Al-Quds Newsletter - issue no 101

Page 1

ALQUDS Weekly Report

Issue no 101

26 Sept 2016

16 Years .. the pain still remains.. al-Aqsa Intifada

2000 - 2005

4412 Palestinian Killed

48322 injured

YAYASAN Al-QUDS MALAYSIA


Zionis akan musnahkan 26 buah rumah penduduk Palestin di al-Quds AL-QUDS, 22 Sep 2016 (PIC) — Pegawai pihak perbandaran Zionis di al-Quds hari ini menyerahkan notis bagi memusnahkan 26 buah apartmen di bandar Issawiya di alQuds, yang terletak bersebelahan jalan utama ke kawasan penempatan haram Maale Adumem. Sebahagian daripada bangunan yang menempatkan 250 penduduk Palestin itu, termasuk kanak-kanak, di bina sejak lebih tiga dekad lalu.

Zionis rancang bina 56,000 rumah untuk pendatang Yahudi sebelum akhir 2030 AL-QUDS, 22 Sep 2016 (PIP) — Rejim Zionis membuat rancangan jangka panjang untuk membina sebanyak 56,000 buah rumah baharu untuk pendatang Yahudi sebelum akhir tahun 2030. Menurut kenyataan Ketua Jabatan Pemetaan di Persatuan Kajian Arab, Khalil Tafkaji, rejim penjajah pimpinan Benjamin Netanyahu memperhebat langkah Yahudisasi ke atas al-Quds dan merampas seluas mungkin tanah kota suci umat Islam itu, dengan menggabungkannya dengan sejumlah kawasan penempatan haram sedia ada yang besar.Pada 18 Mei 2012, rejim Zionis telah mengumumkan rancangan utama untuk merampas tanah Palestin seluas 270 dunum di Beit Jala bagi meluaskan kawasan penempatan haram Gilo di al-Quds Timur. Rancangan untuk membina 924 unit rumah baharu itu kemudiannya diluluskan pada 16 Ogos 2013.

Peniaga Palestin ditangkap kerana menjual pisau AL-QUDS, 21 Sep 2016 (PIC) — Polis Zionis semalam menangkap seorang peniaga Palestin di Kota Lama alQuds atas tuduhan menjual pisau kepada “pengganas.” Pihak polis mendakwa seseorang yang disyaki sebagai “pengganas” telah membeli dua bilah pisau dari kedai peniaga tersebut dan kemudiannya cuba menikam dua orang pegawai polis Jumaat lalu. Anak lelaki peniaga tersebut yang berumur sembilan tahun bersama sepupunya yang berumur 16 tahun turut ditangkap dan disoal-siasat. Anaknya dibebaskan dua jam kemudian. Peniaga tersebut turut diharamkan memasuki Kota Lama untuk tempoh selama seminggu. 1


"PUSAT DANA JERUSALEM" .. 50 TAHUN PERCUBAAN UNTUK MENGYAHUDIKAN JERUSALEM Pusat Berita Palestin “Yayasan Dana Pengyahudian Jerusalem" kini mengadakan persediaan untuk meraikan ulang tahun ke-50 bermulanya projek pengyahudian Jurusalem, di mana mereka merencana untuk menjemput penderma- penderma besar dan penyokong – penyokong Zionis ke majlis sambutan itu, sekaligus menarik perhatian dari pihak kapitalis Yahudi. Menurut laman web "The Time Of Israel", Yayasan Dana Pengyahudian Jurusalem akan menyambut ulang tahun ke-50 penubuhannya oleh bekas Datuk Bandar Jurusalem “Teddy Kollek”, yang telah pun menjalankan sebanyak 4000 projek di Yerusalem. Pada acara itu, beliau akan menjadi antara beratus-ratus peserta dari seluruh dunia untuk memberi penghormatan kepada keluarga yang telah menyumbang kepada penubuhan Yayasan Dana Pengyahudian Jurusalem. Tambah laman web berkenaan, antara tetamu terhormat majlis itu adalah Datuk Bandar Jurusalem sekarang “Nir Barkat”, Presiden Kehormat Yayasan, Presiden entiti Reuven Rivlin, Bernard-Henri Levy, Rabbi Jonathan Sacks dan Ilyotobramz. Selain itu, Yayasan Dana Pengyahudian Jurusalem yang ditubuhkan pada tahun 1966 untuk melaksanakan 4000 projek di bandar Jerusalem sahaja, dengan kos yang dianggarkan berjumlah lima bilion syikal (1 dolar US = 3.78 syikal) dan pelbagai projek-projek lain termasuklah taman -taman dan pusat komuniti, pusat- pusat pendidikan , menubuhkan panggung wayang, muzium, tapak warisan purba dan biasiswa pelajaran, yang semuanya disusun untuk membantu melancarkan projek pengyahudian Jurusalem. Menurut laman web itu, Yayasan Dana Pengyahudian Jurusalem menganggap bahawa

mereka merupakan hasil daripada inovasi "Israel", yang diasaskan oleh Teddy Kollek bagi menyelesaikan masalah kewangan dan perancangan yang telah mungkin boleh menghalang pelaksanaan banyak perancangan Yahudi dalam Bandar Jurusalem, dan dengan cara ini membuka jalan bagi penyertaan orang Yahudi dari seluruh dunia. Laman web itu turut memetik ucapan "Salaimeredor" , bekas Duta Israel ke Amerika Syarikat dan Presiden semasa Yayasan Dana Pengyahudian Jurusalem, yang berkata bahawa dana yayasan "Sepanjang 50 tahun yang lalu telah memberikan perkhidmatan yang hebat untuk manfaat Jerusalem dan penduduknya, ia adalah satu penghormatan untuk terlibat sama dengannya, kerana Jurusalem sebenarnya lebih dari sekadar sebuah bandar dan ibu negara,bahkan ia adalah pusat dan sumber keprihatinan serta kasih kepada sejumlah besar orang di seluruh dunia”. Laman web ini menyatakan bahawa yayasan akan menganjurkan lawatan untuk peserta- peserta majlis bagi melawat beberapa kawasan di Jurusalem, dan kemudian bertemu dengan pemimpin- pemimpin Israel, serta mengambil bahagian dalam pelbagai acara kebudayaan. Perancangan sambutan ini menimbulkan persoalan tentang skala dan bentuk projek pengyahudian yang telah dijalankan di Jurusalem sejak penjajahannya pada tahun 1967, ketika mana sebuah institusi sahaja berjaya melaksanakan lebih dari 4 ribu projek, ini bermakna ratusan ribu projek pengyahudian berjaya dilaksanakan melalui puluhan dan ratusan institusi lain yang turut serta dalam pengyahudian Jurusalem, seterusnya memusnahkan mercu tanda Islam dan Arab. 2


Israel menghukum seorang penduduk Al-Quds kerana beliau mendekorasi rumahnya sempena menyambut para jemaah haji

Pusat Berita Palestin Mahkamah Israel mengeluarkan saman terhadap seorang rakyat Palestin disebabkan beliau mendekorasi dinding rumahnya sempena menyambut para jemaah haji dari Mekah dengan hiasan gambar-gambar hari raya. Tentera Israel menahan seorang warga emas, Abu Rami AlMuhtasab (64 tahun) di rumahnya di Uqbah As-Saraya di Kota Lama Al-Quds pada minggu lalu. Beliau ditahan sehingga tengahari di balai polis menurut dakwaan penduduk yang tinggal di sekitarnya. Beliau dikenakan denda bayaran sebanyak 750 shekal (sekitar 200 dolar Amerika), perbicaraan di

mahkamah pada 16 Januari tahun hadapan serta arahan untuk membuang semua hiasan-hiasan di dinding rumahnya. Penduduk menyifatkan bahawa hukuman ini dijatuhkan sewenang-wenangnya tanpa mengikut undang-undang. Mereka menambah bahawa keluarganya masih terkejut dengan tindakan 25 orang askar Israel yang memecah masuk ke rumah beliau atas tuduhan merosakkan imej Bandar selepas seorang penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran membuat laporan polis beserta dengan gambar. Abu Rami menerangkan bahawa budaya menghias dinding rumah untuk menyambut para jemaah haji telah lama dilakukan di AlQuds. Beliau menyatakan baha-

wa dinding rumah biasanya dihias dengan nama para jemaah haji, lukisan kaabah dan juga nama-nama Allah. Tambahnya lagi, beliau telah melakukan persediaan untuk menyambut anak dan isterinya setelah mereka selesai menunaikan ibadah haji seperti yang dilakukan oleh penduduk yang lain tetapi polis menghalang beliau membuat hiasan-hiasan tersebut. Beliau menganggap tindakan Israel itu adalah satu usaha mereka yang berterusan untuk menyeksa penduduk dan menghalang mereka daripada menzahirkan kegembiraan. Tindakan ini juga adalah satu cara untuk menambahkan tekanan kepada rakyat supaya mereka mencari tempat tinggal yang lain. 3


Bagi yang memiliki hati dan perasaan

Masjid Al-Aqsa sedang mengeluh (menangis), sedangkan sedikit yang melindunginya, membiarkannya sendiri dan tidak mempedulikannya, mereka tidak memiliki apa-apa kecuali jiwa-jiwa mereka, maka mereka mengorbankannya untuk mensucikannya, mungkin menyelamatkannya, dan mungkin kehangatan yang wujud di sekelilingnya adalah daripadabongkah kebisuan dan kesejukan kata-kata. YAYASAN ALQUDS MALAYSIA


4

Article

Explained: Israeli Settlements

What are Israeli settlements and why are they a problem? I sraeli settlements are villages, towns and cities built illegally on Palestinian land. In order to build settlements, Palestinians are forced off their land and their homes are often demolished. In their place, Israeli continues to build new neighbourhoods in which Palestinians are not allowed to live and has created a separate road system that Palestinians are not allowed to use. Palestinians and Israelis live under separate legal systems, with Palestinians subject to military, rather than civilian law. Settlements are one of the clearest examples of Israel’s unwillingness to abide by international law. Also, by preventing the creation of a Palestinian state, they help delay any possibility of a just peace in Palestine. Middle East Monitor Soon after Israel conquered the West Bank and Gaza Strip in June 1967, Israeli authorities began to establish civilian colonies – settlements – in the newly-occupied territory. Initially small in number, the settlements steadily grew, spreading across the Occupied Palestinian Territory. Today, around half a century on, there are well over 200 settlements, not including those removed from the Gaza Strip in 2005. Some settlements are major cities, while others are small outposts – all together, the settler population is now more than 600,000. The built-up area of the settlements is 2 per cent of the West Bank, in addition to agricultural and industrial areas almost double that figure. A small amount of land can go a long way – Ma’ale Adumim, for example, east of Jerusalem, occupies 0.8 per cent of the West Bank, but serves to slice

the West Bank into two parts. Furthermore, the settlements’ local authorities constitute around 37 per cent of the West Bank – areas off limits to Palestinian development. Israeli settlements are illegal under international law, as a grave violation of the Geneva Convention. The illegality of the settlements is a consensus position, supported by the United Nations – in both Security Council and General Assembly resolutions – as well as by the International Court of Justice and Red Cross. Interestingly, although Israel now disputes this position, in 1967, an Israeli Foreign Ministry legal advisor wrote a secret memo acknowledging that to establish civilian colonies in the OPT would indeed contravene international law. Settlements have been backed by every single Israeli government since 1967, including those often seen in the West as more ‘moderate’. The Labor party, for example, birthed settlements in the Jordan Valley, while in the first three months of Ehud Barak’s pre-


Article

5

miership in 1999, the government authorized new settlement construction at a pace exceeding that of the previous Likud administration. Even Yitzhak Rabin, speaking a month before his assassination, affirmed Israel would forever hold on to key settlements in the West Bank and East Jerusalem. The current Israeli government, meanwhile, is a firm supporter of the settlement enterprise, with the cabinet including ministers who back Israel’s formal annexation of some, or all, of the West Bank.

tinely commit violence against Palestinian property and people, with impunity. According to Amnesty International, Israel’s settlement policy is “inherently discriminatory,”, “infringing their rights to adequate housing, water and livelihoods.” Human Rights Watch have described settlements as “part and parcel of Israeli policies that dispossess, discriminate against, and abuse the human rights of Palestinians.” A few years ago, the UN’s Committee on the Elimination of Racial Discrimination declared that Israeli policies in the West Bank – with The settlements have a severe impact on Palestin- the settlements front and centre – violate the prohiians, whether in terms of displacement, dividing bition of segregation and apartheid. and fragmenting the land, or rendering crucial natural resources and land off-limits. Settlers also rou-

How many settlements are there? Today there are approximately 125 Israeli settlements in the West Bank and twelve neighbourhoods in Jerusalem. There are also a further 100 “settlement outposts” – these are smaller groupings of houses set up by the most extremist Israeli settlers in order to occupy further areas of Palestinian land. Altogether there are some 547,000 Israeli settlers of whom 196,890 live in settlements in Palestinian East Jerusalem and an additional 350,010 spread throughout the West Bank. Israel began building settlements in 1967 when it started to occupy the areas of Palestine known as the West Bank and the Gaza Strip. Settlements began as small groups of houses built on hills overlooking Palestinian villages. Since then, Israel has dedicated significant resources to expanding settlements into the sprawling towns and cities they are today. Every Israeli government has participated in the policy of expanding settlements.


6

MEMORI PEDIH YANG SUKAR DILUPAKAN ULANG TAHUN KE 16 SEJAK BERLAKUNYA INTIFADAH AL-AQSA YANG KEDUA.. Bandar Jurusalem telah menyaksikan sebuah pertempuran sengit dan mengorbankan ramai penduduk. Bahkan tak lama selepas itu, ia merebak ke Bandar- bandar lain hingga ke Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Seorang kanak-kanak Palestin, Muhammad Durrah, telah menjadi simbol kepada intifadah kedua ini setelah video dari saluran televisyen Perancis pada 30 September 2000 merakamkan kanak-kanak itu terbunuh ditembak tentera Israel ketika dia berada bersama ayahnya di Jalan Solahuddin, selatan Bandar Gaza.

Sept. 28, 2000- Ariel Sharon visits Masjid al-Aqsa and Haram al-Sharif

16 tahun lalu, pada tarikh ini (28 September 2000), telah berlakunya percikan api intifadah yang kedua berpunca daripada serangan Perdana Menteri Israel “Ariel Sharon� ke atas Masjid Al-Aqsa. Beliau pada ketika itu mengarahkan sebuah angkatan tentera yang besar untuk menyerang masjid. Sharon pada ketika itu melawat lapangan Masjid Al-Aqsa dan berkata bahawa Tanah Haram Al— Quds akan kekal menjadi kawasan milik Israel. Kata- kata itu telah membangkitkan kemarahan rakyat Palestin, dan berlakulah pertempuran sengit di antara warga Palestin dan tentera- tentera Israel seterusnya mengakibatkan kematian 7 orang warga Palestin, dan mencederakan 250 orang yang lain. Manakala di pihak tentera Israel, seramai 13 orang mengalami kecederaan.

Sept. 30, 2000- The killing of 12-year-old Mohammed al-Dura by Israeli soldiers.

Video itu mengundang kemarahan rakyat Palestin di seluruh pelusuk Palestin dan mendorong mereka untuk keluar beramai-ramai mengadakan tunjuk perasaan dan menyerang tentera- tentera Israel. Intifada kedua ini berbeza dengan yang pertama dari sudut banyaknya pertempuran yang berlaku dan peningkatan serangan dari kedua- dua belah pihak, warga Palestin dan tentera Israel. Laporan menunjukkan bahawa intifadah kali ini menyebabkan kematian seramai 4412 orang Palestin dan kecederaan 48322 orang. Manakala di pihak Israel pula, sebanyak 1069 kematian dicatatkan dan 4500 yang lain cedera.


7

Kawasan- kawasan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, semasa pertempuran itu terdedah kepada serangan – serangan ketenteraan, dan kehancuran beribu- ribu buah rumah dan bangunan, begitu juga ribuan ekar ladang dan kawasan pertanian. Antara perkara yang paling diingati dari intifada kedua, adalah pembunuhan Menteri Pelancongan dalam kerajaan Israel pada masa itu (Rehavam Ze'evi) di tangan pejuang- pejuang Parti Pembebasan Palestin. Adapun, di pihak Israel, Sharon juga telah menyebabkan kematian lebih ramai pemimpin baris hadapan Palestin dari bidang politik dan ketenteraan, dalam usaha untuk menghentikan pemberontakan Palestin yang meletus pada tahun 2000 dan melemahkan tentangan pihak lawan, yang diketuai oleh pengasas Hamas “Sheikh Ahmed Yassin�.

March. 22, 2004- Israel assassinates wheelchair-bound Shaikh Ahmad Yassin, spiritual leader of the Palestinian resistance movement Hamas

Dan intifada kedua ini menyaksikan penentangan Palestin menggunakan alat-alat yang lebih canggih berbanding Intifada pertama yang mana ketika itu mereka menggunakan batu-batu dan bom tangan. Manakala semasa Intifada kedua, sayap tentera Briged Qassam dan sayap bersenjata Gerakan Pembebas Palestin (Hamas), berusaha melakukan pemodenan senjata , sehingga mampu untuk menghasilkan "peluru berpandu" bagi menyerang bandar-bandar Israel.

Sept. 2001-The Qassam rocket is a simple, steel artillery rocket developed and deployed by the Izz ad-Din al-Qassam Brigades

Kawasan penempatan pendatang Israel "Sderot," menjadi kawasan pertama menerima serangan roket Palestin buatan tempatan yang dilancarkan oleh al-Qassam, setahun selepas bermulanya Intifada (26 Oktober 2001), dan terus melakukan pembangunan dan peningkatan selepas itu dengan kadar yang pantas. Akhirnya intifadah berakhir pada 8 Februari 2005 selepas melakukan perjanjian gencatan senjata di "Sharm el-Sheikh�. Di sidang kemuncak itu, para pemerhati percaya bahawa intifada kedua tidak akan berakhir setakat itu, malah aka nada seranganserangan berterusan di Tebing Barat. Intifada Palestin yang pertama, atau yang dinamakan "pemberontakan batu," oleh rakyat Palestin, telah meletus pada 8 Disember 1987, di kem pelarian Jabaliya di utara Semenanjung Gaza, dan kemudian merebak ke semua bandar-bandar, kampung-kampung dan kem-kem Palestin. Punca utama meletusnya intiffadah pertama ini adalah kerana seorang pemandu lori "Israel" yang bertindak melanggar sekumpulan pekerja Palestin di Pintu Beit Hanoun "Erez", pusat pemeriksaan utara Gaza.


8

Aktiviti Kami

Pameran Al-Quds di Masjid Wilayah Persekutuan

23 Sep 2016 Yayasan Al-Quds Malaysia telah membuat satu pameran bergambar di Masjid wilayah persekutuan tentang penderitaan di rakyat di Jerusalem dan Al-Aqsa di bawah penjajahan tentera Israel. Turut dipamerkan gambar yang menceritakan tentang kecekalan rakyat dalam menentang kemasukan pengaruh Yahudi di Al-Aqsa. Pameran ini diadakan pada Jumaat 23 Sep. Ia mendapat sambutan yang menggalakkan dari para jemaah masjid yang menghayati setiap gambar yang dipamerkan sambil diberi penerangan oleh sukarelawan di situ. Beberapa risalah penerangan turut diedarkan.


Aktiviti Kami

9



Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.