Al quds newsletter issue no 93

Page 1

Berita : • Kanak-kanak Palestin dihukum penjara 8 bulan • Zionis setuju bina ribuan unit rumah baharu untuk pendatang Yahudi di al-Quds • Knesset Zionis lulus undang-undang 3 tahun penjara bagi kesalahan menghina bendera Zionis • Lebih 220 pendatang Yahudi dibawa masuk dari Amerika Utara • Keperluan pelarian di Gaza lebih besar berbandingdana yang dimiliki : UN GAZA

Artikel : Meyahudikan Al-Quds melalui projek penempa tan haram

Laporan: Dua Rakyat Palestin Terbunuh, 44 Tercedera Sejak Minggu Lalu


Keperluan pelarian di Gaza lebih besar berbanding dana yang dimiliki : UN GAZA

Gaza Strip, 22 Julai 2016 (Memo) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bahagian Pembangunan Manusia dan Bantuan Pelarian Palestin (UNRWA) semalam mengingatkan bahawa keperluan pelarian di khemah pelarian Gaza lebih besar berbanding jumlah dana yang dimiliki, menurut laporan agensi berita Safa. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh organisasi tersebut, bilangan pelarian dan keperluan mereka semakin bertambah, malangnya bajet yang dimiliki oleh agensi tersebut tidak cukup untuk menampung keperluan mereka. Turut dilaporkan bahawa kekurangan bajet mencapai kira-kira 74 juta pada tahun 2016. Mereka menambah bahawa semua dana yang diperuntukkan adalah tidak cukup disebabkan oleh kekurangan besar di bahagian bajet. UNRWA berkata bahawa penderma telah menyumbangkan sebanyak 247 juta untuk projek perumahan sementara berikutan serangan yang dilakukan oleh Israel ke atas Gaza pada tahun 2014. Projek tersebut memerlukan dana sebanyak 720 juta, di mana mereka masih kekurangan 473 juta untuk melaksanakan projek tersebut. Dalam menyelesaikan isu ini, organisasi antarabangsa memanggil para penderma yang bermurah hati untuk menyumbangkan dana bagi menjayakan projek perumahan kecemasan, yang akan menampung kos sewa dan bantuan wang tunai untuk membina dan membaiki rumah-rumah yang rosak di Gaza. Penterjemah: Yayasan Al-Quds Malaysia 1


Zionis lulus undang-undang bagi mendenda laman media sosial NAZARETH, 21 Julai 2016 (PIC) Rejim Zionis semalam meluluskan satu undang-undang baharu yang membolehkan laman media sosial didenda sekiranya tidak membuang paparan atau artikel berbentuk anti-penjajahan atau mencetus keganasan. Undang-undang yang dicadangkan oleh Ahli Parlimen Revital Swid dari parti Kesatuan Zionis itu akan akan memberi syarikat pengendali laman media sosial termasuk Facebook, YouTube dan Twitter, tempoh selama 48 jam untuk membuang artikel atau paparan berkenaan. Syarikat pengendali laman tersebut akan didenda sebanyak $78,000 bagi setiap paparan. Sekiranya pengendali laman media sosial secara sengaja tidak membuang paparan tersebut, contohnya selepas paparan tersebut dipetik oleh agensi media utama, denda ke atas mereka akan digandakan. Sepanjang Mac lalu, sebanyak 296,000 artikel dan 136,000 foto dipaparkan di laman Facebook dalam setiap minit. Facebook mempunyai pengguna aktif seramai 1.09 bilion orang setiap hari.

Kanak-kanak Palestin dihukum penjara 8 bulan AL-QUDS, 20 Julai 2016 (PIC) Mahkamah Pusat Zionis menjatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan ke atas kanak-kanak Adham Zaatari, 14, atas sabit kesalahan membaling batu. Beliau kini ditahan dalam penjara Megiddo setelah dipindahkan dari sebuah pusat pemulihan. Adham juga dikenakan pertuduhan baharu iaitu menceroboh masuk ke dalam sebuah rumah pendatang Yahudi dan menyerang keluarga Yahudi tersebut dengan semburan lada pemedih mata. Perbicaraan atas tuduhan baharu ini akan diadakan pada 27 September. Adham pernah ditangkap sebanyak empat kali, di mana kali terakhir adalah pada bulan November 2015 dalam pertempuran di bandar al-Ram di utara al-Quds. Penterjemah : HALUAN Palestin 2


Zionis setuju bina ribuan unit rumah baharu untuk pendatang Yahudi di al-Quds AL-QUDS, 20 Julai 2016 (PIP) Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Bandar Zionis di al-Quds bersetuju untuk melaksanakan projek besar bagi menempatkan pendatang Yahudi di al-Quds, melibatkan pembinaan bangunan flat, kawasan perniagaan, hotel dam menara setinggi 30 tingkat di sepanjang laluan keretapi ringan di kota tersebut. Laluan tersebut merentang sepanjang 22.5 kilometer dari kota al-Quds sehingga perkampungan Beit Hanini di utara al-Quds.

Pegawai perisik Zionis dan pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa AL-QUDS, 20 Julai 2016 (PIC) Beberapa kumpulan pegawai perisik Shin Bet dan pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa dengan diiringi oleh pasukan polis pagi tadi. Mereka masuk melalui pintu al-Magharebah dan meninjau perkarangan tapak suci umat Islam itu. Terdahulu, kumpulan lain seramai 12 pendatang Yahudi turut menceroboh masuk dan cuba melakukan ritual di situ, sehingga mencetuskan ketegangan dan kemarahan para jemaah. Seorang pemuda Palestin ditahan oleh polis Zionis di perkarangan masjid, kemudian dibebaskan selepas disoal siasat. Penterjemah : HALUAN Palestin

3


Knesset Zionis lulus undang-undang 3 tahun penjara bagi kesalahan menghina bendera Zionis BEIT LAHM, 19 Julai 2016 (Maan) Aktivis dan penduduk Palestin berhadapan dengan risiko dihukum penjara apabila parlimen Zionis, atau lebih dikenali sebagai Knesset, meluluskan undang-undang meningkatkan hukuman atas kesalahan merosakkan atau memijak bendera Zionis, atau apa-apa yang disifatkan sebagai “tindakan menghina� bendera tersebut. Mereka yang disabitkan bersalah boleh dikenakan hukuman maksimum penjara selama tiga tahun dan denda sebanyak 58,400 shekel (RM60,090), di samping dibatalkan hak bagi mendapatkan kemudahan rawatan kesihatan, bantuan pengangguran dan biasiswa pendidikan tinggi.

Zionis musnah tanah perkuburan Palestin di al-Quds Timur

Kanak-kanak al-Quds ditembak mati

AL-QUDS, 19 Julai 2016 (PIC) Pasukan polis Zionis menembak mati kanak-kanak Palestin Muhye Muhammad Sidqi al-Tabbakhi, 12, daAL-QUDS, 19 Julai 2016 (Maan) Sekumpulan pekerja Pihak Berkuasa Alam dan Ta- lam satu pertempuran di bandar Ram di utara al-Quds man yang diiringi oleh tentera Zionis hari ini memus- petang tadi. nahkan tanah perkuburan Islam Bal al-Rahma di Mangsa ditembak secara sengaja dengan peluru getah tembok sebelah timur Masjid al-Aqsa. di bahagian jantungnya dan kemudian dikejarkan ke Pihak rejim merancang untuk menjadikan kawasan Pusat Rawatan Palestin di Ramallah, di mana beliau tersebut sebagai sebuah taman pelancongan. Tanah meninggal dunia. perkuburan Bal al-Rahma dikatakan berumur lebih Pertempuran terceteus apabila pihak polis menyerang 1,400 tahun. masuk bandar al-Ram dan melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata ke arah penduduk. Penterjemah : HALUAN Palestin 4


Lebih 220 pendatang Yahudi dibawa masuk dari Amerika Utara AL-QUDS, 18 Julai 2016 (PNN) Lebih 220 pendatang Yahudi dari Amerika dan Kanada akan tiba di wilayah Palestin yang terjajah esok. Mereka dibawa menaiki sebuah pesawat yang disewa khas oleh “Nefesh B’Nefesh”, sebuah kumpulan yang didokong oleh rejim Zionis dan menggalak serta memudah cara penghijrahan Yahudi dari Amerika, Kanada dan Britain. Ketibaan pendatang ini merupakan salah satu daripada perancangan untuk membawa masuk lebih 2,000 Yahudi dari Amerika Utara sepanjang musim panas ini. Nefesh B’Nefesh telah membawa masuk seramai 45,000 pendatang Yahudi sejak tahun 2002.

