3 minute read

Kelemahan Penguatkuasaan Undang-Undang Punca Ramai Terpengaruh Ajaran Syiah

merangkumi cara hidup orang Islam dan bukan sahaja hal ibadah. Kerangka Perlembagaan Persekutuan juga menetapkan taburan kuasa perundangan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dengan kuasa hal-ehwal agama Islam termaktub di bawah kuasa Kerajaan Negeri. Oleh itu bagi menentukan apakah yang dimaksudkan dengan Islam itu, kita perlu merujuk kepada perundangan negeri yang ada sama ada melalui Undang-undang Tubuh Negeri, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri dan keputusan Majlis Fatwa Negeri yang mana kesemuanya memutuskan Islam yang wajib dianuti adalah Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah dan bermazhab Syafie dari sudut fiqhnya dan tidak ajaran “Islam” yang lain.

186. Walaupun Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan agama dan membenarkan ajaran agama lain boleh dianuti oleh bukan Islam tetapi ia terhad kepada mereka sahaja tanpa dibolehkan untuk menyebarnya kepada orang Islam. Hanya orang Islam sahaja dibenarkan untuk menyebar agama Islam. Di sini kebebasan agama adalah kebebasan antara agama dan bukan kebebasan intra agama. Syiah adalah anutan yang difatwakan haram dan bertentangan dengan agama Islam. Perkara intra agama Islam itu sendiri dan autoriti agama Islamlah yang berhak mengawalnya. Oleh itu ia tidaklah termasuk kepada kebebasan beragama kerana pihak berwajib telah pun menetapkan pegangan yang betul di sisi Islam. Adalah ironi jika mengaku Islam tetapi tidak mahu dipantau oleh autoriti agama. Jika hendak kata Syiah adalah agama selain Islam, terdapat terlalu banyak amalan mereka yang sama seperti orang Islam seperti berpuasa, menunaikan Haji, sembahyang menghadap Qiblat (Masjidil Haram Mekah) dan lain-lain. Malah perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan jelas telah memberi kuasa kepada negeri-negeri untuk membuat undang-undang mengawal dan menyekat penyebaran agama lain selain Islam dan doktrin yang bertentangan dengan Islam. Persoalannya di sini dari segi amalan dan ibadahnya, SYIAH jelas bertentangan dengan Islam.

Advertisement

KELEMAHAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG PUNCA RAMAI TERPENGARUH AJARAN SYIAH

187. Meskipun aliran ajaran sesat Syiah telah diwartakan sebagai haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, namun kelemahan penguatkuasaan menyebabkan semakin ramai yang

121

terikut-ikut dengan ajaran Syiah itu. Pihak Kerajaan sepatutnya boleh mengambil tindakan yang sama seperti yang telah dilakukan ke atas gerakan al-Arqam sebelum ini. Pada Penulis, antara punca mengapa Syiah tidak disekat dengan serius adalah kerana tiada desakan yang kuat daripada rakyat kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan. ‘Kalau semua orang jelas dan faham, insya-ALLAHrakyat boleh mengerakkan sesuatu memaksa pihak atasan membuat keputusan.’ Persoalannya juga, ada di antara pengikut yang taasub dengan ajaran syiah ini tidak jelas, kurang faham dan hanya mengikut ajaran syiah ini secara “membabi-buta” saja. Kalau dalam perkara-perkara lain, kita boleh buat demonstrasi dan sebagainya, maka perkara ini pun boleh dibuat demonstrasi contohnya bagi memberi satu kejutan dan tekanan kepada pihak atasan untuk membuat dan mengambil satu keputusan dan tindakan yang tegas. Seperti yang penulis terangkan dalam tajuk awal bahagian ini, Syiah bukan merupakan sebahagian daripada mazhab Islam, bahkan ia menyamai seperti satu agama baru yang tiada kaitan langsung dengan agama Islam. ‘Kalau kita hendak katakan mereka sebagai salah satu daripada mazhab Islam kenapa agama mereka tidak bersandarkan kepada kitab-kitab yang menjadi rujukan Ahli Sunnah Wal Jamaah?’.

Rasulullah SAW dalam hadisnya bersabda maksudnya :

“Dan akan berpecah umatku kepada 73 golongan kumpulan. Semuanya akan dimasukkan ke dalam neraka melainkan satu kumpulan saja. Sahabat bertanya : Wahai Rasulullah SAW, siapakah mereka ? Nabi SAW menjawab : Apa yang aku berada di atasnya dan juga sahabat sahabatku” [Riwayat Al-Tarmizi (2641)]

Juga dalam sepotong hadis Rasulullah SAW bersabda maksudnya :

“Ketahuilah sesungguhnya golongan ahli kitab sebelum daripada kamu berpecah kepada 72 atau 73 golongan. Dan golongan ini (Islam) akan berpecah kepada 73 golongan dan 72 golongan akan ke neraka dan hanya satu golongan akan ke syurga iaitu Al-Jamaah”.

[Riwayat Abu Daud (4597)]

122

This article is from: