3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 186
GURINDAM GELARAN DATUK SERI, DATUK-DATUK DI NEGARA TERCINTAKU INI Oleh Datuk Mohamad Din bin Yusoh
ISU pengurniaan pingat kebesaran kepada wakil-wakil rakyat kerajaan baharu minggu lalu menjadi buah mulut. Terbaru dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 18 Oktober 2018 menyiarkan berita di muka hadapan dengan gambar Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad bertajuk ‘Jangan terkejar-kejar dengan gelaran Datuk’. Pendirian beliau ialah – tiada pemimpin politik yang akan disenaraikan sebagai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2019. Ujar beliau, “Saya mahu berikan kepada NGO, pendidik, mereka yang telah harumkan nama negara”. Beliau mahu memastikan penganugerahan itu ditawarkan kepada golongan yang lebih layak. Ada yang secara sinis mengatakan “belum hilang dakwat di jari dah dapat Datuk Seri? Mana jasa mereka, mana sumbangan mereka, mana pengorbanan mereka?” Kedaulatan Raja-Raja Melayu kita kena jaga. Maruah dan kedudukan mereka wajib dijaga oleh kita semua, iaitu orang Melayu. Penganugerahan pingat kebesaran bukan perkara enteng dan remeh. Ia satu simbol penghormatan dan pemberiannya harus mempunyai tatatertibnya, dan bukan secara semberono. Saya juga tidak pasti apa niat penerima pingat Datuk atau Datuk Seri dengan gahnya meletak lambang pingat itu di depan dan belakang kereta? Sehingga dikatakan ada juga mereka yang tidak mendapat gelaran Datuk pun sanggup meletakkan lambang Datuk di kereta mereka. Apa tujuannya? Sudah pasti ia bukan satu peraturan yang wajib, tapi lebih kepada menunjuk-nunjuk. Saya bimbang niat itu akan bertukar menjadi riak dan sombong pula. Adakah niat mereka mahu orang tahu mereka itu Datuk atau Datuk Seri? Bagi orang Islam sifat riak itu amat dimurkai oleh ALLAH SWT. Sebenarnya isu penganugerahan pingat ini sudah dibahaskan cukup lama. Ia bukan boleh diberi-beri begitu saja. Penerimapenerima pingat kebesaran sepatutnya telah terbukti mereka amat berjasa kepada masyarakat dan negara. Apa layaknya diberi kepada pemuda berusia 26 tahun, yang jasanya hanya menjadi tauke bedak sejuk atau pengusaha maajun 186