2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 121
merangkumi cara hidup orang Islam dan bukan sahaja hal ibadah. Kerangka Perlembagaan Persekutuan juga menetapkan taburan kuasa perundangan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dengan kuasa hal-ehwal agama Islam termaktub di bawah kuasa Kerajaan Negeri. Oleh itu bagi menentukan apakah yang dimaksudkan dengan Islam itu, kita perlu merujuk kepada perundangan negeri yang ada sama ada melalui Undang-undang Tubuh Negeri, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri dan keputusan Majlis Fatwa Negeri yang mana kesemuanya memutuskan Islam yang wajib dianuti adalah Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah dan bermazhab Syafie dari sudut fiqhnya dan tidak ajaran “Islam” yang lain. 186. Walaupun Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan agama dan membenarkan ajaran agama lain boleh dianuti oleh bukan Islam tetapi ia terhad kepada mereka sahaja tanpa dibolehkan untuk menyebarnya kepada orang Islam. Hanya orang Islam sahaja dibenarkan untuk menyebar agama Islam. Di sini kebebasan agama adalah kebebasan antara agama dan bukan kebebasan intra agama. Syiah adalah anutan yang difatwakan haram dan bertentangan dengan agama Islam. Perkara intra agama Islam itu sendiri dan autoriti agama Islamlah yang berhak mengawalnya. Oleh itu ia tidaklah termasuk kepada kebebasan beragama kerana pihak berwajib telah pun menetapkan pegangan yang betul di sisi Islam. Adalah ironi jika mengaku Islam tetapi tidak mahu dipantau oleh autoriti agama. Jika hendak kata Syiah adalah agama selain Islam, terdapat terlalu banyak amalan mereka yang sama seperti orang Islam seperti berpuasa, menunaikan Haji, sembahyang menghadap Qiblat (Masjidil Haram Mekah) dan lain-lain. Malah perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan jelas telah memberi kuasa kepada negeri-negeri untuk membuat undang-undang mengawal dan menyekat penyebaran agama lain selain Islam dan doktrin yang bertentangan dengan Islam. Persoalannya di sini dari segi amalan dan ibadahnya, SYIAH jelas bertentangan dengan Islam. KELEMAHAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG PUNCA RAMAI TERPENGARUH AJARAN SYIAH 187. Meskipun aliran ajaran sesat Syiah telah diwartakan sebagai haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, namun kelemahan penguatkuasaan menyebabkan semakin ramai yang 121