3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 212
HUKUM MEMELIHARA ANJING, APAKAH HARAM, MAKRUH ATAU HARUS DAN PANDANGAN DARIPADA EMPAT MAZHAB YANG MUKTABAR SERTA PANDANGAN DARI SUDUT SAINS KESIHATAN Oleh Datuk Mohamad Din bin Yusoh
• • •
• •
Malaikat tidak memasuki rumah yang ada anjing di dalamnya……Hadis Rasulullah SAW tidak hadir ke rumah sahabat yang ada pelihara anjing…..Hadis Menjadikan anjing bukan untuk tujuan memburu dan menjaga ternakan atau tanaman, amalannya dikurangkan setiap hari sebanyak satu qirat (sebesar bukit Uhud) atau hadis lain sebanyak dua qirat……Hadis Rasulullah SAW tidak melarang membunuh anjing liar (Kalbul ‘aqur)…..Hadis Anjing gila sudah kedapatan di zaman purbakala.
Akhir-akhir ini banyak diperkatakan mengenai hukum menyentuh dan memelihara anjing di kalangan masyarakat kita. Kita lihat ada orang Islam tanpa segan silu menyentuh dan memeluk anjing. Ada yang memelihara anjing bukan untuk menjaga tanaman atau berburu tetapi sebagai satu hobi seolah-olah anjing itu satu binatang peliharaan seperti kucing, arnab dan burung. Fenomena ini menjadi tanda tanya kepada orang ramai apabila menjadi tular di media sosial, kerana selama ini kita menganggap anjing itu najis dan tidak boleh disentuh, apa lagi memeluk atau menciumnya atau memeliharanya di dalam rumah. Ada beberapa orang ustaz atau ulama cuba membincangkan perkara ini dan menyebarkan di media sosial. Pandangan masingmasing yang berbeza disampaikan oleh ustaz-ustaz tanpa berlandaskan nas-nas yang mencukupi dan kukuh menambahkan lagi kekeliruan kepada orang ramai. Pendapat mereka juga dibuat tanpa mengaitkannya dari sudut sains dan kesihatan yang mana kuman dan virus anjing boleh membawa maut kepada manusia. Di sini saya akan cuba mengulas mengenai hukum Islam berkaitan anjing, berdasarkan nas-nas dan pandangan ulama serta pakar dan ahli sains moden berhubung dengan masalah ini.
212