Tugasan 2 Penulisan Ilmiah Kumpulan 7

Page 1

PENGGUNAAN KALKULATOR DALAM PENGAJARAN MATEMATIK

1.0

PENGENALAN

1.1

PENDAHULUAN Teknologi dalam pendidikan bukan lagi suatu isu yang baru untuk dibincangkan.

Pengajaran berasaskan teknologi seperti komputer, kalkulator saintifik, perisian dinamik bergrafik mahupun media teknologi maklumat sering digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan kehendak objektif kurikulum matematik sekolah menengah, iaitu memperkasakan kebolehan murid menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep, menguasai kemahiran dan menyelesaikan masalah serta meneroka ilmu matematik (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000). Berteraskan kepada kurikulum sekolah menengah yang disemak semula, juga mementingkan kebolehan para pelajar menggunakan teknologi dengan cara yang berkesan dalam pembelajaran. Ini jelas menunjukkan dalam era perkembangan teknologi ini, penggunaan teknologi seperti komputer, kalkulator saintifik, perisian pembelajaran interaktif dan dinamik, merupakan elemen yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia bertujuan untuk mempersiap dan memperkasakan murid dalam menghadapi cabaran di masa hadapan. Selaras dengan kandungan dan harapan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu; “memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani yang bertujuan melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan dalam mencapai kesejahteraan diri dan seterusnya memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.� (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000).

Terdapat beberapa strategi pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk mengaplikasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya menggunakan paparan multimedia, internet dan perisian interaktif yang kaya dengan teknologi terkini. Untuk memastikan teknologi digunakan di dalam kelas, maka guru perlu mempunyai persepsi dan kesediaan terhadap teknologi yang digunakan. Ini kerana persepsi guru terhadap teknologi maklumat memainkan peranan yang penting sebagai faktor yang menentukan keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran

1


matematik. Dalam Pelan Rancangan Malaysia Kesembilan juga memberi perhatian terhadap kepentingan teknologi dalam pengajaran pendidikan, iaitu: “Kurikulum bagi latihan perguruan juga akan dikaji semula, antaranya untuk menambah baik kandungan mata pelajaran, meningkatkan kemahiran pedagogi dan membolehkan penggunaan ICT yang lebih meluas dalam bidang pendidikan.� (RMK 9, 2006, p. 31)

Lantaran itu, menyedari kepentingan penggunaan teknologi pada masa kini, maka guru digalakkan mengukuhkan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran. Antara usaha untuk membentuk satu proses pengajaran supaya pelajar memahami sesuatu konsep adalah dengan mengintegrasikan penggunaan teknologi dalam bentuk yang boleh difahami oleh pelajar. Untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih bermakna dengan mengintegrasikan teknologi di dalam pengajaran ini juga, guru perlu mempunyai kesediaan dan pengetahuan mengenai teknologi yang akan digunakan. Terutamanya memberi perhatian terhadap bagaimana dan bila teknologi dapat digunakan dengan berkesan di dalam kelas matematik (Powers & Blubaugh, 2005). Penggunaan teknologi sebagai bahan bantu mengajar juga dapat menggalakkan pembelajaran secara penemuan dan bereksperimen.

1.1

PENGAYAAN PERSEKITARAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KALKULATOR DALAM BILIK DARJAH

Di negara maju, banyak usaha telah dijalankan untuk membawa teknologi ke bilik darjah. Apa yang diperlukan ialah tenaga pengajar yang kreatif, berdaya maju dan sanggup mempelajari sesuatu yang baru, khususnya teknologi kalkulator supaya penggunaannya dalam pendidikan dapat diperluaskan. Para pendidik adalah pihak yang bertanggungjawab menjadi agen perubahan, dengan menggunakan keupayaan teknologi sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana ia bukan sahaja mampu membantu dalam tugas pengurusan pejabat malah berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Secara umumnya, kita boleh lihat penggunaannya daripada 3 perspektif i.

Kalkulator sebagai subjek Murid boleh didedahkan untuk mempelajari kalkulator sebagai bahan bantu dalam proses pembelajaran. murid boleh diterangkan mengenai sejarah penciptaan kalkulator, bagaimana menggunakan kalkulator secra optimum, komponen dalam kalkulator dan kesan penggunaan kalkulator dalam bilik darjah.

2


ii.

Kalkulator sebagai alat Antara kaedah yang paling berkesan untuk memanfaatkan keupayaan kalkulator adalah dengan menggunakan kalkulator sebagai alat untuk membantu guru dan murid dalam bilik darjah supaya lebih mudah dan berkesan.

iii.

Kalkulator sebagai tenaga pengajar Pengajaran boleh terjadi dalam bentuk persembahan bahan pengajaran, sesi soal-jawab dengan murid, dan latihan kendiri yang bersifat individu. Melalui penggunaan kalkulator, murid dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat dan menyemak jawapan sendiri.

1.2

LATAR BELAKANG ISU Penggunaan kalkulator di kalangan murid di Malaysia bermula di peringkat sekolah

menengah dan ke atas. Di sekolah menengah, terbahagi kepada dua peringkat. Bermula tingkatan 1 hingga 3, penggunaan kalkulator hanya untuk menjawab soalan di Kertas 1 sahaja (objektif) dan di menengah atas ialah pada Kertas 1 dan Kertas 2. Jadi, kesimpulan yang boleh dibuat di sini ialah, penggunaan kalkulator masih terhad penggunaannya di kalangan muridmurid di Malaysia.

Dapatan dari Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) menunjukkan, proses pengajaran yang menggunakan kalkulator dan komputer mempengaruhi pencapaian pelajar dalam matematik ke peringkat lebih baik. Murid juga dapat menumpukan perhatian terhadap pemahaman konsep matematik dan pengaplikasiannya dalam kehidupan harian. Oleh itu, kemahiran penyelesaian masalah di kalangan murid dapat ditingkatkan. Penggunaan kalkulator telah lama diamalkan di dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di negara-negara maju lain. Selain itu, kemajuan sains dan teknologi telah membawa satu makna baru dalam kehidupan manusia masa kini. Dengan perkembangan yang pesat dalam bidang elektronik, berbagai ciptaan baru telah dihasilkan termasuklah mesin pengira atau kalkulator.

Sepanjang tahun 1984 hingga 1989, cadangan penggunaan kalkulator dalam bilik darjah hebat dibincangkan. Isu penggunaan kalkulator ini telah disiarkan dalam satu artikal Berita Matematik ( September,1984) yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Keadaan yang sama juga berlaku di negara lain. Dalam rencana yang ditulis oleh John Costello ( 1992 ) yang bertajuk " A failed Revolution ", beliau menyatakan bahawa walaupun dari tahun 1962 hingga 1965, isu mengenai kalkulator diterbitkan dalam stiap terbitan

3


Mathematics Teaching, tetapi nampaknya penggunaan kalkulator memberikan kesan yang kecil dalam pendidikan matematik.

Menurut kajian Hillary Shuad ( 1992 ), ramai orang dewasa sama ada guru, ibubapa atau pihak kementerian yang menggunakan kalkulator hampir setiap hari dalam kerja mereka, masih berasa satu keraguan untuk menyokong penggunaan kalkulator di sekolah. Antara perkara - perkara yang dikhuatiri oleh mereka adalah seperti berikut:

i.

Murid yang menggunakan kalkulator akan menjadi malas kerana mereka tidak perlu berfikir.

ii.

Murid yang menggunakan kalkulator mungkin tidak pandai menjalani algoritma yang biasa yang melibatkan empat operasi, seterusnya mereka mungkin kurang faham dengan konsep asas nombor.

Memang tidak boleh dinafikan bahawa setiap sesuatu perubahan baru diperkenalkan akan mengakibatkan beberapa masalah. Kajian Lisa dan Carlos Curto ( 1992 ) mengenai kepercayaan guru dan pengetua tentang penggunaan kalkulator dalam matematik sekolah rendah juga memperolehi dapatan yang hampir sama iaitu :" teachers have fears that calculator could have a negative impact on student's math learning but the principal's fear is weaker".

Dalam satu kajian yang dijalankan di luar negara oleh Cockcroft pada awal tahun 1982, telah melaporkan bahawa penggunaan kalkulator di sekolah rendah tidak akan menjejaskan kemampuan murid membuat pengiraan secara congak atau bertulis. Ini adalah kerana kalkulator tidak akan membantu seseorang yang tidak tahu memilih operasi yang sesuai. mereka mesti dahulu mampu berfikir dalam menentukan operasi yang sesuai digunakan. Tambahan pula kanak-kanak yang menggunakan kalkulator akan dapat belajar konsep matematik seperti perpuluhan dan nombor negatif pada peringkat yang lebih awal daripada mereka yang mengikuti kurikulum matematik biasa tanpa diperkenalkan dengan kalkulator. Satu lagi kebaikan ialah pengalaman kanak-kanak mengenai nilai tempat dan sifir juga turut diperluaskan.

Laporan mengenai penilaian Matematik Keempat (Lindquist, 1989) yang dijalankan di Amerika Syarikat telah memaparkan hasil dapatan berikut:

4


i.

Secara amnya, murid yang menggunakan kalkulator mencapai prestasi yang lebih baik daripada murid tanpa menggunakan kalkulator apabila membuat soalan pengiraan.

ii.

Murid yang menggunakan kalkulator lebih berjaya menyelesaikan soalan yang mana nombor dan operasi yang diberi adalah mengikut susunan dan tidak perlu menyusun semula (reordering ). Perkara ini menjadi lebih ketara untuk soalan yang melibatkan pembahagian.

Di Malaysia, terdapat beberapa rencana yang membincangkan isu kalkulator serta menyokong dan menggalakkan penggunaan kalkulator di sekolah - sekolah pada tahun (1984-1989) oleh (Palanisamy ,1984, Lim, 1986, Zaleha Ismail dan Maizah Hura Ahmad, 1989), tiada kajian empirikal dijalankan ke atas sampel murid di malaysia. keadaan ini berlaku kerana kalkulator masih belum dibenarkan penggunaannya oleh murid sekolah rendah. Namun, kajian telah dijalankan oleh para pendidik (Abu Osman Md Taib dan rakan-rakan) di UKM untuk meninjau kesan kalkulator terhadap sikap dan kebolehan pelajar kursus matrikulasi dalam pelajaran matematik. hasil dapatan mereka adalah seperti berikut:

i.

Pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap matematik dengan penggunaan kalkulator dan penggunaan buku sifir.

ii.

Pelajar boleh menyelesaikan masalah matematik dengan lebih cepat menggunakan kalkulator jika dibandingkan dengan penggunaan buku sifir atau congak.

Hasil kajian tempatan ini masih belum dapat mengurangkan atau meyakinkan beberapa pihak yang terlibat tentang penggunaan kalkulator di sekolah tetapi hasil kajian luar negeri sudah sedikit membatasi keraguan ini. Isu yang mungkin timbul berkenaan penggunaan kalkulator ialah murid tidak akan dapat mengira secara manual, mencongak dan terlalu bergantung kepada kalkulator sekiranya kita membenarkan penggunaannya seawal sekolah rendah. Tidak semua pelajar yang boleh mencongak dan mengira secara manual terutamanya apabila melibatkan pendaraban dan pembahagian. Jangankan di sekolah rendah, di sekolah menengah juga menghadapi masalah yang sama. Walaupun bukan semua murid tetapi ia melibatkan sebahagian besar murid. Apabila murid ini memasuki masyarakat, mereka akan tetap menggunakan kalkulator untuk membuat pengiraan.

1.3

PENDIDIKAN MATEMATIK DI MALAYSIA

5


1.3.1 Kurikulum Matematik Sekolah Rendah

Pusat Perkembangan Kurikulum telah memberi garis panduan berkenaan kurikulum matemaik iaitu Kurikulum Matematik Sekolah Rendah memberi penegasan terhadap pembentukan asas ilmu matematik supaya penyemaian dan penyuburan pengetahuan, minat, sikap dan nilai estetik berjaya melahirkan generasi yang berbudaya matematik. Di samping itu kemahiran berfikir dan kemahiran belajar diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang menegaskan penguasaan konsep, proses dan bahasa matematik. Ia juga bertujuan untuk membina pemahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab selaras dengan hasrat masyarakat dan negara maju serta dapat membantu murid melanjutkan pelajaran.

Sukatan Pelajaran matematik sekolah rendah juga menyenaraikan kandungan yang perlu dikuasai oleh murid di peringkat sekolah rendah. Kandungan tersebut diolah mengikut empat bidang pembelajaran utama iaitu Nombor, Ukuran, Bentuk dan Ruang dan Statistik. Bagi setiap bidang, tajuk-tajuk disusun secara hierarki daripada yang paling asas kepada yang abstrak.

1.3.2 Objekif Kurikulum Matematik

Pusat Perkembangan Kurikulum telah menggariskan objektif, Kurikulum Matematik Sekolah Rendah. Objektif yang dirangka adalah untuk membolehkan murid: i.

Mengetahui serta memahami konsep, hukum dan prinsip yang berkaitan dengan nombor, operasi, ruang, ukuran dan perwakilan data.

ii.

Menguasai kemahiran operasi asas matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.

iii.

Menguasai kemahiran bergabung.

iv.

Menguasai kemahiran asas matematik iaitu membuat anggaran dan penghampiran, mengukur, mengendali data, mewakilkan maklumat dalam bentuk graf dan carta.

6


v.

Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik bagi merancang strategi menyelesaikan masalah secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.

vi.

Menggunakan laras bahasa matematik yang betul.

vii.

Menggunakan perkakasan dan perisian teknologi yang bersesuaian, untuk membina

pemahaman

konsep,

menguasai

kemahiran

matematik

dan

menyelesaikan masalah. viii. ix.

Mengamalkan ilmu matematik secara bersistem, heuristik, tepat dan teliti. Mendapat peluang melibatkan diri dalam perkembangan dunia pendidikan matematik.

x.

Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.

1.3.2 Kalkulator Di Sekolah Rendah Dan Menengah

Penggunaan kalkulator di kalangan pelajar di Malaysia bermula di peringkat sekolah menengah dan ke atas. Di sekolah menengah, terbahagi kepada dua peringkat. Bermula tingkatan 1 hingga 3, penggunaan kalkulator hanya untuk menjawab soalan di Kertas 1 sahaja (objektif) dan di menengah atas ialah pada Kertas 1 dan Kertas 2. Jadi, kesimpulan yang boleh dibuat di sini ialah, penggunaan kalkulator masih terhad penggunaannya di kalangan pelajar di Malaysia.

Dapatan dari TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study) menunjukkan, proses pengajaran yang menggunakan kalkulator dan komputer mempengaruhi pencapaian pelajar dalam matematik ke peringkat lebih baik. Pelajar juga dapat menumpukan perhatian terhadap pemahaman konsep matematik dan pengaplikasiannya dalam kehidupan harian. Oleh itu, kemahiran penyelesaian masalah di kalangan pelajar dapat ditingkatkan. Penggunaan kalkulator telah lama diamalkan di dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di negaranegara maju lain.

1.3.4 Rasional Penggunaan Kalkulator Dalam Pendidikan Di Sekolah

Isu yang mungkin timbul berkenaan penggunaan kalkulator ialah murid tidak akan dapat mengira secara manual, mencongak dan terlalu bergantung kepada kalkulator sekiranya kita membenarkan penggunaannya seawal sekolah rendah. Tidak semua pelajar yang boleh

7


mencongak dan mengira secara manual terutamanya apabila melibatkan pendaraban dan pembahagian. Jangankan di sekolah rendah, di sekolah menengah juga menghadapi masalah yang sama. Perkembangan teknologi dalam pendidikan telah banyak merevolusikan amalan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Menurut Inder (1982), “Mathematics is a language which is a way of describing, recording in mathematical sentences and interpretating the symbols used to relationship.�

Selain itu, Matematik ialah satu bidang pengetahuan yang sentiasa berubah dari segi kandungan, kegunaan dan cara mempelajarinya. Bagi ahli matematik, matematik adalah satu bahasa yang unik di mana ia melibatkan komunikasi konsep-konsep melalui simbol. Matematik yang diajar di sekolah perlu turut berubah. Terdapat juga desakan-desakan supaya kaedah pengajaran matematik direvolusikan selari dengan kemajuan bidang sains dan teknologi pada masa kini.

2.0

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MATEMATIK DI MALAYSIA

2.1

Keperluan Perubahan Pendidikan di Malaysia Perkembangan teknologi telah banyak mempengaruhi setiap liku-liku kehidupan masa

kini. Oleh itu, budaya sekolah seharusnya perlu diubahkan daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada berpengetahuan, berpemikiran kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini (KPM, 1997). Perlaksanaan Sekolah Bestari dapat membuka tempat dan ruang seluas-luasnya kepada teknologi dalam sistem pendidikan. Mengikut pengarang buku “Reshaping Schools Mathematics: A Philosophy and Framework For Curriculum� (National Research Council, 1990) telah membincangkan kepentingan perubahan dalam pendidikan matematik. Antaranya ialah: i.

Pendidikan matematik perlukan perubahan kerana kini ia diperlukan oleh semua rakyat dari pelbagai bidang dan bukannya untuk segelintir masyarakat. Oleh yang demikian, skop dan kualiti Matematik perlu diperkembangkan lagi dengan idea-idea baru yang canggih.

ii.

Ciri-ciri bidang matematik telah berubah untuk menyediakan rakyat yang celik matematik dalam bidang teknologi demi menghadapi cabaran alaf baru.

8


iii.

Perkembangan teknologi telah menyebabkan keperluan kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah yang efektif.

iv.

Pandangan pelajar juga telah berubah di mana kanak-kanak zaman kini ingin belajar dengan lebih aktif dengan pembinaan idea sendiri serta berkeupayaan menganalisa dan menerokai penyelesaiaan masalah mereka.

v.

Perubahan dalam persaingan ekonomi antarabangsa juga merupakan suatu aspek yang membawa kepada perubahan dalam pendidikan matematik pada semua peringkat.

vi.

Teknologi elektronik seperti kalkulator dan komputer adalah alatan penting dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelesaian matematik. Alatan ini membekalkan imej visual bagi idea-idea matematik; mereka juga mempermudahkan jalan kerja untuk mengatur dan menganalisa data; serta mereka menjalankan komputasi dengan cekap dan tepat. Teknologi juga dapat digunakan untuk memupukkan pemahaman konsep matematik.

Dalam program matematik, teknologi patut digunakan dengan meluas dan dengan tanggungjawab, untuk mencapai matlamat serta tujuan memperkayakan pembelajaran muridmurid di dalam matematik. Kewujudan, keserbabolehan dan kuasa yang terkandung di dalam teknologi membolehkannya untuk menyemak semula matematik apakah yang patut muridmurid belajar serta juga bagaimanakah mereka dapat belajar dengan paling baik. Di samping itu, alatan teknologi dapat meyokong penyiasatan dan penerokaan yang dijalankan oleh murid-murid dalam semua aspek matematik, termasuklah geometri, statistik, algebra dan nombor. Apabila teknologi sedia wujud dalam proses pembelajaran murid-murid, mereka dapat lebih menumpu perhatian ke atas aktiviti-aktiviti membuat keputusan atau kesimpulan, merenung atau membuat refleksi, menaakul dan menyelesaikan masalah. Menurut James T. Fey (1989), murid-murid dapat belajar lebih banyak matematik dengan lebih mendalam dan terperinci lagi apabila menggunakan teknologi yang sesuai. Kajian Trafton dan Claus (1994) menyatakan “Technology is dramatically changing mathematics; as a result, the mathematics that students learn also must change. It has been said that same mathematics has become more important because technology requires it; some mathematics has become less important because technology replaces it; and some mathematics has become possible because technology allows it.�

9


Daripada titik ini, pengiktirafan peranan teknologi dalam pendidikan matematik telah membawa pembelajaran matematik menjangkau batasan amalan pengajaran dan pembelajaran tradisional seterusnya menimbulkan keperluan dalam merombak semula kandungan konsep serta konseptual dengan mata pelajaran matematik secara umumnya. 2.2

KELEBIHAN PENGGUNAAN KALKULATOR

Melalui dapatan kajian-kajian terdahulu dan pemerhatian, tidak disangkal lagi penggunaan kalkulator dalam bilik darjah mempunyai kelebihannya tersendiri. Melalui penggunaan kalkulator secara lebih komprehensif, tahap keseronokan dalam bilik darjah dapat ditingkatkan. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan dapat memberi keyakinan diri kepada kanak-kanak kerana penggunaan kalkulator merupakan cara pembelajaran yang berbeza dengan apa yang biasa mereka lakukan (kaedah tradisional). Melalui kaedah ini, murid boleh membuat apa sahaja dengan kalkulator, membantu mereka belajar nombor seterusnya boleh menambah dan menolak nombor yang lebih besar. Selain itu, kurikulum yang lebih terbuka dapat diwujudkan. Pembelajaran berasaskan penggunaan teknologi (kalkulator) dapat memberi peluang kanak-kanak mengembangkan idea dengan lebih bernas. Kanak-kanak boleh mengira nombor sehingga angka yang lebih besar seterusnya menerapkan kaedah pengajaran berbentuk eksplorasi kepada mereka.

Selain itu, kanak-kanak pada peringkat ini dapat menambah pengalaman dengan meneroka pengetahuan baru seperti memperkenalkan nombor perpuluhan dan nombor negatif pada peringkat yang lebih awal. Ini seterusnya memberi idea kepada pengenalan kurikulum baru di peringkat sekolah rendah bagi menggantikan kurikulum yang sedia ada yang nampak seperti statik. Melalui kandungan kurikulum yang baru di mana kalkulator menawarkan cara pembelajaran yang berbeza. Kalkulator juga boleh memperkenalkan simbol dan menerangkan konsep dengan mencari pelbagai strategi bagi menyelesaikan masalah. Tambahan pula, kalkulator juga mampu meneguhkan sesuatu konsep yang telah diajar kepada kanak-kanak seperti menggunakan prinsip penaakulan (number sense) atau bekerja dengan cara yang berbeza.

Selain itu, penggunaan kalkulator mampu menggalakkan kreativiti dan aktiviti penerokaan ke atas nombor di kalangan murid. Contoh untuk menyelesaikan masalah seperti 1 + 24 = 25, 3 + 22 = 25, 26 – 1 = 25 dan sebagainya di mana dengan menggunakan

10


kalkulator pelbagai kemungkinan kombinasi jawapan boleh dibentuk dengan cepat dan tepat. Penggunaan kalkulator ini sebenarnya lebih menekankan kepada satu corak pembelajaran yang mampu meningkatkan pengiraan secara kreatif di samping mampu untuk menerangkan atau menjelaskan sesuatu konsep asas pengiraan khususnya bagi sekolah rendah. Lantaran itu, secara tidak langsung kalkulator mampu mencetuskan satu pengajaran yang berbentuk permainan dan penyiasatan. Ini seterusnya mampu mencungkil kebolehan dan pengetahuan murid dalam menerima sesuatu siri pembelajaran matematik sebagai persediaan mental untuk memahami matematik dalam bentuk yang lebih abstrak.

Tambahan pula, murid yang menggunakan kalkulator lebih berjaya menyelesaikan soalan yang mana nombor dan operasi yang diberi adalah mengikut susunan dan tidak perlu menyusun semula (reordering). Murid yang telah menguasai kemahiran asas akan lebih cepat menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Keadaan ini seterusnya dapat memberi motivasi terhadap pembelajaran matematik secara mendalam dan berterusan. Ini adalah kerana penggunaan kalkulator membolehkan murid menjawab soalan-soalan yang lebih mencabar pada peringkat yang lebih awal. Dengan menggunakan kalkulator, pelajar boleh menumpukan perhatian kepada aplikasi konsep dan penyelesaian masalah. Murid-murid tidak akan berhadapan dengan jalan penyelesaian yang panjang lebar dan akan menjadikan pembelajaran matematik lebih seronok dan bermakna.

2.3

KEBURUKAN PENGGUNAAN KALKULATOR

Kalkulator merupakan mesin ciptaan manusia yang digunakan untuk membantu manusia dalam pengiraan dan penyelesaian masalah dengan lebih cepat dan tepat. Namun, penggunaan dalam pembelajaran matematik di kalangan kanak-kanak dikhuatiri akan menjejaskan minda mereka yang akan terlalu bergantung kepada mesin (kalkulator) berbanding kemampuan kognitif masing-masing. Oleh hal yang demikian, akan wujud keburukan akibat kebergantungan kepada kalkulator.

Perkara utama yang paling dibimbangkan oleh pendidik dan masyarakat adalah hilangnya seni matematik itu sendiri. Murid akan lebih malas mendalami ilmu matematik dan motivasi murid untuk melakukan latih tubi atau mengulangi pengiraan yang dijalankan secara manual berkurangan kerana kalkulator boleh melakukannya dengan lebih cepat dan tepat. Murid akan bergantung sepenuhnya kepada kalkulator walaupun untuk pengiraan congak

11


mudah. Selain itu, kemungkinan murid lebih cuai dalam pengiraan berbanding sebelumnya. Keadaan ini terjadi kesilapan semasa melakukan pengiraan menggunakan kalkulator dan murid tidak membuat semakan semula. Jawapan yang diberikan murid juga mungkin tidak sama dengan jawapan yang menggunakan pengiraan secara manual kerana jalan kerja yang berbeza.

Tambahan pula, terdapat kebimbangan bahawa murid akan ambil mudah mata pelajaran matematik. Sesetengah murid tidak memaksimumkan penggunaan kalkulator. Mereka tidak berminat untuk mempelajari cara menggunakan kalkulator dengan lebih mendalam. Mereka hanya menggunakan kalkulator bagi mendapatkan jawapan akhir sahaja. Dengan penggunaan kalkulator juga menyebabkan murid tidak menghafal sifir dengan baik. Kegagalan menguasai sifir-sifir asas (sifir 2 hingga 9) akan menyebabkan pelajar lemah dalam pecahan dan algebra asas. Natijahnya, motivasi murid untuk melakukan latih tubi dan membuat latihan akan berkurangan kerana kalkulator telah mengambil alih jalan kerja secara manual (pensel dan kertas).

2.4

CABARAN PENGGUNAAN KALKULATOR DALAM MATEMATIK John Costello (1992) dalam rencana beliau yang bertajuk “A failed Revolution�

menyatakan bahawa sejak tahun 1962 hingga 1965 isu penggunaan kalkulator dalam matematik telah diterbitkan dalam setiap terbitan Mathematic Teaching tetapi akhirnya ia merupakan “calculator have made remarkably little impact on school mathematics�. Begitu juga yang terjadi di Malaysia dalam Berita Matematik terbitan Pusat Perkembangan Kurikulum mengenai isu penggunaan kalkulator telah di tolak keras oleh Pembuat Dasar negara Malaysia.

Namun di luar negara terutama di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Perancis, Jerman Australia dan jiran terdekat Malaysia iaitu Singapura telah mengaplikasikan penggunaan kalkulator dalam pengajaran matematik secara berperingkat-peringkat bagi bersaing dalam era globalisasi kini. Cabaran yang menghantui masyarakat kita mengenai penggunaan kalkulator dalam matematik ialah:

i.

Mereka bimbang kanak-kanak akan malas berfikir. Namun, jika difikirkan sudah tentu kenyataan dan alasan ini terlalu lemah, untuk menyelesaikan sesuatu masalah

12


penyelesaian masalah matematik, pelajar perlu berfikir terlebih dahulu cara untuk menyelesaikannya. Contoh: “Daniel mempunyai 105 ekor ayam, dia menjual 44 ekor ayamnya di pasar. Dalam perjalanan pulang, Siti telah meminta 6 ekor ayam Abu. Berapa ekor ayam yang tinggal?� Bagi soalan ini, murid mesti memikirkan terlebih dahulu operasi apakah yang patut digunakan, kemudian barulah merangka jalan penyelesaian.

ii.

Mereka bimbang murid-murid serta pelajar akan kurang faham penggunaan algoritma dan konsep asas nombor. Walaupun kebimbangan ini berasas, murid akan mampu menguasai konsep asas nombor dengan sendirinya setelah mereka mahir menggunakan kalkulator. Apa yang penting guru haruslah menerangkan dan sentiasa mengingatkan murid-murid tentang konsep asas nombor dan bahasa matematik. Proses pengulangan mampu menambahbaik konsep asas nombor dan bahasa matematik murid.

iii.

Mereka bimbang murid akan leka dan tidak bersungguh-sungguh dalam mengikuti isi pelajaran matematik di sekolah. Bagi menangani isu ini, guru perlu menjana sesuatu kaedah, kerangka jalan kerja dan strategi baru yang dapat menarik minat murid dalam mengikuti pembelajaran matematik. Di samping itu mereka pasti akan lebih seronok lagi menyiapkan tugasan kerana merasa semua soalan adalah senang untuk diselesaikan. Di dalam peperiksaan, murid selalunya tidak dapat menyelesaikan semua soalan dalam masa yang telah ditetapkan kerana terpaksa menyelesaikan masalah tersebut dengan cara panjang dan mesti menghafal sifir dengan baik. Murid kita dapat menyelesaikannya namun memerlukan masa yang panjang berbanding dengan murid yang menggunakan kalkulator.

iv.

Mereka bimbang akan adanya sikap kebergantungan kepada elemen moden sahaja tanpa berusaha untuk mendalaminya secara manual. Untuk merevolusikan bidang pendidikan, setiap langkah sememangnya akan mengundang risiko. Walaubagaimanapun, cuba kita renung situasi di sekeliling kita, kita ingin murid maju ke depankah, mundur ke belakangkah atau tidak bergerak langsung? Tamadun teknologi dan IT telah menguasai dunia sekarang, jika kita mengharapkan generasi

13


masa depan kita maju ke depan kita perlu bergerak seiring dengan tamadun tersebut, murid juga mempunyai impian dan hasrat kearah itu.

v.

Kemahiran mengira akan terbantut. Kemahiran mengira boleh dilatih melalui proses pengulangan. Cuba renung melalui analogi seperti murid yang menggunakan telefon bimbit, mereka boleh menaip pesanan ringkas tanpa perlu melihat huruf-huruf kerana mereka telah menguasai konsep tersebut. Begitu juga dengan kalkulator, proses pengulang pasti berlaku, maka mereka juga mampu mengusai kemahiran mengira tersebut. Contoh soalan darab, 6 x 6 = 36, soalan bukan sekali akan muncul seumur hidup mereka pasti berulang kali, maka mungkin kali kedua mereka masih belum menguasai, tetapi untuk kali ketiga dan seterusnya pasti mereka telah mampu menguasai, jadi secara tidak langsung mereka tidak perlu lagi menggunakan kalkulator untuk mengiranya.

Walaubagaimanapun

menurut

laporan

Cockfort

(1982),

Penyataan

378

menyatakan penggunaan kalkulator dalam matematik tidak akan menjejaskan kemampuan murid membuat pengiraan secara congak atau bertulis. Pengguna kalkulator mesti mampu berfikir dalam menentukan operasi yang sesuai untuk digunakan. Kajian yang dijalankan oleh Hembree dan Dessart (1986) ke atas 79 kajian kesan penggunaan kalkulator dalam pencapaian prestasi matematik didapati: 

Murid yang menggunakan kalkulator dari pengajaran tradisi tidak menjejaskan kemahiran mereka dalam penggunaan algoritma, malah ia mempertingkatkan lagi kemahiran murid sederhana dalam empat operasi dan penyelesaian masalah.



Sikap positif terhadap matapelajaran matematik dan membina keyakinan diri yang tinggi daripada rakan-rakan yang tidak menggunakan kalkulator.



Kebolehan menyelesaikan banyak soalan/permasalahan matematik dengan cepat dan tepat.



Menjimatkan masa guna tenaga kerja berbanding penggunaan kertas dan pensel.

14


3.0

KESIMPULAN

Penggunaan kalkulator dalam pendidikan matematik adalah untuk memberi peluang kepada guru dan murid memaksimumkan perhubungan di antara fizikal (kertas dan pensel) dan mental melalui persembahan bilik darjah yang lebih berkesan dan bermakna. Memang akan timbul beberapa isu dan masalah melalui penggunaan kalkulator dalam matematik khususnya sekolah rendah. Walaubagaimanapun, sesuatu yang mempunyai potensi untuk meningkatkan penguasaan matematik di kalangan murid tidak harus diketepikan. Sesuatu inovasi akan mengambil masa untuk diterapkan dalam amalan biasa, namun disinilah peranan guru sebagai pendidik dan pemudah cara bagi menarik minat dan memberi motivasi kepada murid agar hasrat kerajaan dan falsafah pendidikan negara akan terlaksana.

Selain itu, penggunaan teknologi seperti kalkulator memberikan banyak kelebihan dan keberkesanan dalam pengajaran matematik di sekolah rendah dan di sekolah menengah. Kalkulator sebenarnya memberi ruang dan peluang kepada guru untuk mempraktikkan pengajaran penyiasatan secara lebih komprehensif dan meluas. Di samping itu, penggunaan kalkulator perlu ditangani dengan sebaik-baiknya agar keberkesananya benar-benar berguna kepada murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

15


4.0

RUJUKAN 1) Abu Osman bin Md.Tap, Zainodin Hj. Jubok, Mokhtar bin Abdullah dan Ahmad Mahir Razali ( 1986 ). “Kesan kalkulator terhadap pendidikan matematik di sekolah: Jurnal Pendidikan”. 10 dan 11. ms 71-78. 2) Cockcoft (1982). “The Cockcroft Report: Mathematics Count.” New University of Ulster, Coleraine, UK. 3) Hassan Langgulung ( 1991 ) “Kreativiti dan Pendidikan. Satu Kajian Psikologi dan Falsafah.” Dewan Bahasa dan Pustaka. 4) Hembree R. and D. Dessart. (1986). “Effects of hand-held calculators in precollege mathematics education: A meta-analysis.” Journal for Research in Mathematics Education. 5) James T. Fey (1989) Educational Studies in Mathematics. “Technology and Mathematics Education: A Survey of Recent Developments and Important Problems.” The Joint Committee of the Mathematical Association of America & The National Council of Teachers of Mathematics, USA. 6) KPM (1997). Sekolah Bestari Di Malaysia: Suatu Lonjakan Saujana, Kuala Lumpur. 7) Lisa Leonor Grable and Carlos Curto (2001), ” Middle School Science and Mathematics Teachers and Their Students: Adapting to Technologies that Work”, North Carolina State University, USA. 8) National Council of Teachers of Mathematics. ( 1974 December ). “NCTM Board approves policy statement on the use minicalculator in the mathematics classroom.” NCTM newsletter. 9) National Council of Teachers of Mathematics (2001). “Principles and Standards for School Mathematics.” New York. 10) Palanisamy, K.V. ( 1984 ). kalkulator elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Berita Matematik, no. 29, September 1984. ms. 2-7. Kuala Lumpur: Pusat perkembangan Kurikulum. 11) Robert Powers and William Blubaugh (2005). “Technology in Mathematics Education: Preparing Teachers for the Future.” University of Northern Colorado, USA. 12) Shuard, Hilary ( 1992 ): “Let's stop wasting time.” Micromath, spring 1992, v.8, n.1, 29-30.

16


13) Trafton, P.R. & Claus, A.S. (1994) A Changing Curriculum for a Changing Age. Windows of Opportunity: Mathematics for Students with Special Needs, The National Council of Teacher of Mathematics Inc. Virginia, USA 14) Zaleha Haji Ismail dan Maznah Hura Haji Ahmad ( 1989 ). Bantuan kalkulator dalam pengajaran matematik. Berita Matematik. no. 35, Disember 1989, m.s. 30-36. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

17


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.