Intraocular Lense (Malay)

Page 1

Pembedahan Kanta Intraokular

Panduan dan Nasihat Penjagaan Selepas Pembedahan

Dibenarkan

• Sila mengikuti nasihat penggunaan ubat mata yang diarah oleh doktor.

• Gunakan penutup plastik mata semasa tidur. Ini akan melindungi mata anda daripada kemalangan secara tidak sengaja semasa tidur.

• Bersihkan mata jika ada kekotoran, menggunakan kapas yang bersih dan lembab. Kapas boleh dibasahkan dengan air sejuk atau saline.

• Gunakan cermin mata hitam jika anda keluar dari rumah.

• Anda boleh makan makanan seperti biasa.

• Anda dibenarkan menonton televisyen dan membaca buku, tetapi harus ada sinaran lampu yang cukup.

• Jika anda mempunyai ubat yang anda makan untuk penyakit lain seperti darah tinggi, kencing manis atau sakit jantung, anda boleh teruskan seperti biasa selepas pembedahan.

• Jumpa doktor mata anda pada hari berikutan.

Tidak Dibenarkan

• Jangan batuk, bersin atau meneran terlalu kuat.

• Jauhi tempat yang berhabuk dan sesak.

• Elakkan mendukung kanakkanak.

• Jangan menunduk kepala anda secara tiba-tiba.

• Jangan menggosok mata anda.

• Jangan biarkan air atau sabun terkena mata anda selama sebulan selepas pembedahan.

• Jangan berenang atau melakukan pekerjaan yang berat untuk sebulan selepas pembedahan.

• Elakkan daripada memejam mata anda terlalu kuat.

• Jangan bersenam seperti belarilari dan sebagainya.

• Jangan tunduk seperti bersujud atau berukuk. Anda dibenarkan solat tetapi solat secara duduk.

Cermin Mata

• Selepas pembedahan, anda masih boleh menggunakan cermin mata anda jika ia masih berguna dan selesa.

• Doktor anda akan memeriksa mata anda 4-6 minggu selepas pembedahan untuk penstabilan kadar mata supaya anda boleh membuat cermin mata.

Simptom Selepas Pembedahan

• Anda akan merasakan sedikit tidak selesa seperti mata berair atau terasa bergores-gores kepada mata operasi anda selepas pembedahan.

• Makanlah ubat penahan sakit (panadol) jika mata anda berasa sakit. Jikalau kesakitan tidak reda anda harus jumpa doktor secepat mungkin.

• Anda harus pergi ke hospital jika anda mempunyai simptom berikut di mata operasi anda:

• Kesakitan yang sangat teruk di mata anda

• Penglihatan semakin pudar

• Mata anda merah dan mempunyai banyak lendir

• Sakit kepala, rasa loya atau muntah

Jika anda mempunyai kerisauan berkaitan pembedahan, sila hubungi talian berikut: 6555 8000.

Jika anda mempunyai kecemasan selepas waktu pejabat, sila pergi ke Unit Kecemasan di Hospital Khoo Teck Puat.

Yishun Health is a network of medical institutions and health facilities in the north of Singapore, under the National Healthcare Group. Admiralty Medical Centre • (65) 6807 8000 • www.admiraltymedicalcentre.com.sg

Khoo Teck Puat Hospital • (65) 6555 8000 • www.ktph.com.sg

Yishun Community Hospital • (65) 6807 8800 • www.yishuncommunityhospital.com.sg

The information is correct at the time of printing and subject to revision without further notice. KTPH.PERIOP.TS.53M.0723

Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.