Al quds newsletter issue no 96

Page 1

Memori Al-Quds‌ Revolusi Al-Buraq

Zionis rancang bina 2,500 unit rumah baharu di al-Quds Timur

Jawatankuasa Penempatan Palestin: 30

Ribu Buah Rumah Diperlukan Sehingga Tahun 2020 Rejim Zionis akan serap sepenuhnya penempatan haram Adumim

Sheikh al-‘Arifi: Saya tidak akan masuk al-Aqsa kecuali setelah dibebaskan oleh umat Islam

Meyahudikan pendidikan: Kurikulum Israel melalui bantuan sekolah


18 ahli jamaah cedera diserang dalam Masjid al-Aqsa

Pelampau Yahudi berarak ke al-Quds bagi memperingati Tisha B’av

AL-QUDS, 14 Ogos 2016 (Maan) — Sekurang-kurangnya 18 ahli jamaah cedera diserang oleh pasukan keselamatan Zionis ketika ratusan pelampau Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa pagi tadi. Tiga daripada mangsa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan, termasuk ketua Persatuan Tahanan Palestin al-Quds Nasser Qawas dan anaknya. 15 yang lain dirawat oleh pasukan Persatuan Palang Merah Palestin. Empat ahli jamaah yang lain diculik. Serangan berlaku ketika lebih 304 fanatik Yahudi yang diiringi oleh pasukan tentera mencerpboh masuk tapak suci umat Islam itu melalui Pintu al-Maghareeba dan melalukan ritual agama mereka bagi memperingati Tisha B’av, atau apa yang mereka dakwa sebagai peristiwa pemusnahan Kuil Sulaiman. Polis Zionis mula menegnakan sekatan ketat di sekitar kawasan Masjid al-Aqsa sejak waktu Zuhur semalam.

AL-QUDS, 14 Ogos 2016 (PIC) — Ratusan pendatang dan pelampau Yahudi yang diiringi oleh pasukan polis dan tentera Zionis lewat malam tadi berarak menuju ke Kota Lama al-Quds melalui Pintu Damaskus dan Pintu az-Zahra bagi memperingati perayaan Tisha B’av, iaitu apa yang mereka percaya sebagai peristiwa sedih “Perobohan Kuil Sulaiman.” Pasukan keselamatan Zionis juga telah mengisytiharkan keadaan berjaga-jaga bagi memberi laluan kepada pencerobohan secara besar-besaran ke atas Masjid al-Aqsa pada pagi ini. Beberapa laluan di Kota Lama ditutup.

1


Sheikh al-‘Arifi: Saya tidak akan masuk al-Aqsa kecuali setelah dibebaskan oleh umat Islam (HALUAN PALESTINE) — 5,000 sahabat Rasulullah SAW dan lebih 10,000 tabi’in gugur syahid di medan jihad demi membebaskan Kota al-Quds dan Masjid al-Aqsa dari kerajaan Romawi di zaman Khalifah Umar bin Khattab RA. Di antara sahabat Rasulullah SAW yang memimpin pasukan Muslimin pada waktu itu adalah Abu Ubaidah Ibn al-Jarrah, Khalid bin Walid, Amru ibn al-‘Ash, dan Syarhabil ibn Hasanah – semoga Allah meredai mereka semua. Syarahan ulamak terkenal dari Arab Saudi, Syeikh Dr. Mohamad bin AbdelRahman Al-‘Arifi, dalam menyampaikan pemahaman tentang perjuangan rakyat Palestin dan pembebasan Masjid al-Aqsa meyakinkan bahawa kemenangan akan berada di tangan umat Islam. Pengorbanan para Sahabat dan tabi’in itu jelas memberi isyarat bahawa al-Quds, al-Aqsa dan Palestin harus tetap dipertahankan. Masjid al Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam, masjid suci yang menjadi saksi Mikraj Rasulullah SAW ke langit ke tujuh dan Sidratul Muntaha. Di situ juga turunnya wahyu dan menjadi kiblat solat para nabi sebelumnya seperti nabi Luth, Ibrahim, Ishaq, Yaqub, Zakaria, Yahya, dan Isa. Masjid al-Aqsa tidak akan sekali-kali tergadai untuk siapapun, apalagi untuk mereka yang sudah jelas dilaknat oleh Allah SWT. Seperti sabda Rasulullah SAW: “Apakah Allah rela untuk menggadai Mekkah setelah dibebaskan? Sekali-kali tidak!” Dr. al-‘Arifi menegaskan bahawa hal ini menunjukkan bahawa kita mesti menanamkan kepada generasi baharu tentang permasalahan al-Quds, kerana ianya ini adalah permasalahan akidah dan agama. Ini adalah amanah ke atas kita semua umat Islam di seluruh dunia. Kita harus bertanya, apakah ketika Masjidil Haram di Mekkah dan Masjid Nabawi di Madinah dinodai dan dirampas oleh penjajah, kemudian kita akan hanya berkata: “itu hanya urusan negara Arab Saudi?” Sekiranya ini yang kita jawab, maka yakinlah bahawa akidah kita sudah terpesong, keimanan kita telah rosak dan kita telah keluar dari Islam dan akidah yang benar. Dan ini adalah nasib yang sedang terjadi ke atas al-Quds, al-Aqsa, dan Palestin. ngguhpun Yahudi memiliki pasukan tentera yang terkuat

di dunia, namun ingat bahawa janji Allah itu pasti. Hukuman dan azab dari Allah itu sudah pasti, bahwaa mereka dilaknat dan disiksa baik di dunia mahupun di akhirat. Tentera Yahudi sudah jelas sekali membantai umat Islam di Palestin, samada anak-anak, wanita, mahupun warga tua. Namun mereka masih dikalahkan dengan pasukan Allah, iaitu anak-anak Palestin yang melawan dengan batu dan mampu menghancurkan pasukan tentera Yahudi. Yakinlah dengan janji Allah dan Rasulullah SAW, bahawa umat Islam akan menghancurkan kerajaan Romawi, dan umat ini menggempur Yahudi dari timur Sungai Jordan. Dari Abi Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda, “Tidak akan terjadi hari kiamat hingga kalian (Muslimin) memerangi Yahudi, kemudian batu berkata di belakang Yahudi, “Wahai Muslim, inilah Yahudi di belakangku, bunuhlah!” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Syeikh Dr. Al-‘Arifi bangga dengan perjuangan rakyat dan pemuda Palestin, yang sampai saat ini bertahan dan berjihad di jalan Allah siang dan malam untuk merebut kembali al-Aqsa. Mereka terus bekerja dan berjihad. Mereka yang saat ini berada di dalam penjara Zionis, disiksa namun masih tetap mempertahankan kalimat tauhid. Syeikh ‘Arifi telah beberapa kali didakwa menziarah masuk ke Masjid al-Aqsa. Menurut beliau, perkara ini adalah tuduhan Yahudi dan konspirasi busuk untuk merosak kedudukannya. “Saya tidak akan pernah reda untuk ziarah ke Masjid al-Aqsa dengan visa Yahudi, saya tidak akan masuk dan solat di Masjid al-Aqsha kecuali setelah dibebaskan oleh mujahidin. Dan saya yakin kemenangan ini sudah dekat di depan mata kita.”

2


Pendatang Yahudi ceroboh Pelampau Yahudi ceroboh al-Aqsa, pekerja masjid masuk al-Aqsa dilarang masuk AL-QUDS, 10 Ogos 2016 (Maan) Lebih 100 pendatang Yahudi dan 13 pegawai antikuiti Zionis yang dikawal oleh pasukan polis menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa melalui Pintu Moroko dalam beberapa kumpulan berbeza pagi tadi. Sementara pekerja senggaraan masjid dilarang masuk. Para pendatang berarak meninjau kawasan masjid suci itu sambil membuat provokasi dengan melakukan ritual agama mereka dan mengherdik para pengawal masjid, “kamu berada di sini untuk sementara sahaja. Tempat ini adalah hak kami.�

