Al quds newsletter issue no 92

Page 1


Pihak Berkuasa Antikuiti Israel merampas ratusan artifak yang dianggarkan bernilai satu juta dolar Amerika

JERUSALEM, 10 Julai 2016 (PIC)– Pihak Berkuasa Antikuiti Israel merampas ratusan artifak yang dianggarkan bernilai satu juta dolar Amerika dari kedai barangan antik Palestin pada hari Ahad di Jalan Al-Wad, Kota Lama Jerusalem kerana didakwa tidak mempunyai permit perniagaan. Bercakap kepada Media Al-Quds, pemilik kedai tersebut, Nabil Al-Hroub (47 tahun) menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan bahawa tuduhan itu tidak benar. Beliau memberitahu bahawa kedai itu adalah sumber pendapatan utama bagi seratus orang ahli keluarga al-Hroub. Beliau menegaskan bahawa pihak berkuasa Israel melakukan pelbagai bentuk tekanan kepada penduduk Kota Lama Jerusalem untuk mengusir mereka daripada tempat tersebut. Pihak berkuasa Israel telah melalukan pelbagai cara untuk memberi tekanan terhadap penduduk Kota Lama supaya mereka keluar daripada bandar tersebut. Beliau juga menambah bahawa penduduk telah diarahkan supaya tidak membeli barangan daripada kedainya sejak beberapa bulan yang lalu, tegas pemiliknya. Sumber: Yayasan Al-Quds Malaysia 1


Zionis cuba halang resolusi UNESCO berkaitan Masjid al-Aqsa AL-QUDS, 10 Julai 2016 (PIC) — Kementerian Luar Zionis dengan kerjasama pejabat kedutaannya sedang menjalankan kempen untuk menggagalkan satu deraf resolusi Palestin-Jordan di UNESCO yang menafikan kaitan Yahudi dengan Masjid al-Aqsa. Deraf resolusi tersebut akan dibentangkan bagi undian jawatankuasa UNESCO, yang melibatkan 21 buah negara. Ia mendesak supaya Masjid al-Aqsa diserahkan semula kepada statusnya sepertimana sebelum penjajahan Zionis ke atas al-Quds pada tahun 1967. Rejim Zionis didakwa mencabul undang-undang antarabangsa, Konvensyen Geneva dan perjanjian The Haque dengan menyalah guna kuasanya sebagai pihak penjajah. Zionis turut memusnahkan tempat-tempat bersejarah dan menghalang usaha membaik pulih yang dilakukan oleh kerajaan Jordan. Sumber: HALUAN Palestin

Tahanan termuda dunia akan didakwa di Mahkamah Agung Zionis AL-QUDS, 10 Julai 2016 (PIC) — Dua tanahan paling muda di dunia, Shadi Farrah dan Ahmad al-Zaatari, akan di dakwa di Mahkamah Agung Zionis di al-Quds hari ini. Kedua-dua kanak-kanak yang berumur 12 tahun itu ditahan pada 30 Jauari lalu ketika dalam perjalan pulang dari sekolah di kejiranan Kafr Aqeb di al-Quds, setelah didakwa membawa pisau. Kanak-kanak tersebut ditahan dalam penjara, sungguhpun undang-undang Zionis sendiri tidak membenarkan kanak-kanak bawah umur ditangkap. Mereka dikurung bersama para penjenayah dan pesalah lain, yang boleh membahayakan mereka. Sumber: HALUAN Palestin 2


900 penduduk Gaza masih memerlukan rawatan akibat serangan dua tahun lalu

GAZA, 7 Julai 2016 (Maan) — Pada hari ulangtahun kedua serangan brutal tentera Zionis ke atas penduduk Gaza, seramai lebih 900 orang masih lagi memerlukan rawatan akibat kecederaan yang mereka tanggung dalam serangan selama 51 hari tersebut. Di Hospital as-Shifa sahaja, seramai 3,839 pesakit berdaftar masih menunggu giliran untuk menjalani pembedahan, di mana lebih separuh daripadanya melibatkan pembedahan utama. Temujanji untuk menjalani pembedahan telah dijadualkan sehingga ke tahun 2018. Menurut UNRWA, senarai menunggu yang begitu panjang membuatkan sebahagian pesakit kecewa dan terpaksa menanggung sakit serta berhadapan dengan risiko penyakit lain akibat penangguhan rawatan.

Sumber: HALUAN Palestin

3


150,000 jemaah solat sunat Aidilfitri di Masjid al-Aqsa, ribuan yang lain dihalang masuk al-Quds

AL-QUDS, 6 Julai 2016 (PIC) — Ribuan penduduk Islam mendirikan solat sunat Aidilfitri di Masjid al-Aqsa, manakala ribuan yang lain dihalang memasuki wilayah al-Quds untuk menuju ke masjid suci itu. Jabatan Wakaf menganggarkan seramai 150,000 jemaah telah berjaya melepasi halangan pasukan keselamatan Zionis dan memasuki al-Aqsa, di mana mereka tiba sejak waktu Subuh. Polis Zionis mengisytiharkan mereka akan mengambil langkah mengetat kawalan di seluruh al-Quds sepanjang musim perayaan Adilfitri, serta menutup laluan masuk utama bagi menghalang penduduk Islam berkunjung ke al-Quds dan Masjid al-Aqsa.

Sumber: HALUAN Palestin

4


Israeli bill to impose more restrictions on Palestinian prisoners 7 Julai 2016 (PIC) An Israeli bill is scheduled to be submitted to the Knesset for its first reading to impose more restrictions on Palestinian prisoners especially those affiliated to Hamas Movement. Under the proposed bill, Palestinian prisoners would be barred from family visits, watching TV, purchasing anything at the canteen, and pursuing a higher education from prison. The proposal was submitted by Yisrael Beytenu MK Oded Forer. Forer has discussed the bill with the Israeli Security Minister Gilad Erdan to drum up his support. Israeli media sources noted that the proposal had the support of Israeli Army Minister Avigdor Liberman. There are currently nearly 7000 Palestinian prisoners in Israeli jails, hundreds of them are held without charge or trial amid very difficult detention conditions. Sumber: HALUAN Palestin

Penduduk Gaza sambut Aidilfitri dalam keadaan dikepung sejak 10 tahun lalu GAZA, 6 Julai 2016 (MEMO) — Pasar di kota Gaza malam tadi menyaksikan sebahagian penduduk wilayah yang dikepung oleh rejim Zionis dan sekutunya itu cuba membuat persiapan terbaik yang mampu menyambut ketibaan Aidilfitri. Hari ini di awal pagi, mereka berkumpul mendirikan solat sunat Aidilfitri sungguhpun terpaksa menyambut hari kebesaran itu dengan serba sederhana. Dalam khutbah Aidilfitri yang disampaikan oleh pemimpin Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh, beliau menegaskan bahawa Gaza tidak lagi takut terhadap ancaman rejim Zionis ke atas mereka, kerana penduduk Gaza mempunyai barisan [pejuang] yang akan mempertahankan Gaza dan penduduknya. Beliau juga menyeru barisan pimpinan di Palestin menghentikan perpecahan, dan bersatu menghadapi keganasan Zionis.

Sumber: HALUAN Palestin 5


Zionis akan bina 290 unit penempatan baharu di al-Quds AL-QUDS, 6 Julai 2016 (PIP) Rejim Zionis telah memulakan kerja merata tanah di kejiranan al-Sheikh Jarrah bagi membina jalan dan kawasan bangunan perumahan untuk menempatkan pendatang Yahudi. Projek ini merupakan sebahagian daripada siri penempatan di atas tanah Palestin seluas 334.5 hektar yang dirampas pada tahun 1968. Sehingga kini, terdapat sebanyak 29 penempatan Yahudi yang dibina secara haram di atas tanah Palestin seluas 11,200 hektar yang dihuni oleh 269,996 pendatang, iaitu 50% daripada jumlah keseluruhan pendatang Yahudi di dalam Wilayah Palestin 1948.

Sumber: HALUAN Palestin

Sheikh Raed Salah dikurung berseorangan GURUN NAQAB, 4 Julai 2016 (MEMO) —Ahli Parlimen Dr Yousef Jabarin yang melawat Sheikh Raed Salah di penjara Ramon di Gurun Naqab mengesahkan bahawa tokoh Palestin itu dikurung dalam penjara berseorangan dan terpisah dari semua tahanan lain. Dr Yousef mendakwa bahawa Sheikh Raed ditahan di penjara Ramon sebagai satu bentuk hukuman ke atas semua ahli keluarga beliau, kerana mereka perlu melalui perjalanan yang sukar dan jauh untuk melawat. Sumber: HALUAN Palestin

6


7 syahid dan 963 ditahan di Jerusalem sejak Januari lalu

Laporan

JERUSALEM – Pusat Informasi Wadi Helweh merekodkan kematian tujuh orang syuhada dari Jerusalem termasuk seorang kanak-kanak perempuan, seorang remaja dan juga seorang wanita. Mereka telah dibunuh melalui tembakan oleh tentera Israel. Sementara itu, 963 orang ditahan termasuk 47 orang wanita, 58 warga emas dan 366 rakyat bawah umur pada pertengahan tahun pertama 2016. Dalam laporan yang dikeluarkan pada hari Ahad, pusat informasi tersebut mendedahkan bahawa para syuhada dibunuh atas dakwaan mereka melakukan percubaan menikam dan membunuh. Mereka tidak diberi peluang untuk membela diri. Pusat Informasi merujuk kepada tindakan Israel yang menyimpan mayat 6 syuhada serta serangan 6272 penceroboh terhadap Masjid Al-Aqsa dan pengusiran Jemaah Masjid dari tempat suci tersebut dalam tempoh sebulan hingga ke 6 bulan sejak Januari lalu. Penceroboh Zionis yang fanatik juga menyebarkan slogan anti-kristian di dinding gereja Jerman yang digelar Dormition Sanctae Mariae dan Institut Paderi Ortodoks Patriarchate di Gunung Zion, Kota Lama Jerusalem. Mereka juga menyerang tiga rakyat Jerusalem di kawasan barat Bandar tersebut. Sumber: Yayasan Al-Quds Malaysia

7


8

On Gaza war anniversary, Amnesty slams impunity for war crimes

Gaza, 08 Julai 2016 (MEMO) Two years on from the start of Israel’s unprecedented assault on the Gaza Strip, Amnesty International has slammed the lack of accountability for crimes committed during the offensive. In a new briefing published on the second anniversary of ‘Operation Protective Edge’, the global human rights group says the impunity enjoyed by those responsible for violations is “indefensible.” The briefing includes interviews with relatives of those killed, describes the flaws in the Israeli military’s investigations to date, and also notes attacks that clear-

ly targeted civilians. The latter include the killing of four Palestinian boys on a Gaza City beach on July 16, as well as what Amnesty describes as “an unrelenting onslaught against civilians” in Rafah on August 1. According to the briefing, Israeli attacks killed 1,462 Palestinian civilians, including 551 children, while Palestinian projectile fire killed six civilians in Israel. In addition, “schools, medical facilities, water and sanitation networks, farms and businesses across the Strip were severely damaged or destroyed”, and “more than 18,000 homes in

Gaza were destroyed or damaged beyond repair.” Amnesty describes Israel’s military investigations process as lacking transparency, effectiveness and independence, noting that the only criminal charges thus far have been brought against three soldiers for looting and obstructing an investigation. Amnesty also criticises the lack of investigations into international law violations by Hamas and other armed factions, citing both projectile fire into Israel, as well as the killings of alleged collaborators.



Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.