Al quds newsletter issue no 98

Page 1

Mugharabah menghubungkan Baitul Maqdis

Zionis akui bina terowong Rejim Zionis setuju projek Yahudisasi “House of Jewel� bawah tanah dari al-Aqsa di al-Quds

Qaradawi: Palestin adalah masalah utama bagi orang Islam

Api Zionis terus membakar al-Quds dan al-Aqsa sejak 47 tahun lalu


Zionis siasat sendiri jenayah perang mereka ke atas Gaza, dan didapati tidak bersalah!

LONDON, 25 ogos 2016 (MEMO) — Rejim Zionis menutup siasatan ke atas 13 kes jenayah tenteranya terhadap penduduk awam Gaza dalam serangan pada tahun 2014, tanpa mengenakan sebarang hukuman. 18 lagi kes juga ditutup tanpa membuka sebarang fail siasatan jenayah sama sekali. Sebanyak 500 tuduhan dibuat ke atas tentera Zionis berkaitan 360 jenayah yang dilakukan dalam serangan tersebut, di mana hanya 24 kes disiasat dan setakat ini tiga orang askar didakwa atas tuduhan mencuri. Salah satu kes yang ditutup tanpa sebarang siasatan adalah jenayah pembunuhan 15 ahli keluarga Zurub dalam serangan udara di Rafah pada 1 Ogos 2014. Begitu juga dengan serangan ke atas sebuah sekolah PBB di Rafah, di mana 10 penduduk Gaza telah telah musnah rumah mereka terpaksa pindah menumpang di sekolah tersebut terbunuh dalam serangan tentera Zionis.

1


Zionis akui bina terowong bawah tanah dari al-Aqsa ke Silwan AL-QUDS, 23 Ogos 2016 (PIC) — Pihak berkuasa antikuiti Zionis mendedahkan bahawa mereka telah membina sebuah terowong bawah tanah sepanjang 580 meter dari hujung barat daya Masjid al-Aqsa hingga ke daerah Ein Silwan. Laporan terkini yang diterbitkan oleh mereka menyebut projek yang bermula dari bulan Julai 2013 sehingga akhir 2014 itu didanai oleh pertubuhan pelampau pendatang Yahudi Ir David Foundation, yang juga dikenali sebagai Elad. Dalam laporan yang dikeluarkan antara tahun 2008 dan 2015, Yayasan Wakaf dan Warisan al-Quds mendedahkan tentang penggalian terowong rahsia di beberapa lokasi bawah tanah, merentasi dari kawasan tengah daerah Silwan hingga ke pintu al-Maghariba di Masjid al-Aqsa. Yayasan ini kini ditutup dan diharamkan oleh rejim Zionis.

Fanatik Yahudi cemari Masjid al-Aqsa dengan melakukan ritual AL-QUDS, 24 Ogos 2016 (PIC) — Segerombolan fanatik Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui pintu al-Maghareba awal pagi tadi, dengan diiringi ketat oleh pasukan polis Zionis. Mereka mencetus ketegangan dengan melakukan ritual dan melaungkan slogan anti-Islam, menyebabkan para jamaah cuba membantah kehadiran dan sikap biadap mereka dengan laungan takbir Allahu Akbar. Sementara itu para Muslimat terus berkumpul di luar masjid sambil membaca al-Quran sebagai membantah tindakan polis rejim penjajah menghalang mereka masuk beribadah di dalam masjid suci itu. 2


Gabenor al-Quds: Zionis rancang roboh al-Aqsa dalam tempoh 3 tahun

AL-QUDS, 22 Ogos 2016 (PIC) — Gabenor Palestin di al-Quds, Adnan al-Husseini, menyatakan bahawa serangan membakar Masjid al-Aqsa pada tahun 1969 masih berterusan sehingga ke hari ini, kerana pihak penjajah tidak pernah menghentikan jenayah mereka. Pembakaran yang merosakkan 25% hingga 30% kawasan tenggara tapak suci umat Islam itu bukan suatu serangan oleh seorang individu sahaja, bahkan melalui satu perancangan yang sistematik. Menurut Adnan serangan pembakaran itu kini bertukar dalam bentuk yang berbeza, termasuk penggalian di bawah masjid, penahanan dan pembunuhan penduduk Palestin di perkarangan masjid, memberi laluan kepada pencerobohan masuk ke dalam masjid oleh pelampau Yahudi, dan pemusnahan rumah penduduk Palestin di al-Quds yang terjajah. Pencerobohan kumpulan fanatik Yahudi ke atas Masjid al-Aqsa bermula pada tahun 2000 dan kemudiannya meningkat secara ketara, bagi tujuan mengambil alih tapak suci itu. Dalam langkah seterusnya, pihak berkuasa rejim beberapa hari lalu mengisytiharkan bahawa Masjid al-Aqsa akan dirobohkan dalam tempoh tiga tahun bagi memberi laluan kepada pembinaan Kuil Sulaiman. “Kegagalan dalam menyelesaikan isu Palestin sehingga ke hari ini menunjukkan perjuangan Palstin diabaikan dan kurangnya kesedaran terhadap permasalahan Palestin secara menyeluruh serta bahaya yang sedang dihadapi oleh al-Aqsa,� kata Adnan. 3


Rejim Zionis setuju projek Yahudisasi “House of Jewel” di al-Quds

AL-QUDS, 23 Ogos 2016 (PIP) — Setelah mengadakan perbincangan mendalam, pihak kehakiman Zionis telah bersetuju untuk melaksanakan projek Yahudisasi di al-Quds yang digelar “House of Jewel.” Pada 8 Ogos lalu, pihak kehakiman Zionis di al-Quds telah menolak semua kebimbangan yang diajukan oleh kelompok Yahudi, dan memutuskan bahawa projek tersebut adalah penting bagi kawasan al-Barak di Tembok Ratapan. Beberapa pihak Yahudi melahirkan kebimbangan bahawa projek ini akan menyempitkan ruangan Tembok Ratapan. Ia melibatkan pembinaan di atas tanah seluas 1.84 hektar di sepanjang 100 meter di barat Masjid al-Aqsa. Bangunan tiga tingkat seluas 2,985 meter persegi akan dibina, di mana tingkat pertamanya berada di bawah tanah sebagai ruang pameran arkeologi yang didakwa kononnya beberapa batang tiang dan bongkah batu peninggalan Kuil Sulaiman. Dua tingkat di atasnya merupakan ruang pendidikan dan pusat kajian, serta dewan upacara-upacara Yahudi. Kenderaan berat telah pun melakukan penggalian di bawah kawasan al-Barak sehingga sedalam 10 meter. Akhir tahap penggalian dijangka akan menemui peninggalan sejaran zaman kerajaan Uthmaniah, Abasiyah dan Umawiyah, yang semuanya akan dilenyapkan.

4


Qaradawi: Palestin adalah masalah utama bagi orang Islam

DOHA, 22 Ogos 2016 (Alray) — Ketua Kesatuan Ulamak Antarabangsa, Sheikh Yusuf al-Qaradawi, menegaskan pentingnya umat Islam menjadikan isu Palestin dan al-Quds sebagai masalah utama mereka. Kenyataan Sheikh al-Qaradawi melalui laman Twitter beliau menyebut, “Di tengah-tengah perjuangan mereka untuk mendapat kebebasan dan mempertahan maruah, kaum Arab dan umat Islam tidak harus melupakan bahawa isu utama mereka adalah Palestin dan al-Quds.” Menurut beliau, cubaan Yahudi untuk membakar Masjid al-Aqsa bukanlah satu-satunya permulaan kepada usaha untuk memusnahkan masjid suci itu. Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa al-Aqsa tidak akan dibiarkan musnah selagi mana kita hidup. “Hak (ke atas al-Aqsa) tidak akan digadaikan, tetapi ditutut…. Apa yang dirampas akan diambil semula. Ia adalah satu fakta yang semulajadi, lojikal dan sah… kita tidak harus pertikaikannya walaupun sedetik.” Semalam merupakan hari ulang tahun ke-47 peristiwa hitam pembakaran Masjid al-Aqsa. Peristiwa pada 21 Ogos 1969 itu memusnahkan sehingga 30% bangunan al-Aqsa, masjid ketiga paling suci selepas Masjid al-Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

5


Api Zionis terus membakar al-Quds dan al-Aqsa sejak 47 tahun lalu

AL-QUDS, 22 Ogos 2016 (haluanpalestin) — Beberapa pemimpin dan tokoh agama Palestin hari ini berkumpul di bandar al-Tour di timur al-Quds bagi memperingati peristiwa pembakaran Masjid al-Aqsa 47 tahun lalu. Dalam sidang media, Mufti Besar al-Quds Sheikh Muhammad Hussein berkata bahawa pencabulan rejim Zionis, termasuklah menahan dan membunuh penduduk Palestin di atas perkarangan Masjid al-Aqsa, memberi laluan kepada pelampau Yahudi menceroboh masuk, serta memusnahkan rumah-rumah di al-Quds yang terjajah, adalah merupakan “satu lagi jenis api yang terus membakar Masjid al-Aqsa dan kota al-Quds sejak 47 tahun lalu.” Gabenor Palestin bagi al-Quds, Adnan al-Husseini, pula menyebut bahawa kegagalan untuk menyelesaikan isu al-Quds sehingga ke hari ini menunjukkan kelalaian terhadap perjuangan Palestin dan kurangnya kesedaran tentang bahaya yang sedang dihadapi oleh al-Aqsa. “Kita masih dapat menghidu bau api yang mula membakar 47 tahun lalu, dalam bentuk penggalian, pencerobohan masuk, terowong rahsia, penculikan secara rambang, dan perampasan secara tiba-tiba yang dilakukan oleh pihak rejim,” kata al-Husseini. “Al-Aqsa bukan sekadar dinding-dinding dan kubah. Ia adalah sebahagian daripada keimanan dalam Islam. Nilainya

6

LAPORAN

jauh lebih mendalam daripada batu-batuan. Al-Aqsa adalah sumber kemuliaan dan degup jantung umat Islam.” Ketua Akademi Sains dan Warisan al-Aqsa, Sheikh Najeh Bkeirat, menyeru bangsa Arab dan umat Islam supaya bergabung dalam usaha membebaskan al-Quds dan al-Aqsa. 47 tahun lalu, seorang pelancung Yahudi dari Australia, Denis Michael Rohan, membakar Masjid al-Aqsa. Serangan tersebut adalah salah satu daripada cubaan yang dilakukan sejak mereka menjajah al-Quds Timur pada tahun 1967. Pada bulan April 1982, seorang askar Zionis melepaskan tembakan secara rambang ke arah para jamaah di dalam masjid suci itu, sehingga membunuh dua orang ahli jemaah dan mencederakan enam yang lain. Manakala pada bulan Oktober 1990, polis Zionis membunuh 21 ahli jamaah dan mencederakan puluhan yang lain dalam pertempuran yang dicetuskan oleh pelampau Yahudi ketika mereka cuba meletakkan batu asas kuil mereka di perkarangan Masjid al-Aqsa. Pihak berkuasa rejim dalam pada itu membuat penggalian di sekitar Masjid al-Aqsa tanpa mendedahkan hakikat sebenar kerja-kerja di bawah tanah itu.


7

Mugharabah menghubungkan Baitul Maqdis

Aisyah Al-Masluhi dilahirkan di Hayyu Al-Mugharabah pada tahun 1946. Bapanya berasal daripada Morocco dan ibunya adalah rakyat Palestin. Pada ketika itu, seramai 138 keluarga tinggal di Al-Mugharabah. Mereka berasal daripada Libya, Algeria, Tunisia dan Morocco. Aisyah cuba sedaya upaya untuk melindungi adat dan budaya Morocco dengan memakai pakaian Morocco pada setiap hari. Beliau juga menyediakan hidangan Morocco pada setiap minggu untuk anak dan cucunya. Ketika beliau menerima kunjungan daripada Jazera,net di biliknya di Zawiyya Abi Madyan Al-Gawth, beliau berkata sesiapa yang melupakan asal-usulnya, mak sesungguhnyaa dia tidak mempunyai asal-usul. Saya berbangga dengan asal-usul saya sebagai seorang Morocco tapi saya juga seorang rakyat Palestin. Seperti Mugharabah yang memiliki dua kemuliaan, iaitu kemuliaan Mujahidin dan Salahuddin serta kemuliaan pertalian dengan Al-Quds. Budaya yang hilang Beliau berharap kehidupan al-Quds boleh dikembalikan seperti satu zaman dahulu, merujuk kepada Hammamat As-Syabiyah (bilik mandi umum) sebagai satu budaya yang di-

hidupkan oleh penduduk Al-Mugharabah. Pada zaman dahulu, penduduk Al-Mugharabah pergi ke Hammam As-Syifa dan Al-Ain yang terletak di Jalan Al-Wad di Al-Quds pada hampir setiap hari, tetapi budaya ini telah pupus setelah seluruh tempat mandi ini ditutup di Bandar tersebut. Tentera Israel tidak mampu memadam memori penduduk Har Al-Mugharabah walaupun mereka merobohkan seluruh rumah yang terdapat di bumi tersebut. Aisyah mengutuk Israel setiap kali beliau menjenguk seluruh aktiviti di Al-Hayyu melalui tingkap biliknya di Zawiyya di kawasan Al-Buraq. Di sini terdapat penulis yang belajar huruf abjad dan Al-Quran, disana kedai-kedai Al-Hayuu, terdapat juga rumah keluarga yang hanya menjadi satu kenangan yang muncul di mindanya setiap hari. Orang Morocco datang ke Al-Quds sebelum 800 tahun dahulu, ketika Salahuddin Al-Ayyubi meminta daripada sultan Morocco, Yakob Al-Mansur supaya menghulurkan bantuan kepadanya dan menambahkan bilangan armada laut untuk membantunya membebaskan AlQuds daripada tentera Salib. Lalu sultan menyediakan satu armada yang besar untuk membantu tentera Islam di Timur Arab pada tahun 1187. Selepas pembebasan Al-Quds, Salahuddin menghadiahkan mujahidin daripada negara Morocco dengan penempatan di bandar tersebut. Beliau berkata: tempat ini dikhaskan untuk mereka yang kekal berjuang tidak kira di darat dan di laut, dan terdapat padanya kebaikan bagi sesiapa yang mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan kota ini�. Mujahidin Morocco terkenal dengan ketabahan dan keberanian mereka. Salah satu nama mereka diabadikan di Kota Al-Quds. Zawiyya Al-Mugharabah dinamakan Zawiyya Abi Madyan Al-Ghawth sebagai penghormatan kepadanya.


8 Syeikh Abu Madyan Al-Ghauwth adalah salah seorang yang menyahut panggilan jihad untuk menentang tentera Salib di Baitul Maqdis. Beliau syahid ketika peperangan tersebut dan dikebumikan di masjid dan makamnya masih kekal sehingga ke hari ini. Penduduk Hayyu Al-Mugharabah yang bersebelahan dengan Masjid Al-Aqsa terdiri daripada orang yang mempunyai salasilah daripada Morocco. Sementara itu, az-zawiya dikhaskan untuk para tetamu dan orang yang menunaikan haji yang melalui Kota AlQuds sebagai tempat persinggahan. Tetapi setelah Israel menjajah Al-Quds pada tahun 1967 dan merobohkan Hayyu secara menyeluruh dan menghalau penduduknya, sebahagian keluarga terpaksa berpindah ke penempatan yang berupa bilik-belik kecil di Zawiyya Al-Muqsimah. Sebanyak 15 keluarga masih tinggal di Az-Zawiya sehingga ke hari ini.

Seorang warga emas, Muhamad Abdul Jalil Al-Maghribi yang lahir pada tahun 1939 berkata beliau mendengar berita bahawa penjajah Israel mengeluarkan perintah melalui pembesar suara supaya penduduk Hayyu Al-Mugharabah untuk keluar daripada rumah mereka. Ketika itu beliau berada di Jordan, maka beliau bergegas pulang ke Al-Quds tetapi tentera Israel sudah hampir menyelesaikan misi mereka untuk menghancurkan Al-Hayyu. Menurut Al-Maghribi, bulldozer Israel telah meruntuhkan rumah-rumah dan menyebabkan tiga orang warga emas meninggal dunia disebabkan mereka tidak mendengar arahan yang dikeluarkan oleh tentera Israel. Lalu rumah mereka dirobohkan di depan mata mereka sendiri. Beliau menegaskan bahawa tiada lagi tanda-tanda yang menunjukkan bahawa terdapat penempatan di kawasan yang lama. Penempatan tersebut telah berpindah ke kawasan yang lebih luas yang dinamakan Israel sebagai ‘kawasan yang ditangisi’. Kawasan ini dikhaskan untuk upacara agama Yahudi yang dilakukan pada siang dan malam di atas runtuhan rumah-rumah dan kawasan orang islam pada suatu masa yang dulu. Setelah Al-Harat dirobohkan, penduduknya berpindah ke serata tempat. Ada yang pergi ke kawasan barat negara Arab, dan nada yang melarikan diri ke Jordan. Mereka kekal di sana sehingga sekarang.

Morocan Quarter Memori tentang kehidupan di Harat Al-Mugharabah masih belum padam dari minda penduduk yang tinggal di situ. Mereka masih cuba untuk mendapatkan maklumat tentang kehidupan di sana dengan lebih mendalam. Mereka juga cuba mencari maklumat tentang pencerobohan pihak berkuasa Israel selepas mereka menjajah Palestin beberapa hari ketika mana Hayyu Sumber: Aljazeera baru sahaja dibangunkan. Penterjemah: Yayasan Al-Quds Malaysia



Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.