Hearing Aids (Malay) - Alat Bantu Pendengaran

Page 1

Alat Bantu Pendengaran Perkhidmatan Audiologi – Klinik ENT Apakah itu alat bantu pendengaran? Alat bantu pendengaran merupakan alat elektro-akustik yang biasanya dipakai di dalam atau di belakang telinga pemakai. Ia direka bentuk untuk menguatkan dan meninggirendahkan bunyi untuk pemakai. Alat bantu pendengaran bukan satu alat untuk membetulkah kecacatan pendengaran kerana ia tidak dapat memulihkan pendengaran. Sebaliknya, alat ini menjadikah bunyi lebih mudah didengar. Apakah jenis alat bantu pendengaran yang sesuai untuk anda? Kecacatan pendengaran yang dialami oleh setiap individual adalah berbeza, oleh itu keperluan setiap individu adalah unik. Alat bantu pendengaran mempunyai pelbagai saiz, gaya, jenis teknologi litar dan cara ia dipasangkan ke dalam telinga setiap individual. Walaupun setiap alat bantu pendengaran mempunyai kelebihan yang tersendiri, ciri-ciri kecacatan pendengaran yang tertentu, pilihan gaya alat bantu pendengaran dan kos hendaklah dipertimbangkan semasa memilih alat bantu pendengaran yang sesuai. Gaya Alat Bantu Pendengaran

Belakang telinga (BTE)

Penerima dalam tiub (RITE)

Dalam saluran telinga (ITC)

Dalam telinga penuh Dalam telinga separuh (ITE full shell) penuh (ITE half shell)

Dalam saluran Dalam saluran telinga telinga sepenuhnya sepenuhnya dan tidak (CIC) kelihatan (IIC)


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Hearing Aids (Malay) - Alat Bantu Pendengaran by Yishun Health - Issuu