Cegah daripada terjatuh

Page 1

Cegah Daripada Terjatuh Panduan untuk pesakit-pesakit di dalam hospital Siapakah yang mempunyai risiko jatuh? Ramai pesakit mempunyai risiko jatuh semasa mereka berada di dalam wad hospital, termasuk anda!

Mengapa anda perlu risau tentang kejadian terjatuh? Kejadian terjatuh boleh menyebabkan lebam yang sakit dan kecederaan yang serius seperti: •

Pergelangan tangan patah

Mengapa anda mempunyai risiko jatuh? Walaupun anda kuat dan sihat sebelum anda sakit atau menjalani pembedahan, anda mungkin terjatuh semasa berada di hospital kerana sebab-sebab berikut:

Pinggul patah

Kecederaan pada bahagian kepala

Penyakit atau keadaan anda contohnya tulang patah atau angin ahmar

Ubat-ubatan

Kesan ubat bius selepas pembedahan

Peralatan contohnya kabel dan tiub yang tergantung seperti kabel IV, kateter dan pam

Tidak cukup tidur

Perasaan binggung akibat tinggal di suatu tempat baru

Pinggul patah atau kecederaan pada bahagian kepala boleh mengakibatkan anda menjadi orang yang kurang berupaya atau menyebabkan kematian. Kejadian terjatuh akan menjejaskan pemulihan anda dan boleh melambatkan proses untuk dibenarkan pulang (discharge). Jika anda memakai gelang tangan berwarna HIJAU, anda mempunyai risiko jatuh yang tinggi. Sila berhatihati dan ikut nasihat di dalam buku panduan ini.


Gunakan butang panggilan untuk meminta bantuan jika anda berasa pening atau perlu ke tandas.

Benarkan jururawat untuk berdiri dengan anda apabila diperlukan, seperti ketika pergi ke tandas.

Tekanan darah boleh turun secara mendadak dan membuat anda pening jika anda bangun dengan terlalu cepat.

Sila Makan. Ini akan meningkatkan kekuatan anda dan membantu anda pulih dengan lebih pantas.

Gunakan kasut yang sesuai dan mempunyai tapak yang tidak gelincir.

Sila beritahu kakitangan kami jika anda meninggalkan keluarga atau penjaga anda.


Jangan bangun dari katil anda tanpa bantuan atau memanjat palang katil.

Jangan turunkan palang katil.

Jangan berdiri di atas tapak kerusi komod. Ia boleh jatuh.

Elakkan daripada mengambil barangan di luar jangkauan anda.

Jangan meninggalkan wad sendirian.


Pakaian

Kepanjangan seluar baju tidur harus sampai ke pergelangan kaki atau pendek daripada pergelangan kaki.

Pakaian yang longgar dan panjang boleh menyebabkan anda terjatuh.

Jika seluar anda terlalu panjang, gulung bahagian bawah sehingga ke pergelangan kaki. Dapatkan bantuan jururawat atau saudara terdekat jika anda tidak dapat melakukannya.

Yishun Health is a network of medical institutions and health facilities in the north of Singapore, under the National Healthcare Group. Admiralty Medical Centre • (65) 6807 8000 • www.admiraltymedicalcentre.com.sg Khoo Teck Puat Hospital • (65) 6555 8000 • www.ktph.com.sg Yishun Community Hospital • (65) 6807 8800 • www.yishuncommunityhospital.com.sg The information is correct at the time of printing and subject to revision without further notice.

IP.PE.15M.0420


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.