Rad al-Muhtar 3/219, tahun 2011 tentang menggunakan wang haram, harta batil atau rasuah yang dibelanjakan dalam apa perkara, tetap haram, walaupun untuk mendirikan masjid dan sebagainya. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Jika seseorang itu pergi menunaikan haji dengan nafkah yang baik, ketika memijakkan kakinya di Tanah Suci seraya mengucapkan: “labbaik Allahumma labbaik”, maka dijawab dari langit (oleh ALLAH SWT): “Aku menerima hajimu dan menganugerahkan kebahagiaan bagimu kerana bekal yang engkau pergunakan untuk menunaikan haji adalah halal, perjalananmu juga halal dan hajimu mabrur tidak tercela. Dan jika seseorang pergi menunaikan haji dengan nafkah yang kotor lalu memijakkan kakinya di tanah suci seraya mengucapkan: “labbaik Allahumma labbaik”, maka dijawab dari langit: Aku tidak menerima hajimu dan tidak menganugerahkan kebahagiaan bagimu kerana bekal yang engkau pergunakan adalah haram, biaya yang engkau belanjakan juga haram dan hajimu pun menjadi tercela lagi tidak berpahala.” (Riwayat al-Thabrani) PANDANGAN MAZHAB HANAFI TENTANG HUKUM BERSEDEKAH DENGAN HARTA YANG HARAM, BATIL ATAU RASUAH 27. Dalam perkara “pada menyatakan hukum bersedekah dengan harta yang haram” dalam kitab Rad al-Muhtar jilid 3/219 oleh Muhammad Amin (Ibnu Abidin) pengarang kitab tersebut daripada kalangan ulama mazhab Hanafi menjelaskan jika seseorang menyerahkan sesuatu harta yang haram kepada orang fakir dengan mengharapkan pahala daripada perbuatan tersebut maka orang itu menjadi kafir. Jika orang fakir yang menerima harta tersebut mengetahui bahawa harta tersebut daripada sumber yang haram dan mendoakan kepadanya maka dirinya turut menjadi kafir termasuk juga pihak lain yang mengaminkan doa tersebut (sekiranya mengetahui harta tersebut daripada sumber haram). Keadaannya sama juga dengan orang yang mendirikan masjid daripada sumber haram dengan mengharapkan perbuatan tersebut sebagai bentuk mendekatkan diri dengan ALLAH SWT kerana orang itu mengharapkan pahala daripada sesuatu yang ada hukuman seksaan di neraka nanti. Perbuatan ini semua termasuk dalam 17