5 minute read

Pandangan Mazhab Hanafi Tentang Hukum Bersedekah Dengan Harta Yang Haram, Batil Atau Rasuah

Rad al-Muhtar 3/219, tahun 2011 tentang menggunakan wang haram, harta batil atau rasuah yang dibelanjakan dalam apa perkara, tetap haram, walaupun untuk mendirikan masjid dan sebagainya. Dalam sebuah hadis riwayat Abu

Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW pernah

Advertisement

bersabda yang bermaksud: “Jika seseorang itu pergi menunaikan haji dengan nafkah yang baik, ketika memijakkan kakinya di Tanah Suci seraya mengucapkan: “labbaik Allahumma labbaik”, maka dijawab dari langit (oleh ALLAH SWT): “Aku menerima hajimu dan menganugerahkan kebahagiaan bagimu kerana bekal yang engkau pergunakan untuk menunaikan haji adalah halal, perjalananmu juga halal dan hajimu mabrur tidak tercela. Dan jika seseorang pergi menunaikan haji dengan nafkah yang kotor lalu memijakkan kakinya di tanah suci seraya mengucapkan: “labbaik Allahumma labbaik”, maka dijawab dari langit: Aku tidak menerima hajimu dan tidak menganugerahkan kebahagiaan bagimu kerana bekal yang engkau pergunakan adalah haram, biaya yang engkau belanjakan juga haram dan hajimu pun menjadi tercela lagi tidak berpahala.” (Riwayat al-Thabrani)

PANDANGAN MAZHAB HANAFI TENTANG HUKUM BERSEDEKAH DENGAN HARTA YANG HARAM, BATIL

ATAU RASUAH

27. Dalam perkara “pada menyatakan hukum bersedekah dengan harta yang haram” dalam kitab Rad al-Muhtar jilid 3/219 oleh Muhammad Amin (Ibnu Abidin) pengarang kitab tersebut daripada kalangan ulama mazhab Hanafi menjelaskan jika seseorang menyerahkan sesuatu harta yang haram kepada orang fakir dengan mengharapkan pahala daripada perbuatan tersebut maka orang itu menjadi kafir. Jika orang fakir yang menerima harta tersebut mengetahui bahawa harta tersebut daripada sumber yang haram dan mendoakan kepadanya maka dirinya turut menjadi kafir termasuk juga pihak lain yang mengaminkan doa tersebut (sekiranya mengetahui harta tersebut daripada sumber haram). Keadaannya sama juga dengan orang yang mendirikan masjid daripada sumber haram dengan mengharapkan perbuatan tersebut sebagai bentuk mendekatkan diri dengan ALLAH SWT kerana orang itu mengharapkan pahala daripada sesuatu yang ada hukuman seksaan di neraka nanti. Perbuatan ini semua termasuk dalam

17

menghalalkan suatu yang haram yang hukumnya kufur dan hukum haramnya secara qat’i bukan sesuatu yang patut diragui lagi.

28. Ramai di kalangan orang Islam yang tidak pernah memikirkan atau mengambil berat tentang cara-cara untuk mendapatkan rezeki sama ada halal ataupun haram, dan mereka juga tidak pernah mempedulikan kesan daripada menggunakan sumber yang haram untuk makan minum, membeli belah, memberi hadiah, menderma, membina bangunan atau mewaqafkan bangunan dan melakukan apa-apa perbuatan yang bersangkut paut dengan kehidupan manusia. Tingkah laku manusia yang semakin rosak akhlaknya sekarang ini, yang sebahagian adalah berpunca daripada sumber rezeki yang haram. Sesungguhnya setiap makanan yang dimasukkan ke mulut mempunyai hubungan langsung dengan tingkah lakunya. Di antara sumber-sumber rezeki haram yang sering dilakukan golongan masyarakat yang berkuasa dan berkedudukan berpunca daripada melakukan perbuatan rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, pilih kasih, tidak jujur, tidak amanah dan mengambil riba. Manakala sebahagian lagi daripada anggota masyarakat awam terlibat pula dalam perbuatan memakan harta anak yatim, perjudian seperti loteri, toto, tikam ekor, tenung nasib, menjalankan sindiket pelacuran dan menjual maruah dalam pelacuran, rompakan, pencurian, menyamun dan melakukan perniagaan ke semua itu di atas perkara yang diharamkan oleh syariat seperti menjual arak, pasaran saham hadapan, pasaran saham yang tidak halal, menipu dalam timbangan, menyorok barang, mencampur barangan elok dengan barangan rosak, menjual barangan yang berbahaya kepada kesihatan dan lain-lain lagi.

29. Mana-mana hasil daripada perbuatan tersebut dikira sebagai hasil rezeki haram dan menjadikan diri pelakunya tercela di sisi ALLAH SWT. Oleh itu, akibat pertama ke atas orang yang menggunakan sumber rezeki yang haram ialah doanya tidak diterima oleh ALLAH SWT., berdasarkan maksud sebahagian hadis daripada Abu Hurairah RA yang bermaksud: “Kemudian Rasulullah SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang jauh perjalanannya, yang kusut masai rambutnya, lagi berdebu mukanya menghulurkan kedua tangannya ke langit sambil berdoa: Hai Tuhanku, hai Tuhanku, padahal

18

makanannya haram, minumnya haram, pakaiannya haram dan diberi makan dengan yang haram pula, maka bagaimanakah mungkin itu diperkenankan baginya?”.

(Riwayat Muslim)

30. Akibat kedua ialah daging yang tumbuh pada badan dan membesar ke atas orang yang makan dan minum hasil daripada rezeki yang haram tadi akan hanya layak untuk dibakar oleh api neraka, berdasarkan sabda Rasulullah SAW maksudnya:

“Setiap daging yang tumbuh dari bahan makanan yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya”.

(Riwayat Al-Tirmizi)

31. Akibat ketiga daripada yang rezeki haram diperolehi untuk mendapatkan kemewahan dunia akan menyebabkan ALLAH SWT murka. ALLAH SWT tidak akan menerima semua amalan daripada sumber harta batil pada hari kiamat kelak walaupun amalan tersebut dilakukan dengan cara yang paling sempurna lengkap dengan amalan-amalan sunat. Dalam masa yang sama perbuatan tersebut mengundang bala dan kemurkaan ALLAH SWT dalam bentuk kehancuran sesebuah negara. Ini bererti mereka yang terlibat secara langsung dengan harta batil telah menyumbang kepada kehancuran tamadun bangsa, kerosakan ekonomi, kemusnahan negaranya sendiri dan menjadikan maruah negara dipandang hina di mata dunia. Hanya orang yang beriman dan berintegriti tinggi lagi bermaruah mempunyai sifat amanah dan tanggungjawab tidak sanggup melakukan dosa yang sebegini berat kerana kesan kerosakan harta batil ini cukup besar kepada diri dan umat manusia keseluruhannya.

Firman ALLAH SWT dalam Surah Al-Isra', ayat 16:

Maksudnya: “Dan apabila tiba masanya kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya, maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya”.

19

32. Akibat keempat daripada rezeki yang haram, akan menyebabkan harta seseorang tidak berkat, bahkan akan membawa kepada kehancuran bencana duniawi dan ukhrawi. Manusia yang masih berani melanggar perintah ALLAH SWT, berterusan melakukan maksiat dan memakan harta batil secara terang-terangan mahupun tersembunyi untuk mendapatkan harta yang bertimbun adalah merupakan manusia yang tidak mempunyai perasaan atau yang telah mati rasa kemanusiaannya. Mana-mana manusia yang telah mati rasa kemanusiaannya, sebenarnya mempunyai penyakit jiwa yang parah dan mereka akan sanggup melakukan apa sahaja kemungkaran dan kejahatan demi menunaikan keinginan dan dorongan nafsu syahwatnya yang tidak pernah puas. Sikap dan tindakan ini juga sudah pasti akan mendapat dorongan yang kuat daripada para iblis dan syaitan.

33. Tidakkah kita takut dengan konsep dosa yang berterusan yang akan ditanggung jika kita turut menjadi model dan ikutan yang mendorong manusia lain untuk melakukan kemungkaran dan kemaksiatan? Adakah kita tidak merasa takut dan gementar dengan pertanyaan Munkar dan Nakir semasa kita berada di alam kubur dan seterusnya di Padang Mahsyar nanti? Sabda Nabi SAW daripada Abu Barzah RA yang bermaksud: “Tidak berganjak kedua kaki seseorang hamba (di hadapan ALLAH SWT) pada hari kiamat, sehingga terlebih dahulu ia akan ditanya tentang hartanya, daripada mana ia memperolehinya dan untuk apa dibelanjakannya”. (Riwayat Al-Tirmizi)

34. Tidakkah pelaku rasuah sedar bahawa ALLAH SWT Maha Mengetahui dengan segala amalan yang dilakukan hamba- hambanya daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar besar perkara. Sanjungan dan kesaksian orang hidup selepas sahaja solat jenazah apabila imam bertanya dengan suara yang lantang “Apa kita katakan ke atas mayat ini?” Lalu dijawab oleh para makmum “baik” sebanyak tiga kali, belum tentu dapat menyelamatkan dirinya daripada azab ALLAH SWT kerana ALLAH SWT Maha Mengetahui dengan amalannya, hatta sehelai daun yang gugur ke tanah pun tetap berada dalam pengetahuanNya. Firman ALLAH SWT dalam surah

al-An’am, ayat 59:

20

This article is from: