Sinopsis bab demi bab tirani

Page 1

BAB 1 Waheeda atau nama panggilnya,Eda,lulusan sebuah universiti tempatan dalam pengurusan perniagaan dan pelancongan. Selepas tamat belajar,dia membuat pinjaman daripada tabung usahawan siswazah untuk mengusahakan projek insap desa bersama-sama keluarganya di bawah syarikat Tanjau Emas di kampungnya di Matang,Sarawak,Chalet Tajau Emas itu dikunjungi oleh ramai pelancong,termasuk dari Eropah dan Jepun.Ketika duduk di meja perhiasan menghala cermin muka, Wheeda teringat akan zaman persekolahannya. Dia kerap menjadi bahan usikan rakan-rakannya yang menggelarnya ‘Eda Keropok’ kerana kulitnya menggerutu dan penuh jerawat. Mereka juga mengejaknya ‘hidung pesek’ disebabkan oleh bentuk fizikal hidungnya itu. Setiap kali mereka mengusiknya, Waheeda marah dan menanggis. Walau bagaimanapun, nasihat ibunya dan Ustazah Ruqaiyah telah memberi kekuatan dan semangat kepadanya. Rakan baiknya, Nasuha juga banyak memberikan semangat kepadanya. Satu daripada keistimewaan homestay ini adalah menyediakan makanan asli masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh ayam dan bubur pedas, pansuh manok dan udang galah gulai tempoyak iaitu masakan asli Sarawak. Selain makanan dan tempat tinggal, pengurusan homestay Waheeda menyediakan pengalaman pergi ke dusun buah-buahan di Matang dan juga pengalaman urutan kaki di kolam ikan kap. Selain itu, pelancong juga diberi penerangan tentang sejarah tempatan di situ. Waheeda terus menyiapkan tugasannya untuk memajukan lagi homestay itu

1


CATATAN

2


BAB 2 Datuk Yasser daripada Syarikat Bahterangkut menghubungi Waheeda untuk menawarkan kerjasama dengan Syarikat Tajau Emas. Kerjasama ini dilihat oleh Waheeda sebagai lombong emas yang akan menguntungkan syarikatnya. Dalam pada itu, Waheeda masih ingin menjalani pembedahan plastik supaya cantik dan anggun. Dia ingin melakukan pembedahan itu di negara jiran. Oleh itu, dia berhasrat akan menyerahkan tugas pengurusan syarikat kepada ayahnya dan Fatimah. Fadhil tidak bersetuju dengan rancangan Waheeda kerana perbuatan itu bertentangan dengan ajaran agama. Raidah pula tertekan oleh kehendak Waheeda itu. Dia berusaha untuk memujuk Waheeda agar berbangga dengan kebolehan lain yang dimilikinya seperti kebijaksanaan dan kebolehannya menguruskan syarikat mereka. Ketika para pekerja sibuk melayan pelawat, tiba-tiba Kamri berteriak dengan mengatakan bahawa monyet Belanda telah masuk ke dalam bilik-bilik chalet mereka. Keadaan menjadi kelam-kabut malahan semakin gempar dan cemas apabila monyet tersebut menerpa Waheeda. Jari dan kuku haiwan itu mencengkam hidung dan pipi Waheeda. Di hospital, Waheeda mendapat rawatan daripada Dr. Zakaria. Menurut doktor, luka Waheeda agak besar dan akan berparut. Apabila ditanya oleh Waheeda tentang rawatan pembedahan plastik, doktor tersebut menyatakan hukumnya harus tetapi niat pembedahan itu bukan untuk kecantikan semata-mata. Beliau berjanji akan merujuk hal ini kepada rakannya yang bertugas di hospital yang mempunyai rangkaian pakar bedah plastik di Singapura. Waheeda menganggap peristiwa serangan monyet Belanda itu mempunyai hikmah tersendiri kepadanya. Hal ini demikian kerana kejadian itu meyakininya untuk segera menjalani pembedahan plastik.

3


CATATAN

4


BAB 3 Perjalannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu Waheeda (Raidah) , Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado).Ghazi ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah pulang ke pangkatan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya , perjalanan mereka agak lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman Yakob , keadaannya tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang pasir pada malam tadi.Dalam perjalanan itu , Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya menyamput kata-kata ibunya sekali sekala.Waheeda banyak menyendiri sahaja.Namun , ibunya Raidah banyak bercerita tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang dilalui oleh mereka yang semuanya mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak.Raidah juga sangat kagum tentang bandar raya Kuching yang dinobatkan sebagai Bandar Dalam Taman dan Bandar Selamat menurut pensytiharan daripada Perikatan Bandar Sihat Sedunia. Mereka sempat sampai ke lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas.Raidah melihat wajah anaknya yang tidak menunjukkan rupa kesedihan.Jelaslah Waheeda mempunyai perasaan katarsis. Sesampingnya di lapangan Terbang Changi,Singapura, Waheeda menuju ke rumah Bazilah iaitu kawan satu university denggannya.Waheeda akan tinggal bersama Baizilah sepanjang menerima rawatan di Silicon Medical Centre,Singapura yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.

5


CATATAN

6


BAB 4 Selepas selamat sampai di Lapangan Terbang Changi,Singapura,Waheeda terus pergi ke rumah Bazilah.Keesokannya,Bazilah dan Waheeda berjumpa dengan kawan Bazilah ,iaitu Doktor Zahari yang merupakan doktor pakar bedah plastik di Hospital Sultanah Aminah,Johor Bahru.Ketampanan Dr.Zahari menarik perhatian Waheeda.Walau bagaimanapun,Waheeda akhirnya mengetahui bahawa Dr.Zahari merupakan tunang Bazilah.Dr.Zahari memberikan maklumat yang panjang lebar mengenai pembedahan yang akan dijalani oleh Bazilah.Pada keesokan harinya pula Bazilah dan Waheeda pergi ke Silicon Medical Center(SMC) .Dr Alma Hollis Chen memberikan penerangan mengenai pembedahan tersebut serta jadual untuk sesi kaunseling prapembedahan dan persediaan terapi mental. BAB 5 Waheeda memberitahu Ghazi melalui e-mel mengenai tempoh masa pembedahan yang panjang. Ghazi pula memberitahu perkara tersebut kepada ibu mereka, Raidah. Raidah berasa cemas dan ingin ke Singapura untuk menemani Waheeda. Sebelum pergi, Raidah mengadakan majlis doa selamat dengan hidangan ketupat lepas untuk dihantar ke masjid. Menurut adat masyarakat di situ, ketupat ini untuk menolak bala agar pembedahan yang akan dijalani oleh Waheeda berjalan dengan lancar. Keesokan paginya, Waheeda dan Dr.Alma Chen berbincang dengan serius sebelum Waheeda menandatangani borang persetujuan untuk pembedahan. Selepas itu, Waheeda dibawa ke bilik pembedahan.

7


CATATAN

8


BAB 6 Di dalam bilik persediaan pembedahan itu,Dr.Alma Chen memberitahu Waheela bahawa pembedahan blefaroplasti akan dilakukan terhadapnya dahulu kerana prosesnya agak mudah.Pembedahan tersebut diketuai oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh,pakar bedah mata yang berpengalaman.Waheela turut diperkenalkan kepada Dr.Averroes(Dr.Rushdi),pakar hidung.Dr.Rushdi akan melakukan pembedahan pada bahagian rinoskopi Waheeda.Pembedahan itu berlansung selama 12 jam.Apabila keadaan Waheeda mula beransur pulih,ibunya pulang ke Sarawak. Waheeda berasa lega kerana hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah, dia telah membaca satu tawaran pakej pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical dan SMC ke Hotel Flamingo De La Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada pelanggan SMC yang membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut. BAB 7 Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda bersama rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakkan masa dihabiskan dengan membaca buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai anugerah alam disitu. Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon ketapang yang mengingatkan Waheeda kepada kampong halamannya. Suasana di situ juga menjadi sumber inspirasi kepada Wheeda untuk memajukan lagi homestay kepunyaan bapanya.Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr Averroes. Dr Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin rancak dengan kehadiran Dr Rushdi. Mereka bersantai bersamasama berkongsi pengalaman dan pandangan.

9


CATATAN

10


BAB 8 Waheeda dan Dr.Rushdi terus bercerita.Dr.Rushdi menyatakan bahawa kecantikan ialah tirani yang hadir hanya sementara sahaja.Istilah tirani menurut Dr.Rushdi berasal dari Greek.Persoalan ini menjadi topik perbualan yang panjang antara mereka berdua. Pada malamnya,sebelum tidur,Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang disampaikan oleh Dr.Rushdi tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyol.Cerita Dr.Rushdi juga mengingatkan Waheeda kepada kehebatanbangsanya dan kampung halamannya.Sejurus selepas itu, Fatimah telah menelefonnya tentang kehadiran Persatuan Agen Pelancongan dan Perjalanan Malaysia(MATTA) ke tempat mereka. Fatimah juga menerangkan pesta Bung Beratak yang dihadirinya bersama-sama rombongan tersebut. Selepas itu, melalui e-mel Fatimah juga tentang projrk perhotelan yang dijalankan oleh syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar. Waheeda teringat semula akan chalet ayahnya yang mungkin jauh ketinggalan berbanding dengan hotel Datuk Yasser. Waheeda memasang tekad untuk kembali ke Chalet Tajau Emas. Dengan tidak disangka, Waheeda menerima berita gembira untuk menghadiri satu temu duga pegawai Perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya Waheeda telah membuat persiapan diri dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan Keterampilan diri sebelum ini. Sebelum tidur pada malam itu, Waheeda berfikir mungkin dia akan berpisah dengan sahabatnya. Bazilah kerana Flamingo Rosort teretakjauh di sebelah selatan Singapura.

11


CATATAN

12


BAB 9 Waheeda mula bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Flamingo resort. Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo Resort telah mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda amat menyenangkan hati beberapa orang staff di situ seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam pada itu, Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau Emas. Waheeda makan bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong meninggalkan Waheeda di cafĂŠ, Waheeda sempat melihat seorang lelaki yang bernama Zahid setelah dibisikkan oleh Alex kepadanya. Dr Zahari pula semakin kerap datang ke rumah Bazilah. Namun begitu, kesibukan Bazilah mengulang kaji pelajaran dan menyiapakan tesisnya menyebabkan dia tidak mempunyai masa untuk melayan Dr. Zahari. Waheeda terpaksa berbual-bual dengan Dr. Zahari. waheeda dapat merasakan bahawa Bazilah cemburu akan hubungannya dengan Dr. Zahari. Oleh itu, dia memberi alasan untuk berpindah ke Flamingo kerana jarak rumah itu dengan tempat kerjanya jauh. Di tempat kerjanya, Waheeda mula sibuk dengan tugasnya. Ketua Pegawai Eksekutif hotel itu, iaitu Halloway memberitahu Waheeda bahawa dia akan mewakili Flamingo dalam pertandingan Ratu Pelancongan Antarabangsa. Pertandingan itu akan diadakan di The Four Seasons Hotel. Halloway yakin akan kemampuan Waheeda dan berharap agar Waheeda tidak akan menolak tawarnya itu. Pengunjung hotel itu, iaitu Zahid menyapa Waheeda. Daripada gaya penampilan Zahid, Waheeda dapat menjangkakan bahawa Zahid baru pulang dari luar negara. Zahid mengakuinya dan menyatakan bahawa dia baru pulang dari amerika Syarikat. Dia sedang menunggu bapanya dari Sarawak datang ke Singapura. 13


CATATAN

14


BAB 10 Datuk Yasser berkinjung ke Sngapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan untuk menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam, rasuah, cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak suka tinggal di sana kerana beberap isu negative terhadap Malaysia dan islam. Datuk Yasser berasa bersyukur atas keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu berkisar kepada pengembangan perniagaan di Kuching, SSeri Gading dan mungkin ke Flamingo. Dalam kerancakan perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat dalam lamunan Zahid. Selepas menikmati makanan tengahari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh Zahid. S eterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser. Perbualan Waheeda dengan Datuk Yasser semakin rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan ada kaitan dengan Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat gembira dan mencadangkan mereka makan bersama-sama pada malam itu. Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang pertemuannya dengan Zahid yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang bermakna. Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibut memberi idea tentang pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu memakai feksyen yang berbelah sampai ke paha. Sebliknya dia akan mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang merupakan pakaian tradisi Sarawak.

15


CATATAN

16


BAB 11 Fatimah menerima E=Mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah menceritakan bahawa Zahid yang yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan punya Sri Gading holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International disebarkan kepada semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua warga Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti. Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk Yasser akan dating merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di Singapura. Acara merisik ini diteruskan juga tanpa kehadiran Waheeda. Walaubagaimanapun, Raidah mengharapkan Waheeda akan pulang pada majlis pertunangan itu nanti.

17


CATATAN

18


BAB 12 Waheeda semakin sibuk dengan tugasnya di Flamingo. Banyak aktiviti yang terpaksa disertainya. Zahid pula menguruskan Hotel Seri Gading, milik keluarganya di Sarawak. Dia menganggap pertemuannya dengan Waheeda di Flamingo sebagai ketentuan Tuhan. Dia bersyukur kerana ditemukan dengan Waheeda yang menurut pandangannya, memiliki wajah yang cantik. Zahid menelefon Waheeda dan meminta Waheeda agar pulang sahaja ke Sarawak tetapi Waheeda memberikan alasan bahawa kontrak pekerjaannya masih belum tamat. Sebenarnya, proses rawatan rinoskopi memerlukan dia terus berada di Singapura. Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon. Tetapi perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda menerangkan kepada Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering selsema. Apabila keadaan hidungnya semakin sakit akibat bersin, Waheeda menghubungi Dr.Rushdi lalu dia diarahkan datang ke SMC dengan segera. Dalam pada itu, Waheeda mula memikirkan ketiadaannya dalam majlis pertunangannya kelak yang akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap perhubungannya dengan Zahid. Namun begitu, Waheeda bersedia untuk menerima apa-apa sahaja yang ditentukan.

19


CATATAN

20


BAB 13 Zahid mula berprasangka buruk terhadap Waheeda. Dia membayangkan kemesraan Waheeda dengan Halloway dan Kong yang mungkin menjadi punca Waheeda tidak menjawab panggilan telefonnya. Dia sukar mempercayai alasan yang diberikan oleh keluarga Waheeda bahawa anak mereka itu demam. Zahid mengambil keputusan ke Singapura. Fadhil yang tidak tahu bahawa anaknya menjalani pembedahan semula berasa marah kerana Waheeda tidak dapat pulang semasa majlis pertunangannya. Fatimah dan Ghazi yang mengetahui perkara itu terus merahsiakannya daripada pengetahuan Fadhil da Raidah. Majlis pertunangan Waheeda dan Zahid menjadi majlis doa selamat di rumah Datuk Yasser dan Datin Hazirah. Manakala majlis di rumah Fadhil dan Raidah pula menjadi majlis pertunangan antara Ghazi dan Fatimah bagi menyelamatkan majlis tersebut. Tambahan pula, Ghazi dan Fatimah juga mempunyai perasaan suka antara satu sama lain. Pembedahan rekonstruksi yang dijalankan oleh Dr.Rushdi terhadap Waheeda telah berjaya. Sebelum pulang, Dr.Rushdi menyuruh Waheeda mencium minyak wangi berjenama untuk menguji deria baunya. Kemesraan antara Waheeda dengan Dr.Rushdi diperhatikan oleh Zahid yang baru tiba di situ dengan perasaan cemburu. Waheeda terkejut oleh kehadiran Zahid secara tiba-tiba, namun dia bersikap tenang lalu memperkenalkan Dr.Rushdi kepada Zahid. Apabila Zahid menyindir tentang layanan istimewa yang diberikan oleh Dr.Rushdi, Waheeda memberi alasan bahawa dia menerima rawatan berkenaan masalah selesema yang dialaminya.

21


CATATAN

22


BAB 14 Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan daripada Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas sangat meriah. Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu Sri Gading dan Tajau emas juga menjadi tetamu undangna majlis ini. Antaranya pelancong dari Arab, inggeris, Jepun dan lain-lain lagi. Adat-istiadat Melayu Sarawak dipamerkan dengan teratur dan penuh meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk dating ke daerah itu. Irama muzik tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk paluan kompang yang mengiringi 50 orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah berjalan dengan jayanya. Lafas nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafas sahaja. Selepas acara akad nikah dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan kepada saudara mara kedua-dua belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama dua hari berturut-turut melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser a.kan mengadakan majlis sambutan yang serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-dua keluarga yang bersatu itu sungguh gembira

23


CATATAN

24


BAB 15 Permandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang yang menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan mengapung awan. Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran bagaikan lukisan gambar. Ini telah digambarkan oleh zahid semasa dia berada di kampungnya. Malahan pelancong asing juga memuji permandangan di kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan nasib yang akan menimpa kawasan yang menghijau tersebut sekiranya rancangan untuk membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa yang sama, zahid juga terkenang kehidupannya semasa berada di luar Negara bersama beberapa wanita. Malahan gaya afsunnya boleh mencairkan hati wanita. Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta dan kehidupan kini berbeza. Zahid teringat katakata kawannya bahawa hidup ranggi tidak sampai ke mana sedangkan usia semakin meningkat. Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut utuh antara Zahid dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya membina kerjaya serta keterampilan sentiasa meniti dibibirnya.

25


CATATAN

26


BAB 16 Hotel Seri Gading dan Tajau Emas bekerjasama dalam mempromosi perkhidmatan pelancongan, namun begitu Waheeda menolak penggabungan kedua-dua syarikat tersebut. Dia memberi alasan bahawa kedua-dua buah institusi perniagaan itu mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Tambahan pula, Waheeda ingin mengembangkan perniagaannya sendiri tanpa bergantung pada Datuk Yaseer. Datuk Yaseer dan Zahid menghormati pendirian Waheeda . Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan Malaysia jatuh ke nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sector pelancongan. Kemudian dia pula mengambilsekeping wadahberkaitan alam sekitar yang ditulis oleh NAR, singkatan daripada nasuha Abdul rahim. NAR merupakan rakan yang sudah terputus hubungan dengannya. Di sinilah Waheeda terkenang kembali kawan karibnya itu semasa di sekolah dahulu. Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang sama, zahid menanti isterinya, waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri gading bersama-sama. Namun, Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing menyebabkan mereka banyak membuat aluan masing-masing.Hal ini mendorongnya menelefon pejabat Tajau Emas. Apabila dihubungi, kerani Tajau Emas memberitahu Zahid bahawa seorang pelanggan lelaki memanggil Waheeda ke sebuah bilik chalet. Zahid berasa cemburu lalu datang ke pejabat Tajau Emas. Dia mendapati Waheeda bersama-sama dengan seorang pelanggan dari Arab dalam keadaan yang amat mesra. Zahid berasa amat marah. Waheeda menerangkan perkara yang sebenar bahawa pelanggan itu hampir terkena air panas daripada tangki air panas jakuzi yang terjatuh. Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan terhadap isterinya. Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi milik masyarakat. Bagi Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya mengendalikan perniagaan dengan baik. Datul Yasser akur dengan kehendak menantunya, Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri Gading dengan Tajau Emas kerana Waheeda ingin berdikari.Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya. Dimana ayahnya suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik berhawa dingin. Waheeda kagum dengan semangat dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya. 27


CATATAN

28


BAB 17 Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan dirinya seolah-olah manusia individulistik apabila enggan menerima cadangan penggabungan Seri Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina empayar sendiri. Walaupun begitu, Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gadinguntuk membantu. Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Dimana masa santainya biasanya diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap atas blaus ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual dengan ibunya tentang dirinya. Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa anaknya. Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam dirinya. Cantik dicemburui, hodoh pula dihina.Awal tengahari, Waheeda ke farmali di Mall Matang Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di farmasi tersebut. Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit kepalanya. Mungkin Stress, tumpuan kerja, kerenah suami dan macam-macam lagi. Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap Zahid merupakan seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan suami, Zahid. Hati Waheeda begitu tergores apabila Zahid mengungkitlan insiden di Tajau Emas tempoh hari dan peristiwa semasa di SMC dahulupun masih dalam ingatan Waheeda. Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya. Waheeda sudahpun tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal malam itu, Waheeda baring di atas katil mengingatkan kenengan dalam kenangan yang melingkari hidupnya. Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda supaya menjaga pergaulan dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa keresahan dan sensitivity hanyalah pembawaan anak dalam kandungan.

29


CATATAN

30


BAB 18 Kehadiran Halloway dan Dr. Rushdi sebagai pelancong ke Seri Gading menambahkan rasa cemburu Zahid terhadap mereka. Zahid meninggalkan Waheeda bersama-sama dengan Halloway dan Dr. Rushdi dengan alasan mahu menyambung aktiviti jogingnya. Selepas pulang daripada berjoging, Zahid meluahkan rasa cemburunya kepada Waheeda kerana lama berbual dengan Halloway dan Dr. Rushdi. Zahid membuat tuduhan yang mengecewakan Waheeda. Pada malamnya, Zahid tidak pulang ke rumah, sebaliknya menonton bola melalui skrin lebar di Seri Gading. Waheeda berasa sedih akan perubahan sikap yang ditunjukkan oleh Zahid . Malahan, Zahid sudah jarang balik ke rumah Zahid ada menyuarakan hasratnya supaya Waheeda berhenti sahaja daripada menguruskan perniagaan itu, tetapi Waheeda menolaknya kerana sejak awal lagi Zahid sudah mengetahui bahawa Waheeda terlibat dalam perniagaan. Zahid sudah meninggikan suara kepada Waheeda. Hal ini menyebabkan Waheeda menjadi semakin sedih. Perubahan sikap Zahid turut disedari oleh Raidah. Namun demikian, Raidah menasihati Waheeda supaya memujuk Zahid supaya tidak lalai akan tanggungjawabnya dan tidak menjauhi diri daripadanya. Nasihat ibunya banyak memberikan semangat kepada Waheeda. Dia berjanji akan berusaha untuk menangani masalah tersebut. Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, waheeda ke dapur. Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang dating iaitu Nasuha dan kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka dating bersama team BRP bagi menyisat kes seorang menteri kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang zaman hodohnya dan mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita yang disampaikan oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan bersalin. Pada petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah tanpa kehadiran Zahid.

31


CATATAN

32


BAB 19 Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad ekslusif Hospital Normah, raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan bahawa Zahid tidak dating. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya dating menziarahinya dengan membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuannya menyatakan Zahid sibuk kerana di hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa.Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada kasar Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid suka mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda supaya banyak bersabar bagi meredakan perasaan tersebut.Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di Makmal Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau Sukma Ria. Di sini, Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda telah membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah mengetahui maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan. Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian DNA yang diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia membaca berulang kali demi untuk member kefahaman tentang ujian DNA. Dibilik tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil yang banyak persamaan dengan Waheeda. Manakala rambut lebat seperti dengan . Hidungnya peset tidak sama dengan hidung Waheeda danZahid. Pada masa inilah, Zahid melemparkan tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah menunjukkan DNA yang telah dibuatnya. Waheeda berusaha menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik tidurnya. Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh sikap Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah menenangkkan Waheeda. Sekiranya Zahid dating, datangnya untuk menambahkan luka dihati Waheeda. Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan yang dialami oleh Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar Waheeda mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling. 33


CATATAN

34


BAB 20 Keluarga Waheeda mambawanya berubat di Pusrawi.Di situ,Waheeda bertemu dengan Lasi yang pernah bekerja dengannya di Flamingo Resort di Singapura.Lais membawa bapa saudaranya,Abdul Aziz yang menghidap strok akibat menghadapai masalah perniagaan.Bapa saudaranya itu membuka perniagaan chalet dan ladang strawberi di Cameron Highlands.Lais kemudiannya memperkenalkan Waheeda kepada bapa saudaranya itu.Dr.Qamariah mendengar Waheeda bercerita tentang sikap suaminya yang panas baran dan menuduhnya curang dengan lelaki lain.Waheeda juga memberitahu doktor itu bahawa dia sudah diceraikan oleh suaminya supaya tidak menganggap dirinya sahaja baik kerana sikap begitu dapat mendatangkan perasaan bangga diri.Bagi merawat sikap bangga diri itu,beliau menasihati Waheeda supaya ingat akan kelemahan diri.Nasihat doktor itu menjadikan Waheeda lebih positif.Ghazi berfikir tentang chalet dan ladang strawberi milik Abdul Aziz di Cameron Highlands yang dianggapnya strategik.Dia melihat perniagaan Abdul Aziz itu berpotetsi untuk dimajukan.Ghazi bertanya kepada Lais sama ada perniagaan bapa saudaranya itu mahu dijual atau tidak. Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi diberitahu

bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan chaletnya ‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju dan akan berjumpa mereka pada keesokan harinya. BAB 21 Waheeda dan Ghazi ke banglo Abdul Aziz bagi membincangkan hasrat mereka mengambil alih perniagaan Chalet Iwana-Iwani.Abdul Aziz memberitahu mereka bahawa masalah perniagaannya witu berpunca daripa penyelewengan yang dilakukan oleh stafnya.Dia tidak mengetahui hutangnya tertunggak begitu lama sehinggalah namanya disenaraihitamkan oleh bank. Waheeda membuat keputusan untuk tidak kembali ke Tajau Emas kerana mahu memberi tumpuan kepada perniagaan baharunya itu , iaitu Chalet Aya-Sajinah. Tambahan pula,banyak kenangan pahit yang dialami oleh Waheeda selama berada di Sawarak. Waheeda meminta abangnya, Ghazi menjaga perniagaan Tajau Emas bersama-sama dengan keluarganya.Waheeda juga berazam untuk membimbing Izzati menjadi wanita korporat. 35


CATATAN

36


BAB 22 Walaupun sudah hampir 20 tahun,Waheeda masih menyimpan laporan DNA anaknya,Izzati.Izzati tiba-tiba muncul lalu bertanyakan keperluan mengadakan ujian DNA itu dahulu.Waheeda memberitahu Izzati bahawa keputusan DNA itupenting bagi mengatasi kemulut yang berlaku dalam keluarga meraka. Izzati menunjukkan gambargambar yang diambilnya semasa dia menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati hairan melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi hidung ibunya mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri anaknya bahawa kecantikan rupa paras tidak semestinya membawa bahagia malah kecerdikan otak amat perlu. Waheeda terus mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang pintar. Dengan kebijaksanaan dan kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah (nama baru kepada Chalet Iwana-Iwani) telah berkembangmaju dan dikunjungi oleh ramai pelancong dari dalam dan luar negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan curahan air dari gunung. Pada suatu hari,Aya-Sajinah dikunjungi oleh dua orang tetamu yang berusia 50-an.Seorang kacak tetapi bertongkat,manakala seorang lagi segak walaupun agak kurus.Izzati menggeluarkan mereka sebagai Mr.Kacak dan Mr.Segak.Tetamu yang kacak dan bertongkat itu tertarik akan sikap ramah Izzati melayan pelanggan di situ.

37


CATATAN

38


BAB 23 Dua orang tetamu yang menginap di Aya-Sajinah itu sebenarnya ialah Zahid dan kawan baiknya, Aiman. Zahid bercerita kepada Aiman tentang penceraiannya dengan Waheeda. Zahid turut bercerita tentang laporan DNA yang pernah ditunjukkan oleh Waheeda kepadanya tetapi dia enggan melihatnya kerana tidak percaya akan laporan tersebut. Selepas bercerai, Zahid bekerja di Amerika Syarikat. Dia mengalami kemalangan jalan raya yang menyebabkan kakinya cedera parah dan dia mengalami masalah lemah tenaga batin yang menyebabkan dia tidak mampu memiliki anak lagi. Semua cerita yang disampaikan oleh Zahid kepada Aiman didengari oleh Lais. Dia mula menjangkakan bahawa Zahid ialah suami Waheeda dan bapa Izzati. Sebelum sempat dia memberitahu perkara tersebut, Zahid tiba-tiba muncul di kaunter. Zahid memberitahu Izzati bahawa dia ada seorang anak perempuan yang mungkin sebaya dengan Izzati dan bernama Izzati. Kenyataan itu mengejutkan Izzati. BAB 24 Fikiran Zahid tercelaru selepas melihat gadis yang kelihatan seperti bekas isterinya. Dia merasakan seperti naluri kebapaan muncul tiba-tiba. Zahid menyesali perbuatannya pada masa lampau kerana tidak melihat laporan DNA yang Eda tunjukkan kepadanya dan juga kerana terlupa untuk bertanya nama gadis itu. Zahid tidak dapat tidur lena pada malam itu lalu dia bersolat. Pada pagi seterusnya, Zahid memerhatikan gelagat Izzati dan Lais dan dia berasa iri hati akan keserasian yang terpamer. Zahid bertekad untuk menghampiri gadis itu. Dia berserempak dengan Aiman di Restoran Iwana dan mereka membincang tentang gadis itu. Zahid meluahkan tarikan terhadap gadis itu kepada Aiman. Lais pula masuk ke bilik Waheeda lalu bertanyakanberapa orang bernama Zahid yang dikenal olehnya. Waheeda tersentap mendengar soalan itu dan Lais sudah pasti bahawa Zahid merupakan suami Cik Eda. Zahid memerhatikan pertemuan di antara Waheeda, Izzati dan Lais. Tiba-tiba, Lais mendekati Zahid . Zahid bertanya tentang Waheeda, dan Izzati kepda Lais. Zahid tidak dapat menahan emosinya lalu sebak. Pada petang itu, Waheeda pergi mencari Lais dan melihat Lais dan anaknya berborak dengan seseorang. Dia terkejut apabila mendapati teman bual mereka ialah Zahid. Waheeda bertanya kepada Jason sama ada dia sanggup menerima ayahnya yang meninggalkan mereka selama 20 tahun. Lias pun turut menasihati Waheeda. Malam itu, Zahid melangkah masuk ke pejabat Waheeda . Zahid memohon ribuan ampun dan maaf kepada Waheeda. Akhirnya, Izzati mengharukan ibunya dengan mengatakan bahawa lebih baik memaafkan seseorang daripada menyimpan dendam. 39


CATATAN

40


WATAK SAMPINGAN - RAIDAH ~Raidah merupakan seorang yang penyayang. Contohnya: Raidah sangat menyayangi suaminya, Fadhil dan kedua-dua orang anaknya, Ghazi dan Waheeda. ~Raidah merupakan seorang pengurus dapur. Contohnya: Raidah bertugas sebagai pengurus dapur di Chalet Tajau Emas dan dia menyediakan makanan yang sedap untuk pelancong. ~Raidah merupakan seorang yang rajin. Contohnya: Raidah akan melakukan kerja-kerja harian di rumah dan menyediakan makanan dan minuman untuk keluarganya. ~Raidah merupakan seorang yang bertanggungjawab. Contohnya: Sebagai seorang ibu, kelim belah kangkung kain sarung seragam Waheeda yang sering tergetas akan ditautkan semula oleh Raidah. ~Raidah merupakan seorang yang patuh akan arahan suami. Contohnya: Raidah akur akan arahan suaminya supaya menasihati Waheeda agar tidak meneruskan niatnya untuk melakukan pembedahan mata dan hidungnya jika sekadar untuk kelihatan cantik. ~Raidah merupakan seorang yang bersyukur kepada Tuhan. Contohnya: Dalam hati Raidah berbunga rasa syukur yang teramat sangat melihat perubahan Waheeda yang begitu ketara. ~Raidah merupakan seorang yang tidak mudah tenang. Contohnya: Raidah duduk termangu-mangu di bangku tempat menunggu sambil menyeka peluh dingin pada wajah dan lehernya semasa menunggu doktor untuk merawat Waheeda. ~Raidah merupakan seorang yang mengekalkan tradisi adat. Contohnya: Raidah teguh akan penetapannya supaya membuat ketupat lepas dan bukan ketupat lain untuk mengekalkan tradisi adat. ~Raidah merupakan seorang yang baik hati. Contohnya: Raidah membawa ketupat lepas yang dibuatnya sendiri sebagai buah tangan untuk Waheeda dan Bazilah semasa berkunjung ke Singapura. ~Raidah merupakan seorang yang menghormati tetamu. Contohnya: Raidah melayani ahli keluarga Zahid yang datang ke rumahnya dengan penuh sopan ketika majlis merisik anak perempuannya, iaitu Waheeda.

41


NILAI-NILAI MURNI 1.kasih sayang Contohnya, Encik Fadhil dan Puan Raidah sangat menyayangi anak-anak mereka, Ghazi dan Waheeda. Mereka menaruh harapan yang tinggi terhadap pembedahan muka dan hidung Waheeda. 2.bertanggungjawab Contohnya, sebagai seorang ayah, Fadhil membawa Waheeda yang mengalami pendarahan akibat kecederaan yang teruk angkara diserang monyet Belanda ke hospital dengan segara untuk mendapatkan rawatan. 3.kerajinan Contohnya, Waheeda rajin mengulang kaji perlajaran hingga berjaya menamatkan pengajianannya di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai dan memperoleh ijazah pengurusan perniagaan dan pelancongan. 4.kegigihan Contohnya, Waheeda gigih mengusahkan Chalet Tajau Emas dan Chalet Aya-Sajinah bersama-sama dengan ahli keluarga dan pekerja-pekerjanya. 5.berdikari Contohnya, Waheeda mengurus sendiri tarikh penerbangan ke Singapura dan janji temunya dengan Dr.Alma Chen berhubung dengan pembedahan mata dan hidungnya. 6.amanah Contohnya, selaku akauntan di Chalet Tajau Emas, Fatimah begitu amanah memikul tugasnya bagi menjaga kewangan syarikat Tajau Emas untuk memastikan segala pebelanjaran tadbir urus chalet itu berjalan dengan lancar. 7.baik hati Contohnya, Bazilah membenarkan Waheeda menetap di rumahnya di Yishun Street sepanjang tempoh Waheeda menjalani rawatan muka dan hidungnya di Silicon Medical Center, Singapura. 8.rasional Contohnya, Halloway memilih Waheeda untuk mewakili Hoel the Flamingo de La Rossa dalam Pertandingan Ratu Pelancongan Antarabangsa disebabkan rupa pasarnya yang jelita, anggun, berketerampilan, dan berketinggian lima kaki lima inci. 9.kebijaksanaan Contohnya, Waheeda bijak mengambil peluang meneroka pengalaman berkhidmat dalam bidang perhotelan di The Flamingo de La Rossa, Singapura sebelum kembali mengusahakan chalet milik keluarganya di Matang. 10.berkerjasama Contohnya, masyarakat Kampung Matang perkahwinan Zahid dengan Waheeda. 42

bekerjasama

dalam

mengurus

majlis


WATAK UTAMA

PERWATAKAN WATAK UTAMA TIRANI 1.Waheeda

Nurlyana ialah watak utama dalam novel ini.

2.Dia berusia 45 tahun dan merupakan seorang ibu tunggal. 3.Dia mempunyai seorang anak perempuan bernama Izzati yang berusia hampir 20 tahun. 4.Dia merupakan pengusaha Chalet Tajau Emas si Matang Sarawak dan Chalet Aya-Sajinah yang terletak di Cameron Highland,Pahang. 5.Dia berkelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang Pengurusan Perniagaan dan Pelancongan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM),Skudai. 6.Waheeda seorang yang cantik,anggun berperawakan menarik dan berketinggian lima kaki lima inci sehingga berjaya menjuarai Pertandingan Ratu Pelancongan Antarabangsa yang diadakan di The Four Seasons Hotel. 7.Dia seorang yang cekal dan tabah.Contohnya,Waheeda cekal menempuh dugaan dan masalah yang berlaku dalam dirinya , kerjayanya,dan rumah tangganya yang dibina bersama-sama dengan Zahid. 8.Dia seorang yang penyayang.Contohnya,Waheeda amat menyayangi ibu bapa dan ahli keluarganya.Waheeda menjaga dan mendidik anak perempuan tunggalnya,Izzati dengan penuh kasih sayang. 9.Waheeda seorang pekerja yang bertanggungjawab . 43


Contohnya,Waheeda memikul tugasnya sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Hotel Flamingo de La Rossa dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab. 10.Dia seorang yang bijaksana.Contohnya,Waheeda bijak mengurus masa dengan baik dan berkualiti,iaitu masa untuk mengurus kerjakerja di Chalet Tajau Emas dan masa untuk bersama-sama dengan ahli keluarganya,terutama Izzati.

PENGAJARAN NOVEL 1. Kita hendaklah mengamalkan kasih sayang untuk mempererat hubungan antara ahli keluarga. Contohnya, Raidah amat mengasihi anaknya, Waheeda. Dia berusaha dan sanggup pergi ke Singapura semata-mata untuk menemani anak gadisnya itu pergi menjalani pembedahan mata dan hidung di Silicon Medical Centre (SMC) , Singapura. 2. Kita haruslah bersikap jujur dan sanggup berterus-terang untuk menyelesaikan satusatu masalah. Contohnya, Dahlia yang bercerita secara jujur kepada suaminya, Zahid bahawa dia dan penyelenggara pergi ke bilik penginapan di Danwood sematamata untuk melihat seterusnya membaiki kerosakan tangki panas yang pecah tanpa mempunyai niat yang terselindung. 3. Kita mestilah sabar menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Contohnya, Waheeda begitu sabar berhadapan dengan sikap cemburu buta, panas baran, dan kata-kata finah daripada suaminya, Zahid terhadap diri dan anak perempuannya, Izzati. 4. Kita disarankan untuk berfikir secara rasional dalam membuat sebarang keputusan. Contohnya, Waheeda tekad dan bersedia menanggung risiko atas rekonstruksi mata dan hidungnya bertujuan untuk membaiki batang hidungnya yang pesek dan membetulkan sedikit kelopak matanya. 5. Kita perlulah bijak berikhtiar untuk menangani masalah. Contohnya, Waheeda bijak mengatasi masalah kemurungan yang dialaminya dengan mendapatkan rawatan dan khidmat pakar kaunseling daripada Dr. Qamariah di PUSRAWI, KL. 6. Kita hendaklah bersikap baik terhadap orang lain. Contohnya, Bazilah membenarkan Waheeda menetap di rumahnya di Yishun Street sepanjang tempoh Waheeda menjalani pembedahan mata dan hidungnya di Singapura. 7. Kita haruslah menghormati dan melayani tetamu dengan baik dan sopan. Contohnya, Fadhil dan Rainah melayani kunjungan tetamunya, iaitu keluarga Zahid ke rumahnya untuk adat merisik anak gadisnya, Waheeda dengan begitu baik dan mesra. 8. Kita perlulah berdikari dalam melaksanakan ssesuatu perkara. Contohnya, Waheeda mengurus sendiri tarikh penerbangannya ke Singapura dan janji temunya dengan Dr. Alma berhubung dengan pembedahan mata dan hidungnya di Singapura.

44


9. Kita hendaklah mengakui kesalahan diri. Contohnya, Zahid mengakui kesalahan diri dengan menangis teresak-esak kerana menyesal atas perbuatan lampaunya yang telah menceraikan isterinya tanpa usul periksa, dan mempertikaikan status anak kandungnya. 10. Kita disarankan untuk taat akan suruhan orang tua. Contohnya, sebagai anak sulung dalam keluarga, Ghazi menunjukkan sifat taat akan suruhan ibu bapanya. Dia sanggup melepaskan jawatannya sebagai jurutera di Petronas Miri semata-mata untuk membantu ayahnya menguruskan Chalet Tajau Emas.

TEMA Kecantikan fizikal bersifat sementara tetapi ilmu yang dimiliki seseorang dapat melindungi kelemahan diri. PERSOALAN PERSOALAN

CONTOH

1

Kecantikan merupakan perkara yang diutamakan oleh seorang wanita.

“Dr Alma Chen menyatakan kepada Waheeda dalam proses ini, pihak pakar kami akan mengubah dorsum atau aliran atas hidung agar mancungnya terbentuk”

2

Kasih saying seorang ibu terhadap anaknya

“Hmm, bila mak sampai?.” Tangan ibunya terus digenggam “Baru sekejap. Mak sebenarnya berada dibangku diluar bilik ini.”kata ibunya. “Dari sejak Eda dimasukkan ke bilik bedah?” Waheeda mengumpil sesetiaaan ibunya.” Berapa lama?”” Kira-kira 12 jam

3

Persahabatan antara dua sahabat yang sudah lama tidak berjumpa

Ketika Waheeda menghubungi sahabatnya Bazilah, Bazilah menjawab “Kecil tapak tangan, lapangan terbang Changi Illa tadahkan”. Lantas Waheeda menjawab “Kaulah kawan aku dunia akhirat, terima kasih seluas negeri Sarawak”.

4

Tanggungjawab seorang anak terhadap keluarga

Waheeda bersandar sambil termenung melayari lamunan. Dia amat berterima kasih kepada Ghazi kerana sanggup balik ke pangkuan keluarga, melepaskan jawatannya di PETRONAS Miri untuk 45


balik mambantu ayahnya menguruskan Tajau Emas sejak bulan lepas. 5

Muafakat antara keluarga

“Nampaknya kita tidak perlu bertolak ke rumah pihak perempuan, kata Datuk Yasser kepada wakil rombongan dari keluarga terdekat serta kenalan memberi alasan. Kita buat lain kali,� katanya optimis

Maksud Tersirat Tirani

Watak dan perwatakan (walaupun sekadar watak sampingan) turut digarap dengan pelbagai urna bangsa, selari dengan jalan cerita yang banyak menyorot dalam industri pelancongan antara Sarawak (Tajau Emas), Singapura (Flamingo Resort), dan berakhir di Kuala Lumpur (Calet Aya-Sajinah). Selain itu, Tirani juga seperti mencitrakan jati diri kewanitaan yang mahu diungguli pengarangnya menerusi watak Waheeda. Kecantikan selalunya disinonimkan dengan wanita. Waheeda, wanita terpelajar dan tersenarai dalam kelompok wanita korporat masih diasak rasa tidak wajar akan fizikalnya yang yang bermata kuyu dan berhidung pesek. Imbasan digunjing rakan-rakan semasa zaman kanak-kanak sering menghantui emosinya. Tetapi keyakinan bahawa setiap kekurangan itu harus ditangani dengan wajar selalu dipupuknya dalam diri sehingga beroleh kejayaan yang lain. “Kekurangan yang disedari secara bijaksana dapat menjadi pendorong yang tidak terduga.� Tiba-tiba Waheeda 46


menyuarakan satu ungkapan kata-kata hikmat daripada diari Muslimah miliknya, yang sering ditatap, disimpan dan menjadi perangsang kepadanya. Keterujaannya mahu menjadi wannita tercantik dan sempurna melalui proses pembedahan plastik sentiasa meluap-luap. Tetapi halangan kedua orang tuanya kerana bimbang menyanggah tuntutan agama sentiasa menunda niatnya. Oleh itu, novel Tirani dikesani masih tegar kepada kekuatan dan kebenaran agama Islam yang syumul dalam setiap rungkaian komplikasi watak-wataknya. Tirani sebuah novel yang benar-benar mengupas nilai sebuah pemikiran yang kritis dan sinis dalam mempersoalkan makna sebenar kecantikan seseorang wanita. Kerakusan dan ketaasuban naluri wang mahu memiliki segala kesempurnaan fizikal nyata tidaklah menjanjikan sebuah kebahagiaan. Kecantikan wanita mudah menggugah naluri lelaki, malah mengalpakan dirinya. Lantaran itu, persahabatan Waheeda dengan Bazilah tergugat apabila Dr. Zahid mula prihatin terhadap Waheeda. “Betullah kecantikan itu tirani. Sudah menjadi lumrah alam, manusia lebih tertarik pada kecantikan daripada kebijaksanaan�, Waheeda meraup perasaan serba salah dan muak dan kesal dengan sikap lelaki, apatah lagi jika yang bermata keranjang. Begitulah takdir hidup Waheeda, walaupun berjaya "menipu� atau mengubah asal kejadian diri tetapi kuasa Yang Maha Pencipta (Allah) sukar dibatasi. Rumah tangga yang dibina atas dasar saling mencintai nyata mudah tergugah kerana cemburu 47


akan suaminya, Zahid, dan akhirnya menemui kehancuran selepas kelahiran anak pertama (Izzati) mereka. Tertib kepengarangan juga nyata telus dalam pengolahan ceritanya, justeru kronologi ceritanya yang bersifat realisme seperti lazimnya kebanyakan novel. Barangkali pengaruh pembawaan diri pengarang yang tergolong dalam kalangan pendidik. Maka tidak janggal jika ditakrifkan bahawa pengarang banyak mencorakkan nilai-nilai murni dan memberi impak etika yang baik dalam tirani

48


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.