5 minute read

Pandangan Ulama Tafsir Berkaitan Harta Batil Termasuk Rasuah

mentadabbur, antaranya dari surah Sad, ayat 29 yang

bermaksud: “Inilah sebuah kitab yang kami turunkan kepada kamu dengan penuh berkat supaya mereka memerhatikan ayat-ayatnya (tadabbur) dan supaya orang yang mempunyai akal fikiran mengambil pelajaran daripadanya.”

Advertisement

Dalam ayat yang lain, ALLAH SWT berfirman bermaksud:

“Patutkah mereka (bersikap demikian) tidak mahu memikirkan (mentadabbur) isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu datangnya bukan dari sisi ALLAH SWT, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.” (an-Nisa, ayat 82)

11. Justeru itu, ayat-ayat ini menjelaskan bahawa al-Quran diturunkan bukan hanya untuk dibaca malahan dituntut supaya difahami, dihayati dan mengamalkan isi kandungannya dalam kehidupan ini. Umat Islam sentiasa digalakkan agar sentiasa menghayati dan mengkaji ayat al-Quran agar mereka beroleh mutiara ilmu serta hikmah daripadanya. Hanya dengan memahami intipati al-Quran lebih menambahkan nilai ketaqwaan kepada ALLAH SWT dan mampu mengelakkan diri daripada makan harta batil. Setiap penelitian yang mendalam terhadap isi kandungan al-Quran mendekatkan seorang hamba kepada ALLAH SWT dan melahirkan rasa takut untuk melakukan maksiat dan mengambil hak orang lain secara batil. Apa lagi ayat-ayat al-Quran yang sarat dengan ancaman dan balasan azab yang tidak terperi ke atas segala kejahatan dan keburukan yang dilakukan ketika di dunia.

12. Perasuah menganggap rasuah adalah satu budaya, sifat perasuah tidak lupa pada ALLAH SWT, sembahyang dibuat, puasa dibuat, amal soleh dibuat, sembahyang sunat dibuat, membaca al-Quran dibuat, khatam al-Quran mungkin setahun beberapa kali. Namun, apabila ayat 188 dari surah al-Baqarah dan ayat-ayat lain dibaca dengan khusyuk dan berlagu, isteri dengar dan anak pun dengar, bila wang rasuah datang berkotak-kotak ke rumah, perasuah berhenti membaca untuk menerimanya. Perasuah menerima wang tersebut mungkin disebabkan tidak memahami atau kerana kerakusan dan tamak haloba.

PANDANGAN ULAMA TAFSIR BERKAITAN HARTA BATIL TERMASUK RASUAH

13. Rasuah melalui perspektif Islam bermaksud sogokan, wang

9

suap atau seumpama dengannya dengan tujuan yang satu iaitu, agar pihak-pihak tertentu dapat mengurus dan menyelesaikan sesuatu hal yang dikehendakinya dengan segera dan menguntungkan. Manakala korup memiliki makna yang lebih luas, apa sahaja penyalahgunaan dan penyelewengan seperti pecah amanah, khianat, menipu dan seumpamanya dengan memperjudikan nyawa dan harta awam atau orang lain adalah sebahagian daripada korup. Oleh itu, perbuatan korup merugikan orang lain, bangsa dan negara. Penyalahgunaan kuasa, melawan hukum, norma dan moral dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. ALLAH SWT melarang keras perbuatan

tersebut dalam firmannya:

Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan harta atau mengambil harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan atau mengambil sebahagian dari harta manusia dengan berbuat dosa, padahal kamu mengetahui salahnya” [al-Baqarah: 188].

Dalam surah al-Nisa ayat 29 ALLAHSWT berfirman:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan (gunakan) harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya ALLAH SWT sentiasa Mengasihani kamu”.

10

14. Menurut ulama tafsir tersohor dari Mesir Sheikh Muhammad Mutawally al-Sya’rawi dalam tafsir beliau al-Khawatir al-Imaniyyah seperti berikut:

Maksudnya: “Apakah maksud al-batil itu?...al-Batil dalam ayat di atas merujuk kepada mengambil hak orang lain secara salah, seperti riba di mana seseorang itu mempunyai harta yang banyak sedangkan pihak lain amat berhajat kepada harta tersebut dalam masa yang sama orang tersebut tidak memiliki harta patutkah orang yang berhutang tersebut membayar kembali hutangnya melebihi daripada jumlah yang diambilnya? Patutkah kadar lebih daripada hutang diberikan kepada orang yang sememangnya sudah kaya? Bagaimana keadaan ini berlaku? Justeru itu, inilah yang dimaksudkan dengan perbuatan riba, mencuri, merompak, rasuah atau menipu dalam perniagaan. Kesemua perkara ini adalah termasuk dalam kategori mengambil hak orang lain secara salah, kerana ketika pemakan harta batil seolah-olah mendapat habuan daripada hasil kerja pihak lain secara mudah tanpa perlu bekerja keras dan perbuatan ini akan menjadi sebati dalam hidup pelakunya serta tidak ada lagi keazaman untuk bekerja keras disebabkan selalu mengambil hak orang secara paksa dan dengan cara yang salah. Ini bererti daya usaha untuk bekerja akan terhenti disebabkan sikap samseng yang hidupnya bergantung kepada wang pelincir (rasuah) seperti samseng, pemerah ugut atau tonto dan sebagainya, justeru apa yang akan terjadi kepada masyarakat ketika itu? Sudah pasti keadaan ini membawa bencana dan kesusahan dalam masyarakat.

11

15. Imam Al-Alusi dalam tafsir beliau Ruh al-Ma’ani fi Tafsir al-Quran berkaitan ayat yang sama menyatakan maksud “janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah” perbuatan tersebut merangkumi semua urusan yang membawa kepada manfaat dan maksud batil dalam urusan tersebut sebarang perkara yang diharamkan oleh syara’ seperti riba, judi, menipu, zalim dalam bentuk manfaat yang terhasil berlaku daripada cara yang salah.

16. Pandangan yang hampir sama dikemukakan oleh tokoh-

tokoh tafsir muktabar yang lain seperti tafsir al-Qurtubi dan al-Tabari dalam mentafsirkan ayat-ayat berkaitan memakan harta batil seperti ayat 34 dalam surah al-Taubah

yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan ALLAH SWT (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan ALLAH SWT, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya”. Intipati penting daripada ayat ini ALLAH SWT berpesan kepada orang-orang yang beriman agar tidak berperilaku sebagaimana orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani, yang mengambil dan menggunakan harta orang lain dengan jalan batil. Antara lain perbuatan mereka dengan menerima sogokan, memanipulasi ajaran agama untuk memperoleh keuntungan dunia. Mereka juga menampakkan diri sebagai tokoh agamawan yang dekat dengan Tuhan seolah-olah mengutamakan akhirat, tetapi hakikatnya mereka tidaklah sedemikian.

17. Secara tidak langsung perbuatan rasuah merencatkan ketulusan dalam rantaian ekonomi negara kerana ada pihak boleh dibeli dengan rasuah. Justeru ayat tersebut merupakan perintah ALLAH SWT kepada semua orang Islam dalam bentuk umum agar tidak melakukan perbuatan riba, mencuri, menipu, berjudi dan melakukan rasuah. Ini kerana apabila kita mengambil harta dengan cara salah, bermakna kita mengambil harta orang lain. Kalau kita berada dalam kedudukan mereka, kita pun tidak mahu orang lain ambil harta kita dengan cara salah. Kalau kita sayangkan harta kita, orang lain juga sayang

12

This article is from: