6 minute read
Kisah Nabi Sulaiman AS Dan Doa Semut
dihancurkan kerana bukan sahaja enggan menerima dakwah, tetapi membaling batu dan menyakiti Baginda SAW. Sebaliknya, Baginda SAW mendoakan agar penduduk Taif diberi hidayah dan petunjuk. Doa, jika ditujukan untuk menurunkan bencana dan malapetaka; ia tidak menjadi syirik, tetapi ia adalah haram. Daripada Ummi Salamah RA berkata Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jangan memohon doa bencana ke atas diri kamu kecuali hanya kebaikan, justeru para malaikat mengaminkan apa saja yang kamu minta”. (Riwayat Muslim)
KISAH NABI SULAIMAN AS DAN DOA SEMUT
Advertisement
Kisah Nabi Sulaiman AS dan doa semut merupakan kisah yang benar dan dirakam oleh ALLAH SWT di dalam al-Quran dalam surah al-Naml ayat 18 dengan firman-Nya yang bermaksud: “(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”. Pada peristiwa tersebut ALLAH SWT menceritakan bahawa Nabi Sulaiman AS sedang membawa bala tenteranya yang terdiri daripada jin, manusia dan burung untuk berjalan bersama. Hinggalah sampai ke satu lembah tempat tinggalnya sekumpulan semut. Pada ketika itu, ratu semut memberikan perintah dan peringatan kepada rakyatnya agar berlindung daripada Nabi Sulaiman AS dan juga bala tenteranya kerana mereka tidak mengetahui bahawa kawasan yang mereka hendak jalan itu mempunyai haiwan lain seperti semut. Arahan ratu semut sebenarnya didengari oleh Nabi Sulaiman AS lalu Nabi Sulaiman AS pun tersenyum kerana kebijaksanaan yang terdapat pada semut tersebut sehingga menyebabkan Baginda SAW menyusun strategi agar tentera-tenteranya tidak memijak kawasan yang diduduki oleh semut- semut tersebut. Disebabkan mereka yang kecil dan susah untuk dilihat, maka ratu semut membuat keputusan bijak bagi berlindung terlebih dahulu. Serangga sekerdil semut berdoa kepada ALLAH SWT agar diselamatkan daripada bencana besar dipijak oleh tentera-tentera Nabi Sulaiman AS dan ALLAH SWT mendengar permintaan mereka, apatah lagi kalau yang berdoa dan bermunajat itu adalah manusia pasti ALLAH SWT lebih mengetahuinya. Firman ALLAH SWT dalam surah Qaf ayat 16 maksudnya: “Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih
150
dekat kepadanya daripada urat lehernya”. Dalam surah al-An’am ayat 59 firman ALLAH SWT maksudnya: “…dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Loh mahfuz) yang terang nyata”. Benar, ALLAH SWT Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang menerima segala permintaan makhluk ciptaanNya daripada sekecil binatang apa lagi permintaan hamba-hambaNya untuk kebaikan atau di sebaliknya. Dalam konteks malapetaka dan musibah yang menimpa negerinegeri tertentu baru-baru ini mungkin juga merupakan kifarah ALLAH SWT atau pun doa yang diminta oleh orang tertentu tersebut dimakbulkan oleh ALLAH SWT kerana lambat atau cepat permintaan itu ALLAH SWT tidak lupa atau manusia sahaja yang lupa perkara itu. Ibarat lanun yang tidak waras pemikiran untuk membunuh orangorang tawanan yang ada dalam bot besar di tengah lautan bagi mendapatkan harta dan bot itu dibocorkan, sedar tidak sedar lanun itu sekali akan terbunuh dan bot itu sekali akan tenggelam. Doa yang dipinta telah memakan diri sebab musibah berlaku ke atas saudara kita, tidak memilih jiran, kaya, miskin, ulama, apa bangsa, siapa saja, bukan kita sahaja yang terkecuali, sebab kita yang memohon. Bala tidak kenal sesiapa apabila diturunkan. “Al-Bala’ Ya’ummu warahmah takhussu” ( ) Bermaksud “Bahawasanya bala itu umum untuk semua manusia sama ada untuk orang yang beriman dan yang berbuat dosa, manakala Rahmat ALLAH SWT itu adalah khusus untuk orang yang beriman sahaja”. Justeru itu, Islam melarang keras perbuatan meminta bala termasuk mendoakan keburukan kepada diri sendiri, anak-anak, pekerja dan mana-mana pihak daripada kalangan orang beriman. Meskipun perbuatan mereka pada zahirnya nampak zalim kerana perbuatan tersebut adalah terburu-terburu yang merupakan sikap sebenar syaitan. Firman ALLAH SWT dalam surah al-Isra’ ayat 11 bermaksud: “Dan manusia berdoa dengan (memohon supaya ia ditimpa) kejahatan sebagaimana ia berdoa dengan memohon kebaikan, dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru”. Sabda Nabi SAW dari Jarir bin Abdillah RA maksudnya: “Jangan mendoakan bencana atas dirimu sendiri, anak-anakmu ataupun harta-hartamu. Jangan-jangan hal itu bertepatan dengan saat pengabulan doa oleh ALLAH SWT maka bencana tersebut pasti berlaku” (Riwayat Muslim dan Abu Daud).
151
Menurut Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumiddin dalam bab kegelinciran lidah ( ) mendoakan atau
mengharapkan kebinasaan dan keburukan atas diri orang lain, adalah perbuatan tercela dalam syariat Islam sebagaimana keterangannya pada berikut ini: “Dekat dengan laknat ALLAH SWT adalah mendoakan keburukan untuk orang, termasuk mendoakan orang yang berbuat zalim, seperti perkataan “Semoga ALLAH SWT tidak memberikan dirinya kesihatan”, “Semoga ALLAH SWT tidak memberikan keselamatan untuknya” atau doa keburukan yang seumpamanya, kerana semua itu adalah perbuatan tercela. Orang Islam hendaklah mendoakan agar diberi perlindungan jika dizalimi, mendoakan agar diberi hidayat jika lalai dan cuai terhadap tanggungjawab agama, mendoakan kesihatan jika ditimpa sakit, mendoakan keselamatan jika terancam, mendoakan kesabaran apabila ditimpa musibah. Tidak boleh ada perasaan buruk sangka antara sesama Islam, bahkan menggunakan panggilan gelaran pun dilarang kecuali ada keperluan. Sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Tidak masuk syurga mereka yang memutuskan silaturrahim”. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Nabi Muhammad SAW pernah bersabda maksudnya: “Apabila umatku melakukan 15 perkara, maka ALLAH SWT akan timpakan bala; antaranya ialah apabila riba berleluasa, maksiat bermaharajalela, rasuah, kezaliman dan pembunuhan merata, amal makruf nahi mungkar ditinggalkan, orang tua tidak dihormati orang muda, harta berlegar di kalangan orang kaya, anak menderhaka, artis pelakon dan pemain muzik menjadi idola dan sanjungan”. (Riwayat al-Tirmizi dengan menghukumkan
hadis ini sebagai Gharib)
Islam mengumpamakan hubungan orang Islam di antara satu sama lain ibarat sebuah bangunan yang kukuh, cantik kerana saling kukuh mengukuhi, sempurna menyempurna antara satu sama lain. Semua komponen yang digunakan untuk membuat bangunan itu berbeza, tiangnya, batu batanya, simennya, kayunya, bumbungnya bahkan catnya. Justeru perbezaan di antara seorang dengan seorang sepatutnya menjana satu kekuatan bukan kelemahan. Kalau semua pihak hendak mengukuhkan Islam, sepatutnya Islam bertambah kuat, tetapi realitinya tidak menjadi cantik dan kuat seperti terbinanya sesuatu bangunan. Berdasarkan pancaindera rohani, kejadian banjir luar biasa yang berlaku ini, antaranya adalah kerana peringatan-peringatan ALLAH SWT selama ini tidak banyak
152
mengajar untuk manusia memahami erti nikmat yang perlu disyukuri. Sebaliknya nikmat kurniaan ALLAH SWT yang banyak telah menyebabkan manusia menjadi lalai dan mementingkan diri demi mengejar kemewahan kebendaan. ALLAH SWT yang bersifat Maha Agung seolah-olah menjadi kecil sehingga dipinggirkan. Yang diagung-agungkan ialah kedudukan diri sendiri dan kehendak hawa nafsu. Tidak hairanlah jika ini telah mengundang musibah dan bala. Bermula daripada pencerobohan sempadan di Sabah, kehilangan kapal terbang, kemalangan kapal terbang hinggalah kejadian banjir luar biasa yang berlaku, menyebabkan kita merasa dikejutkan. 1) Insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah – - 1 Mac 2013 – 2 anggota Polis terbunuh ditembak pengganas. - 3 Mac 2013 – 6 anggota Polis terbunuh ditembak pengganas. 2) Penerbangan MAS - MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal - Hilang dari radar kawalan udara pada 8 Mac 2014. Hingga kini tidak dijumpai. 3) Penerbangan MAS - MH17 (Kod Sharing dengan KLM 4103) dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai 2014. Semua 283 penumpang dan 15 anak kapal terbunuh. 4) Kapal terbang Air Asia QZ 8501 dari Surabaya ke Singapura terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember 2014. Ke semua 162 penumpang dan anak kapal terbunuh. Banyak kesilapan yang kita lakukan hingga ALLAH SWT menurunkan bala atau musibahnya. Sesungguhnya ALLAH SWT tidak zalim, tetapi manusia sendiri yang menzalimi dirinya. Di samping ALLAH SWT hendak menunjukkan kekuasaannya, ALLAH SWT yang bersifat Maha Pengasih, Penyayang dan Pengampun juga mahu menegur dan mengingatkan manusia agar kembali kepada jalan yang benar. ALLAH SWT sesekali tidak akan terjejas kuasa mutlaknya, sama ada manusia patuh atau ingkar. Bagaimanapun sesiapa yang beriman akan bertambah takwanya, sementara yang kufur akan semakin bertambah kekufurannya. Hanya mereka yang sedar sahaja tahu menilainya.
153