EDITORIAL
MISI HAK ASASI MANUSIA
PENASIHAT: Datuk Godfrey Gregory Joitol Datuk Lok Yim Pheng Syamsul Azhar bin Zamani
Pembaca yang dihargai, Selepas kemenangan Pakatan Harapan menerajui Kerajaan Persekutuan berkuatkuasa pada 10 Mei 2018, fasa pelaksanaan hak asasi manusia perlu direalisasikan.
EDITOR/ PENYUNTING: Elza Nadiah bt. Shaik Sulaiman Noor Azlina bt. Abd. Jalil
Cabaran kepada kepimpinan baharu kabinet dan kerajaan bukan sahaja untuk membentuk struktur organisasi tetapi melaksanakan janji MEMBINA NEGARA MEMENUHI HARAPAN seperti yang dinyatakan dalam Buku Harapan, termasuklah 10 Janji 100 hari, janji berdasarkan 5 Teras Utama dan janji yang disenaraikan dalam 5 Iltizamnya. Semua ini adalah pertaruhan rakyat yang mengundi untuk mendapatkan sebuah negara yang benar-benar mencerminkan harapan rakyat, yang dirangka berdasarkan cadangan dan suara rakyat.
DICETAK OLEH: Abadi Ilmu Sdn. Bhd. 7-13, Infinity Tower, No. 28 Jalan SS6/3, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor www.facebook.com/SUHAKAM twitter.com/SUHAKAM www.instagram.com/suhakam _malaysia HUBUNGI KAMI: Aduan boleh dihantar kepada SUHAKAM secara individu/kumpulan melalui telefon, faks, e-mel dan sistem aduan SUHAKAM:
Kerajaan adalah nadi rakyat. Membangunkan rakyat meliputi pelbagai aspek termasuk sosial, budaya, agama dan kepercayaan, ekonomi serta politik. Setiap aspek ini, ada kaitnya dengan hak asasi manusia. Ia tidak boleh ditinggal tepi atau belakang letaknya. Perlu seiring dan tidak membelakangkan Perlembagaan Persekutuan.
http://aduan.suhakam.org.my/eApps/system/ index.do IBU PEJABAT KUALA LUMPUR Tingkat 11, Menara TH Perdana 1001, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur 03-2612 5600 03-2612 5620 humanrights@suhakam.org.my http://www.suhakam.org.my
Maka, janji-janji perlu ditunaikan dan fasa pelaksanaan hak asasi manusia terutamanya telah bermula. Rakyat bukan pekerja tetapi kerajaan yang dipilih perlu bekerja keras demi rakyat.
PEJABAT SABAH Suite W1 & E1, Tingkat 8, CPS Tower, No.1 Jalan Centre Point, 88000 Kota Kinabalu 088-317 405 088-317 406 sabah@suhakam.org.my PEJABAT SARAWAK Suite 8.01, 8.02 & 8.03, Tingkat 8 Tun Jugah Tower, Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching, Sarawak 082-234 650 082-254 937 sarawak@suhakam.org.my
Tunaikan!
Elza Nadiah elza@suhakam.org.my
Hak cipta terpelihara Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). Sebarang terbitan semula perlulah mendapat keizinan daripada SUHAKAM atau pengakuan sumber dibuat. SUHAKAM tidak akan bertanggungjawab akibat menyalin dan menyiarkan semula terbitan tanpa keizinan.
2
BULETIN SUHAKAM | 2018
KANDUNGAN KENYATAAN MEDIA • Pelantikan Perdana Menteri Malaysia 4 Ke-7 • SUHAKAM Tegur Kerajaan Berhubung Pelantikan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 16 • SUHAKAM Tidak Menyokong Perkahwinan Sejenis 17 BUKU HARAPAN • Janji kepada Rakyat Malaysia
6-7
FASA PELAKSANAAN HAK 8-15 ASASI MANUSIA (HAM) Janji-janji Mengenai SUHAKAM dan Hak Asasi Manusia dalam Buku Harapan • Janji 16: Mengembalikan Institusi Parlimen • Janji 26: Menjadikan Malaysia Sebuah Negara yang Mempunyai Rekod Hak Asasi yang Dihormati Dunia • Falsafah dan Matlamat Pentadbiran Pakatan Harapan • Isu-isu Hak Asasi Manusia dan Janji Pakatan Harapan
PEJABAT SUHAKAM SABAH 18-19 • SUHAKAM Bersama Masyarakat di Daerah Tongod, Sabah PENDIDIKAN DAN LATIHAN 20-23 • Kursus Hak Asasi Manusia dalam Perspektif Sekolah Henry Gurney • TOT untuk Guru Sekolah ATHAM • Bengkel Hak Asasi Manusia dan Kehakiman PROMOSI • Taklimat Hak Asasi Warga Emas
24-25
KISAH MASYARAKAT • Transgender
26-27
KAJIAN 28-29 • Kajian Mengenai Diskriminasi Terhadap Transgender di Kuala Lumpur dan Selangor TEKA KATA
30
SURAT PEMBACA
31 BULETIN SUHAKAM | 2018
3
KENYATAAN MEDIA
Tahniah
Pelantikan Perdana Menteri Malaysia Ke–7 KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menyertai jutaan rakyat Malaysia mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-7 atas kemenangan pilihan raya bersejarahnya. SUHAKAM berharap agar Perdana Menteri dapat melantik kabinet yang berkebolehan untuk menangani keperluan negara dan kehendak antarabangsa, bukan semata-mata perhitungan parti politik. Malaysia masih belum sepenuhnya mempunyai barisan menteri-menteri terbilang yang memenuhi kriteria bersesuaian dan SUHAKAM ingin melihat penambahbaikan dilakukan. Pada masa akan datang, SUHAKAM akan terus menasihati Perdana Menteri berkenaan janji-janji pilihan raya termasuk komitmennya kepada hak asasi manusia, demokrasi dan kedaulatan undang-undang. Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), orang ramai telah menyatakan dengan jelas bahawa tadbir urus tidak lagi berorientasikan elitis tetapi perlu melibatkan pelbagai pihak berkepentingan. SUHAKAM tidak mempunyai hubungan yang kukuh dengan kerajaan sebelum ini dan mengharapkan agar dapat melaksanakan mandatnya dengan lebih berkesan dengan adanya hubungan yang lebih berfungsi dengan parlimen, termasuklah agar Laporan Tahunan SUHAKAM diperdebatkan. SUHAKAM mencadangkan agar segala kelemahan serta percanggahan yang berlaku pada PRU-14, khususnya kawalan ketat dan tegar oleh Suruhanjaya Pilihan Raya perlu dirombak bagi memastikan ia selaras dengan apa yang telah dilakukan oleh negara demokrasi yang lain. TAN SRI RAZALI ISMAIL Pengerusi 10 Mei 2018
44
BULETIN BULETIN SUHAKAM SUHAKAM || 2018 2018
KENYATAAN MEDIA
Tahniah Barisan Menteri yang mengangkat sumpah pada 21 Mei 2018
Sumber: Facebook Pakatan Harapan
BULETIN BULETIN SUHAKAM SUHAKAM || 2018 2018
55
BUKU HARAPAN
BUKU HARAPAN
6
BULETIN SUHAKAM | 2018
BUKU HARAPAN
JANJI KEPADA RAKYAT MALAYSIA
BULETIN SUHAKAM | 2018
7
FASA PELAKSANAAN
JANJI-JANJI MENGENAI SUHAKAM DAN HAK ASASI MANUSIA DALAM BUKU HARAPAN JANJI 16: MENGEMBALIKAN WIBAWA INSTITUSI PARLIMEN
Parlimen merupakan institusi penting untuk menyemak imbang kuasa Eksekutif. Untuk itu, institusi parlimen mestilah mempunyai infrastruktur yang sewajarnya dan dibiayai oleh peruntukan yang terjamin. Kerajaan Pakatan Harapan akan memperkenalkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963, dengan penambahbaikan dalam perkara-perkara tertentu agar akta tersebut sesuai dengan cabaran zaman moden. Speaker Dewan Rakyat dan Presiden Dewan Negara akan dipastikan dilantik dari kalangan ahli-ahli Dewan yang mempunyai integriti dan kredibiliti. Speaker Dewan Rakyat dan Presiden Dewan Negara mestilah berhenti daripada politik kepartian sebaik sahaja menerima jawatan tersebut. Untuk memastikan Speaker Dewan Rakyat dan Presiden Dewan Negara menjalankan tugas dengan adil, sebuah jawatankuasa khas akan dibentuk untuk menerima dan meneliti aduan ahli-ahli dewan mengenai keputusan-keputusan yang dirasakan tidak adil. Jawatan-jawatan penting dalam negara seperti pelantikan ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Malaysia, mestilah disahkan oleh jawatankuasa yang bersesuaian di peringkat Parlimen. Ini akan mengurangkan kebolehan Perdana Menteri untuk campur tangan dalam pelantikan-pelantikan penting tersebut. Dalam kedua-dua Dewan, masa yang khusus akan diperuntukkan untuk: • Slot agenda parti pembangkang • Soalan Kepada Menteri untuk setiap kementerian yang wajib dihadiri oleh menteri-menteri berkenaan atau timbalannya. • Perdebatan di peringkat jawatankuasa mengenai laporan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Ketua Audit Negara, Jawatankuasa KiraKira Wang Negara (PAC), dan laporan tahunan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Petronas.
8
BULETIN SUHAKAM | 2018
FASA PELAKSANAAN
JANJI-JANJI MENGENAI SUHAKAM DAN HAK ASASI MANUSIA DALAM BUKU HARAPAN JANJI 26: MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH NEGARA YANG MEMPUNYAI REKOD HAK ASASI YANG DIHORMATI DUNIA. Kerajaan Pakatan Harapan akan menjadikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) sebagai sebuah badan yang berwibawa dan dihormati. Laporan SUHAKAM akan dijadikan agenda perbahasan di Parlimen agar cadangan-cadangannya ditimbang dengan sewajarnya. Pesuruhjaya-Pesuruhjaya SUHAKAM akan dilantik melalui proses Jawatankuasa di Parlimen. Pelan Hak Asasi Manusia Kebangsaan akan diperbaiki dan dilaksanakan sepenuhnya. Matlamat kita ialah agar kedudukan Malaysia dalam Universal Periodic Review menjadi lebih baik dan peningkatan prestasi kita selaras dengan perkembangan dunia. Peruntukan untuk aktiviti-aktiviti hak asasi manusia oleh SUHAKAM dan badan-badan lain yang berkaitan akan dipertingkatkan. Kapasiti pejabat Wakil Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) juga akan dipertingkat agar kita boleh memainkan peranan utama di peringkat serantau. Konvensyen-konvensyen antarabangsa yang sesuai tetapi belum diratifkasi akan diratifkasikan seberapa segera, termasuklah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Hak Politik dan Sivil.
BULETIN SUHAKAM | 2018
9
FASA PELAKSANAAN
FALSAFAH DAN MATLAMAT PENTADBIRAN PAKATAN HARAPAN Falsafah pentadbiran Pakatan Harapan adalah berdasarkan falsafah dan lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan. Rukun negara, visi yang telah dibawa oleh para pejuang negara, agenda reformasi berterusan, dan idea-idea pembangunan yang progresif dan demokratik, sesuai dengan realiti zaman moden dan mendepani cabaran-cabaran akan datang. Matlamat ini terangkum dalam Maqasid Syari’ah (matlamat Syari’ah yang lebih tinggi) buat memandu program pembangunan negara yang akhirnya memberi Rahmat dan Keadilan untuk seluruh rakyat Malaysia. Dalam bingkai pembangunan yang berteraskan prinsip-prinsip sejagat yang dihayati dan dibangunkan oleh kepimpinan negara pertama-tamanya, dengan tadbir urus yang baik, inklusif dan progresif, maka harapan dan cita-cita untuk menyaksikan sebuah Malaysia Baru mampu dijayakan. Lebih khusus lagi, matlamat Pakatan Harapan ialah untuk berganding bahu dalam memacu agenda reformasi berterusan untuk membentuk masa depan Malaysia yang lebih baik untuk semua – maju, makmur dan bahagia – yang dicapai menerusi teras-teras fundamental seperti nilai-nilai yang dikongsi bersama, budaya ilmu, kebebasan, kebenaran, keadilan sosial dan ekonomi, maruah, ketamadunan, keamanan, perpaduan, kemakmuran, demokrasi dan meritokrasi. Pakatan Harapan bertekad untuk membina satu Bangsa Malaysia yang berasaskan semangat, amanah dan solidariti yang berteraskan Wawasan 2020.
10
BULETIN SUHAKAM | 2018
FASA PELAKSANAAN
FALSAFAH DAN MATLAMAT PENTADBIRAN PAKATAN HARAPAN Pakatan Harapan mengulangi ikrar yang telah termaktub dalam Perjanjian Pakatan Harapan (9 Januari 2016) iaitu akan: • Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan; Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmonis di negara ini sejajar dengan Perkara 3; serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain yang sejajar dengan Perkara 153. • Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja Berperlembagaan. • Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sejajar dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan lingua franca serantau; melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum; serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa. • Memperakui dan mengiktiraf kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia selaras dengan peruntukan dan semangat Perjanjian Malaysia 1963.
BULETIN SUHAKAM | 2018
11
FASA PELAKSANAAN
ISU-ISU HAK ASASI MANUSIA DAN JANJI PAKATAN HARAPAN Senarai Janji-janji Manifesto Pakatan Harapan yang berkaitan dengan usaha-usaha melibatkan hak asasi manusia yang dijalankan oleh SUHAKAM sejak penubuhannya.
ISU HAK ASASI MANUSIA JANJI PAKATAN HARAPAN (BUKU HARAPAN)
ISU HAK ASASI MANUSIA JANJI PAKATAN HARAPAN (BUKU HARAPAN)
12
PELEMBAGAAN PERSEKUTUAN
AGENSI PENGUATKUASA DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN
IKRAR PAKATAN HARAPAN • Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan • Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman • Melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain • Mempertahankan institusi Raja Berperlembagaan • Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu • Memperakui dan mengiktiraf kedudukan Sabah dan Sarawak
JANJI 20: Menjadikan Angkatan Tentera Malaysia dan pasukan Polis Diraja Malaysia sebagai sebuah pasukan yang dihormati dan disegani
PENYELUDUPAN DAN PEMERDAGANGAN MANUSIA
PELARIAN DAN PENCARI SUAKA
JANJI 58: Mempertahankan sempadan negara daripada pencerobohan, penyeludupan dan pemerdagangan manusia
BULETIN SUHAKAM | 2018
JANJI 25: Memperkukuh peranan dan kuasa pihak berkuasa tempatan
JANJI 59: Mempimpin usaha menyelesaikan konflik Rohingya dan Palestin
FASA PELAKSANAAN
ISU HAK ASASI MANUSIA
PEMBAHARUAN UNDANG-UNDANG
JANJI PAKATAN HARAPAN
JANJI 28: Menghapuskan undang-undang yang zalim
(BUKU HARAPAN)
ISU HAK ASASI MANUSIA
PERUMAHAN WAJAR
JANJI PAKATAN HARAPAN
JANJI 4: Menambah program perumahan mampu milik dan mampu sewa
(BUKU HARAPAN)
EKONOMI/ KOS SARA HIDUP
ORANG ASAL/ ASLI
10 Janji 100 Hari: Menghapuskan GST dan mengurangkan kos sara hidup dengan pelbagai JANJI 35: inisiatif peduli Menaikkan rakyat. martabat golongan pekerja JANJI 6: dan mewujudkan Menghapuskan kutipan tol lebih banyak pekerjaan JANJI 30: berkualiti Memajukan 10 Janji 100 Hari: ekonomi Menyamaratakan Bumiputera dan semua gaji minimum rakyat berbilang seluruh negara bangsa dan seterusnya memulakan proses JANJI 34: meningkatkan gaji Meningkatkan pendapatan minimum rakyat terbanyak
JANJI 38: Membela nasib Orang Asli di Semenanjung Malaysia
PEKERJA JANJI 33: Menubuhkan Suruhanjaya Peluang Pekerjaaan Saksama
WARGA EMAS ILTIZAM KHUSUS UNTUK WARGA EMAS
ORANG KURANG UPAYA (OKU) JANJI 51: Membela nasib golongan OKU
JANJI 48: Memulangkan dan menjamin hak tanah adat Sabah dan Sarawak
KESELAMATAN JANJI 52: Memerangi jenayah dan gejala sosial
BULETIN SUHAKAM | 2018
13
FASA PELAKSANAAN
ISU HAK ASASI MANUSIA JANJI PAKATAN HARAPAN (BUKU HARAPAN)
ISU HAK ASASI MANUSIA JANJI PAKATAN HARAPAN (BUKU HARAPAN)
14
ALAM SEKITAR JANJI 39: Mengimbangi pembangunan ekonomi dengan perlindungan alam sekitar
INSTITUSI KELUARGA DAN MASYARAKAT JANJI 53: Mendokong keutuhan institusi keluarga dan kejiranan JANJI 54: Memperkasa institusi kemasyarakatan, masyarakat sivil dan keusahawanan sosial
BULETIN SUHAKAM | 2018
WANITA
SABAH DAN SARAWAK
10 Janji 100 Hari: Memperkenalkan skim caruman KWSP untuk suri rumah
JANJI 44: Memperbaiki kualiti pendidikan dan khidmat kesihatan
ILTIZAM KHUSUS UNTUK WANITA
JANJI 42: Mencipta lebih banyak peluang pekerjaan bergaji tinggi untuk anakanak Sabah dan Sarawak
JURANG LUAR BANDAR DAN BANDAR JANJI 10: Menjamin keperluan makanan asas rakyat dan menjaga kebajikan petani ILTIZAM KHUSUS UNTUK WARGA FELDA
PENDIDIKAN JANJI 49: Menjadikan sekolahsekolah kerajaan sebagai sekolah pilihan terbaik untuk rakyat JANJI 50: Mengembalikan wibawa universiti awam dan pengajian tinggi
FASA PELAKSANAAN
ISU HAK ASASI MANUSIA JANJI PAKATAN HARAPAN (BUKU HARAPAN)
BELIA/REMAJA JANJI 5: Meringankan beban hidup yang ditanggung oleh anak muda JANJI 28: Membina generasi muda yang kreatif dan bebas daripada cengkaman kezaliman JANJI 55: Mempelbagai ruang aktiviti golongan muda ILTIZAM KHUSUS UNTUK ANAK MUDA
DEMOKRASI DAN TADBIR URUS BAIK TERAS 2: MEREFORMASI INSTITUSI PENTADBIRAN DAN POLITIK JANJI 11: Mengembalikan maruah orang Melayu dan institusi-institusinya JANJI 12: Menghadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri dan menstruktur semula Jabatan Perdana Menteri JANJI 14: Mereformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan memperkasa usaha membanteras rasuah JANJI 16: Mengembalikan wibawa institusi parlimen JANJI 17: Menjamin ketelusan dan kemodenan sistem pilihan raya
ISU HAK ASASI MANUSIA JANJI PAKATAN HARAPAN (BUKU HARAPAN)
KESIHATAN
REKOD HAK ASASI MANUSIA
JANJI 9: Mempertingkatkan JANJI 26: akses dan kualiti perkhidmatan Menjadikan Malaysia sebuah negara kesihatan yang mempunyai rekod hak asasi yang dihormati dunia 10 Janji 100 Hari: Memperkenalkan Skim Peduli Sihat dengan memberi RM500 pembiayaan untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40 BULETIN SUHAKAM | 2018
15
KENYATAAN MEDIA
SUHAKAM Tegur Kerajaan Berhubung Pelantikan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya KUALA LUMPUR (5 OKTOBER 2018) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengalu-alukan pelantikan Tuan Azhar Azizan @ Harun sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). SUHAKAM perlu menyatakan bahawa pelantikan ini adalah tidak selari dengan janji pilihan raya kerajaan bahawa setiap pelantikan perlu melalui parlimen bagi kepentingan ketelusan. SUHAKAM akan bekerjasama dengan SPR dengan menyasarkan untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap SPR dan integriti dalam proses pilihan raya.
Sumber: www.spr.gov.my
SUHAKAM menasihatkan agar SPR segera menangani isu-isu yang menggugat pilihan raya yang adil dan bebas di Malaysia terutamanya isu pewilayahan semula sempadan pilihan raya yang telah dipersoalkan. SUHAKAM juga menasihatkan kerajaan untuk memelihara prinsip kebebasan, ketelusan, integriti, persaingan dan keadilan yang gagal dipertahankan oleh SPR.
JANJI PAKATAN HARAPAN Janji 17: Menjamin ketelusan dan kemodenan sistem pilihan raya Sistem pilihan raya yang telus dan adil perlu wujud untuk memastikan rakyat mempunyai keyakinan terhadap sistem demokrasi di Malaysia. Pakatan Harapan sedia maklum akan pelbagai kebimbangan yang telah disuarakan tentang perjalanan pilihan raya di Malaysia selama ini. Kerajaan Pakatan Harapan akan mengambil tindakan tegas untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada perjalanan pilihan raya negara kita. Kerajaan Pakatan Harapan akan membebaskan sepenuhnya Suruhanjaya Pilihan Raya daripada campur tangan Perdana Menteri dan ahli-ahli politik lain dengan meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya sepenuhnya di bawah pemantauan parlimen. Satu kuota akan diwujudkan untuk memastikan masyarakat sivil mempunyai wakil sebagai Ahli Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia. Pelantikan Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia mestilah melalui proses perakuan oleh parlimen. 16
BULETIN SUHAKAM | 2018
KENYATAAN MEDIA
SUHAKAM TIDAK MENYOKONG PERKAHWINAN SEJENIS
Sumber: Malaysiakini
KUALA LUMPUR (22 SEPTEMBER 2018)- Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) merujuk kepada beberapa laporan media yang memberi gambaran negatif seolah-olah SUHAKAM memperjuangkan perkahwinan sejenis/ homoseksual di Malaysia. SUHAKAM dengan ini menyatakan bahawa kami tidak menyokong perkahwinan sejenis di Malaysia. SUHAKAM percaya bahawa kenyataan oleh Perdana Menteri adalah berikutan beberapa syor yang diberikan oleh SUHAKAM dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kabinet, iaitu kerajaan perlu segera menyertai triti hak asasi manusia antarabangsa, sepertimana yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan, ke arah penambahbaikan kualiti hidup rakyat Malaysia yang mana ia adalah sesuatu yang sentiasa diperjuangkan oleh SUHAKAM.
SUHAKAM yakin bahawa tiada suatu triti antarabangsa yang jika disertai, mewajibkan kerajaan membenarkan perkahwinan sejenis sebagai sesuatu yang sah di sisi undangundang. Walaupun SUHAKAM percaya dan setuju kepada kesejagatan hak asasi manusia, SUHAKAM tidak pernah gagal untuk mengambil kira nilai-nilai konteks tempatan. Walau bagaimanapun, SUHAKAM konsisten dengan pendiriannya bahawa tiada sesiapapun mempunyai hak untuk mendiskriminasi golongan LGBT atau melayan mereka dengan kebencian atau keganasan. BULETIN SUHAKAM | 2018
17
PEJABAT SUHAKAM SABAH
SUHAKAM BERSAMA MASYARAKAT DI DAERAH TONGOD, SABAH Pada 26 September, Pejabat Sabah telah menganjurkan Program SUHAKAM Bersama Masyarakat di Kampung Kiandungo Darat, Tongod, Sabah. Objektif program adalah untuk memupuk tahap kesedaran dalam kalangan komuniti penduduk berkenaan dengan peranan dan fungsi SUHAKAM sebagai sebuah institusi yang memperjuangkan hak asasi manusia di samping memberi peluang kepada masyarakat umum untuk berinteraksi secara langsung dengan SUHAKAM mengenai isu-isu setempat yang berkaitan dengan hak asasi manusia. 18
BULETIN SUHAKAM | 2018
Pelbagai isu-isu hak asasi manusia telah dibangkitkan antaranya permohonan tanah yang telah lama dipohon tetapi tidak diproses oleh Jabatan Tanah dan Ukur. Isu berkenaan kemudahan asas turut diajukan oleh penduduk. Daerah Tongod merupakan antara salah satu daerah yang masih terpinggir daripada arus pembangunan. Penduduk turut mengajukan persoalan mengenai isu pendaftaran kelahiran yang mana masih lagi terdapat anak-anak mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri.
PEJABAT SUHAKAM SABAH
Lebih 400 orang hadir ke program ini. Sesi dialog berkenaan tuntutan hak tanah adat adalah isu utama yang diutarakan oleh penduduk empat buah kampung Daerah Tongod.
Terdahulu, SUHAKAM mengadakan mesyuarat bersama Pejabat Daerah Tongod dan Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah. Mesyuarat diadakan pada 25 September 2018. BULETIN SUHAKAM | 2018
19
PENDIDIKAN & LATIHAN
KURSUS HAK ASASI MANUSIA DALAM PERSPEKTIF SEKOLAH HENRY GURNEY, TELOK MAS, MELAKA 13 SEPTEMBER 2018
SUHAKAM telah dijemput untuk mengadakan Kursus Hak Asasi Manusia dalam Perspektif Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka kepada pegawai dan anggota yang bertugas di sekolah tersebut. Seramai 34 orang peserta program ini yang terdiri daripada anggota dan pegawai penjara, guru-guru, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat serta kakitangan Sekolah Henry Gurney. Isu-isu hak asasi manusia yang dibangkitkan oleh para peserta adalah: Keperluan penggunaan kekerasan semasa provokasi Konsep penggunaan kekerasan ‘PLAN’ (Proportionality, Legality, Accountability dan Necessity) dan keperluan untuk menggunakan kekerasan secara ‘violent’ hanya dibenarkan dalam keadaankeadaan tertentu sahaja. Hak golongan lesbian, gay, biseksual and transgender (LGBT) Pendirian SUHAKAM adalah golongan ini tidak boleh didiskriminasi dari segi mendapatkan hak yang sama sepertimana manusia lain, contohnya hak mendapatkan pendidikan, pekerjaan dan sebagainya. 20
BULETIN SUHAKAM | 2018
Pandangan SUHAKAM bagi hukuman rotan untuk tujuan pendidikan SUHAKAM tidak bersetuju dengan hukuman rotan atau sebatan bagi sebarang alasan. Hak untuk berpoligami Menjawab mengenai hak untuk berpoligami dalam Islam, pegawai memaklumkan mengenai hukum yang membenarkan poligami sungguhpun demikian menekankan bahawa tanggungjawab besar perlu dipikul oleh suami. Rujukan SUHAKAM dalam isu hak asasi manusia Seksyen 4(4) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) berkenaan perhatian hendaklah diberikan kepada Perisytiharan Hak Asasi Manusia 1948 setakat yang perisytiharan itu selari dengan Perlembagaan Persekutuan.
PENDIDIKAN & LATIHAN
Penyeksaan dalam latihan ketenteraan Konvensyen Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu menentang Penyeksaan dan Hukuman Lain yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Maruah (UNCAT) menghalang manamana tindakan penyeksaan dilakukan terhadap mana-mana pihak. Bagi tujuan latihan ketenteraan, modul latihan perlu dilihat samada terdapat mana-mana bentuk latihan yang membenarkan penyeksaan dilakukan secara sah. Tindakan penyeksaan boleh memberikan kesan terhadap fizikal dan mental seseorang, malah boleh mengakibatkan kematian. Penukaran Agama Pegawai mengulas mengenai kerumitan isu pertukaran agama sebelah pihak (oleh ibu atau bapa) bagi kanak-kanak bawah umur yang sering menjadi perbalahan pelbagai pihak. Pegawai seterusnya berkongsi mengenai kes pertukaran agama kanak-kanak melibatkan seorang wanita beragama Hindu iaitu Indira Ghandi oleh bekas suaminya Ridhuan Abdullah, seorang mualaf, yang diputuskan sebagai terbatal oleh Mahkamah Persekutuan Malaysia. Isu-isu lain yang dibangkitkan adalah seperti berikut: • Rata-rata peserta menyedari akan kewujudan SUHAKAM sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Pegawai menerangkan bahawa SUHAKAM merupakan sebuah
badan berkanun yang ditubuhkan di bawah akta yang diluluskan oleh parlimen. • Terdapat peserta yang pernah berkhidmat di penjara banduan dewasa memaklumkan mengenai cabaran yang berbeza untuk menjaga banduan dewasa dan banduan juvana. Kedua-dua peserta mengakui bahawa bukan mudah untuk menjaga banduan juvana jika dibandingkan dengan banduan dewasa. • Para guru memaklumkan bahawa Sekolah Henry Gurney hanya dapat menawarkan pendidikan Tingkatan 4 dan 5 bagi aliran perdagangan sahaja. Bagi yang mahu mengikuti aliran lain, misalnya sains, pihak Sekolah Henry Gurney akan menyediakan buku yang sesuai dan pelajar perlu belajar sendiri memandangkan ketiadaan guru untuk mengajar. Bagi banduan juvana yang tidak mengkuti Tingkatan 4 dan 5, mereka akan menduduki kelas 3M (membaca, mengira dan menulis), mengikuti program Sekolah Henry Gurney seperti bengkel dan Sekolah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). • Peserta turut memaklumkan mengenai bahan bacaan dan buku-buku lama di perpustakaan Sekolah Henry Gurney yang tidak diperbaharui. Laporan disediakan oleh: Wan Norhafizah Junid Bahagian Pendidikan dan Latihan wannorhafizah@suhakam.org.my BULETIN SUHAKAM | 2018
21
PENDIDIKAN & LATIHAN
Training of Trainers (TOT) untuk Guru-Guru Sekolah ATHAM Berkaitan Modul Hak Asasi Manusia Pasca UPSR/PT3 Setelah mengambil masa hampir dua tahun, SUHAKAM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akhirnya berjaya menghasilkan dua modul aktiviti untuk pelajar-pelajar sekolah iaitu Modul Hak Asasi Manusia Pasca Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Modul Hak Asasi Manusia Pasca Penilaian Tingkatan 3 (PT3) pada bulan Jun 2018. Setiap modul yang mengandungi 30 aktiviti ini diperkenalkan dengan matlamat untuk menyebarkan pengetahuan hak asasi manusia kepada pelajar-pelajar di sekolah rendah dan menengah. Walaupun modul dibangunkan untuk murid-murid Darjah 6 dan Tingkatan 3 mengambilkira bahawa mereka mempunyai lebih masa lapang di sekolah setelah menduduki UPSR dan PT3 dan sebelum cuti sekolah akhir tahun, aktiviti-aktiviti yang dihasilkan sebenarnya bersesuaian untuk semua pelajar di sekolah rendah dan menengah. 22
BULETIN SUHAKAM | 2018
Susulan penghasilan modul berkenaan, SUHAKAM telah menganjurkan tiga sesi TOT untuk memastikan guru-guru dari sekolah yang menyertai Program Amalam Terbaik Hak Asasi Manusia di Sekolah (ATHAM) dapat melaksanakan aktivitiaktiviti dalam modul dan melengkapkan guru-guru dengan pengetahuan yang mencukupi tentang hak asasi manusia, terutamanya mengenai hak kanak-kanak. Sebanyak 62 guru sekolah menengah dan 51 guru sekolah rendah menghadiri TOT yang diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan (3 hingga 5 Julai), Alor Setar, Kedah (10 hingga 12 Julai) dan Kota Bharu, Kelantan (17 hingga 19 Julai). Di samping itu, SUHAKAM juga telah mengedarkan modul-modul berkenaan dalam bentuk cakera padat kepada semua sekolah ATHAM sebagai usaha untuk menggalakkan sekolah-sekolah menggunakan modul tersebut untuk manfaat para pelajar.
PENDIDIKAN & LATIHAN
BENGKEL HAK ASASI MANUSIA DAN KEHAKIMAN
Pertemuan bersama YBhg. Dato’ Anita Haji Harun, Ketua Pengarah Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) untuk membincangkan mengenai program kerjasama berbentuk latihan hak asasi manusia kepada pengamal undang-undang. (Gambar ihsan daripada ILKAP, Februari 2018).
Pada 7 Julai 2018, SUHAKAM dan Institut Latihan Perundangan dan Kehakiman (ILKAP) bersama-sama menganjurkan ‘Bengkel Hak Asasi Manusia dan Kehakiman’ di ILKAP, Bangi untuk 30 Hakim-hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret dari Lembah Klang serta 10 orang pegawai undang-undang dari Pejabat Peguam Negara. Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai hak asasi manusia kepada ahli-ahli badan kehakiman serta aplikasi dan pemantauan domestik, khususnya dalam konteks undang-undang. Ia juga berperanan sebagai platform bagi para peserta untuk memberi, menerima dan bertukar pandangan dan pengetahuan tentang hak asasi manusia.
Bengkel ini dibahagikan kepada lima sesi iaitu ‘Pengenalan kepada Triti Antarabangsa Hak Asasi Manusia yang Utama’ disampaikan oleh Rafidah Yahya, ‘Hak Asasi Manusia dalam Perlembagaan Persekutuan’ disampaikan oleh Profesor Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi, ‘Isu Gender dan Hak Asasi Wanita di Malaysia’ disampaikan oleh Pesuruhjaya Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh, ‘Pemakaian Standard / Prinsip Hak Asasi Manusia dalam Sistem Keadilan Jenayah’ disampaikan oleh Pesuruhjaya Dato’ Mah Weng Kwai dan sesi terakhir adalah ‘Perlindungan Pelarian: Mandat dan Operasi UHNCR di Malaysia’ disampaikan oleh Caroline Samuel dan Devendiran Paramanantham dari UNHCR.
BULETIN SUHAKAM | 2018
23
PROMOSI
TAKLIMAT HAK ASASI WARGA EMAS Tarikh : 13 September 2018 (Rabu) Tempat: Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Alor Gajah, Melaka
SUHAKAM telah dijemput untuk menyampaikan taklimat dalam program yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Alor Gajah. Objektif utama ialah untuk meningkatkan pengetahuan golongan warga emas mengenai hak asasi mereka disamping memberi peluang kepada mereka untuk menyuarakan pendapat. Program ini disertai oleh 35 orang peserta yang terdiri daripada ahli PAWE dan beberapa pegawai daripada JKM. Program dimulakan dengan taklimat mengenai hak asasi warga emas iaitu penerangan yang lebih mendalam telah diberikan kepada peserta mengenai konsep hak asasi warga emas terutamanya yang melibatkan aspek penjagaan kesihatan. Peserta turut diberi penerangan mengenai fungsi dan bidang kuasa SUHAKAM. Selepas itu, satu aktiviti berkumpulan dijalankan dan peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan ditugaskan untuk membincangkan mengenai keperluan hak asasi warga emas yang perlu diberi perhatian oleh pihak bertanggungjawab. Berikut merupakan beberapa perkara yang dibangkitkan: 24
BULETIN SUHAKAM | 2018
i. Hak untuk Dihormati Penghormatan dan layanan baik dalam kehidupan merupakan salah satu aspek yang perlu diberi penekanan oleh semua pihak ketika berurusan dengan warga emas. Ini amat berkait rapat dengan maruah diri yang ditekankan dalam prinsip hak asasi manusia. Para peserta juga berkongsi bahawa perkara ini sememangnya berlaku dan pernah dialami oleh sebahagian daripada mereka yang mana terdapat layanan kurang mesra oleh pegawai kesihatan di klinik atau hospital. ii. Peranan SUHAKAM dalam Menangani Isu Hak Warga Emas Golongan warga emas dikategorikan sebagai golongan rentan dan SUHAKAM amat mengambil berat tentang hakhak golongan tersebut. Turut dijelaskan bahawa pada tahun 2015, SUHAKAM telah menerbitkan satu laporan khusus mengenai perkhidmatan penjagaan kepada warga emas dan juga sokongan kepada penjaga mereka. Selain itu, SUHAKAM akan menerbitkan laporan tahunan yang menyentuh mengenai pelbagai bentuk pencabulan hak asasi manusia termasuk mengenai hak warga emas. Isu-isu Lain i. SUHAKAM turut dimaklumkan bahawa peruntukan makanan harian
PROMOSI
bagi sarapan dan makanan tengahari di PAWE agak rendah iaitu RM1.30 sahaja diperuntukkan bagi setiap warga emas. ii. Pihak AJK PAWE juga memaklumkan bahawa mereka terpaksa mengutip yuran daripada kalangan ahli mereka jika ingin mengadakan sebarang aktiviti yang memerlukan perbelanjaan kewangan memandangkan peruntukan tahunan yang diberikan adalah terhad. Laporan disediakan oleh: Siti Zaihan Zulkarnain Bahagian Promosi dan Kemasyarakatan sitizaihan@suhakam.org.my
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN i. Memberikan panduan penjagaan kesihatan kepada warga emas disamping menambahbaik aspek kemudahan kesihatan. ii. Memperbanyakkan program berbentuk keilmuan dan kemasyarakatan kepada golongan orang kurang upaya. iii. Meringankan beban kewangan golongan warga emas dengan memberikan harga istimewa atau diskaun terutamanya bagi pengangkutan awam. iv. Memberi lebih banyak peluang untuk membantu warga emas menceburi bidang perniagaan bagi menambahbaik kewangan mereka. v. Mewujudkan kaunter khas di agensi kerajaan dan juga di kawasan kemudahan awam.
BULETIN SUHAKAM | 2018
25
KISAH MASYARAKAT
TRANSGENDER Bella! Saya dapat temuduga kerja.
Wow! Sally... tahniah! Tetapi macamana awak nak pergi temuduga tu nanti? Bakal majikan tidak tahu keadaan awak yang sebenar.
1
Entahlahh..Saya tak fikir lagi tentang penampilan saya semasa temuduga nanti.
2
Saya cuma berharap dapat kerja tu supaya boleh bantu mak ayah di kampung dan tampung perbelanjaan adik saya yang masih belajar.
Saya hanya nak ingatkan awak Sally, masyarakat susah nak terima orang macam kita. Awak tak ingat kisah lama di tempat kerja dulu?
3
Eh.. mana boleh lupa... Dulu teruk saya kena buli, dihina, dicerca..orang bawahan pun tak hormat kat saya. Malaslah saya nak ingat lagi tentang tu semua.. Sedihhh..iskhh..iskhh..
4
Encik Shalizan, saya tengok curriculum vitae awak ni sangat bagus. Awak pun berjawatan pengurus jualan sebelum ni. Tapi kenapa berhenti dan memilih untuk berkhidmat di syarikat lain?
Di tempat lama tu,mereka tak selesa dengan penampilan saya di pejabat, tuan! Mereka juga tak menghargai bakat dan kualiti kerja saya..
5
Ketika temuduga ...
26
Mereka panggil temuduga pun hanya berdasarkan dokumen yang awak hantar sahaja kan?
BULETIN SUHAKAM | 2018
Saya akan memberi peluang kepada yang berkelayakan dan berusaha. Jika dipilih, saya harap awak boleh menjalankan tugas dengan baik dan menjaga imej syarikat. Nasihat saya, jika saya terbuka boleh menerima awak... awak harus juga belajar untuk menerima siapa diri awak yang sebenarnya.
6
Saya faham, Terima kasih Tuan.
KISAH MASYARAKAT
7
Saya faham, semua syarikat sebenarnya mempunyai peraturan dan disiplin yang perlu dipatuhi, termasuk etika berpakaian untuk kakitangan.
8 Saya faham, tuan.
Hmmm... kena tukar imejlah aku ni gayanya ...
Saya prihatin mengenai isu-isu dalam masyarakat. Tetapi Encik Shalizan... sebagai majikan, saya juga perlu berlaku adil kepada semua kakitangan dan pelanggan, yang melanggar peraturan tetap akan diambil tindakan! Awak faham?
9
Tahniah Encik Shalizan! Encik berjaya mendapat kerja sebagai pegawai pemasaran di syarikat kami.
10
Yes! Bermula episod baru dalam hidupku! Aku boleh berubah!
Oh! Betulkah puan? Alhamdullilah..Terima Kasih!
Kisah yang dinyatakan merupakan salah satu daripada situasi yang berlaku melibatkan komuniti transgender. Komuniti ini telah sedia ada dalam masyarakat dan diskriminasi terutamanya tidak wajar berlaku waima siapa pun mereka. Rentetan beberapa isu yang dibangkitkan oleh komuniti ini serta daripada beberapa NGO agar SUHAKAM melihat dan meneliti aspek-aspek yang melibatkan hak asasi manusia komuniti transgender maka SUHAKAM telah menjalankan satu kajian pada tahun 2016. Berdasarkan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 khususnya dinyatakan di bawah Seksyen 4 (1) dan (2) untuk mempromosikan kesedaran mengenai hak asasi manusia dan menjalankan penyelidikan melalui penganjuran program, seminar dan menyebarkan hasil kajian, SUHAKAM telah menjalankan Kajian Diskriminasi Terhadap Transgender - di Kuala Lumpur dan Selangor (Hak Pendidikan, Pekerjaan, Penjagaan Kesihatan, Perumahan dan Maruah). Tumpuan diberikan terhadap kajian ini adalah disebabkan banyak diskriminasi berlaku apabila komuniti transgender ini mula mempamerkan atau mengekspresikan gender mereka. BULETIN SUHAKAM | 2018
27
KAJIAN
28
BULETIN SUHAKAM | 2018
KAJIAN
Laporan “Study on Discrimination Against Transgender Persons Based in Kuala Lumpur and Selangor (Right to Education, Employment, Healthcare, Housing and Dignity)� akan diterbitkan oleh SUHAKAM pada tahun 2019.
Objektif utama kajian ini adalah untuk membantu SUHAKAM mengenal pasti tindakan strategik untuk menghormati hak asasi komuniti transgender. Kajian ini melibatkan 100 responden transgender antara umur 18 hingga 70 tahun di Kuala Lumpur dan Selangor sahaja. Daripada 100 responden, 69 dikenal pasti sebagai wanita trans, lelaki trans (28), trans maskulin (1) dan interseks (2). Jumlah responden dihadkan adalah kerana limitasi belanjawan SUHAKAM dan sumber tenaga. Kaedah yang digunakan untuk mengumpul maklumat adalah dalam bentuk soal selidik yang mana responden diperlukan untuk melengkapkan temuramah berstruktur yang terdiri daripada soalan tertutup dan beberapa soalan terbuka. Pemilihan responden berdasarkan pensampelan rawak dan sesi temuramah dilakukan secara bersemuka berlangsung dari 6 Jun 2016 hingga 27 Oktober 2016. Hubungi Bahagian Penerbitan SUHAKAM melalui e-mel penerbitan@ suhakam.org.my untuk mendapatkan laporan penuh.
BULETIN SUHAKAM | 2018
29
Teka Kata I
K
U
D
Q
A
W
R
E
H
Z
C
C
I
D
E
P
P
C
I
E
T
E
O
C
G
Z
T
U
L
C
R
J
R
W
K
P
X
G
A
K
R
F
L
D
D
Y
G
R
B
A
A
M
G
H
R
C
T
H
V
A
S
D
W
F
C
W
B
E
J
J
I
C
E
S
C
R
Q
N
G
W
L
O
U
Y
I
P
P
K
H
E
A
Q
W
E
T
Y
B
D
L
G
Q
D
T
M
K
K
U
F
S
C
A
T
E
Y
S
I
C
G
T
R
D
Q
D
C
R
C
C
R
Y
Q
J
F
A
J
J
K
D
E
P
T
W
U
G
X
H
W
A
F
R
D
R
E
E
Akronim Konvensyen dan Triti Antarabangsa 1. Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak 2. Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita 3. Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya 4. Konvensyen Antarabangsa tentang Segala Bentuk Diskriminasi Kaum 5. Konvenan Antarabangsa Mengenai Hak Sivil dan Politik 6. Konvensyen Menentang Penyeksaan dan Hukuman Lain yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Maruah. 7. Konvenan Antarabangsa mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan. 8. Konvensyen Antarabangsa mengenai Perlindungan Hak Pekerja Migran dan Ahli Keluarga. 9. Konvensyen Antarabangsa bagi Perlindungan Orang Daripada Kehilangan Paksa. 10:10
Jom semak jawapan anda Ambil gambar guna telefon bimbit dan hantar ke penerbitan@suhakam.org.my berserta nama penuh anda. 30
BULETIN SUHAKAM | 2018
SURAT PEMBACA
Ingin berinteraksi dengan SUHAKAM? E-melkan surat anda kepada penerbitan@ suhakam.org.my berserta nama penuh atau nama pena. Surat anda perlulah padat, berbentuk pendapat, cadangan dan kritikan serta tidak melebihi 60 patah perkataan. Surat yang terpilih akan diterbitkan dalam keluaran Buletin SUHAKAM. Semoga surat anda ini dapat membantu SUHAKAM dalam merencanakan aktiviti dan program SUHAKAM pada masa akan datang. Terima kasih. Elza Nadiah bt Shaik Sulaiman 03-2612 5686 Editor
BULETIN SUHAKAM | 2018
31
32
BULETIN SUHAKAM | 2018