Panduan selepas pembedahan perut

Page 1

Selepas Pembedahan Perut Panduan Bilakah saya boleh mula berjalan? Senaman yang terbaik selepas pembedahan adalah berjalan. Pakar Fisioterapi akan membantu anda berjalan selepas pembedahan sehingga anda stabil. Sementara itu, anda boleh mulakan senaman kaki seperti pergerakan tapak kaki dan lutut di atas katil sejurus selepas pembedahan. Anda juga digalakkan untuk duduk di kerusi setiap hari selepas pembedahan. Mengapakah penting untuk mula berjalan seawal mungkin? Manfaat berjalan: 

Menghalang jangkitan paru-paru dan kelemahan otot



Meningkatkan fungsi sistem pencernaan



Menggalakkan peredaran darah



Mengurangkan tahap kesakitan di bahagian pembedahan

Ini boleh mempercepatkan pemulihan dan pelepasan awal dari hospital.


Apakah kesan sampingan yang anda mungkin alami selepas pembedahan? Kesan sampingan seperti sakit, pening, loya dan batuk berkahak boleh dijangkakan oleh kerana: 

Sakit disebabkan oleh kecederaan tisu



Rasa pening dan loya disebabkan oleh ubat-ubatan



Batukberkahak disebabkan oleh ubat anestesia, sakit dan pergerakan yang terhad selepas pembedahan

Sila hubungi doktor anda jika anda mengalami simptomsimptom ini.


Program selepas pembedahan Hari Pertama  Batuk dengan menggunakan tuala untuk menekap bekas pembedahan di perut  Senaman pernafasan  Senaman Kaki - Bengkokkan kaki sambil membawa tumit ke arah punggung - Gerakkan tapak kaki atas dan bawah  Duduk di kerusi (3 kali sehari, sekurang-kurangnya 30 minit)  Jalan sejauh yang boleh mengikut tahap keupayaan anda Hari Kedua  Lebihkan jarak berjalan  Jalan ke tandas dengan pertolongan jururawat Hari Ketiga  Latihan menaiki tangga bersama Pakar Fisioterapi Hari Keempat  Berjalan dengan pertolongan jururawat di sekeliling wad


Batuk dengan tekapan Tekapkan bekas pembedahan di perut anda dengan tuala yang dilipat. Tekap tuala dengan kuat sewaktu batuk, sebaik-baiknya dalam posisi berduduk. Senaman pernafasan Tarik nafas sedalam mungkin melalui hidung. Anda harus rasa dada anda bergerak ke sisi dan perut anda kembang.  Tahan nafas selama tiga hingga lima saat.  Hembus nafas dengan perlahan melalui mulut.  Ulang senaman ini sebanyak 10 kali setiap jam. Jalan Jalan sepanjang ______ minit/meter. Anda boleh menggunakan tongkat anda jika perlu.

Disclaimer: Exercises illustrated and instructed in this handout are strictly for designated patient based on the assessment and instruction of the therapist. If you have any doubts, please contact your therapist.

Yishun Health is a network of medical institutions and health facilities in the north of Singapore, under the National Healthcare Group. Admiralty Medical Centre • (65) 6807 8000 • www.admiraltymedicalcentre.com.sg Khoo Teck Puat Hospital • (65) 6555 8000 • www.ktph.com.sg Yishun Community Hospital • (65) 6807 8800 • www.yishuncommunityhospital.com.sg The information is correct at the time of printing and subject to revision without further notice.

REHAB.PE.PT.058.0320


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.