Al quds newsletter issue no 94

Page 1

ISRAEL MEROBOHKAN 13 BUAH RUMAH

DAN KAWASAN- KAWASAN KEDIAMAN DI KOTA AL-QUDS

Israel Memindahkan Perkampungan Umawiyah Dan Menghancurkan Perkuburan Islam Di Beit Hanina

740 penduduk Tebing Barat hilang tempat tinggal

323

rumah baharu Yahudi akan dibina di al-Quds


1

ISRAEL MEROBOHKAN 13 BUAH RUMAH DAN KAWASAN- KAWASAN KEDIAMAN DI KOTA AL-QUDS

Jentera penolak Israel pada pagi

ini didapati merobohkan sebanyak 12 buah rumah milik penduduk Palestin di Bandar- Bandar seperti Qalandia, Issawiya, dan Ra’s Al-A’mud di Kota AlQuds, sekaligus menghancurkan harapan lebih 20 buah keluarga untuk berpindah dan menetap di kediaman baru mereka. Sumber tempatan di Bandar Qalandia melaporkan kepada wartawan Al-Jazeera di Ramallah “Mirfat Sadiq” bahawa tentera Israel memulakan aktiviti perobohan itu sejak jam 11 malam dan berterusan sehingga jam 7 pagi hari berikutnya. Mereka juga memanggil kira- kira 8 buah kenderaan tentera bersama ratusan tentera Israel untuk menghalang para penduduk dan krew- krew media dari memasuki kawasan perobohan itu.

Sebuah bangunan 2 atau 3 tingkat, sebuah vila 2 tingkat, dan sebuah tapak rumah berjaya dirobohkan dalam projek itu atas alasan dibina tanpa permit, sekaligus menghancurkan harapan 20 buah keluarga untuk menetap di situ.

SERANGAN DAN PEROBOHAN Seorang wartawan dari Bandar Qalandia, Mahmud Iwadhullah melaporkan bahawa jenterajentera Israel turut merobohkan 2 buah rumah milik adikberadiknya, Fadi dan Samir Iwadhullah selepas menyerang beberapa orang ahli keluarga mereka termasuklah bapa mereka “Syarif Iwadhullah” yang berusia 70 tahun. Dia telah diserang dengan pukulan dan juga

gas pemedih mata yang disembur pada wajahnya. Selain itu, Israel turut menyerang ahli- ahli keluarga lainnya yang cuba mempertahankan rumah mereka. Menurut sumber tempatan, rumah yang dirobohkan Israel semuanya merupakan rumah yang dibina di kawasan- kawasan yang dipisahkan oleh tembok pemisah dari kota AlQuds dan menjadi sebuah daerah di bawah Tebing Barat. Bandar Qalandia ini terletak di utara Al-Quds dengan keluasan sebanyak 6000 ekar, namun 4500 ekar daripadanya telah dirampas oleh tentera Israel dan mereka juga menghalang penduduk di situ dari melakukan sebarang pembangunan di kawasan itu.


2

Penduduk Palestin yang berada di kawasan itu turut melaporkan bahawa Israel pernah melakukan perobohan rumah- rumah di sekitar itu secara meluas walaupun mereka telah lama memohon untuk mendapatkan permit dari badan berkanun Israel. Bahkan tanah itu juga merupakan hak milik warga Palestin dan telah didiami mereka sejak tahun 70-an. Sepanjang proses perobohan, telah meletus beberapa pertempuran di antara penduduk dan tentera Israel, sekaligus mengakibatkan kecederaan beberapa orang warga Palestin yang kebanyakannya diserang dengan bom tangan dan gas pemedih mata. Sumber tempatan memberitahu wartawan Al-Jazeera bahawa tentera Israel didapati melemparkan bom-bom tangan kepada penduduk kawasan itu dan mengepung penduduk- pen-

duduk yang bakal dirobohkan Seorang lagi wartawan Al-Jarumah mereka. zeera, Syirin Abu Aqilah, turut bersetuju bahawa Israel setakat 80 OPERASI PEROBOHAN ini telah merobohkan kira- kira 80 buah premis kediaman dan Wartawan Al-Jazeera melapor- perniagaan sejak awal tahun ini, kan dari sebuah Jawatankua- dan kesemuanya adalah dengan sa Perumahan Palestin bahawa alasan tidak mendapat permit. jentera- jentera Israel pada pagi Walhal, dalam masa yang sama Selasa lalu telah merobohkan untuk mendapatkan permit mesebuah rumah yang sedang da- merlukan masa yang sangat lam pembinaan milik warga Al- panjang ditambah dengan seQuds bernama Solah Abu Rabi’, jumlah wang yang sangat besar. tembok, dan tempat meletak kenderaan di Bandar Issawiya dengan alasan dibina tanpa per- Sumber: Aljazeera mit. Wartawan Al-Jazeera, Hibah Penterjemah: Aslan, berkata bahawa Israel Yayasan Al-Quds Malaysia turut merobohkan rumah yang sedang dalam pembinaan milik keluarga Al-Julani di Bandar Ra’s Al-A’mud di bahagian utara Al-Quds. Mereka juga menyerbu kawasan pembinaan di Hayy At- Tur di bahagian timur Al-Quds.


ISRAEL MEMINDAHKAN PERKAMPUNGAN UMAWIYAH DAN MENGHANCURKAN PERKUBURAN ISLAM DI BEIT HANINA

AL-QUDS, 31 Julai 2016 (PIC)

Mahkamah Tinggi Yahudi membangkitkan usul mengatakan bahawa terdapat bahaya pembinaan di bahagian utara kawasan penempatan Pisgat Ze’ev. Kawasan ini terletak diantara Lebuhraya Israel dan bahagian timur Beit Hanina, dan menghubungkan 2 kawasan penempatan iaitu Nabi Yaakub dan Pisgat Ze’ev. Mereka akan menambah sebanyak 248 unit rumah di kawasan itu dengan cara memindahkan bangunan 3 tingkat beserta mozek, lantai, dan sisa- sisa bangunan lama Umawiyah. Mereka turut memindahkan puluhan kubur yang terdapat di situ. Ketua jawatankuasa Perkuburan Islam, Mustafa Abu Zahrah berkata kepada Pusat Berita Palestin: “Kami telah meminta mereka menghentikan penggalian dan menjaga kehormatan kuburkubur yang kebanyakannya berasal dari era Bani Umayyah ataupun Bani Abbasiyah, tetapi

syarikat yang bertanggungjawab menyelia projek itu meneruskan kerja mereka, malahan menyiapkan tapak untuk memindahkan barang- barang dan peralatan pembinaan ke situ. Abu Zahrah berkata bahawa projek ini telah pun diluluskan pada tahun lalu dan sentiasa diberi penambahbaikan bertujuan memisahkan kawasan penempatan penduduk Palestin antara satu perkampungan dengan perkampungan lainnya. Kira-kira 57 buah keluarga Palestin dipisahkan dan dikeluarkan dari Beit Hanina, seterusnya kawasan itu diperluaskan menjadi penempatan pendatang Yahudi. Seorang saksi melaporkan kepada wartawan Al-Jazeera tentang kesan- kesan tanah perkuburan yang diselongkar dan tulangtulang didapati berselerakan kesan dari jentolak Israel. Purkuburan itu jelas merupakan perkuburan Islam berdasarkan cara pengebumian dan batu- batu nisan yang tertera padanya ayat-

ayat Al-Quran Al-Karim. Tambahnya lagi, peta projek ini telah pun diubah sebanyak 2 kali hanya kerana ingin menyelamatkan kawasan berbatu besar dan sebuah telaga berukiran buah pear. Syarikat Israel juga untuk projek akan datangnya telah merancang untuk membina sebuah taman diantara 6 buah bangunan dan sebuah bangunan besar di bahagian tengah dan kedua tepinya, akan tetapi pemindahan taman ini ke kawasan itu adalah untuk mengekalkan unsur warisan dan tradisional dan membezakannya dengan binaan moden. Binaan ini turut berbeza dengan binaan yang terdapat di kawasan penempatan Pisgat Zee’v bahagian utara, dan ini dianggap sebagai tambahan kepada 620 unit rumah yang telah dibina disitu sejak tahun 2014.

Penterjemah: Yayasan Al-Quds Malaysia

3


Kumpulan pelampau Yahudi akan adakan acara anti-Aqsa AL-QUDS, 28 Julai 2016 (PIC) Beberapa kumpulan pelampau Yahudi mula membuat persediaan bagi menghasut pengikut mereka menyertai beberapa acara di al-Quds, termasuk perarakan menceroboh masuk Masjid al-Aqsa, pada bulan hadapan bersempena dengan apa yang mereka dakwa sebagai memperingati kemusnahan kuil pertama dan kuil kedua Yahudi. Acara yang akan diadakan di al-Quds dan beberapa kota utama lain itu termasuklah simposium, persidangan, syarahan dan protes. Ia dirancang bagi membangkitkan semangat serta menggalakkan kaum Yahudi mara secara beramai-rasi ke Masjid al-Aqsa, yang mereka dakwa sebagai tapak runtuhan kuil Yahudi.

740 penduduk Tebing Barat hilang tempat tinggal AL-QUDS, 27 Julai 2016 (PIC) Rejim Zionis memusnahkan 168 buah kediaman penduduk Palestin di Tebing Barat sejak Januari hingga Jun baru lalu, meninggalkan 740 orang termasuk 384 kanak-kanak tanpa tempat berteduh. Laporan pertubuhan hak asasi B’Tselem mendapati polisi rejim Zionis ini menyebabkan penduduk Palestin berada dalam ketakutan, kerana rumah mereka boleh diroboh dan mereka boleh dihalau keluar pada bila-bila masa. Pihak rejim memusnahkan tempat tinggal serta menghalau keluar penduduk Palestin dengan menggunakan alasan atau undang-undang yang remeh dan mencurigakan, seperti “pembinaan tanpa kebenaran.� Sedangkan hampir mustahil bagi penduduk Palestin untuk mendapatkan kebenaran Zionis bagi membina datau membaik pulih rumah mereka.

4


Tentera Zionis tangkap lebih 45 penduduk Tebing Barat dan al-Quds AL-QUDS, 27 Julai 2016 (PIC) Tentera penjajah Zionis melancarkan oeprasi besar-besaran menyerang dan menangkap penduduk serta bekas tahanan Palestin di Tebing Barat dan al-Quds awal pagi tadi. Kejiranan Silwan di al-Quds Timur diserang masuk sejurus selepas tengah malam, di mana beberapa rumah penduduk dipecah masuk dan digeledah. Seramai 34 orang pemuda dan kanak-kanak, termasuk bekas tahanan, ditangkap dan dibawa ke stesen polis Zionis di al-Maskoubiya dan Salah Din. Manakala di Nablus, seorang pemuda di tangkap di bandar Awarta di selatan kota itu. Bekas tahanan Sharib Sharab turut ditangkap setelah pihak tentera memecah masuk rumah beliau. Di utara Tulkarem pula, seorang pemuda ditangkap apabila tentera Zionis memecah masuk rumah beliau secara ganas di bandar Balaa, dengan menyerang dan mencederakan ahli keluarga beliau. Dua lagi penduduk termasuk seorang bekas tahanan ditangkap di al-Khalil.

Polis Zionis tahan 2 pengawal al-Aqsa AL-QUDS, 27 Julai 2016 (Maan) Polis penjajah Zionis menahan dua orang pengawal keselamatan Masjid al-Aqsa pagi tadi, atas tuduhan menyerang “pengunjung bukan Islam” di atas tapak suci umat Islam itu. Hamza al-Nabali dan Hamza al-Desse ditahan ketika mereka sedang bertugas. Manakala seorang lagi ahli jemaah masjid disoal siasat atas tuduhan menyerang dan mencederakan beberapa pendatang Yahudi di perkarangan al-Aqsa. Empat pendatang Yahudi, yang menceroboh masuk dan meninjau-ninjau Masjid al-Aqsa dengan diiringi oleh pasukan polis Zionis, dilaporkan memetik buah zaitun ketika mereka tiba di Pintu al-Rahma. Beberapa orang jemaah cuba menghalang mereka, dan kemudiannya pasukan polis menyerang para jemaah tersebut. Mereka yang dikatakan sebagai “pengunjung” itu sebenarnya adalah pekerja Jabatan Antikuiti Zionis. 5


323 rumah baharu Yahudi akan dibina di al-Quds AL-QUDS, 27 Julai 2016 (PIC) Pihak berkuasa rejim Zionis hari ini mengeluarkan tawaran tender bagi membina 323 rumah baharu di beberapa kawasan penemapatan haram Yahudi di alQuds. 130 daripadanya akan dibina di penempatan haram Har Homa di Bukit Abu Hneim di timur al-Quds. 89 lagi di penempatan haram Gilo di selatan al-Quds, dan 68 lagi di penempatan haram Pisgat Ze’ev dan Neve Ya’akov di utara al-Quds. Tender tersebut dibuka semula setelah tawaran yang dibuat pada dua tahun lalu gagal mendapat sambutan.

Remaja perempuan Palestin cedera ditembak di sekatan Qalandiya

AL-QUDS, 26 Julai 2016 (PIC) Seorang remaja perempuan Palestin cedera apabila ditembak beberapa kali oleh pasukan polis Zionis di sekatan Qalandiya di utara al-Quds, atas tuduhan cuba menyerang tentera Zionis. Mangsa dikenali sebagai Raghad Sho’ani, 18, seorang pelajar di Universiti Birzeit.

59 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

AL-QUDS, 26 Julai 2016 (PIC) Seramai 59 pendatang Yahudi yang diiringi oleh pasukan polis Zionis menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareeba pagi tadi.

Kehadiran dan sikap provokasi para pendatang Yahudi itu mencetus ketegangan, di mana para jemaah cuba menghalang mereka dengan melaungkan takbir. Terdahulu, laman Facebook pertubuhan pelampau Yahudi “Temple Mount” menghasut pendatang Yahudi supaya menyertai perarakan yang dipimpin oleh rabbi Mangsa yang berasal dari perkampungan Kafr Aqab mereka menceroboh masuk tapak suci umat Islam itu itu dibiarkan cedera berdarah selama beberapa jam pada pagi ini. dan menjerit kesakitan, di mana krew ambulan Palestin tidak dibenarkan membantu beliau. 6


Pendatang Yahudi terus ceroboh Masjid al-Aqsa AL-QUDS, 25 Julai 2016 (PNN) Beberapa gerombolan pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa dengan iiringi oleh pasukan polis dan keselamatan khas Zionis. Sebahagian penceroboh dilaporkan cuba melakukan ritual agama mereka, sehingga mencetus ketegangan dan protes dari kalangan para jemaah dengan melaungkan takbir Allahu Akhbar.

Zionis bina bilik kawalan keselamatan baharu di pintu masuk Masjid Ibrahimi AL-KHALIL, 25 Julai 2016 (PIC) Rejim Zionis semalam memulakan pembinaan sebuah bilik kawalan keselamatan di laluan masuk ke Masjid Ibrahimi di al-Khalil, menggantikan sistem halangan dan pemeriksaan elektronik yang diguna sebelum ini. Langkah ini semakin mencengkam kebebasan umat Islam untuk beribadah di masjid tersebut, sekaligus mengubah identiti asal tapak bersejarah itu. Jawatankuasa pemulihan al-Khalil menyeru supaya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan UNESCO mengambil langkah serius bagi mengekang pencabulan Zionis terhadap Masjid Ibrahimi.

2 beradik, 2 wanita Palestin ditangkap di Silwan AL-QUDS, 25 Julai 2016 (PIC) Tentera Zionis memecah masuk rumah keluarga al-Zaatari di kejiranan al-Swieh di bandar Silwan dan menangkap Ruwaida al-Zaatari, 42, dan Zuhour al-Zaatari, 41. Mereka dibawa ke sebuah pusat interogasi di al-Quds seteah merampas wang mereka. Dalam pada itu, dua bersaudara Ahmad dan Hasan Abu Asab turut ditangkap di kejiranan Karmi di Kota Lama al-Quds. 7



Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.