2 minute read

Gurindam Gelaran Datuk Seri, Datuk-Datuk Di Negara Tercintaku Ini

GURINDAM GELARAN DATUK SERI, DATUK-DATUK DI NEGARA TERCINTAKU INI Oleh Datuk Mohamad Din bin Yusoh

ISU pengurniaan pingat kebesaran kepada wakil-wakil rakyat kerajaan baharu minggu lalu menjadi buah mulut. Terbaru dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 18 Oktober 2018 menyiarkan berita di muka hadapan dengan gambar Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad bertajuk ‘Jangan terkejar-kejar dengan gelaran Datuk’. Pendirian beliau ialah – tiada pemimpin politik yang akan disenaraikan sebagai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2019. Ujar beliau, “Saya mahu berikan kepada NGO, pendidik, mereka yang telah harumkan nama negara”. Beliau mahu memastikan penganugerahan itu ditawarkan kepada golongan yang lebih layak. Ada yang secara sinis mengatakan “belum hilang dakwat di jari dah dapat Datuk Seri? Mana jasa mereka, mana sumbangan mereka, mana pengorbanan mereka?” Kedaulatan Raja-Raja Melayu kita kena jaga. Maruah dan kedudukan mereka wajib dijaga oleh kita semua, iaitu orang Melayu. Penganugerahan pingat kebesaran bukan perkara enteng dan remeh. Ia satu simbol penghormatan dan pemberiannya harus mempunyai tatatertibnya, dan bukan secara semberono. Saya juga tidak pasti apa niat penerima pingat Datuk atau Datuk Seri dengan gahnya meletak lambang pingat itu di depan dan belakang kereta? Sehingga dikatakan ada juga mereka yang tidak mendapat gelaran Datuk pun sanggup meletakkan lambang Datuk di kereta mereka. Apa tujuannya? Sudah pasti ia bukan satu peraturan yang wajib, tapi lebih kepada menunjuk-nunjuk. Saya bimbang niat itu akan bertukar menjadi riak dan sombong pula. Adakah niat mereka mahu orang tahu mereka itu Datuk atau Datuk Seri? Bagi orang Islam sifat riak itu amat dimurkai oleh ALLAH SWT. Sebenarnya isu penganugerahan pingat ini sudah dibahaskan cukup lama. Ia bukan boleh diberi-beri begitu saja. Penerimapenerima pingat kebesaran sepatutnya telah terbukti mereka amat berjasa kepada masyarakat dan negara. Apa layaknya diberi kepada pemuda berusia 26 tahun, yang jasanya hanya menjadi tauke bedak sejuk atau pengusaha maajun

Advertisement

186

ubat kuat. Timbul pula tanda-tanya mengapa mudah sangat mereka menerima? Kalau itu kriterianya maka gelaran Datuk juga boleh diberi kepada penggali kubur. Kalau tidak bau busuk mengharum seluruh negara atau kepada petani dan nelayan yang sudah terbukti membanting tulang empat kerat memberi hasil makanan kepada rakyat jelata? Apa salahnya dikalungkan kepada mereka juga? Saya pasti pingat kebesaran yang dikeluarkan oleh Ratu Elizabeth seperti ‘Sir’ misalnya, juga tidak sebanyak kita. Saya sebaliknya memuji Kesultanan Johor yang cukup “berkira” dalam memberi pingat-pingatnya. Hanya yang betul-betul layak dan perlu sahaja akan diberi. Benarkah dari tahun 1785 sehingga sekarang cuma 700 sahaja pingat Dato’ dianugerahkan oleh Kesultanan Johor? Berbanding dengan negeri-negeri tertentu, jika disusun penerima pingat dengan keretanya sekali di sepanjang lebuh raya Utara Selatan dari tambak Johor mungkin akan terbabas melangkaui sempadan ke Bangkok. Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah mengenai pingat ini. Ada pemimpin yang lebih suka dipanggil Encik sahaja, seperti Allahyarham Ghafar Baba, yang selepas kematiannya baru dianugerahkan pingat Tun. Para ustaz, YA Hakim, SS Mufti-mufti, Pegawai Daerah hilang gelaran profesional mereka setelah dikalungkan Datuk. Sehingga nama sendiri pun hilang dek dipanggil Datuk. Itu tak diambil kira lagi sang isteri yang kini bergelar Datin berhias. Bukan boleh bawa mati pun kalau tak dapat gelaran Datuk, kerana malaikat Munkar dan Nakir ketika menyoal dalam kubur, akan menyeru nama pemberian ibu dan bapa mereka sahaja, bukannya gelaran Datuk, Datuk Seri, Tan Sri mahupun Tun!..... Cukup unik Malaysia ini. Selain Menara Berkembar yang gagah berdiri; kepelbagaian bangsa dan agama, keunikan lain negara tercintaku ini ialah penerima Datuk teramai di dunia. Baling batu silap-silap boleh hinggap di kepala Datuk!

187

This article is from: