang akan kita tulis untuk bahan temu ramah / dialog. • Boleh gunakan bahasa kiasan atau peribahasa dan kata singkatan seperti ‘tak’, ‘dah’. • Soalan yang dikemukakan adalah ringkas , tidak rumit dan berbelit-belit. Dalam dialog itu, kedua-dua pihak harus bertanya, memberi pendapat atau pandangan. • Jawapan yang diberi kepada soalan adalah panjang lebar. • Elakkan penggunaan soalan yang cuma memerlukan jawapan “ya” atau “tidak”. • Soalan-soalan disusun dengan baik supaya terus berkesinambungan. • Kawal jumlah perkataan yang digunakan (lebih kurang 80 patah perkataan). • Tanda baca yang digunakan harus sesuai dengan nada percakapan. Hati-hati dengan ayat tanya kerana ia berakhir dengan tanda tanya ( ? ). • Mesti di tulis mengikut format. • Soalan yang diikuti dengan jawapan lengkap diberi markah penuh. • Akhiri perbualan dengan mengucapkan terima kasih kepada yang ditemuramah. 8.2 FAKTA Format Fakta: • Anda perlu mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang. • Sebelum menulis, pastikan bahawa anda mempunyai fakta-fakta yang cukup tentang tajuk yang dikemukakan. • Isi atau fakta yang diberikan harus lengkap, tersusun dan menepati kehendak soalan. Cara penyampaiannya juga mestilah ringkas serta menggunakan ayat dan kata yang mudah difahami. • Karangan anda mestilah merangkumi pendahuluan, isi dan penutup. Perenggan pendahuluan, mestilah mengandungi difinisi atau penerangan tentang tajuk yang diberi. • Untuk perenggan isi, berikan sekurang-kurangnya empat (4) isi penting. Isi mestilah tepat dan bukan rekaan penulis semata-mata. Untuk memperkuatkan isi, maka perlu disertakan dengan huraian serta contoh. • Bagi perenggan penutup pula, berikan pendapat tentang perkara yang ditulis.

65


BAHASA MELAYU

SPM

8.2 KARANGAN FAKTA Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan orang yang kurang bernasib baik. Mereka dilahirkan dalam keadaan cacat. Ada juga yang menjadi cacat akibat mengalami kemalangan yang menjejaskan anggota badan. Mereka tidak dapat menjalani kehidupan yang sempurna kerana kekurangan yang dimiliki. Mereka perlu dibantu untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Terdapat pelbagai pihak yang perlu memainkan peranan untuk membantu Orang Kelainan Upaya (OKU). Ibu bapa berperanan mendidik anak-anak mereka supaya menghormati serta tidak memandang hina OKU. Hal ini demikian kerana OKU juga mempunyai perasaan mahu dihargai, disayangi dan dihormati oleh masyarakat. Sebagai contoh, anak-anak diajar supaya tidak memandang sebelah mata terhadap OKU. Mereka juga dilarang mentertawakan OKU akibat kecacatan yang mereka alami ketika berhadapan dengan mereka. Tegasnya, ibu bapa perlu mendidik anak-anak supaya menghormati OKU. Selain itu, pihak kerajaan hendaklah menyediakan pelbagai peluang pendidikan dan memberikan kemahiran kepada golongan OKU. Hal ini demikian kerana pendidikan dan kemahiran sangat penting demi masa depan mereka. Langkah pihak kerajaan mewujudkan Kelas Pendidikan Khas amat wajar diberiakan pujian. Jelaslah bahawa pihak kerajaan memainkan peranan penting dalam membantu OKU sebagaimana slogan yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak , ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Di samping itu, pihak swasta juga hendaklah turut sama membantu golongan OKU menjalani kehidupan yang lebih baik. Mereka tidak seharusnya bersikap lepas tangan dan tidak menganggap OKU sebagai beban. Sebagai contoh, usaha murni pengusaha pusat belibelah yang menyediakan kemudahan untuk golongan OKU seperti lorong khas, tandas dan tempat letak kenderaan amat dihargai. Sikap pihak swasta yang menunjukkan keperihatinan dan menunaikan tanggungjawab mereka terhadap golongan yang kurang bernasib baik ini perlu dicontohi. Seterusnya, pihak media massa boleh memainkan peranan mereka dengan menyebarkan maklumat tentang peluang pendidikan dan kerjaya bagi OKU. Setiap maklumat mestilah disampaikan dan disebarkan oleh pihak media massa kepada orang ramai. Kempen Masyarakat Penyayang yang dilancarkan oleh pihak kerajaan perlulah disampaikan melalui saluran media massa. Maklumat tersebut boleh disalurkan melalui iklan, kempen dan melalui drama. Kesannya, orang ramai akan mendapat maklumat tentang OKU secara telus. Jelaslah, nasib OKU akan terbela dengan adanya peranan media massa. Setiap individu perlu menunjukkan sikap nilai murni. Hal ini demikan kerana setiap individu mempunyai tangungjawab masing-masing. Sebagai contoh, mereka perlu membantu golongan OKU semasa melintas jalan, menaiki bas atau ketika OKU

66


BAHASA MELAYU

SPM

memerlukan sebarang bantuan. Hal ini bertepatan dengan maksud peribahasa ‘berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’. Pendek kata, setiap individu hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni bagi membantu golongan ini. Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa pelbagai pihak perlu memainkan peranan untuk membantu OKU. Semua pihak perlu berganding bahu, bak kata peribahasa ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’, bagi membela nasib dan masa depan golongan OKU.

67


BAHASA MELAYU

SPM

BAB 9: PERBINCANGAN / PENDAPAT Formula menulis isi karangan jenis pendapat: 1.

Isi karangan anda mesti mempunyai FAKTA atau buah fikiran utama. Biasanya ayat yang menunjukkan fakta ini diletakkan pada ayat yang pertama.

2.

Ayat yang mengandungi fakta itu perlu dihuraikan supaya karangan tersebut berkembang. Untuk menghuraikan fakta tersebut, anda mungkin perlu bertanya kepada diri sendiri soalan-soalan seperti mengapa, di mana, apakah puncanya bagaimana dan sebagainya. Apabila anda menjawab soalan-soalan ini dalam ayat-ayat yang seterusnya, anda dianggap sudah menghuraikan fakta tersebut.

3.

Masukkan juga contoh-contoh yang sesuai. Contoh-contoh ini mungkin ditandai dengan perkataan seperti misalnya, seperti, contohnya dan sebagainya.

4.

Tulis beberapa pernyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana jabatan, kementerian dan tokoh-tokoh penting mengenai tajuk utama atau fakta yang telah dinyatakan itu.

5.

Sekali sekala selitkan dengan simpulan bahasa yang sesuai dengan tajuk karangan anda.

6. Elakkan kesalahan bahasa yang serius dan sekiranya anda mampu, tulislah ayat yang pelbagai. Ini bermakna karangan anda mengandungi beberapa ayat yang pendek dan beberapa ayat yang panjang dengan menggunakan kata hubung yang sesuai. 7.

Tulis dengan tulisan yang mudah dibaca oleh pemeriksa. Tidak berfaedah anda menulis karangan yang panjang sekiranya tulisan anda tidak dapat dibaca.

8.

Sekali-sekala anda bolehlah mencantumkan dua isi pendek dalam satu perenggan tetapi biasakan menulis satu perenggan satu isi.

9.

Susunan isi tidak perlu ditulis dalam satu cara sahaja. Ini bermakna anda perlu menulisnya dengan pelbagai cara.

10. Pada ayat yang terakhir dalam perenggan isi, anda bolehlah menulis pendapat anda sendiri, atau huraian yang berkaitan dengan ayat-ayat yang sebelumnya atau anda boleh memberikan bayangan bagi fakta anda yang seterusnya.

68


BAHASA MELAYU

SPM

9.1 PERBINCANGAN/PENDAPAT Dalam meniti arus kemodenan yang berteraskan sains dan teknologi maklumat, faktor kesihatan masyarakat pada hari ini berada pada tahap yang membimbangkan pihak berkuasa terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia. Semakin hari, masalah wabak pelbagai penyakit semakin menjalar dalam kalangan masyarakat tanpa mengira usia tua atau muda. Jika dahulu masalah darah tinggi dan kencing manis merupakan penyakit yang sering dihadapi oleh golongan tua, tetapi pada hari ini golongan kanak-kanak juga sering dihantui penyakit berkenaan. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2011, angka pesakit yang menghadapi masalah kesihatan telah meningkat sebanyak 200 000 orang pesakit melebihi bilangan pesakit pada tahun sebelumnya. Sebenarnya, masalah kesihatan masyarakat mampu diatasi dengan pelbagai cara terutamanya dengan kemudahan prasarana berkaitan kesihatan semakin banyak disediakan oleh pihak kerajaan. Klinik desa, Klinik 1 Malaysia, Hospital Desa, Hospital Besar merupakan tempat masyarakat mendapat kemudahan rawatan kesihatan. Persoalannya, mengapakah kadar pertambahan bilangan pesakit yang tidak mengenal usia berlaku pada zaman sekarang? Bak kata pepatah, “setiap penyakit ada ubatnya, setiap masalah pasti ada jalan keluarnya�. Salah satu daripadanya adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat sebagaimana yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagaimanakah caranya untuk kita mengamalkan gaya hidup sihat? Mari kita capahkan lensa perbincangan kita kepada skop yang lebih khusus di bawah kata kunci pengambilan makanan seimbang. Kebanyakan rakyat Malaysia mengganggap pengambilan makanan seimbang ialah diet. Sebenarnya, tanggapan masyarakat mengenai perkara tersebut adalah salah sama sekali. Hal ini kerana pengambilan makanan seimbang bermaksud pengambilan makanan oleh seseorang individu yang mengandungi semua nutrien dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan secara seimbang. Jika kita merujuk piramid makanan, pembahagian pemakanan terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut keperluan makanan berdasarkan seorang manusia normal. Bahagian bawah piramid makanan merupakan kumpulan makanan mengandungi karbohidrat, diikuti dengan kumpulan makanan yang mengandungi vitamin, mineral dan serat, seterusnya kumpulan makanan yang mengandungi protin, dan terakhir bahagian atas ialah kumpulan makanan mengandungi lemak. Piramid makanan juga merupakan panduan kepada pengguna dengan mengurangkan pengambilan makanan berlemak di bahagian atas sekali, seperti lemak dan gula. Oleh sebab itu, makanan berlemak hanya perlu kita ambil dalam kuantiti sedikit. Berbanding kandungan karbohidrat perlu diambil dalam kuantiti yang banyak kerana makanan seperti ini membekalkan kita tenaga untuk menjalani kehidupan seharian, contohnya nasi, roti, dan bijirin. Seorang ahli falsafah Yunani iaitu Socrates berkata “Aku makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.� Tegasnya, kita boleh mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang setiap hari.

69


BAHASA MELAYU

SPM

Seterusnya, mari kita lebarkan lensa perbincangan dengan memperkatakan gaya hidup sihat iaitu menjalankan aktiviti rekreasi. Sebagai mana yang kita sedia maklum, kegiatan rekreasi merupakan aktiviti yang berfaedah terutama untuk mengisi masa senggang, merehatkan minda dan mengelakkan stress, selain menyehatkan badan. Pada abad milenium ini, banyak tempat rekreasi, sama ada bertemakan air, alam sekitar dan sebagainya. Dengan adanya pusat rekreasi, anak muda atau remaja boleh menyertai aktiviti berkenaan dengan mandaftar diri dan menyertai program yang dianjurkan seperti kursus berkayak, mendaki gunung, menyelam, jungle tracking dan sebagainya. Bagaimana kegiatan rekreasi ini dapat menyihatkan tubuh badan? Aktiviti rekreasi merupakan aktiviti mencabar. Sebelum melakukan aktiviti berkenaan, peserta selalunya diminta untuk melakukan aktiviti regangan agar seluruh sendi dan sistem kardivaskular kita bersedia terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti berkenaan. Bahkan juga, dengan adanya aktiviti regangan dan pemanasan badan, kadar pengaliran darah dan pergerakan jantung akan stabil sebelum peserta melakukan aktiviti yang berat. Selain itu, kelenjar endokrin dan kelenjar adrenalina akan merembeskan peluh yang mengandungi toksin untuk disingkirkan daripada badan. Oleh sebab itu, badan kita akan menjadi sihat dan sukar untuk dijangkiti patogen-patogen penyakit. Kebiasaanya, seorang fasiltator akan memberi penerangan kepentingan melakukan regangan dan peringatan mengenai langkah-langkah menjaga keselamatan sepanjang program rekreasi diadakan untuk mengelak sebarang kemalangan atau kecederaan. Bak kata pepatah, ‘malang tidak berbau’ dan ‘sediakan payung sebelum hujan’. Justeru, tahap keselamatan peserta lebih terjamin semasa melakukan aktiviti lasak tersebut. Hal ini jelas menunjukkan aktiviti berekreasi merupakan satu cara untuk kita mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan. Mari kita meneruskan perbincangan menggunakan minda pelajar kelas pertama dalam membicara aktiviti sukan sebagai amalan gaya hidup sihat. Sebagaimana kita maklum, remaja tidak lari daripada melakukan aktiviti sukan dalam kehidupan mereka sejajar dengan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan pelaksanaan Program 1 Murid 1 Sukan yang mewajibkan pelajar sekurang-kurang menyertai satu aktiviti sukan di sekolah. Bahkan juga, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan 10% syarat kemasukan ke universiti berdasarkan pencapaian pelajar dalam bidang kokurikulum antaranya sukan permainan. Namun, pelaksanaan program ini belum mencapai objektifnya kerana sebilangan pelajar masih belum membudayakan diri mereka untuk bersukan dan penglibatan mereka dalam aktiviti berkenaan hanya sekadar untuk penyertaan bukan sebagai budaya. Sebenarnya, pucuk pangkal permasalahan berkenaan terus berlaku akibat masyarakat masih belum mengetahui akan manfaat dan kepentingan sukan dalam kehidupan mereka. Dengan bersukan, masyarakat akan mendapat manfaat iaitu selain menyihatkan badan, mereka juga akan dapat mencergaskan minda mereka. Hal ini kerana ketika bersukan oksigen akan diserapkan ke dalam badan dengan lebih cepat dan akan mengaktifkan selsel badan menjalankan proses respirasi, disamping aliran oksigen ke otak akan lebih aktif. Secara langsung neuron-neuron otak juga akan bersambung dan badan akan menerima

70


BAHASA MELAYU

SPM

cas-cas positif yang berfungsi untuk menyihatkan badan dan mencerdaskan otak. Kebaikannya kepada pelajar, mereka tidak akan mudah mengantuk semasa berada di dalam kelas dan sudah pasti proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih bermakna. Pepatah Arab ada mengatakan bahawa minda cerdas lahir daripada badan yang sihat. Justeru, kita boleh mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti bersukan. Akhir sekali, sudah terang lagi bersuluh bahawa pemeriksaan dan rawatan kesihatan adalah penting dalam memastikan tahap kesihatan kita sentiasa berada di bawah paras bahaya. Masyarakat Malaysia perlu bersyukur kerana kerajaan terutamanya di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia amat mengambil berat dalam menyediakan prasarana dan kemudahan kesihatan bertaraf dunia. Hal ini boleh kita lihat di setiap pelusuk negara terdapat pusat rawatan sama ada klinik desa, Klinik 1 Malaysia, Hospital Desa, dan Hospital Besar sentiasa terbuka untuk dikunjungi oleh rakyat yang sedar akan kepentingan kesihatan mereka. Bahkan juga, pengamal perubatan yang sedia merawat pesakit adalah lepasan universiti dikerah berkhidmat di pusat rawatan daerah dan negeri agar setiap masyarakat mudah untuk mendapat perkhidmatan kesihatan yang berkualiti. Berbading suatu ketika dahulu, pesakit yang memerlukan rawatan daripada seorang doktor hanya boleh mendapat perkhidmatan mereka di hospital desa atau hospital besar. Rawatan kesihatan amat penting supaya setiap warganegara akan tahu tahap dan darjah kesihatan mereka dari semasa ke semasa. Apabila kita melakukan rawatan kesihatan secara berskala sekurang-kurangnya tiga bulan sekali, maka perkembangan kesihatan kita boleh dipantau oleh pengamal perubatan atau doktor dengan sebaik-baiknya. Natijahnya cukup positif kerana pengesanan penyakit secara awal akan memudahkan mereka mendapat rawatan yang sepatutnya. Secara langsung pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa kerana kadang kala penyakit menyerang tanpa disedari terutama penyakit tiga serangkai iaitu darah tinggi, kecing manis dan serangan jantung. Contohnya, sekiranya pesakit mengalami penyakit kencing manis para doktor berpengalaman akan menasihatkan pesakit mengawal kaedah pemakanan yang sesuai dan sekiranya pesakit mengalamai masalah diabetis yang kronik suntikan insulin akan dilakukan untuk mengawal paras gula dalam badan. Pepatah ada menyebut “mencegah lebih baik daripada merawat.� Tegasnya mendapat pemeriksaan dan rawatan kesihatan adalah sangat penting dalam memastikan ahap kesihatan masyarakat dalam keadaan baik. Kesimpulannya, pengamalan gaya hidup sihat merupakan inisiatif kita sendiri. Jika kita inginkan kesihatan kita sentiasa sihat, kita perlulah melibatkan diri dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menyihatkan tubuh badan kita seperti pengambilan makanan seimbang, melakukan aktiviti rekreasi, menyertai aktiviti sukan dan mendapatkan rawatan kesihatan secara sempurna. Oleh itu, untuk menyokong kerajaan dalam merealisasikan Wawasan 2020, kita perlulah memastikan tahap kesihatan kita dalam keadaan terbaik kerana pekerja, pentadbir, dan pemimpin yang sihat jasmani, rohani, emosi dan inteleknya sahaja yang akan dapat membantu menggapai cita-cita pemimpin untuk memastikan Malaysia mampu untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. Justeru, kesihatan merupakan aset paling penting sebagai warganegara Malaysia kerana bak kata pepatah, “kesihatan itu lebih penting daripada wang ringgit yang menggunung�.

71


BAHASA MELAYU

SPM

9.2 GAMBARAN/KEPERIHALAN • Karangan yang berbentuk gambaran atau keperihalan merupakan suatu bentuk penulisan yang memerihalkan atau menggambarkan apa-apa yang dilihat, didengar, dan dirasakan. • Karangan jenis ini menuntut daya imaginasi yang tinggi. Anda dapat memuatkan bahan yang dikutip daripada pengalaman sendiri atau mungkin khayalan semata-mata. Pengetahuan yang luas tentang apa-apa yang anda gambarkan akan membantu anda menghasilkan karangan yang baik, logik, dan bernas. • Biasanya, karangan jenis ini memerlukan anda memerihalkan seseorang, sesuatu pengalaman, sesuatu keadaan, sesuatu tempat atau pemandangan, sesuatu peristiwa atau acara, sesuatu benda dan sebagainya. • Karangan jenis gambaran atau keperihalan tidak mempunyai format khusus. Walau bagaimanapun, karangan jenis ini tidak dapat lari daripada disiplin karangan yang lazim, iaitu perlu ada pendahuluan, isi-isi penting, dan penutup. • Perkara yang hendak anda gambarkan itu mestilah jelas, menarik, mempunyai perbandingan yang sesuai, dan dapat memberikan kesan yang mendalam. • Anda digalakkan menggunakan bahasa yang lancar, kreatif dan menarik semasa menulis karangan jenis keperihalan dan gambaran ini. Penggunaan dialog digalakkan di tempat-tempat yang sesuai. • Anda digalakkan agar menggunakan teknik saspens untuk menimbulkan rasa cemas pembaca. Namun begitu, jangan menggunakan teknik penyampaian yang sama berulang-ulang. • Dalam bahagian pengenalan, anda bolehlah menceritakan peristiwa awal sebelum peristiwa utama berlaku. Pada bahagian penutup pula, anda digalakkan untuk menceritakan bagaimana peristiwa itu berakhir. Anda juga boleh menyatakan perasaan anda terhadap sesuatu peristiwa yang anda tulis itu.

72


BAHASA MELAYU

SPM

9.2 GAMBARAN /KEPERIHALAN 30 Julai 1999 merupakan tarikh yang tidak mudah dilupakan oleh semua warga SMSM. Ini kerana pada hari tersebut telah diadakan Hari Kecemerlangan Pelajar. Hari itu memang dinanti-nantikan oleh semua pelajar dan ibu bapa terutamanya yang terlibat dengan upacara penerimaan sijil penghargaan. Lagipun, para guru dan pelajar sudah menghabiskan kira-kira dua minggu untuk persediaan dan latihan. Pada pagi itu, para pelajar berkumpul di tapak perhimpunan untuk mendengar pesanan dan arahan terakhir daipada pengetua dan guru-guru yang menjadi ketua dalam bahagian-bahagian tertentu seperti bahagian persembahan, penganugerahan hadiah dan cenderahati, keselamatan, pameran, dan sebagainya. Sesuatu yang menarik pada hari itu ialah semua guru lelaki memakai baju Melayu yang lengkap dengan songkok dan sampin termasuk guru-guru bukan Melayu. Sementara itu, guru-guru perempuan kelihatan cantik dengan pakaian baju kurung dan ada juga yang berkebaya labuh. Kira-kira pada pukul 8.30 pagi, para tetamu kelihatan mula masuk ke kawasan sekolah dan mereka disambut dengan mesra oleh barisan pengawas yang sedia menunggu di pintu utama sekolah dan para pelawat diberikan sebuah buku program untuk acara pada hari itu. Terdapat juga para penyambut tetamu yang kelihatan mengiringi pelawat sehingga ke pintu masuk dewan tempat majlis gemilang itu diadakan. Pada tahun ini, sambutan daripada ibu bapa sangat menggalakkan sehingga dewan yang seluas empat ukuran kelas itu kelihatan penuh. Antara tetamu yang diundang pada hari tersebut termasuklah Pengarah Pendidikan Negeri, Pengarah Pendidikan Daerah, Pengetua-pengetua, dan beberapa orang wakil PIBG. Ketibaan Pengarah Pendidikan telah disambut oleh pasukan kompang sekolah dan beliau juga diberikan penghormatan untuk memeriksa barisan hormat oleh pasukan kadet tentera sekolah yang kelihatan kemas dengan uniform mereka yang serba hijau dan memakai topi hitam berjambul merah. Upacara itu tamat dengan nyanyian lagu Negaraku dan selepas itu beliau diiringi oleh Pengetua masuk ke dalam dewan. Pengetua telah menyampaikan ucapan dan memberikan laporan yang berupa kemajuan akademik dan kokurikulum di sekolah, diikuti dengan ucapan daripada wakil PIBG dan akhir sekali ucapan daripada Pengarah Pendidikan Negeri Kedah. Seterusnya dewan menjadi lebih meriah dengan tepukan yang diberikan kepada para pelajar yang mendapat anugerah cemerlang pada hari itu. Tepukan yang kuat diberikan kepada pelajar yang diumumkan sebagai tokoh pelajar pada tahun ini kerana berjaya memperoleh keputusan akademik yang baik dan aktif pula dalam bidang sukan serta badan beruniform serta kelab. Ketika pelawat serta tetamu berpindah ke dewan makan, pelajar-pelajar yang mengambil bahagian untuk acara persembahan sudahpun bersedia di atas pentas. Para tetamu kelihatan kagum dan terpukau oleh persembahan lagu-lagu yang disampaikan kumpulan koir sekolah dan diiringi pula dengan permainan muzik oleh anggota band SMSM yang kelihatan segak bergaya dengan uniform mereka yang berwarna merah dan putih. Mereka telah mempersembahkan lagu-lagu yang segar dan telah berjaya menceriakan majlis makan tersebut. Para tetamu juga kelihatan tidak kering gusi apabila menonton sketsa komedi

73


BAHASA MELAYU

SPM

yang dipersembahkan oleh Pasukan Pengakap Sekolah. Kemuncak acara persembahan itu ialah nyanyian solo daripada pemenang Juara Bakat Seni Suara SMSM 1999 yang memiliki suara seakan-akan penyanyi terkenal Siti Nurhaliza. Para tetamu kelihatan tidak bergerak daripada tempat duduk masing-masing sehingga acara persembahan diumumkan tamat dan mereka dijemput untuk pergi ke ruangan pameran yang diadakan dimakmal sains. Para tetamu kelihatan kagum dengan pameran sains yang diadakan pada hari itu. Kebanyakan pelawat ingin mencuba sendiri beberapa alat dan radas sains yang dipamerkan itu dan hampir semua tetamu tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan menggunakan kamera yang dibuat sendiri oleh beberapa orang pelajar daripada Persatuan Sains dan Matematik SMSM. Apabila semua tetamu pulang, keadaan kembali tenang dan para guru mengadakan sesi bergambar untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah. Hari Anugerah Kecemerlangan pada tahun ini merupakan hari yang paling gemilang dalam sejarah SMSM.

74


BAHASA MELAYU

SPM

BAB 10: CEREKA

1

Cerita yang hendak ditulis hendaklah berdasarkan tajuknya

Jangan terlalu ghairah mereka-reka cerita yang terlalu banyak khayalan kerana ini akan menyebabkan kamu tidak dapat menyampaikan maksud dengan jelas.

3

2

Cuba menulis cerita yang dapat menarik minat pembaca.

Jangan menulis sampai meleret-leret, berhatihatilah dengan peruntukkan masa yang diberikan

4

➢ Karangan cereka yang baik hendaklah merangkumi: - permulaan cerita - perkembangan cerita dan perumitan cerita - klimaks atau puncak cerita - pengakhiran atau peleraian cerita ➢ Untuk menghasilkan karangan cereka yang berkualiti dan mantap, aspek-aspek ini mesti diambil berat; - unsur dan jalan cerita mesti menarik - gaya bahasa kreatif dan tidak berbentuk formal seperti karangan biasa - menerapkan unsur teknik penceritaan seperti dialog, suspen dan teknik-teknik lain yang sesuai

75


BAHASA MELAYU

SPM

10.2 PERIBAHASA/COGAN KATA Panduan penulisan peribahasa dalam karangan: 1. Menggunakan satu tanda petik ‘ ’ Tanda petik jenis ini digunakan untuk menyatakan sesuatu tajuk atau bahagian yang difokuskan. Contoh: Peribahasa ‘usaha tangga kejayaan’ perlu dijadikan pegangan oleh sesiapa sesiapa sahaja yang ingin mengecapi kejayaan dalam hidup ini. 2. Menggunakan dua tanda petik “ ”. Tanda dua petik digunakan untuk maksud konsep cakap ajuk atau unsur personifikasi, iaitu seolah-olah ‘pepatah’ itu manusia atau orang tua yang memberikan nasihat atau berkata-kata. Contoh: (a) Ibu bapa hendaklah mendidik anak sejak kecil bak kata pepatah, “kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. (b) Orang tua-tua mengatakan, “jauh perjalanan, luas pengalaman”. (Tiada kata hubung ‘bahawa’) 3. Tanpa menggunakan tanda petik Jika ayat tersebut berbentuk ayat cakap pindah atau keterangan, tanda petik tidak perlu digunakan. Contoh: (a) Setiap pelajar mestilah berusaha untuk mencapai kejayaan seseorang kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. (b) Ibu bapa sepatutnya menjadi model kepada anak-anak mereka kerana pepatah Melayu mengatakan bahawa bagaimana acuan begitulah kuihnya. (Ada kata hubung ‘bahawa’)

76


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.