AL-QUDS, 9 Ogos 2016 (PIC) Sekumpulan 154 orang fanatik pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareba pagi tadi, dengan dikawal ketat oleh pasukan polis Zionis. Tindakan mereka melakukan ritual keagamaan di perkarangna masjid telah mencetus ketegangan. Polis Zionis turut menghasut dengan mengiringi seorang ahli antikuiti Zionis memasuki Kubah as-Shakra’ untuk mengambil gambar di dalam bangunan tersebut.

Pada masa yang sama pasukan keselamatan Zionis mengarahkan supaya kerja-kerja penyelenggaraan dihentikan, atas alasan tidak mendapat permit pembinaan. Peliknya, tiga orang Yahudi dilihat membawa peralatan pembinaan ke perkarangan masjid.

3


Rejim Zionis paksa penduduk al-Quds roboh rumah sendiri AL-QUDS, 9 Ogos 2016 (PIC) — Pihak perbandaran Zionis di al-Quds semalam memaksa penduduk Palestin Wa’el Barakat meroboh rumahnya sendiri yang terletak di kejiranan Ras al-Amud di tenggara kota al-Quds. Dua hari lalu, pegawai pihak perbandaran yang diiringi oleh pasukan polis Zionis telah menyerahkan arahan kepada anak mangsa, Ahmed, supaya rumah mereka dirobohkan dalam tempoh 72 jam. Namun pihak Zionis beberapa kali muncul semula semalam, dan mendesak supaya rumah tersebut dirobohkan segera. Mereka mengambil gambar rumah tersebut serta mengugut untuk membawa buldozer, dan akan menuntut kos perobohan sekiranya keluarga Palestin itu tidak merobohkan sendiri rumah mereka. Wa’el membuat binaan baharu di bumbung rumahnya enam bulan lalu, memandangkan beberapa orang anakya bakal melangsungkan perkahwinan. Beliau bagaimanapun menghentikan pembinaan tersebut setelah mendapat arahan daripada pihak perbandaran Zionis.

Sheikh al-Khatib dikenakan tahanan dalam rumah selama 5 hari NAZARETH, 9 Ogos 2016 (PIC) — Polis Zionis awal pagi tadi membebaskan Timbalan Ketua Pergerakan Islam di Wilayah Jajahan 1948, Sheikh Kamal al-Khatib, dan kemudian mengenakan tahanan dalam rumah ke atas beliau selama lima hari sementara menunggu siasatan. Sheikh Kamal ditangkap petang semalam selepas pasukan polis Zionis memecah masuk rumah beliau di perkampungan Kafr Kanna berdekatan kota Nazareth, dan menyoal siasat beliau selama beberapa jam. Beliau dituduh mencetus keganasan dan kebencian terhadap rejim penjajah. Menurut kenyatan Sheik Kamal, beliau turut dituduh menghasut keganasan melalui laman media sosial Facebook dan merancang perarakan bagi menyokong kepimpinan kerajaan Turki berikutan kegagalan cubaan rampasan kuasa pada pertengahan bulan lalu.

4


Zionis rancang bina Rejim Zionis akan serap 2,500 unit rumah baha- sepenuhnya penemparu di al-Quds Timur tan haram Adumim AL-QUDS, 9 Ogos 2016 (IMEMC) Majlis perbandaran Zionis di al-Quds merancang untuk membina 2,500 unit rumah baharu di kawasan penempatan haram Gilo di selatan al-Quds Timur.

AL-QUDS, 9 Ogos 2016 (PIC) Pengerusi Jawatankuasa Parlimen Zionis bagi hal ehwal luar dan pertahanan, Avi Dichter, semalam mengumumkan bahawa pihak rejim akan menyerap kawasan Maale Adumim, sebuah penempatan haram Yahudi terbesar di Projek tersebut akan dibina di atas 20 hektar Tebing Barat, menjadi sebahagian daripada tanah milik peribadi penduduk Palestin. wilayah pemerintahan mereka pada bila-bila masa. Penempatan haram Gilo dibina di atas tanah tinggi milik penduduk Palestin dari Beit Jala, Dichter berkata, “Hanya tunggu masa. Ia bual-Walaja dan Batteer di Beit Lahm. kan lagi persoalan samada Maale Adumim akan menjadi sebahagian daripada Israel, tetapi bilakah masanya.� Beliau turut mendakwa bahawa rancangan tersebut telah mendapat sokongan Amerika sejak beberapa tahun lalu. Lebih 40,000 pendatang Yahudi tinggal di penempatan yang dibina secara haram di atas tanah penduduk Palestin itu, hanya beberapa kilomenter dari al-Quds Timur.

5


Meyahudikan pendidikan: Kurikulum Israel melalui bantuan sekolah

Al-Quds –Pihak berkuasa Israel cuba untuk mengaplikasikan kurikulum Israel ke atas sekolah-sekolah arab dengan menggunakan alasan “pemulihan dan bantuan” untuk menarik sekolah-sekolah di Al-Quds supaya menggunakam kurikulum Israel. Mereka memperuntukkan sejumlah wang dan insentif terhadap sekolah yang menerima kurikulum tersebut. Tokoh-tokoh pendidikan dan masyarakat menolak idea pendidikan berasaskan kurikulum Israel diaplikasikan kepada pelajar Palestin kerana ianya adalah satu permulaan untuk menghapuskan identiti arab dan juga permulaan kepada penguasaan Israel ke atas satu asas yang penting bagi masyarakat Palestin iaitu pendidikan. Dalam pertemuan bersama beberapa pakar dalam bidang ini, mereka memberi amaran tentang bahaya kurikulum Israel terhadap generasi masa kini dan mereka menolak percubaan Israel untuk mengaplikasikan kurikulum mereka melalui pemberian wang dan sokongan material. Peguam Nisreen Alyan: Bantuan sepatutnya diberikan melalui penyedian keperluan dan bukan melalui aplikasi kurikulum Nisreen Alyan, seorang peguam daripada Persatuan Hak-hak Sivil berkata: “salah satu cara yang dibuat oleh Israel untuk menekan sekolah-sekolah di Al-Quds supaya menggunakan kurikulum Israel ialah mengawal sekolah ini dengan memberikan perbelanjaan. Ketika mereka mengagihkan perbelanjaan untuk sesi persekolahan akan datang, “Pejabat Khas Hal Ehwal Alquds” men6

Laporan

gakui bahawa kerajaan Israel telah memperuntukkan 20 juta shekel untuk membantu pemulihan sekolah-sekolah di Bandar yang menggunakan kurikulum Israel.” Alyan menerangkan bahawa persatuan mereka sedang dalam proses menyediakan notis undang-undang rasmi kepada Pejabat Khas Hal Ehwal Al-Quds untuk meminta supaya mereka memansuhkan syarat perlaksanaan kurikulum Israel untuk menaja pembangunan sekolah. Notis itu juga mendesak supaya bantuan perlu diberikan selari dengan keperluan sekolah dan mengikut piawaian, bukan dengan syarat pelaksanaan kurikulum tertentu untuk diajarkan di sekolah. Dia menambah bahawa persatuan itu akan menggunakan seluruh prosedur undang-undang yang ada untuk mengagihkan bantuan terhadap sekolah-sekolah berdasarkan piawaian undang-undang. Alyan berkata: “Pihak berkuasa Israel bersetuju untuk mengaplikasikan kurikulum Palestin di sekolah-sekolah. Maka mereka wajib menyediakan suasana pembelajaran yang sesuai untuk setiap pelajar. Pengajaran juga perlu dibuat melalui teknik yang terkini tanpa ada syarat atau ikatan” Beliau menerangkan bahawa dengan permulaan sesi persekolahan baru, terdapat 19 sekolah di AlQuds (10 sekolah kerajaan dan 9 sekolah swasta) menggunakan kurikulum Israel di sekolah mereka daripada 180 buah sekolah. Beliau berkata: “Mereka (Israel) telah mengagihkan 20 juta shekel. Ini bermakna 160 buah sekolah tidak menerima bantuan kerana mereka tidak menggunakan kurikulum Israel. Beliau menyoal:Adakah pemberian ini adalah satu cara untuk menekan dan menarik sekolah-sekolah ini supaya menggunakan kurikulum Israel?” Alyan menegaskan bahawa Majlis Perbandaran mengabaikan keperluan sekolah-sekolah yang berada di bawah kawalannya pada tahun lalu, dari segi pembangunan dan keperluan sekolah. Terdapat juga beberapa buah sekolah yang tidak mematuhi piawaian, dan hari ini, dengan cara yang


