12 minute read
Hukum Memelihara Anjing Apakah Haram, Makruh Atau Harus Dan Pandangan Daripada Empat Mazhab Yang Muktabar Serta Pandangan Dari Sudut Sains Kesihatan;
HUKUM MEMELIHARA ANJING, APAKAH HARAM, MAKRUH ATAU HARUS DAN PANDANGAN DARIPADA EMPAT MAZHAB YANG MUKTABAR SERTA PANDANGAN DARI SUDUT SAINS KESIHATAN Oleh Datuk Mohamad Din bin Yusoh
• Malaikat tidak memasuki rumah yang ada anjing di dalamnya……Hadis • Rasulullah SAW tidak hadir ke rumah sahabat yang ada pelihara anjing…..Hadis • Menjadikan anjing bukan untuk tujuan memburu dan menjaga ternakan atau tanaman, amalannya dikurangkan setiap hari sebanyak satu qirat (sebesar bukit Uhud) atau hadis lain sebanyak dua qirat……Hadis • Rasulullah SAW tidak melarang membunuh anjing liar (Kalbul ‘aqur)…..Hadis • Anjing gila sudah kedapatan di zaman purbakala.
Advertisement
Akhir-akhir ini banyak diperkatakan mengenai hukum menyentuh dan memelihara anjing di kalangan masyarakat kita. Kita lihat ada orang Islam tanpa segan silu menyentuh dan memeluk anjing. Ada yang memelihara anjing bukan untuk menjaga tanaman atau berburu tetapi sebagai satu hobi seolah-olah anjing itu satu binatang peliharaan seperti kucing, arnab dan burung. Fenomena ini menjadi tanda tanya kepada orang ramai apabila menjadi tular di media sosial, kerana selama ini kita menganggap anjing itu najis dan tidak boleh disentuh, apa lagi memeluk atau menciumnya atau memeliharanya di dalam rumah. Ada beberapa orang ustaz atau ulama cuba membincangkan perkara ini dan menyebarkan di media sosial. Pandangan masingmasing yang berbeza disampaikan oleh ustaz-ustaz tanpa berlandaskan nas-nas yang mencukupi dan kukuh menambahkan lagi kekeliruan kepada orang ramai. Pendapat mereka juga dibuat tanpa mengaitkannya dari sudut sains dan kesihatan yang mana kuman dan virus anjing boleh membawa maut kepada manusia. Di sini saya akan cuba mengulas mengenai hukum Islam berkaitan anjing, berdasarkan nas-nas dan pandangan ulama serta pakar dan ahli sains moden berhubung dengan masalah ini.
212
PANDANGANEMPAT MAZHAB YANG MUKTABARMENGENAI KENAJISAN ANJING
i. MAZHAB SYAFIE
Mazhab Syafie berpendapat mulut, air liur dan badan anjing adalah najis dan hendaklah disuci kalau bersentuh dengannya sebanyak tujuh kali salah satu daripadanya dengan tanah (Turab).
ii. MAZHAB HANBALI
Mazhab Hanbali berpandangan sama dengan mazhab Syafie bahawa mulut, air liur dan badan anjing adalah najis; Pendapat Imam Syafie dan Imam Hanbali adalah sama iaitu mulut, air liur dan badan anjing adalah najisul ‘ain, bermakna jilatan dan badannya juga najis. Pandangan ini dibuat berdasarkan hadis bermaksud: “Apabila anjing menjilat bekas air kamu, maka hendaklah kamu menyucikannya dengan air suci (air mutlak), sebanyak tujuh kali, salah satunya dengan Turab (tanah)”. Ada hadis yang menyatakan tujuh kali dengan air suci (air mutlak) dan yang ke lapan dengan air bercampur tanah (Turab).
iii. MAZHAB MALIKI
Mazhab Maliki berpendapat umumnya anjing adalah
‘Tahir’ (suci). Tetapi jilatan dan kaki anjing yang masuk ke dalam bekas air atau air liurnya yang masuk ke dalam bekas air hendaklah dibasuh tujuh kali dengan air, salah satunya dengan Turab.
iv. MAZHAB HANAFI
Mazhab Hanafi pula berpendapat bahawa anjing bukanlah najisul ‘ain kerana ia ada kegunaan iaitu untuk menjaga dan memburu. Tetapi bagi mazhab Hanafi mulut dan air liur anjing sahaja yang najis. Oleh itu kalau terkena jilatan anjing, hendaklah dicuci atau dibasuh bekas sebanyak tujuh kali. Ini berdasarkan kepada hadis yang bermaksud: “Apabila anjing meminum dari bekas kamu, maka hendaklah dibasuh sebanyak tujuh kali”. Juga beliau berpegang kepada hadis riwayat Ahmad dan Muslim bermaksud: “Bersihkan bekas kamu apabila dijilat anjing, untuk membasuhnya sebanyak tujuh kali, dimulakan dengan tanah (Turab)”.
213
PANDANGAN PARA ULAMA TENTANG PEMELIHARAAN ANJING
PEMELIHARAAN ANJING
1. Memelihara anjing pada asasnya dilarang, apatah lagi jika anjing itu dibawa masuk ke dalam rumah. Ini adalah berdasarkan beberapa maksud hadis Nabi SAW seperti berikut:
i. Malaikat tidak akan memasuki rumah yang ada anjing di dalamnya. Dalam satu riwayat hadis, “Rasulullah SAW telah membuat temujanji dengan malaikat Jibril. Pada waktu yang dijanjikan Jibril tidak muncul. Di tangan Nabi SAW ada sebatang tongkat. Baginda SAW mencampakkan tongkat tersebut sambil bersabda “apa yang menyebabkan janji ini tak ditepati?” Tiba-tiba keluar seekor anjing dari bawah katil. Rasulullah SAW bertanya Saidatina Aishah RA “Bila anjing ini masuk?” Saidatina Aishah RA menjawab beliau tak tahu. Selepas anjing itu keluar barulah Jibril datang. Nabi SAW berkata kepada Jibril “kamu telah berjanji, aku menunggu kamu tak datang. Jibril menjawab, “Anjing yang ada dalam rumahmu itu yang menyebabkan aku tidak datang. Kami (malaikat) tidak memasuki rumah yang ada anjing dan gambar”. Kenapa peristiwa ini berlaku dan kenapa Jibril tidak masuk ke dalam rumah yang ada anjing? Sudah tentu jawapannya ialah untuk mengingatkan Nabi SAW dan ummahnya supaya tidak membela anjing. Ini sebagai bukti bahawa anjing tidak boleh dibela, lebih-lebih lagi di dalam rumah.
ii. Rasulullah SAW pernah dijemput ke rumah sahabat RA. Rumah pertama ada peliharaan kucing. Rasulullah SAW telah pergi ke rumah sahabat RA tersebut. Tetapi rumah kedua Rasulullah SAW tidak pergi sebab rumah itu ada peliharaan anjing.
iii. Memelihara anjing bukan untuk maksud menjaga kebun, binatang ternakan dan memburu akan mengurangkan pahala sebanyak satu qirat setiap hari berdasarkan maksud hadis “Sesiapa yang menjadikan anjing bukan untuk tujuan memburu dan menjaga ternakan atau tanaman, kami kurangkan amalannya setiap hari sebanyak satu
214
qirat”. (Dalam hadis riwayat lain ‘dua qirat’). Satu qirat bersamaan besarnya dengan bukit Uhud.
2. Imam Nawawi dalam kitab “Syarah Muslim” – Mengenai adakah harus memelihara anjing bagi menjaga rumah, jalan dan sebagainya? Di sini ada dua pandangan: Pertamamengatakan tidak harus dengan mengambil hadis secara zahir kerana ternyata tegahannya melainkan untuk tanaman atau berburu atau menjaga ternakan. Yang lebih sahih adalah harus, sebagai qiyas terhadap ketiga-tiga tujuan sebagai yang difahami daripada hadis kerana adanya keperluan atau hajat. Inilah yang disahkan oleh Imam Nawawi mengenai keharusan memelihara anjing bagi menjaga rumah.
3. Lujnah Fatwa, Negara Jordan, apabila ditanya hukum memelihara anjing di rumah telah memberikan jawapan seperti berikut: “Tidak harus memelihara anjing melainkan untuk tujuan yang sah seperti menjaga dan memburu yang diharuskan. Adapun memelihara anjing bagi tujuan lain maka adalah diharamkan dan tidak harus. Ini adalah selaras dengan sabda Nabi SAW bermaksud “sesiapa memegang anjing maka ia mengurangkan setiap hari amalannya satu qirat melainkan anjing untuk menjaga tanaman dan ternakan”; dan dalam riwayat lain “melainkan anjing menjaga ternakan atau tanaman atau perburuan”,
(Hadis riwayat Al-Bukhari).
URUSNIAGA ANJING
Mengikut Imam Syafie, di antara syarat-syarat jual beli bahawa barang yang hendak dijual hendaklah bersih (Tahiran). Maka tidak sah jual beli anjing dan arak. Bagi Mazhab Hanbali pula, anjing boleh dijadikan hadiah (harus), tetapi tidak boleh di jual beli. Anjing dan babi serta apa yang keluar daripada badannya seperti anak, kuku, air liur, darah, bulu, badan, kulit dan apa saja daripada anggota kedua-duanya adalah najis.
PANDANGAN AHLI SAINS KESIHATAN
Satu persidangan antarabangsa telah diadakan di Dubai pada tahun 2004 bagi membincangkan hukum jilatan anjing. Muktamar ini melibatkan perbincangan ulama-ulama fiqah dan ahli sains haiwan
215
dan perubatan. Antara perkara yang dibincangkan dan dimaklumkan adalah seperti berikut:
i. Bekas air yang dijilat anjing hendaklah dibuang terus, berdasarkan kajian, banyak penyakit berjangkit daripada anjing seperti sakit kulit dan gatal-gatal.
ii. Kuman / bakteria ada dalam perut anjing dan keluar melalui najis anjing, mulut dan hidung anjing yang menjadi tempat kuman berkumpul. Kalau mulut anjing kotor, lebih lagilah badannya.
iii. Rasulullah SAW tidak melarang membunuh anjing liar (Kalbul ‘Aqur).
iv. Dr Ismail Alwi berkata kajian sains mendapati benarlah
kata Rasulullah SAW supaya jangan menyentuh anjing, sebab air liur dan tahi anjing mengandungi kuman.
v. Doktor haiwan atau veterinar mengatakan sesiapa yang bekerja dalam suasana ada muntah dan najis anjing, ada kuman kecil yang boleh membawa kepada buta mata.
vi. Dr Ian Read selepas memeriksa sebanyak 60 ekor
anjing berkata seperempat daripada anjing itu ada telur kuman iaitu 180 telur pada setiap gram bulu. Seperempat ekor lagi ada 71 kuman pada setiap gram bulu. Telur-telur kuman itu hampir menetas.
vii. Kuman / ulat ini susah nak keluar. Panjangnya 1mm, boleh berpindah apabila tersentuh. Apabila masuk ke dalam badan manusia, kuman ini akan tinggal di belakang mata dan boleh menyebabkan mata buta.
viii. Kena bersihkan atau basuh tangan betul-betul selepas memegang anjing.
ix. Terdapat 10,000 kes jangkitan kuman dan virus anjing
setiap tahun khasnya kanak-kanak.
x. Dr Abd Hamid Mahmud berkata: Sains telah sahkan penyakit daripada kuman anjing keluar bersama najis
216
anjing. Anjing membersihkan duburnya dengan jilatan lidah. Bila kita terkena jilatan lidah anjing, kuman itu akan berpindah kepada manusia. Begitu juga apabila anjing menjilat sesuatu bekas dengan lidahnya, kuman akan berpindah kepada bekas tersebut.
xi. Boleh dikatakan badan anjing sama dengan mulut
anjing. Ini sesuai dengan pendapat Imam Nawawi yang mengatakan, tidak ada beza jilatan atau kencing, najis dan badan anjing – ianya kena dibersihkan dengan air sebanyak 7 kali dan sekali dengan Turab / tanah.
xii. Sekarang ini beberapa negara di Barat dan Eropah yang tidak lagi gemar membela anjing, kerana air liur anjing semacam racun, boleh membunuh.
xiii. Doktor-doktor berpendapat bahawa seluruh badan anjing ada kuman.
xv. Mohamad Munir Abduh mengatakan dalam perut anjing ada kuman sebesar 4mm. Kalau anjing berak, banyak kuman pada dubur anjing. Bila anjing menjilat duburnya, kuman akan melekat pada lidah. Bila anjing minum air, kuman akan melekat pada bekas air. Begitu juga, apabila anjing menjilat tubuhnya, seluruh tubuh anjing ada kuman. Jika manusia mencium anjing atau orang Islam mengikut cara orang Barat, kuman daripada anjing akan dapat masuk ke dalam perut manusia juga.
xvi. Kuman boleh menembusi dinding perut. Doktor-doktor tahu perkara ini kerana banyak kes berlaku di Barat dan Eropah. Sebab itu di Perancis dan Itali tidak banyak yang membela anjing sekarang ini.
xvii.Dalam Turab (tanah), ada dua unsur yang kuat boleh
membunuh kuman seperti yang disahkan oleh ahli sains moden iaitu Tetracycline dan Tetryllite yang dapat menyerap kuman dan menghapuskannya.
PENYAKIT ZOONOTIC YANG ADA PADA ANJING:
Ada setengah organism jangkitan seperti bakteria Salmonella dan Campylobacter dan jenis penyakit Protozoayang disebabkan
217
oleh Giardia boleh menyebabkan sakit perut Gastroenteritis. Leptospirosispada manusia boleh menyebabkan penyakit hati dan buah pinggang yang tenat, walaupun jangkitan daripada anjing kepada manusia jarang berlaku. Cacing bulat (roundworm) adalah parasit yang biasa ada dalam perut binatang peliharaan yang boleh berjangkit kepada manusia. Manusia boleh secara tidak sengaja tertelan telur cacing yang keluar melalui najis binatang dan wujud dalam persekitaran. Roundworm ini juga menjadi risiko kepada manusia. Menyentuh tanah yang tercemar atau najis anjing boleh menyebabkan ingestion dan jangkitan. Telur cacing ini biasanya berkumpul dalam tanah tempat anjing buang najis. Apabila berjangkit, cacing ini boleh menyebabkan sakit mata, paru-paru, jantung dan sistem saraf manusia. Penyakit yang biasanya dikaitkan dengan anjing yang boleh menyebabkan penyakit kepada manusia adalah:
- Campylobacteriosis. - Cacing pita anjing. - Hookworm. - Rabies (anjing gila). - Roundworm. - Brucellosis.
Anjing dan kucing menjadi mangsa kepada parasit yang menghuni tali perut iaitu cacing. Cacing yang biasanya ada ialah roundworms, hookworms, whipworms dan tapeworms. Yang biasanya boleh dilihat dengan mata kasar dalam najis anjing ialah roundworms dan tapeworms.
“Penyakit akibat bakteria yang boleh membunuh merebak di kalangan anjing-anjing di Northern New Jersey”.
Itu tajuk berita bertarikh 28 Mac 2017 dari Paramus, New Jersey Amerika Syarikat.
Pegawai dan kumpulan veterinar memberi amaran kepada pemilik anjing mengenai tanda-tanda penyakit dan mengambil langkahlangkah untuk pastikan binatang peliharaan mereka selamat. Turut dilaporkan sekurang-kurangnya 5 ekor anjing dikenalpasti dijangkiti bakteria leptospirosis yang boleh menyebabkan kematian dan berjangkit kepada manusia. Penyakit ini boleh berjangkit melalui air kencing binatang buas dan biasanya anjing akan dijangkiti di kawasan anak sungai, lopak air, kolam dan tempat-tempat yang banyak air bertakung. Air membantu bakteria ini hidup.
218
Jika tidak dirawat, penyakit ini akan membawa kepada kerosakan buah pinggang, meningitis, kegagalan hati dan maut. Tanda penyakit ini ialah termasuk hidung berdarah, muntah dan hilang selera makan.
MANUSIA PERLU MEMBASUH TANGAN SELEPAS MENYENTUH ANJING (Bagi orang Islam hendaklah melakukan sertu dengan membasuh 7 kali, 1 daripadanya air yang bercampur dengan tanah)
Anjing boleh menyebar beberapa penyakit tertentu kepada manusia. Apabila manusia mendapat jangkitan daripada anjing akibatnya kadang-kadang boleh membawa maut. Antaranya ialah:
i. Rabies atau penyakit anjing gila – Kuman anjing gila Issavirus boleh berjangkit daripada anjing kepada manusia melalui air liur. Jika anjing gila menggigit seseorang, ia akan menjangkiti dan berlaku infeksi. Apabila manusia dijangkiti kuman rabies, tanda awal ialah seperti demam selesema, sakit kepala, demam dan lemah badan. Setelah beberapa lama orang ini akan tidak dapat tidur, halusinasi dan gementar. Banyak juga yang mendapat penyakit gatal di tempat gigitan. Rabies bukan sahaja membawa maut kepada anjing, tetapi juga kepada manusia. Penyakit anjing gila ini telah ada sejak zaman purbakala lagi. Pada zaman itu orang yang dijangkiti anjing gila akan dibunuh atau membunuh diri. Di Iraq, pemilik anjing dikenakan hukuman berat jika anjingnya menggigit seseorang dan meninggal dunia. Dikatakan
setiap tahun, wabak anjing gila membunuh 50,000 hingga 60,000 orang, terutama di Afrika dan Asia.
Di Malaysia sejak bulan Julai yang lalu empat kematian disahkan positif penyakit anjing gila.
ii. Leptospirosis juga disebarkan oleh anjing kepada
manusia apabila manusia terdedah kepada air kencing anjing yang mempunyai penyakit tersebut.
iii. Salmonella – bakteria yang boleh dijangkiti dari anjing. Orang yang terkena jangkitan bakteria ini akan mengalami muntah, cirit birit, demam, kejang perut dan kehilangan air. Kurang dari satu peratus berlaku kematian kepada manusia yang dijangkiti kuman ini.
219
CAPNOCYTOPHAGA CANIMORSUS (NOT SHOWN)
C. canimorsus ada dalam air liur anjing dan kucing. Dalam satu kajian ianya ada di 74 persen anjing dan 57 persen kucing. Kalau manusia dijangkiti kuman ini ia boleh mengancam nyawa, walau pun jarang berlaku. Kuman ini tersebar melalui gigitan dan cakaran. Ada juga orang dapat jangkitan kerana tinggal bersama binatang peliharaannya. Tandatanda penyakit ialah keracunan darah, terperanjat, pernafasan dan meningitis.
CAMPYLOBACTER JEJUNI
Campylobacter jejuni adalah penyebab kepada keracunan makanan. Kuman ini ada dalam najis anjing dan kucing yang boleh menjangkiti manusia.
BRUCELLA CANIS
Bakteria ini jika menjangkiti manusia boleh menyebabkan demam, lemah badan dan kehilangan berat selain daripada bengkak hati, spleen dan limph nodes (kelenjar).
LEPTOSPIRA INTERROGANS
Bakteria ini juga ada dalam air kencing anjing dan memasuki badan manusia melalui kulit ke dalam darah. Dari situ kuman ini boleh menyebabkan demam, muntah dan cirit birit. Jika tidak dirawat jangkitan boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang, meningitis, kerosakan hati dan maut.
220
KESIMPULAN: PANDANGAN DAN PENDAPAT PENULIS
i. Adalah haram hukumnya memelihara anjing di dalam rumah berdasarkan hadis yang mafhumnya Malaikat Jibril enggan memasuki rumah Nabi Muhammad SAW pada masa yang dijanjikan semata-mata kerana ada seekor anjing di dalam rumah tersebut dan Rasulullah SAW enggan menerima jemputan seorang sahabat kerana di rumah sahabat itu ada anjing, sedangkan Baginda SAW pergi ke rumah seorang sahabat yang ada memelihara kucing.
ii. Boleh memelihara anjing, tetapi makruh hukumnya jika bertujuan untuk menjaga keselamatan diri, harta dan nyawa daripada binatang buas dan lain-lain, misalnya bagi rumah yang terletak jauh di pedalaman.
iii. Harus memelihara anjing bagi tujuan untuk berburu (anjing terlatih-muallam), menjaga ternakan dan tanaman (ladang).
iv. Nabi Muhammad SAW tidak melarang membunuh anjing liar atau anjing gila (Kalbul ‘Aqur).
v. Mudarat yang dibawa oleh anjing lebih besar daripada faedah seperti yang dikupas di atas.
vi. Islam melarang memelihara anjing sebagai binatang peliharaan (pet).
vii. ALLAH SWT dan RasulNya lebih mengetahui. Itu sebab Nabi Muhammad SAW sejak 1400 tahun lalu melarang menyentuh anjing, pasti ada hikmah di sebaliknya.
viii. Sains telah membuktikan bahaya kuman yang ada pada anjing yang boleh berjangkit kepada manusia melalui sentuhan badan, air liur, jilatan anjing dan sebagainya.
ix. Ulama seperti Imam Syafie dan Imam Hanbali juga dapat menelah bahaya penyakit yang dibawa anjing dengan memberi pandangan bahawa anjing itu najis berat (najis Mughallazah).
221
RUJUKAN
1) Al-Fiqh Al-Islami Wa’adillatuh dan Mausu’ah Al-Fiqh Al-Islami Walqadaya Al-Mu’asirah – Dr. Wahbah Al-Zuhayly.
2) Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab – Imam An-Nawawi.
3) Al-Bayan Fi Mazhab Al-Imam As-Syafie – Abil Husain Yahya.
4) Bidayatul Mujtahid Wanihayatul Muqtasid.
5) Nihayah Al-Matlab Fi Dirayatil Mazhab – Li Imamil Haramain.
6) Mausu’ah Al-Mu’jam Al-Mufaharas Lilalfaz Al-Hadis An-Nabawi As-Syarif.
7) Al-Fiqh ‘Ala Al-Mazahib al-Arba’ah – Abdul Rahman Al-Jaziri dan Mu’jam Sahih Muslim.
8) Media Sosial dan Media Cetak / Elektronik.
222