mentadabbur, antaranya dari surah Sad, ayat 29 yang bermaksud: “Inilah sebuah kitab yang kami turunkan kepada kamu dengan penuh berkat supaya mereka memerhatikan ayat-ayatnya (tadabbur) dan supaya orang yang mempunyai akal fikiran mengambil pelajaran daripadanya.” Dalam ayat yang lain, ALLAH SWT berfirman bermaksud: “Patutkah mereka (bersikap demikian) tidak mahu memikirkan (mentadabbur) isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu datangnya bukan dari sisi ALLAH SWT, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.” (an-Nisa, ayat 82) 11. Justeru itu, ayat-ayat ini menjelaskan bahawa al-Quran diturunkan bukan hanya untuk dibaca malahan dituntut supaya difahami, dihayati dan mengamalkan isi kandungannya dalam kehidupan ini. Umat Islam sentiasa digalakkan agar sentiasa menghayati dan mengkaji ayat al-Quran agar mereka beroleh mutiara ilmu serta hikmah daripadanya. Hanya dengan memahami intipati al-Quran lebih menambahkan nilai ketaqwaan kepada ALLAH SWT dan mampu mengelakkan diri daripada makan harta batil. Setiap penelitian yang mendalam terhadap isi kandungan al-Quran mendekatkan seorang hamba kepada ALLAH SWT dan melahirkan rasa takut untuk melakukan maksiat dan mengambil hak orang lain secara batil. Apa lagi ayat-ayat al-Quran yang sarat dengan ancaman dan balasan azab yang tidak terperi ke atas segala kejahatan dan keburukan yang dilakukan ketika di dunia. 12. Perasuah menganggap rasuah adalah satu budaya, sifat perasuah tidak lupa pada ALLAH SWT, sembahyang dibuat, puasa dibuat, amal soleh dibuat, sembahyang sunat dibuat, membaca al-Quran dibuat, khatam al-Quran mungkin setahun beberapa kali. Namun, apabila ayat 188 dari surah al-Baqarah dan ayat-ayat lain dibaca dengan khusyuk dan berlagu, isteri dengar dan anak pun dengar, bila wang rasuah datang berkotak-kotak ke rumah, perasuah berhenti membaca untuk menerimanya. Perasuah menerima wang tersebut mungkin disebabkan tidak memahami atau kerana kerakusan dan tamak haloba. PANDANGAN ULAMA TAFSIR BERKAITAN HARTA BATIL TERMASUK RASUAH 13. Rasuah melalui perspektif Islam bermaksud sogokan, wang 9