Meyahudikan pendidikan: Kurikulum Israel melalui bantuan sekolah

Laporan

persatuan ibu bapa dan juga pengetua sekolah. Maka persatuan ini akan terus mempertahankan dan melindungi kurikulum Palestin di Al-Quds. As-Syimali berkata: “Malangnya terdapat beberapa pihak di Al-Quds yang inginkan kurikulum Israel diajar di sekolah, dan menggantikan matrikulasi dengan instrukif dengan alasan bahawa ianya akan menyediakan peluang yang besar untuk pasaran kerja. Pendidikan universiti juga dikhaskan untuk sesiapa yang ingin mendaftar di universiti Israel. Tidak dilupakan terdapat beberapa orang yang berkepentingan cuba mempromosikan kurikulum Israel dengan tujuan perniagaan dan tujuan tertentu. As-Syimali menambah bahawa persatuan mereka akan mengagihkan buletin kesedaran tentang pendidikan dan pendaftaran ke universiti Ziyad As-Syimali: Kita tidak akan menerima kepada pelajar Palestin melalui laman sosial dan kurikulum Israel walau apapun sahaja lang- media dengan menulis: “Mana-mana pelajar yang kah yang diambil oleh Israel mendaftar di universiti Israel (sama ada orang asing, Yahudi atau Palestin) perlu menduduki ujian psychometric dan melalui keputusan ujian tersebut, mereka akan diagihkan ke universiti tertentu. As-Syimali mengingatkan bahawa sekolah-sekolah tertentu di Al-Quds yang dibantu oleh kementerian pendidikan Israel melalui peruntukan khas untuk setiap pelajar sebanyak 650-1200 shekal (mengikut tahap pelajar) adalah satu percubaan untuk mengaplikasikan kurikulum Israel ke atas sekolah tersebut. tidak sah mereka menyediakan kos pembangunan sekolah dengan syarat kurikulum Israel perlu diajar di sekolah tersebut. Keperluan segera Alyan menambah bahawa terdapat kekurangan sebanyak 2000 buah bilik darjah di Al-Quds, dan terdapat 700 bilik darjah yang tidak memenuhi piawaian pembelajaran di sekolah. Sementara itu, kadar keciciran di di kawasan tersebut adalah yang tertinggi dimana ia mencapai 33%. Menurut kajian perbandaran, sekolah-sekolah yang berada di bandar memerlukan 15 juta shekel setiap tahun untuk mengadakan program membasmi keciciran, malangnya majlis perbandaran hanya memperuntukkan sebanyak 3 juta shekel.

Dari sudut pandangannya, Ziyad As-Syimali, Abdel Qader: pihak berkuasa bertanggungketua persatuan ibu bapa dan guru di sekolah jawab‌kami percaya dengan persatuan ibu kerajaan di Al-Quds merangkap kementerian bapa pendidikan menegaskan bahawa persatuan ibu bapa akan tetap mempertahankan kurikulum Palestin di sekolah-sekolah di Al-Quds walaupun terdapat ancaman yang dilakukan oleh Israel supaya mengaplikasikan kurikulum mereka di sekolah tersebut. As-Syimali menerangkan bahawa menurut undang-undang Israel, kerajaan dan menteri pendidikan tidak boleh menggantikan kurikulum sesuatu sekolah melainkan dengan persetujuan oleh 7


Meyahudikan pendidikan: Kurikulum Israel melalui bantuan sekolah Hatim Abdel Qader, ahli gerakan Fateh dan juga bekas menteri hal ehwal Al-Quds berkata: “Kita dapat menyaksikan sendiri bahaya yang berlaku apabila Israel cuba mengganggu sistem pendidikan di Al-Quds melalui percubaan menarik sekolah-sekolah di Palestin dengan menggunakan wang dan menghapuskan kurikulum Palestin serta menggantikannya dengan kurikulum Israel. Perkara ini dianggap sebagai satu cara meyahudikan Al-Quds.” Beliau menambah: “peperangan ini adalah sebahagian dari langkah meyahudikan Kota Al-Quds. Pendidikan membentuk imuniti negara melawan tentera Israel dan percubaan masuk campur terhadap urusan pendidikan Palestin adalah satu masalah yang kritikal dan memberikan kesan yang besar dan bahaya kepada masa depan Al-Quds. Abdel Qader menekankan kepentingan memperuntukkan kuasa dan bajet yang jelas dan tetap di Al-Quds bagi membantu sektor pendidikan khusunya. Beliau meminta supaya peruntukan dan komitmen ditingkatkan terhadap sekolah-sekolah di bandar yang mengharapkan bantuan kewangan daripada kerajaan Israel dan seterusnya terpaksa menggunakan kurikulum Israel.” Abdul Qader berkata: “Sektor pendidikan dan kesihatan merupakan dua sekotr penting yang masih berbaki di Al-Quds. Percubaan Israel untuk mengganggu sektor ini adalah kerana mereka ingin merealisasikan visi mereka untuk meyahudikan Al-Quds dan mengisraelkan institusi tersebut. Abdul Qader menegaskan bahawa hubungan intensif dengan pihak berkuasa Palestin dibuat untuk menyedarkan mereka tentang tanggungjawab terhadap sekolah-sekolah di bandar tersebut.” Sementara itu, bagi sekolah-sekolah dibawah pengurusan Israel dan kementerian pendidikan Al-Quds, Abdul Qader merayu jawatan kuasa ibu bapa dan pelajar untuk menyedarkan pelajar bahawa penggantian kurikulum Palestin dengan kurikulum Israel adalah satu langkah yang bahaya. Beliau berkata: “Kita percaya terhadap 8

Laporan

Jawatankuasa Ibu Bapa dan Pelajar di sekolah-sekolah kerajaan dan kawalan mereka terhadap pelajar serta tindakan mereka mengajarkan kurikulum Palestin di sekolah tersebut. Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi menentang

Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi Palestin menolak tindakan Israel baru-baru ini yang mencuba untuk membaik pulih sekolah-sekolah arab dengan memasukkan kurikulum Israel dan menghentikan pengajaran kurikulum Palestin. Kementerian dalam kenyataannya menegaskan bahawa tindakan ini membentuk satu peperangan terhadap identiti Palestin dan Arab di sekolah-sekolah yang terdapat di Al-Quds. Ia juga menjadi satu percubaan oleh Israel untuk meyahudikan sekolah-sekolah tersebut dan merampas hak-hak asasi manusia serta menodai perjanjian negara yang mengandungi hak masyarakat untuk memelihara identiti mereka dan kebebasan mereka untuk memilih budaya dan cara mereka.

Sumber: MAAN News Penterjemah: Yayasan Al-Quds Malaysia


9

JAWATANKUASA PENEMPATAN PALESTIN: 30 RIBU BUAH RUMAH DIPERLUKAN SEHINGGA TAHUN 2020

Ramallah- (Pusat Berita Palestin) Penterjemah: Yayasan Al-Quds Malaysia Jawatankuasa Penempatan Palestin menganggarkan bahawa kawasan timur Jurusalem memerlukan kira- kira 30 ribu penempatan lagi sehingga tahun 2020. Pengerusinya, Zuhair Ali, dalam pembentangannya yang bertajuk “Isu Penempatan di Jurusalem: Realiti dan Cabaran� pada hari Isnin lalu, berkata bahawa warga Palestin kini menghadapi masalah besar dari sudut pembinaan rumah di Timur Jurusalem. Ini disebabkan oleh kekangan- kekangan dan prosedur- prosedur pelik Yahudi yang mengganggu urusan pembinaan. Malah, prosedur- prosedur ketat Israel menimbulkan krisis besar terutamanya dalam mendapatkan permit pembinaan rumah. Sedangkan jumlah penempatan yang diperlukan oleh warga Palestin sejak 2015 hingga ke 2020 adalah sekitar 30 ribu unit penempatan yang biayanya mencecah 3 billion dolar.

Walaupun begitu, projek- projek yang dijalankan oleh Jawatankuasa Penempatan menampakkan hasil dalam melawan dasardasar Israel dengan berjayanya projek perumahan kepada 2235 buah keluarga (bersamaaan 13 ribu orang) bernilai 83.5 juta dolar. Menurut mereka lagi, Jawatankuasa itu telah berjaya menyediakan kira- kira 8 ribu unit penempatan bernilai 205 billion dolar, melalui pelbagai program perumahan seperti pinjaman individu dan sebagainya. Wakil dari Pertubuhan Kerjasama Islam di Palestin, Ahmad Ar- Ruwaydhi turut bercerita tentang realiti pahit yang dilalui oleh warga Palestin di Jurusalem dalam mendapatkan tempat tinggal, akibat daripada prosedur- prosedur dan syarat- syarat pelik yang diletakkan Israel untuk mendapatkan permit pembinaan rumah. Semua ini dilakukan oleh mereka demi untuk mengosongkan Jurusalem daripada kewujudan warga Palestin.


10

Memori Al-Quds…. Revolusi Al-Buraq

Revolusi Buraq yang tercetus pada 15 Ogos 1929 masih kekal di dalam ingatan orang Arab dan Muslim. Ingatan terhadap serangan di Masjid Al-Aqsa tidak akan pudar kecuali penyerang membayar harga yang setimpal di atas perbuatan mereka. Pada tarikh tersebut – Yahudi menamakannya sebagai Kharab Al-Haikal – Gerakan Betar Zionis mengadakan perhimpunan yang melibatkan sebilangan besar Yahudi di Al-Quds. Mereka bergerak menuju ke Hait Al-Buraq sambil menjerit “Al-Hait milik kami” dan menyanyikan lagu gerakan Zionis.

merebak ke seluruh Bandar dan perkampungan Palestin. Pertempuran ini menyebabkan kematian 133 Yahudi dan lebih 300 yang lain tercedera. Semenatara itu, seramai 116 rakyat Palestin syahid dan lebih 200 orang tercedera.

Pihak berkuasa British menahan 900 rakyat Palestin dan mengeluarkan perintah hukuman gantung terhadap 27 orang daripada mereka. Hukuman itu kemudian diringankan kepada 24 orang. Hukuman terhadap tiga rakyat Palestin, Fuad Hasan Hijazi, Muhamad Khalil Jamjum dan Atha Ahmed Az-Zeir berlangsung pada 17 Jun 1930 Rakyat Palestin bersatu mempertah- di Penjara Aka yang terkenal dengan ankan Al-Aqsa pada hari berikutnya, nama Al-Qal’ah. Peristiwa ini kekal di bersamaan dengan sambutan ulang dalam ingatan rakyat Palestin. tahun kelahiran Nabi. Mereka keluar berhimpun dan melakukan tunjuk Sumber: Aljazeera perasaan daripada Masjid ke Al-Hait. Penterjemah: Yayasan Al-Quds Malaysia Seterusnya pertempuran tercetus dan



Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.