Tribun61PDF

Page 1

Tribun putra • Oktober 2009

UPM - BiotechCorp Boost for Biotechnology

 25 Oktober 2009 Bil. 61

SRI Bantu Komersil Kajian

 3

Dr. Yaakob diiktiraf Saintis Halal

 3

PP10540/02/2010(023565)

Konvokesyen UPM ke-33 Kurnia Ijazah 7,597 Graduan Tun Abdullah Ahmad Badawi dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Pembangunan Pertanian Oleh Khairul Anuar Muhamad Noh

SERDANG - Universiti Putra Malaysia (UPM) melangsungkan Majlis Konvokesyen UPM Ke-33 Tahun 2009 bermula 8 Ogos hingga 11 Ogos 2009 bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) di sini. Tuanku Canselor UPM, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mengurniakan ijazah doktor falsafah (Ph.D), sarjana (Master), bacelor dan diploma kepada graduan pada hari pertama (sesi pertama). Majlis pengurniaan ijazah yang melibatkan lapan sesi selama empat hari itu turut disempurnakan oleh dua Pro Canselor UPM iaitu Tan Sri

Dato’ Dr. Nayan Ariffin pada sesi kedua, keempat, kelima dan kelapan, manakala Tan Sri Dato’ Sri Lim Ah Lek pada sesi ketiga, keenam dan ketujuh. Seramai 7,597 graduan pelbagai pengajian akan menerima ijazah dan diploma masing-masing pada majlis itu meliputi penerima Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) seramai 141, Ijazah Sarjana (1,072) Bacelor (5,984) dan Diploma (400). Daripada penerima bacelor seramai 5,984, seramai 417 pelajar mendapat ijazah kelas pertama, kelas kedua 3,968, kelas kedua bawah 1,396 dan kelas ketiga 34,” katanya. UPM turut menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pembangunan

Foto | Ahmad Fua’ad Alwi

Menarik di dalam

www.tribunputra.upm.edu.my

> Lihat muka 5

Kit Pantas Kesan Kulat Maut Dihasilkan

 5

Iqbal Cipta Pengesan Kulit Kerang Potensi Baiki Tulang Kanser Awal Oleh Sharifah Azmawati Syed Abd. Aziz

Oleh Ili Syazwani Zahimi

Alat Pempastur Jimat Tenaga Dicipta

Foto | Saliha Haron

Foto | Noor Azreen Awang

 5

Kumpulan saintis UPM, dari kiri Dr. Bahaa Fakhri Hussein, Prof. Madya Dr. Md Zuki Abu Bakar@ Zakaria dan Prof. Madya Dr. Noordin Mohamed Mustapha.

‘Miss Indonesia’ Tinggalkan Glamor

 11

SERDANG – Sekumpulan saintis UPM berjaya menghasilkan produk yang boleh membaiki kecacatan tulang atau merangsang pembentukan tulang menggunakan bahan komposisi bioseramik berliang (Porous Bioceramic Composition) daripada kalsium karbonat yang terkandung di dalam kulit kerang. Kumpulan saintis seramai lima orang itu diketuai oleh Profesor Madya Dr. Md Zuki Abu Bakar@Zakaria, Jabatan Sains Praklinikal Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar, UPM telah memulakan kajian sejak tahun 2007 untuk mengganti atau membaikpulih kecacatan tulang haiwan dan manusia disebabkan kanser tulang, kemalangan dan boleh digunakan untuk

pembedahan kosmetik. “Bahan utama perancah (scaffold) ini ialah kalsium karbonat yang terkandung dalam kulit kerang dan akan dicampur bersama bahan lain seperti dekstrin, dekstran, gelatin dan air untuk membentuk produk ini di dalam acuan khas. “Perancah tersebut perlu disemai dan dieram dengan osteoblas yang boleh diperolehi daripada sel sum-sum tulang dan dicambahkan dalam makmal kultur tisu sebelum perancah ditanam ke dalam tulang yang ingin dibaikpulih,” kata Dr. Zuki pada sidang media Produk Penyelidikan UPM anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Bahagian Komunikasi Korporat di sini. > Lihat muka 5

Dr. M. Iqbal Saripan menunjukkan Pengkolimat Jaringan Wayar yang berfungsi dengan meningkatkan sensitiviti mesin sedia ada untuk mengesan sel kanser peringkat awal bersaiz ~0.1mm.

SERDANG – Dr. M. Iqbal Saripan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya mencipta komponen baru atau pengkolimat dalam mesin pengimejan nuklear yang boleh mengesan sel kanser pada peringkat awal. Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi UPM, Dr. Iqbal berkata penggunaan komponen yang diberi nama ‘Pengkolimat Jaringan Wayar’ boleh meningkatkan sensitiviti mesin sedia ada untuk mengesan aktiviti sel kanser dalam saiz yang kecil atau pada peringkat awal.

“Pengkolimat ini dipilih kerana ia lebih sensitif mengesan sebarang perubahan dalam aktiviti sel badan manusia dengan menggunakan kaedah simulasi jitu Monte Carlo. “Pengkolimat sedia ada yang digunakan di hospital seluruh dunia hanya boleh mengesan sel kanser bersaiz ~10mm tetapi pengkolimat saya boleh mengesan sel bersaiz ~1mm,” katanya pada sidang media Produk Penyelidikan UPM anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Bahagian Komunikasi Korporat di sini. Dr. Iqbal berkata pengkolimat > Lihat muka 10


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.