2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 133
202.
BAHAYA DAN ANCAMAN AL-MUKTAZILAH BAHARU Menggunakan rasional akal dalam menafsir agama dengan alasan membuka ruang dimensi berfikir merupakan salah satu daripada saki baki ajaran Muktazilah moden yang semakin berleluasa di negara kita Malaysia dan negara jiran Indonesia. Pengikut ajaran Muktazilah Baharu aktif menebarkan sikap serta pandangan mereka secara terbuka yang terang-terangan berlawanan dengan tuntutan agama. Mereka secara terbuka menyerang institusi agama negara ini serta berkolaborasi dengan sesiapa sahaja yang menyokong perjuangan mereka. Jarum halus mainan mereka berjaya mendapat tempat dalam kalangan umat Islam yang jahil lagi pasif dalam urusan agama. Kelompok ini mengajak umat Islam untuk terbuka dalam memahami dan mengamalkan Islam di atas pentas fahaman Islam liberal yang mempunyai ciri keterbukaan dan kebebasan yang lebih daripada apa yang ada dalam syariat Islam yang asli lagi tulen. Antara intipati dan ciri-ciri perjuangan Muktazilah Baharu adalah seperti berikut: i.
Menganut fahaman pluralisme: Fahaman yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama dan kedudukan agama Islam sebagai agama yang paling benar boleh dihapuskan. Ini bererti kedudukan agama Islam di Malaysia dapat direndahkan dan setaraf dengan mana-mana agama lain dan gejala murtad sudah tidak menjadi suatu isu besar lagi. Perkara ini selari dengan salah satu tuntutan IFC atau Suruhanjaya Antara Agama (Interfaith Commission) supaya membenarkan orang Islam untuk murtad tanpa dikenakan apa-apa halangan dan tindakan. Dalam isu murtad – seperti kes Lina Joy (yang nama asalnya Azlina Jailani), golongan Islam Liberal di Malaysia antara yang mendesak agar penganut Islam diberi hak untuk murtad dari agama (Islam) tanpa sebarang tindakan undang-undang dan tanpa tertakluk dengan keputusan Mahkamah Syariah. Bagi kelompok Islam Liberal yang jahil ini mereka berhujah bahawa hak untuk murtad menurut mereka adalah kebebasan beragama yang juga diakui oleh al-Quran. Mereka menyalah tafsirkan ayat ALLAH yang berbunyi; “Tidak ada paksaan dalam agama”. (Al-Baqarah; 256) Menurut tafsiran ulama tafsir yang muktabar, ayat di atas hanya terpakai bagi orang bukan Islam, yakni mereka tidak harus dipaksa untuk menganut 133