Al-Quds Newsletter - issue no 97

Page 1

ALQUDS Berita Mingguan 22 Ogos 2016 Isu 97

47 tahun sejak kebakaran di Masjid Al-Aqsa 2016 - 1969

Laporan Israel: Persediaan Secara Teori Dan Praktikal Untuk Membina Haikal Di Atas Runtuhan Masjid Al-Aqsa

YAYASAN ALQUDS MALAYSIA


1

47 tahun sejak kebakaran di Masjid Al-Aqsa

KEBAKARAN PADA TAHUN 1969:

Mimbar Nuruddin Az-Zanki. Orang-orang Palestin pada ketika itu berjaya menyelamatkan sebahagian masjid dari terbakar, dan tentera- tentera Israel menangkap pelaku jenayah tetapi mendakwa bahawa dia seorang yang gila, lalu dia dihantar pulang ke Australia. Dia masih hidup sehinggalah ke hari ini, namun tidak sedikit pun terdapat tandatanda gila padanya.

Pada tahun 1967, Israel telah menjajah Timur Jurusalem termasuklah Masjid Al-Aqsa Pada tahun 1969, seorang penjajah Nasrani berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah datang ke Palestin atas tujuan melancong. Namun, dia telah menyalakan api membakar Masjid Al-Qabali, sebahagian dari Masjid Al-Aqsa dan berkata bahawa pembakaran Masjid Al-Aqsa adalah TENTERA ISRAEL BERSUBAHAT DAperkara penting yang perlu dilakukan. Akan LAM MELAKUKAN JENAYAH (PEMBAtetapi, usahanya tidak berjaya dan api itu ha- KARAN MASJID AL-AQSA): nya membakar sebahagiannya termasuklah


2

Banyak bukti menunjukkan bahawa tentera Israel bersubahat melakukan jenayah dengan pelbagai perkara. Contohnya, memotong air di Masjid Al-Aqsa secara serta-merta ketika kebakaran berlaku, cuba menghalang bomba dan penduduk Palestin dari masuk ke tempat kejadian untuk membantu memadamkan api. Menurut arkitek dan pakar-pakar penyiasat, terdapat tandatanda penglibatan lebih dari seorang Yahudi pelampau yang turut serta dalam kejadian itu, bukan saja Rohan yang didakwa oleh mereka. KAWASAN YANG TERJEJAS AKIBAT KEBAKARAN:

Antara yang terjejas disebabkan oleh kebakaran itu ialah Mimbar Salahuddin, Mihrab Zakaria, 3 koridor, 2 tiang utama masjid, kubah kayu, 74 tingkap kayu, semua sejadah dan permaidani masjid dan lain- lain. Selain itu, turut terjejas sebahagian dari kubah dalaman masjid, dinding bahagian selatan, 48 tingkap kaca berwarna-warni, dan bingkai-bingkai perhiasan bertulis ayat- ayat Al-Quran. Kebakaran itu juga membakar sepertiga atau seperempat Masjid Al-Qabali dan membinasakan banyak kesan- kesan sejarah Islam seperti mimbar yang pernah diziarahi oleh pemimpin hebat tentera Islam, Solahuddin Al-Ayyubi, ketikamana dia membebaskan Al-Quds dari tangan tentera salib pada tahun 1182. Dan sekarang selepas berlalunya 47 tahun setelah itu, Al-Quds sentiasa bertanya: Bilakah akan muncul kembali Umar dan Solahuddin untuk datang dan membebaskannya sepertimana mereka membebaskannya dari tentera Rom dan tentera salib sebelum ini.


