3 minute read

Bahaya Dan Ancaman Al-Muktazilah Baharu

BAHAYA DAN ANCAMAN AL-MUKTAZILAH BAHARU

202. Menggunakan rasional akal dalam menafsir agama dengan alasan membuka ruang dimensi berfikir merupakan salah satu daripada saki baki ajaran Muktazilah moden yang semakin berleluasa di negara kita Malaysia dan negara jiran Indonesia. Pengikut ajaran Muktazilah Baharu aktif menebarkan sikap serta pandangan mereka secara terbuka yang terang-terangan berlawanan dengan tuntutan agama. Mereka secara terbuka menyerang institusi agama negara ini serta berkolaborasi dengan sesiapa sahaja yang menyokong perjuangan mereka. Jarum halus mainan mereka berjaya mendapat tempat dalam kalangan umat Islam yang jahil lagi pasif dalam urusan agama. Kelompok ini mengajak umat Islam untuk terbuka dalam memahami dan mengamalkan Islam di atas pentas fahaman Islam liberal yang mempunyai ciri keterbukaan dan kebebasan yang lebih daripada apa yang ada dalam syariat Islam yang asli lagi tulen. Antara intipati dan ciri-ciri perjuangan Muktazilah Baharu adalah seperti berikut:

Advertisement

i. Menganut fahaman pluralisme: Fahaman yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama dan kedudukan agama Islam sebagai agama yang paling benar boleh dihapuskan. Ini bererti kedudukan agama Islam di Malaysia dapat direndahkan dan setaraf dengan mana-mana agama lain dan gejala murtad sudah tidak menjadi suatu isu besar lagi. Perkara ini selari dengan salah satu tuntutan IFC atau Suruhanjaya Antara Agama (Interfaith Commission) supaya membenarkan orang Islam untuk murtad tanpa dikenakan apa-apa halangan dan tindakan. Dalam isu murtad – seperti kes Lina Joy (yang nama asalnya Azlina Jailani), golongan Islam Liberal di Malaysia antara yang mendesak agar penganut Islam diberi hak untuk murtad dari agama (Islam) tanpa sebarang tindakan undang-undang dan tanpa tertakluk dengan keputusan Mahkamah Syariah. Bagi kelompok Islam Liberal yang jahil ini mereka berhujah bahawa hak untuk murtad menurut mereka adalah kebebasan beragama yang juga diakui oleh al-Quran. Mereka menyalah tafsirkan ayat ALLAH yang berbunyi; “Tidak ada paksaan dalam agama”. (Al-Baqarah; 256) Menurut tafsiran ulama tafsir yang muktabar, ayat di atas hanya terpakai bagi orang bukan Islam, yakni mereka tidak harus dipaksa untuk menganut

133

Islam kecuali dengan kerelaan sendiri. Adapun bagi penganut Islam, maka mereka wajib beramal dengan segala tuntutan Islam termasuk tuntutan memelihara aqidah dan Iman. Lebih parah lagi, golongan Islam Liberal juga berusaha untuk menghapuskan kedaulatan agama Islam di Malaysia sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pada mereka kedudukan agama Islam di Malaysia sebagai agama bagi Persekutuan hanyalah simbolik kepada agama rasmi yang tiada kaitan dengan peruntukan dan perlaksanaan terhadap undang-undang Syariah yang dilaksanakan di mahkamah Syariah. Tujuan mereka menyatakan demikian adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Sekular berpaksikan demokrasi liberal yang tidak terikat dengan agama Islam.

ii. Ayat-ayat al-Quran perlu ditafsir semula agar selari dengan peredaran zaman: Pada mereka al-Quran perlu ditafsir semula tanpa terikat dengan tafsiran ulama terdahulu kerana tafsiran ulama terdahulu telah jauh ketinggalan zaman dan tidak sesuai lagi untuk zaman sekarang. Proses mentafsir al-Quran perlu kepada ijtihad baru bersandarkan kepada logik akal dan rasional, dan tidak perlu terikat dengan ilmu Asbabun-Nuzul, Nasikh wal Mansukh, tafsiran Rasulullah, para sahabat dan ahli-ahli tafsir terdahulu. “Semua umat Islam perlu kembali kepada asas-asas Islam dengan menolak tafsiran klasik (lama) yang telah ketinggalan zaman. Kepada umat Islam, kita menyeru supaya digerakkan usaha-usaha membuat tafsiran al-Quran berdasarkan kaedah saintifik”. (Kassim Ahmad, 12 Oktober 2000, News Straits Times)

iii. Mempertikai syariat ALLAH SWT dan hukum-hakam fiqh dengan hujah rasional: Pada mereka hukum syariat Islam adalah ciptaan ulama dan cetusan idea fuqaha. Oleh itu, Syariat Islam tidak terlepas dari unsur kesilapan dan ia terdedah kepada penilaian semula dan kritikan termasuklah hukum-hakam Syariat yang Qat’ie. Antara hukum-hakam Syariat yang menurut pandangan mereka perlu dinilai semula ialah: Hukum faraid yang tidak sama rata antara lelaki dan wanita, keharusan poligami bagi lelaki, kewajipan wanita muslimah bertudung, hukuman bunuh ke atas orang murtad, larangan wanita daripada menjadi pemimpin

134

This article is from: