Penjagaan Kesihatan Mulut untuk Orang Dewasa Lanjut Usia Mulut kita merupakan persekitaran yang rumit dengan pelbagai spesis bakteria yang wujud bersama di gigi, gusi, lidah dan tisu lembut kita. Di kalangan orang dewasa yang lanjut usia dan mempunyai satu atau lebih penyakit, termasuk mekanisme pertahanan paru-paru yang lemah, refleks batuk yang lemah, status imun tubuh yang lemah dan status fungsi yang merosot; penjagaan kebersihan mulut adalah sangat penting.
GUSI YANG BERJANGKIT
Bakteria di dalam mulut yang penjagaannya terabai, boleh disedut ke dalam paru-paru dan menyebabkan jangkitan paru-paru serta radang paru-paru/pneumonia. Bakteria itu juga boleh dibawa melalui aliran darah ke jantung, meningkatkan risiko penyakit jantung. Bagi pesakit kencing manis yang bacaan gulanya tidak terkawal lebih mudah mengalami penyakit gusi. Bakteria dan toksin beracun yang lain memasuki peredaran tubuh anda melalui tisu gusi yang berpenyakit dan menjangkiti seluruh badan anda!
Periodontitis (Penyakit Gusi) kini dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan termasuk: • Penyakit Jantung
ARTERI
• Penyakit Paru-paru
bakteria dan toksin
• Strok • Diabetes
HATI
Langkah-langkah Pencegahan Penjagaan kebersihan mulut setiap hari adalah penting untuk menyingkirkan pengumpulan plak gigi dan mengurangkan jumlah bakteria di dalam mulut. Ini termasuk penyelenggaraan gigi palsu dan prostesis gigi yang lain.
Bergantung pada keupayaan fungsi dan tahap kognitif individu, penjagaan oral (mulut) boleh disesuaikan melalui pelbagai alat dan produk pembersih. Doktor gigi atau ahli terapi pergigian dapat memberikan nasihat kepada anda.
• Berus gigi anda dua kali sehari
Penjagaan oral (mulut) yang baik
• Gunakan benang gigi atau berus antara gigi untuk membersihkan gigi sekurang-kurangnya sekali sehari
menghasilkan kesihatan, keupayaan
• Bersihkan mulut, lidah dan gigi setiap kali selepas makan • Gosok gigi palsu dan keluarkannya sebelum tidur • Kurangkan makanan dan minuman manis • Kunjungi doktor gigi dengan kerap Pemeriksaan gigi dapat membantu mengesan penyakit gusi, jangkitan oral (mulut) dan kereputan gigi. Bagi mereka yang memakai gigi palsu, jambatan gigi atau implant gigi, ia juga perlu diperiksa untuk memastikan kesesuaian dan tidak mengalami kerosakan.
mengunyah dan nutrisi yang lebih baik. Untuk menjaga kesihatan mulut orang yang anda sayangi, kami cadangkan mengguna: Berus gigi yang lembut “soft” Berus gigi berkepala tiga Berus gigi “interdental” (membersihkan celah-celah gigi) Benang gigi “floss” Kain kasa/span mulut Ubat gigi berfluorida Ubat kumur yang tidak mengandungi alcohol Ubat kumur Chlorhexidine
Yishun Health Campus is a network of medical institutions and health facilities of the National Healthcare Group. Admiralty Medical Centre • (65) 6807 8000 • www.admiraltymedicalcentre.com.sg Khoo Teck Puat Hospital • (65) 6555 8000 • www.ktph.com.sg Yishun Community Hospital • (65) 6807 8800 • www.yishuncommunityhospital.com.sg The information is correct at the time of printing and subject to revision without further notice.
DENT.PE.02M.0121