Cardiac Implantable Electronic Devices (CIED) Remote Monitoring Programme (Malay)

Page 1

Perkhidmatan

Alat Elektronik Implan

Jantung (CIED) Pemantauan Jarak Jauh

Kardiologi

Apa itu alat elektronik implan jantung (CIED) pemantauan jarak jauh?

Alat elektronik implan jantung (CIED) adalah alat yang boleh dipasang untuk merawat atau memantau kadar jantung yang tidak normal.

Perkhidmatan pemantauan jarak jauh ini membolehkan doktor memantau CIED pesakit di luar klinik. Ia merupakan langkah tambahan kepada lawatan ke klinik.

Alat pemancar diperlukan untuk menghantar data CIED pesakit. Data ini hanya boleh diakses oleh kakitangan perubatan yang dibenarkan hospital, yang akan membaca data yang dihantarkan pada waktu pejabat.

Apakah faedah perkhidmatan alat elektronik implan jantung (CIED) pemantauan jarak jauh?

• Pengesanan awal kadar jantung yang memerlukan rawatan segera

• Memantau fungsi alat elektronik implan jantung (CIED)

• Boleh mengurangkan sesi lawatan klinik yang diperlukan

Berapakah kos perkhidmatan ini? Berikut adalah bayaran langganan perkhidmatan:

Setiap 6 bulan:

$108 (bersubsidi) / $116.50 (swasta)

Setiap tahun:

$216 (bersubsidi) / $233 (swasta)

• Kos pemancar dan kos langganan untuk tahun pertama akan termasuk dalam kos implan

• Flexi-Medisave boleh digunakan untuk kos langganan, bergantung pada kelayakan anda

• Kos pemancar adalah antara $1000 - $2000

Perhatian

Perkhidmatan ini bukan perkhidmatan kecemasan. Sila dapatkan rawatan segera di hospital terdekat jika pesakit tidak sihat atau mengalami renjatan dari alat elektronik implan jantung (CIED) mereka.

Yishun Health is a network of medical institutions and health facilities of the National Healthcare Group in the north of Singapore. It comprises Khoo Teck Puat Hospital, Yishun Community Hospital and community extensions such as Admiralty Medical Centre and Wellness Kampung.

Khoo Teck Puat Hospital • (65) 6555 8000 • www.ktph.com.sg

Yishun Community Hospital • (65) 6807 8800 • www.yishuncommunityhospital.com.sg

The information is correct at the time of printing and subject to revision without further notice.

CARDIO.PE.17M.0324

Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.