Penggalian Baru Ditemui Di Pintu Masuk Wadi Helwah Di Selatan Al-Aqsa ALQUDS, (PIC) Beberapa sumber yang menjalankan pemerhatian terhadap projek- projek Israel mendedahkan bahawa mereka menemui penggalian baru yang jaraknya kira- kira 100 meter dari selatan Masjid Al-Aqsa, dan 40 meter dari Tembok Bersejarah Jurusalem. Pihak Berkuasa Antikuiti Israel sejak beberapa hari lalu memulakan penggalian itu dengan pembiayaan dari Pertubuhan Elad (milik Yahudi) di kawasan berhampiran pintu masuk Wadi Helwah di bandar Silwan. Penggalian itu dianggarkan sepanjang 25 meter dan lebar 10 meter. Kedalaman terowong itu sekarang telah mencapai kira-kira 4 meter. Pengosongan dan pemindahan tanah dari kawasan itu telah pun dijalankan dan berplastik-plastik tanah telah pun dipindahkan ke tempat yang tidak diketahui. Manakala sebahagian lainnya diletakkan sebagai pembahagi kawasan. Terowong- terowong itu menjadi pengantara dengan kawasan- kawasan terowong yang lebih luas, seperti kawasan Wadi Helwah, dan kawasan Tel Aldhor (atau nama lainnya Bandar Daud). Terowong itu juga terletak di kawasan yang merupakan kawasan yang bakal dipenuhi dengan projek- projek pengyahudian Israel. Mengikut soal selidik yang dijalankan oleh Ciobrs di laman sesawangnya, mereka mendapati bahawa terowong itu bertujuan menghubungkan antara bawah tanah kawasan Givati dan Bandar Daud, yang mana ianya merupakan laluan pelancongan Talmud. Selain itu, ia juga bertujuan menyempurnakan projek penggalian di pintu masuk Wadi Helwah, iaitu tanah milik Palestin yang berkeluasan kira- kira 6 ekar yang dirampas oleh Israel.

3


Pelan Rancangan Israel Untuk Meluaskan Kawasan Penempatan Ramot Di Timur Jurusalem

ALQUDS, (PIC)

Kerajaan Israel telah melengkapkan rancangan untuk meluaskan kawasan penempatan Ramot di atas tanah milik Palestin di Timur Jurusalem. Akhbar Haaretz milik Yahudi pada hari Isnin (15/8) melaporkan bahawa Jawatankuasa Pembangunan dan Perancangan Daerah Israel di Jurusalem telah menyempurnakan pelan rancangan mereka untuk membina sebanyak 56 unit rumah baru di kawasan penempatan Ramot atau secara spesifiknya di perkampungan Lifta, Beit Iksa, dan Beit Hanina,di bahagian Barat Laut Timur Jurusalem. Akhbar itu turut melaporkan kata-kata pengkaji khusus dalam hal ehwal Israel dari Aviv Ttraski Association bahawa Kerajaan Israel menerima kecaman demi kecaman dari masyarakat antarabangsa sejak akhir-akhir ini di atas sokongan mereka terhadap pelan rancangan itu di Jurusalem dan Tebing Barat. Majlis Perbandaran Israel di Jurusalem menamakan projek baru itu dengan nama “Pelan Perancangan Ramot� yang bakal dilaksanakan di tanah milik penduduk Palestin di perkampungan Lifta, Beit Iksa, Beit Hanina yang berkeluasan lebih daripada 419 ekar .

Dalam laporan yang sama, akhbar Haaretz mendedahkan bahawa pelabur-pelabur Israel memberikan sokongan padu kepada pelan pembinaan itu yang akan membina kawasan penempatan baru yang menempatkan sekitar 2000 unit rumah dan menghubungkan antara kawasan kejiranan Gilo dan Tunnel Road. Pengarah bahagian Pemetaan dari Pusat Kajian Masyarakat Arab di Jurusalem, Khalil Tufakji, berkata bahawasanya pelan pembinaan di kawasan penempatan Ramot merupakan antara perancangan strategik Israel bagi membersihkan Timur Jurusalem daripada penduduk Palestin, dan mengelakkan sebarang kemungkinan untuk kembalinya mereka ke situ sejak Jun 1967. Tambah Tufakji kepada Quds Press: Projek ini merupakan praktikal ataupun amali kepada perancangan- perancangan Israel di atas kertas sebelum ini, yang mana mereka mahu mengeluarkan perkampungan- perkampungan Palestin yang dipenuhi oleh penduduknya daripada kawasan Jurusalem dan menggabungkannya dengan Tebing Barat. Termasuk dalam pelan itu juga perluasan kawasan-kawasan penempatan Israel di sekitar Jurusalem, dan penambahan bilangan penduduk di situ. Tufakji turut memberi amaran bahawa peringkat akan datang bakal menyaksikan pertambahan projek-projek Israel di Timur Jurusalem, yang merupakan matlamat sebenar kerajaan dan parti-parti kanan Israel.

4


Pendatang Yahudi dan polis Zionis ceroboh masuk al-Aqsa AL-QUDS, 18 Ogos 2016 (PIC) Polis penjajah ZIonis pagi tadi membenar serta mengiring segerombolan pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa. Sebahagian daripada pendatang Yahudi mencetus provokasi dengan melakukan ritual di perkarangan masjid suci itu.Di luar pintu masuk masjid, polis Zionis terus menghalang beberapa Muslimat Palestin daripada memasuki Masjid al-Aqsa.

Zionis lulus projek kereta kabel di al-Quds

AL-QUDS, 18 Ogos 2016 (Haluanpalestin) — Rejim Zionis meluluskan projek kereta kabel yang akan menghubungkan Pintu al-Magharebah di tembok Masjid al-Aqsa, City of David di bandar Silwan, Jabal al-Masyarif dan juga Bab al-Asbat, yang akan melibatkan pembinaan di atas tanah wakaf Palestin di tanah perkuburan Bab al-Rahma. Projek kerjasama Kementerian Dalam Negeri, Hal Ehwal Agama dan Pelancongan serta pihak perbandaran Zionis itu merupakan salah satu dariapda 19 projek Yahudisasi dalam agenda “visi baharu al-Quds� yang sebahagian besarnya melibatkan kawasan selatan Kota Lama. Ia bakal menelan belanja sebanyak $US400 juta dan dijangka siap pada tahun 2030. Pembinaan ini juga melibatkan pembinaan sebuah jambatan besar di Pintu al-Maghareba menuju ke bandar Silwan, di mana laluan trafik akan ditukar dan jalan-jalan akan dilebarkan.

5


560 kanak-kanak al-Quds ditahan sejak awal 2016

AL-QUDS, 16 Ogos 2016 (Maan) Ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Tahanan Palestin, Issa Qaraqe, hari ini mengumumkan bahawa tentera Zionis telah menahan seramai 560 orang kanak-kanak Palestin di alQuds sejak awal tahun 2016. 110 orang daripada mereka, termasuk empat orang perempuan, masih merengkok dalam penjara dan 10 lagi sedang ditahan dalam pusat tahanan juvana. Sebahagian daripada tahanan tersebut berumur di bawah 12 tahun. Menurut Issa, walaupun pihak rejim telah membebaskan sebahagian besar kanak-kanak tersebut, 60 orang daripadanya masih dikenakan hukuman tahanan dalam rumah. Ketika dalam penjara, kanak-kanak Palestin dikenakan berbagai bentuk penderaan fizikal dan psikologi, serta diserang dan dipukul sehingga cedera. Mereka yang sakit atau cedera dibiarkan tanpa rawatan. Ahli keluarga dilarang mengiringi mererka ketika disoal siasat. Sementara itu mahkamah Zionis mengenakan yuran guaman yang terlampau tinggi kepada keluarga kanakkanak tersebut. 6


Zionis ugut untuk hancurkan rumah-rumah Badwi Palestin di al-Quds AL-QUDS, 17 Ogos 2016 (Haluanpalestin)

Pihak bandaran Zionis yang diiringi oleh pasukan tentera lengkap bersenjata hari ini menyerbu masuk kompleks Abu Nawwar di timur kota al-Quds dan menyerahkan notis arahan menghancurkan rumah-rumah masyarakat Badwi Palestin di situ. Rata-rata setiap rumah di situ dihuni oleh tujuh hingga lapan ahli keluarga. Rumah-rumah mereka diancam dan kebun-kebun dirampas untuk tujuan pembangunan atau perluasan kawasan penempatan haram Yahudi, khususnya penempatan Maale Adumim yang dibina di atas tanah penduduk perkampungan Izariyah dan Abu Deis.

Zionis lanjut tempoh larangan perjalanan ke atas Sheikh Khatib AL-QUDS, 17 Ogos 2016 (PIC) Pihak berkuasa Zionis melanjutkan hukuman larangan perjalanan ke atas timbalan ketua Pergerakan Islam 1948, Sheikh Kamal al-Khatib, selama enam bulan lagi. Larangan yang akan berlanjutan sehingga 20 Januari 2017 ini merupakan hukuman kali keenam ke atas Sheikh Kamal sejak tahun lalu. Di samping itu, beliau juga tidak dibenarkan memasuki Masjid al-Aqsa dan wilayah al-Quds. Sheikh Kamal akan disoal siasat berterusan dan dikenakan tahanan dalam rumah.

7


Zionis akan bina 4,200 unit rumah penempatan haram Ramallah AL-QUDS, 15 Ogos 2016 (PIC) Jawatankuasa perancangan dan pembinaan Zionis semalam meluluskan rancangan untuk membina sebanyak 4,200 unit rumah baharu di kawasan penempatan haram Modi’in di barat kota Ramallah. Rancangan tersebut melibatkan kawasan tanah Palestin seluas 114 hektar, termasuk untuk pembinaan 1,050 buah rumah khusus untuk pengantin baharu bersama unit komersial dan industri seluas 23,000 meter persegi. Jawatankuasa tersebut memberi tempoh selama 60 hari bagi penduduk membuat sebarang bantahan.

Zionis akan tutup sekolah Badwi Palestin di al-Quds AL-QUDS, 15 Ogos 2016 (Haluanpalestin) Rejim Zionis memutuskan untuk menutup Sekolah Rendah al-Khan al-Ahmar di kawasan masyarakat Badwi di timur al-Quds, atas alasan ia dibina dalam keadaan tidak selamat dan persekitaran yang tidak sihat. Pejabat Perdana Menteri Zionis mengeluarkan arahan selepas memanggil Duta Itali beberapa lalu untuk memaklumkan keputusan tersebut. Sekolah Khan al-Ahmar terletak di kawasan E1 di timur laut al-Quds dan ke barat penempatan haram Maale Adumim. Ia dibina pada tahun 2009 oleh sebuah pertubuhan kemanusiaan dari Itali, Vento Di Terra, dengan menggunakan tayar, tanah liat dan kayu kerana pihak rejim melarang penggunaan batu dan konkrit. Peralatan sekolah disumbang oleh kerajaan Itali. Sebulan selepas dibina, pihak rejim mengarahkan ianya dirobohkan atas alasan dibina terlalu dekat dengan jalan utama.Masyarakat Badwi Palestin sering menjadi sasaran rejim Zionis untuk tujuan meluaskan kawasan penempatan haram Yahudi. Tiga petisyen telah dibuat oleh pendatang Yahudi yang tinggal berdekatan, supaya sekolah tersebut dimusnahkan.

8


Persediaan Secara Teori Dan Praktikal Untuk Membina Haikal Di Atas Runtuhan Masjid Al-Aqsa

LAPORAN

(menurut mereka). Beberapa laporan lain turut melaporkan bahawa pertubuhan ini mendapat banyak penyertaan baharu sejak ditubuhkan oleh 4 orang adik beradik berbangsa Yahudi untuk mengembangkan fikrah mereka ke medan sebenar secara berperingkat dan berstrategi. Paling penting, menurut laporan itu, mereka melakukan program- program di rumah, bengkel- bengkel untuk menggalakkan serangan- serangan terhadap Masjid Al-Aqsa dan menggalakkan untuk melakukan ritual perkahwinan Talmud di Al-Aqsa. Bahkan mereka dikatakan telah pun berjaya menganjurkan perkaraperkara ini setiap 2 hari sekali di Al-Aqsa. Laporan itu turut memfokuskan bahawa isu ini telah berubah dari isu kecil dari isu besar yang mendapat sokongan meluas dari masyarakat Yahudi dan parti politik mereka, dan pelobi- pelobi turut mengutarakan isu ini di peringkat Knesset dan Kerajaan Israel. Selain itu, saluran satu televisyen Israel pada hari Jumaat lalu juga menyiarkan laporan televisyen lengkap tentang sokongan yang menggalakkan bagi pembinaan Haikal, termasuklah penyediaan beberapa ternakan seperti biri-biri dan kambing mengikut spesifikasi korban Talmud. Binatang- binatang ternak itu sudah pun siap untuk dikorbankan untuk Haikal, hanya menunggu isyarat rasmi daripada kerajaan untuk dilaksanakan. Fokus turut terarah kepada Organisasi Haikal dan pengerusinya, Yisrael Ariel, yang berkata bahawa terdapat seramai 40 imam Talmud yang bersiap sedia untuk meneruskan agenda itu dan di sekolah mereka sendiri telah disiapkan segala peralatan Haikal (seperti tempat sembelihan korban) yang pada bila- bila masa pun boleh dipindahkan ke Masjid Al-Aqsa serta-merta. Perancang Bandar Israel, Yoram Gensbor, ketika diwawancara berkata bahawa dia telah mempersiapkan pelan lengkap bagi pembinaan Haikal di atas tapak Masjid Al-Aqsa secara keseluruhannya iaitu seluas 144 ekar , ditambah dengan pelan untuk memperluaskan kawasan penempatan di Kota Jurusalem. Hal ini juga telah disahkan oleh Jabatan rasmi Kerajaan Israel, yang mana pembinaan itu dapat disiapkan dalam tempoh kira- kira 3 tahun sahaja.

ALQUDS, (PIC)-- Laporan televisyen Israel pada minggu- minggu akhir ini dan bersempena dengan “Hari memperingati kehancuran Haikal” menyiarkan mengenai institusi- institusi dan organisasi- organisasi Yahudi yang sedang bersiap-siap secara teori dan praktikal untuk membina Haikal dakwaan mereka di atas runtuhan Masjid Al-Aqsa. Menurut laporan, mereka kini hanya menunggu isyarat dan kebenaran rasmi dari kerajaan. Isu ini muncul ketika organisasi- organisasi ini dan tindak- tanduknya disokong kuat oleh masyarakat dan parti- parti politik, selepas sekian lama bergerak secara kecil-kecilan tanpa dikenali dalam kalangan masyarakat Israel dan tanpa kehadiran sokongan politik dari sesiapa pun. Orang-orang yang turut serta dalam soal selidik itu berpandangan bahawa pembinaan itu akan bermula pada bila- bila masa sahaja, bahkan mungkin beberapa jam lagi barang- barang pembinaan akan dipindahkan ke kawasan Masjid Al-Aqsa (secara spesifiknya kawasan Kubah Batu). Tambah mereka lagi, pembinaan itu mungkin akan disempurnakan dalam tempoh 3 tahun sahaja (berdasarkan pelan perancangan mereka). Saluran dua televisyen Israel pada hari Sabtu menyiarkan secara meluas laporan yang disediakan oleh media “Danah Weiss” yang menumpukan kepada gerak kerja Pertubuhan Wanita untuk Haikal yang menyediakan persiapan seperti permaidani imam yang akan diletakkan di “tempat maha kudus” Penterjemah: Yayasan Al-Quds Malaysia

9



Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.