3 tahanan mogok lapar dipindahkan ke kurungan kecil berseorangan AL-QUDS, 18 Julai 2016 (PIC) Tiga tahanan Palesitin yang melancarkan mogok lapar membantah tahanan pentadbiran ke atas mereka sejak 15 Julai lalu dipindahkan ke dalam kurungan kecil secara berseorangan di penjara Ofer, tanpa diberi sebarang minuman. Prosedur agresif pihak penjara Zionis ke atas tahanan Malik al-Qadi, 20, Munanad Jaber, 24, dan Ayyad al-Herimi, 23, yang semuanya berasal dari Beit Lahm, bermula apabila pasukan khas tentera Zionis memecah masuk ke dalam kurungan mereka pada jam 3:00 pagi dan menggeledah dengan menggunakan anjing pengesan. Dalam pada itu, seramai 48 orang tahanan Palestin di penjara Gilboa turut dibiarkan dalam keadaan cuaca panas dan tidak dibekalkan dengan kipas secukupnya. Penterjemah : HALUAN Palestin

5


Kanak-kanak Palestin dihukum penjara 78 bulan AL-QUDS, 17 Julai 2016 (Maan) Mahkamah tentera Zionis hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama enam setengah tahun ke atas Muawiya Alqam, 14, atas tuduhan menikam seorang pengawal keselamatan Yahudi di penempatan haram Pisgat Zeev di utara al-Quds pada bulan November lalu. Muawiya juga dikenakan hukuman menjalani pemulihan selama tiga tahun, di mana hukuman penjara selama 10 tahun akan dikenakan secara otomatik jika hukuman itu dilanggar. Keluarga beliau diarah membayar denda sebanyak 26,000 shekel (RM26,751), iaitu lebih daripada setahun gaji bagi seorang pekerja awam Palestin. Muawiya dituduh melakukan serangan tersebut bersama sepupunya Ali Arqam, 12. Ali yang telah ditembak sebanyak tiga kali ketika kejadian tersebut masih ditahan di pusat pemulihan kanak-kanak selepas menjalani operasi membuang peluru dari bahagian perutnya.

Polis Zionis iringi pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa AL-QUDS, 17 Julai 2016 (PIC) Segerombolan pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa secara provokatif pagi tadi, dengan diiringi dan dikawal oleh pasukan polis Zionis. Sebahagian pendatang cuba melakukan ritual agama mereka di tapak suci umat Islam itu, tetapi berjaya dihalang oleh para jemaah. Pada masa yang sama pihak polis penjajah terus menyekat beberapa orang Muslimat Palestin memasuki masjid. Muslimat terbabit berkumpul berdekatan pintu-pintu masuk masjid sambil membaca al-Quran. Penterjemah : HALUAN Palestin 6


Dua Rakyat Palestin Terbunuh, 44 Tercedera Sejak Minggu Lalu

Laporan

Jerusalem: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bahagian Kordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) berkata pada laporan yang dikeluarkan pada Jumaat lalu bahawa dua orang rakyat palestin terbunuh ditembak oleh Israel sejak minggu lepas manakala 44 yang lain tercedera termasuklah 13 orang kanak-kanak. Dalam laporan yang bertajuk “Perlindungan Orang Awam�, tentera Israel dilaporkan membunuh seorang pemuda Palestin di kawasan pintu masuk Kem Pelarian Aroub di Utara Al Khalil dan juga seorang kanak-kanak di Bandar Ar-Ram, Utara Jerusalem. Dalam tempoh yang dilaporkan tersebut, seramai 44 orang rakyat tercedera termasuk 13 orang kanak-kanak daripada seluruh kawasan di Jerusalem. 22 buah rumah milik rakyat Palestin juga telah dirobohkan dan ditutup sejak awal tahun ini sebagai langkah punitif Israel, menyebabkan 110 orang kehilangan tempat tinggal. Puak Israel juga merobohkan sebanyak 23 buah rumah yang dibina tanpa permit di kawasan C yang dikawal oleh mereka, menyebabkan 43 orang termasuk 25 kanak-kanak kehilangan tempat berteduh. Dalam waktu yang sama, pihak berkuasa Israel mengeluarkan 13 perintah untuk menghentikan pembinaan fasiliti rakyat Palestin di Kawasan C dan Jerusalem. Laporan ini juga merekodkan bahawa tentera Israel telah melakukan 9 serangan yang mensasarkan rakyat Palestin terutama di kawasan Bethlehem dan Salfit. Penterjemah: Yayasan Al-Quds Malaysia 7


Meyahudikan Al-Quds melalui projek penempatan haram

Jamal Amro

Seorang pakar dalam sejarah Jerusalem dan Masjid Al -Aqsa

Sumber: Aljazeera Penterjemah: Yayasan Al-Quds Malaysia Al-Quds ialah bandar yang terbesar di Palestin dari segi keluasan serta bilangan penduduk dan paling banyak kepentingan agama di situ. Kedudukan Al-Quds yang strategik menjadikannya sebagai pusat ekonomi dan perdagangan yang penting. Bandar ini juga mempunyai kepentingan dari sudut spiritual, sejarah, kebudayaan dan politik. Seluruh tanah di bahagian timur Al-Quds terletak dibawah pemerintahan kerajaan Jordan selepas tentera British keluar daripada Palestin pada tahun 1948 hingga ke penguasaan Israel ke atas bandar tersebut pada tahun 1967. Dalam wilayah ini, terdapat Kota Lama Al-Quds yang menjadi tempat yang suci bagi umat Islam dan Kristian. Seperti yang diketahui, tentera Israel menguasai bahagian Barat Kota Al-Quds. Kawasan yang dikuasai oleh Israel bersamaan dengan 80% daripada al-Quds pada tahun 1948. Bandar tersebut mempunyai 39 penempatan rakyat Palestin, tetapi kebanyakan bangunannya telah dimusnahkan. Kawasan yang berbaki dijadikan penempatan untuk pendatang Yahudi dan tentera Israel. 8

Keadaan terbaru di Al-Quds Ketika bahagian timur al-Quds dijajah pada tahun 1967, Datuk Bandar Zionis, Moshe Dayan dengan sokongan daripada ketua tentera Israel memberi arahan terhadap para jurutera dan arkitek untuk mewujudkan satu suasana baru di Al-Quds untuk kemaslahatan kaum Yahudi. Beberapa hari selepas penjajahan mereka, Har Al-Mugharabah yang terletak di Kota Lama Al-Quds telah dirobohkan. Mereka juga telah mengusir hampir 1000 penduduk Arab dari rumah mereka dan menubuhkan tembok Al-Buraq serta mengambil 17.700 dounam tanah di Al-Quds. Tindakan ini dibuat berdasarkan sistem politik Israel yang bertujuan untuk menguasai sebahagian besar kawasan al-Quds dan mengurangkan bilangan orang Arab di atas tanah tersebut. Keluasan Kota Al-Quds yang dikuasai oleh Israel pada tahun 1967 hampir mencecah 6.5 km persegi, sehingga ke bahagian utara Jabal Al-Masyarif, selatan Hayyu Sauri, timur sempadan negara Baudis dan barat garisan hijau. Selepas tahun 1967, Israel meluaskan sempadan kawasan jajahan mereka di timur Kota Al-Quds sehingga mecapai 7o km persegi. Mereka mengambil semua kawasan di Tebing Barat yang merangkumi seluruh kawasan kawasan di utara sehingga ke sempadan Ramallah selepas mengecualikan Ar-Ram, Dahiat Al-Barid dan Bir Nabala.

Penjajahan Israel menjadikan kawasan timur dan barat Al-Quds berkeluasan 108 km persegi dimana ia mengandungi tanah yang paling luas dengan bilangan penduduk Palestin yang paling sikit.

Pembinaan penempatan haram Yahudi Sebanyak 34 kawasan penempatan haram Israel telah dibina di timur Al-Quds selepas penjajahan mereka pada tahun 1967. Pada tahun 2005, bilangan penduduknya telah mencapai 218 ribu orang. Penjajahan ini telah menyebabkan AlQuds terbahagi kepada dua iaitu bahagian dalam yang terletak di Timur Kota Al-Quds dengan 16 buah penempatan dan bahagian luar Timur Kota Al-Quds yang mempunyai 18 buah penempatan haram. Kawasan penempatan ini berkeluasan 38 km persegi. Dalam pada itu, 24 buah lokasi pelaburan telah dibina secara rawak pada tahun 1996 hingga tahun 2015. Panjang lencongan yang dibina untuk menghubungkan antara lokasi-lokasi tersebut di dalam dan sekitar Al-Quds mencapai 112 km. Pembinaan ini menyebabkan persekitaran Al-Quds berubah dan Tebing Barat terbahagi kepada dua bahagian. Demi memastikan aktiviti pembinaan penempatan ini berjalan lebih giat, mereka boleh menjadikan kawasan yang hijau dan terbuka berubah menjadi kawasan pembi-


naan dalam tempoh satu malam sahaja seperti yang berlaku di Jabal Abu Ghanem, penempatan Har Houma dan Shuafat serta penempatan Reches Shuafat. Di sesetengah kawasan, terdapat pengumuman bahawa kawasan pembinaan akan dijadikan kawasan terbuka seperti Hayyu AlBustan di Silwan. Dasar pekauman ini mewujudkan sekitar 22000 kediaman yang tidak berlesen, termasuk 9000 diancam untuk dirobohkan.

Penempatan Haram 1) Penempatan Nabi Yakub

Haram

Pengumuman untuk meram pas 1835 dounam dibuat pada tahun 1968-1980 dan pengumuman ini disiarkan di dalam akhbar rasmi dibawah undang-undang tanah (Rampasan demi kamaslahatan awam pada tahun 1943). Unit penempatan yang dibina telah mencapai 3800 buah dimana terdapat 19,300 orang di dalamnya di atas tanah berkeluasan 862 dounam.

Perobohan dan pembi2) Ramut naan Kawasan ini memperlihatkan jajahan terbesar dibuat keatas Kota AlDasar Israel dalam meyahudikan Kota Al-Quds bermula pada tahun 1967 dimana mereka merobohkan Harah As-Syaraf dan Hayyu Al-Mugharabah serta merta untuk meluaskan dan membina Hayyu Yahudi yang baru pada tahun 1968. Kemudian mereka merampas 116 dounam tanah mengikut keputusan yang dikeluarkan oleh kementerian kewangan bersama dengan peta bernombor B/1/322/108. Peta ini disiarkan dalam akhbar rasmi bernombor 1443. Kawasan yang dirampas ini mempunya 595 bangunan yang mengandungi 1048 buah kedai dan kubur, lima buah masjid, empat buah sekolah dan pasar bersejarah arab (Souq AlBasyurah) serta lorong perniagaan dimana ia terletak di Jalan Bab As-Silsilah. Sepanjang jalan ini terdapat beberapa buah bangunan bersejarah yang dibina pada zaman Al-Mamluki. Kawasan ini didiami oleh 6000 orang arab di dalam tiga Hayyu iaitu Hayyu Al-Mugharabh yang telah musnah secara keseluruhan akibat perang, sebahagian daripada Hayyu As-Siriyan dan Hayyu As-Syaraf. Kawasan ini membentuk sekitar 20% daripada keluasan Kota Lama Jerusalem dan keluasannya mencapai 868 dounam. 9

Quds (tahun 1970) dimana Israel telah menyita 4840 dounam tanah. Mereka mula mengasaskan penempatan pada tahun 1972 dengan keluasan 2875 dounam.

3) Gilo

Bermula dengan penubuhan penempatan haram pada tahun 1971 selepas merampas 2700 dounam tanah pada tahun 1970. Berdasarkan pelan induk bernombor (1905), keluasan kawasan jajahan telah mencapai 2743 dounam. Sebanyak 7484 unit penempatan telah dibina dengan bilangan 30,200 penduduk. Kawasan ini telah diperluaskan lebih dari sekali dimana yang terbaru sebanyak 300 unit penempatan telah ditambah selepas rampasan seterusnya berlaku kerana mereka mendakwa ia adalah tanah yang tiada hak milik. Bangunan Universiti Hebrew dibina di atas tanah berhampiran Al-Issawiya pada tahun 1924. Begitu juga dengan hospital. Bangunan tersebut berkekalan sehingga 1948. Universiti Hebrew kekal di bawah penguasaan Pertubuhan Bebas Bangsa-bangsa Bersatu.

4) Timur Tel Aviv

Rampasan seluas 2240 dounam daripada tanahnya berikutan keputusan rampasan yang dikeluarkan pada tahun 1970. Pelan induk bernombor 1848 menunjukkan bahawa keluasan kawasan jajahan ini mencapai 1071 dounam dan sebanyak 4400 unit penempatan dibina di atasnya untuk dihuni oleh 15,000 pendatang. Penjajahan ini dan juga penjajahan Gilo, membentuk satu pertalian Selatan Timur daripada pertalian yang wujud di sekitar Kota Al-Quds.

5) Ma’a lot Dafna

Penjajahan dilakukan berdasarkan keputusan bernombor hf 111/322 pada tahun 1968. Tanah ini dimiliki oleh kaum keluarga dari Kota AlQuds. Keluasan tanah jajahan ini hampir mencecah 389 dounam dan sebanyak 1184 unit penempatan dibina diatasnya bermula pada tahun 1973 di kawasan lama Al-Quds yang memisahkan antara dua bahagian Al-Quds.


6) Universiti Hebrew

Bangunan Universiti Hebrew dibina diatas tanah berhampiran Al-Issawiya pada tahun 1924. Begitu juga dengan hospital dan berkekalan sehingga 1948. Universiti Hebrew kekal di bawah penguasaan Pertubuhan Bebas Bangsa-bangsa Bersatu. Selepas tahun 1967 dimana berlaku penjajahan terhadap banyak kawasan di daerah Al-Issawiya dan Lafta, mereka meluaskan sempadan sehingga ke kawasan al-haram dan kawasan arab. Mereka menghubungkan kawasan ini dengan Barat Jerusalem melalui kediaman yang dibangunkan berhampiran French Hill, Jabat Homphtar, Ramat Eshkol. Keluasan tanah berdasarkan pelan struktur yang bernombor 3202 telah mencapai 740 dounam.

7) Rakhis Shufat

Penjajahan ini berlaku pada tahun 1970 berdasarkan undang-undang (rampasan untuk kemaslahatan umum). Keluasan tanah jajahan ini mencapai 1198 dounam. Pada asalnya, kawasan ini ditanam dengan tumbuh-tumbuhan sehingga menjadi kawasan rizab alam semulajadi. Pada tahun 1990, mereka mengumumkan untuk menjajah kawasan ini dan menebang pokok-pokok dan membina infrastruktur untuk mewujudkan 2165 unit penempatan bagi kaum Yahudi Kanada.

8) Ramat Eshkol

Penjajahan ini dianggap sebahagi penjajahan yang paling awal dilakukan ke atas Bandar Al-Quds. Terdapat pautan yang menghubungkan kawasan perumahan di Barat Al-Quds dan juga Timur Al-Quds.

9) Penjajahan Pisgat Ze’ev dan Pisgat Amir

Berlaku di daerah (Beit Hanina, Shuafat, Hazma dan Anata). Rampasan terhadap 3800 dounam tanah bagi mendirikan 12 ribu unit penempatan untuk 100 ribu pendatang.

10) Aturat (kawasan perindustrian)

1200 dounam tanah rampasan didirikan di atasnya kilang perindustrian perabot dan mineral. Banyak kilang-kilang daripada Barat Jerusalem berpindah ke kawasan ini.

11) Jabat Hamatos

Berlaku di atas tanah milik daerah Beit Safafa dan Beit Jala. Keluasannya mencapai 170 dounam. Penjajahan dilakukan pada tahun 1991 dengan mendirikan beberapa ratus karavan. Pelan utama menunjukkan bahawa keluasan kawasan ini adalah sekitar 980 dounam dimana bangunan sementara di kawasan tersebut akan digantikan dengan bangunan tetap. Sebanyak 3600 unit penempatan didirikan di atas tanah tersebut.

12) Jajahan Har Houmah

Pada tahun 1990, rampasan dilakukan terhadap 1850 dounam daripada tanah di perkampungan arab (Sur Baher, Ummu Tuba, Beit Sahur). Kawasan ini menjadi kawasan pemeliharaan alam semulajadi. Pelan induk bernombor 5053 menunjukkan bahawa sebanyak 6500 unit penempatan dibina di kawasan tersebut. 10

“ Didirikan bangunan Universiti Hebrew di tanah berhampiran Issawiya pada tahun 1924 sebagai tambahan kepada hospital dan kekal begitu sehingga 1948 , dan kekal dalam Universiti Hebrew di bawah naungan zon bebas tentera PBB. �


13) French Hill (Ramat Eshkol)

Dianggap sebagai penjajahan terawal yang dilakukan di Al-Quds untuk menyempurnakan rangkaian penjajahan di sekitar Bandar. Penjajahan ini dilakukan ke atas tanah di daerah Lafta dan Shuafat dengan membina penempatan yang terbesar dalam rangkaian penempatan haram yang pertama. Bandar Al-Quds yang memiliki sejarah yang mulia dan warisan yang unikmerentasi zaman telah terdedah kepada pencerobohan yang bertujuan untuk meyahudikannya dan menghapuskan mercu tanda Arab. Ia jelas kelihatan dari pandangan dunia.

14) Projek Mamilla (Daerah Daod)

Terletak di Barat Bab Al-Khalil di kawasan Hayyu As-Shama’a. Pada tahun 1970, satu pengumuman telah dibuat berkaitan pencerobohan tanah dengan keluasan 130 dounam. Kawasan ini yang dulunya adalah kawasan Al-Haram dianggap sebagai kawasan penempatan terawal yang dijajah di Al-Quds.

15) Projek pengyahudian atau dikenali sebagai (Holy Basin)

Projek ini mengandungi pelbagai matlamat dalam sudut kebudayaan, politik, demografi dan agama. Antara matlamat yang paling jelas ialah: • Menghapuskan identiti Arab dan Islam di Al-Quds dan menggantikannya dengan identiti Yahudi dari segi agama dan juga sejarah. • Mengusir sebahagian besar rakyat Al-Quds ke kawasan yang terletak jauh daripada Masjid Al-Aqsa dan Kota Lama atau mengusir mereka keluar dari Bandar Al-Quds • Mengasingkan Masjid Al-Aqsa daripada kawasan perumahan Arab Palestin di Bandar Al-Quds dimana mereka menafikan masjid dari salah satu pertahanan penting dan memudahkan penceroboh untuk memecah masuk ke dalamnya bila-bila masa sahaja. Bahagian yang paling penting dalam projek ini ialah Hayyu Silwan dan kawasan yang dijajah oleh Israel sehingga tahun 2015 dimana ia telah mencapai 54 buah apartment. Mereka merancang untuk membuang Hayyu Al-Bustan dimana ia adalah satu bahagian daripada Silwan dan menjadikannya sebagai Biblical Garden. Sebagai kesimpulan, Bandar Al-Quds dengan apa yang dimiliki dari sejarah yang mulia dan warisan yang unik sepanjang zaman, ia terdedah kepada pencerobohan bertamadun yang bertujuan untuk meyahudikanya dan menghapuskan mercu tanda Arab. Ia dapat dilihat dari pandangan dunia serta pendengarannya. Selagi Al-Quds tidak diletakkan sebagai nilai keutamaan bagi umat Islam dan Arab, selagi itu ia akan bergerak kea rah masa depan yang gelap dan kelam.

11

“Jerusalem adalah bandar yang semua sejarah kegemilangannya dan kandungan warisan yang unik sepanjang zaman, mereka terdedah kepada pencerobohan bertujuan keseluruhan bertamadun mengembara adat Yahudi dan memusnahkan mercu tanda Arab dan dunia ini di sisi dan acouophone ”



Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.