3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 150
dihancurkan kerana bukan sahaja enggan menerima dakwah, tetapi membaling batu dan menyakiti Baginda SAW. Sebaliknya, Baginda SAW mendoakan agar penduduk Taif diberi hidayah dan petunjuk. Doa, jika ditujukan untuk menurunkan bencana dan malapetaka; ia tidak menjadi syirik, tetapi ia adalah haram. Daripada Ummi Salamah RA berkata Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jangan memohon doa bencana ke atas diri kamu kecuali hanya kebaikan, justeru para malaikat mengaminkan apa saja yang kamu minta”. (Riwayat Muslim) KISAH NABI SULAIMAN AS DAN DOA SEMUT Kisah Nabi Sulaiman AS dan doa semut merupakan kisah yang benar dan dirakam oleh ALLAH SWT di dalam al-Quran dalam surah al-Naml ayat 18 dengan firman-Nya yang bermaksud: “(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”. Pada peristiwa tersebut ALLAH SWT menceritakan bahawa Nabi Sulaiman AS sedang membawa bala tenteranya yang terdiri daripada jin, manusia dan burung untuk berjalan bersama. Hinggalah sampai ke satu lembah tempat tinggalnya sekumpulan semut. Pada ketika itu, ratu semut memberikan perintah dan peringatan kepada rakyatnya agar berlindung daripada Nabi Sulaiman AS dan juga bala tenteranya kerana mereka tidak mengetahui bahawa kawasan yang mereka hendak jalan itu mempunyai haiwan lain seperti semut. Arahan ratu semut sebenarnya didengari oleh Nabi Sulaiman AS lalu Nabi Sulaiman AS pun tersenyum kerana kebijaksanaan yang terdapat pada semut tersebut sehingga menyebabkan Baginda SAW menyusun strategi agar tentera-tenteranya tidak memijak kawasan yang diduduki oleh semut- semut tersebut. Disebabkan mereka yang kecil dan susah untuk dilihat, maka ratu semut membuat keputusan bijak bagi berlindung terlebih dahulu. Serangga sekerdil semut berdoa kepada ALLAH SWT agar diselamatkan daripada bencana besar dipijak oleh tentera-tentera Nabi Sulaiman AS dan ALLAH SWT mendengar permintaan mereka, apatah lagi kalau yang berdoa dan bermunajat itu adalah manusia pasti ALLAH SWT lebih mengetahuinya. Firman ALLAH SWT dalam surah Qaf ayat 16 maksudnya: “Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih 150