Academia2

Page 1

UPM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA B E R I L M U

B E R B A K T I

BULETIN PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK (CADe) Bersama Menjana Kecemerlangan Akademia

www.cade.upm.edu.my

Edisi 2

Oktober 2006

DATO’ MUSTAPA LANCAR

MODUL DAN BENGKEL KI IPTA Pusat Pembangunan Akademik (CADe) telah diberi penghormatan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menganjurkan Majlis Pelancaran Modul dan Bengkel Kemahiran Insaniah (KI) Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Majlis yang berlangsung pada 22 Ogos 2006 di Dewan Persidangan Pusat Pendidikan Luar, UPM telah dirasmikan oleh Dato’ Mustapa bin Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Majlis turut dihadiri oleh beberapa pegawai tinggi kementerian termasuk Dato’ Dr. Mohd. Adham Baba, Setiausaha Parlimen dan Prof. Dato’ Dr. Hassan Said, Ketua Pengarah, Jabatan Pengurusan Pendidikan Tinggi, serta Naib-naib Canselor, Timbalan-timbalan Naib Canselor dan pegawaipegawai kanan IPTA. Dalam ucapannya, Menteri menegaskan IPT perlu mengguna pakai pendekatan yang betul dan sesuai untuk menerapkan KI dan nilai tambah di kalangan mahasiswa dalam usaha meningkatkan kualiti graduan yang seimbang, berketerampilan dan syumul. Antaranya kebolehan berkomunikasi, penguasaan bahasa, keupayaan berfikir secara kritis, kemampuan menyelesaikan masalah, keserasian bekerja dalam pasukan, memiliki daya keusahawanan, bakat kepimpinan serta nilai moral dan etika yang tinggi. Penerapan ini boleh dilakukan melalui program akademik, ko-kurikulum dan sokongan bagi memastikan keseimbangan dalam modal insan yang dihasilkan. Selain itu, pihak IPT disaran memberi perhatian dalam kepelbagaian teknik pengajaran, kursus ko-kurikulum yang ditawarkan dan juga penilaian. Prof. Dr. Nik Mustapha R. Abdullah, Naib Canselor UPM yang hadir pada majlis tersebut telah mewakili Pengerusi

Jawatankuasa Naib-naib Canselor IPTA menerima Modul KI daripada Dato’ Mustapa. Modul berkenaan dihasilkan oleh satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh KPT dipengerusikan oleh Prof. Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi, Timbalan Naib Prof. Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi Canselor (Akademik dan Pengantarabangsaan) UPM dan dianggotai wakil-wakil IPTA.

Dr. Sidek Terajui CADe Prof. Madya Dr. Sidek Hj. Ab. Aziz, pensyarah Jabatan Fizik, Fakulti Sains UPM dilantik sebagai Pengarah CADe mulai 2 Ogos 2006 yang lalu. Beliau menggantikan Prof. Dr. Mohd. Ghazali Mohayiddin yang bersara wajib setelah menerajui CADe semenjak penubuhannya pada tahun 2002. Dr. Sidek, 45, kelahiran Tanjung Karang, Selangor merupakan pemenang Anugerah Fellowship Naib Canselor (Pengajaran) 2004 dan pernah memegang beberapa jawatan pentadbiran di UPM. Antaranya Timbalan Pengarah, Pusat Komputer; Timbalan Pengarah, Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC); dan Ketua, Laboratori Pengajaran dan Inovasi Multimedia, .. sila lihat muka 2


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Academia2 by Adzrif Effendy - Issuu