3 minute read
Kenapa Perlu Takut Neraka?
daripada tubuh para penghuni neraka lainnya), Hamim (minuman panas yang masuk ke dalam mulut dan perut hingga membuat isi di dalam perut menjadi hancur terburai), Ghassaq (minuman sejuk yang terhasil daripada nanah yang kental dan berbau sangat menyengat). Lantas perkara-perkara ini melahirkan rasa gerun dan menginsafkan diri agar sentiasa takut kepada ALLAH SWT.
KENAPA PERLU TAKUT NERAKA?
Advertisement
115. Di antara ciri-ciri orang beriman yang disentuh di dalam
al-Quran firman ALLAH SWT dalam surah al-Furqan ayat
63-66 maksudnya: “Dan hamba-hamba Ar-Rahman (Tuhan yang maha pemurah itu) ialah mereka yang berjalan di muka bumi dengan sopan santun dan rendah hati. Dan apabila orang-orang yang biadab lagi jahil, hadapkan kata kata kesat kepada mereka, mereka menjawab dengan kata kata yang baik. [63] Dan mereka (yang diredai ALLAH SWT itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan bersujud dan berdiri. [64] Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan. [65] Sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat penetapan dan kediaman. [66]”
116. Di dalam ayat ini jelas orang yang beriman sentiasa memohon daripada ALLAH SWT agar sentiasa terhindar daripada azab api neraka dan ianya merupakan amalan Nabi SAW di mana baginda sentiasa membacakan doa ini
Maksudnya: “Ya ALLAH sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari panasnya api neraka” (Hadis Riwayat al-Nasaie). Kalau Nabi seorang yang maksum terpelihara daripada sebarang dosa sentiasa membacakan doa ini bagaimana pula kita insan biasa yang terdedah kepada dosa setiap ketika? sudah pasti perlu bertambah-tambah rasa takut dan bimbang. Perkara inilah yang dilakukan oleh para sahabat terdahulu kerana menginsafi amalan yang mereka lakukan seperti mana yang diriwayat bahawa Saidina Umar bin al-Khattab RA pernah berkata yang bermaksud : “Seandainya ada suara yang memanggil dari langit wahai sekalian manusia
73
kamu semua sila masuk ke syurga kecuali hanya seorang, pasti aku sangat bimbang orang yang dimaksudkan itu adalah diriku”. Walhal Saidina Umar RA sendiri dijamin oleh Nabi sebagai penghuni syurga. Bagaimana pula jika seseorang itu tidak mengendahkan dan mengambil peringatan akan seksa neraka ini malahan menganggapnya sebagai hal yang tak perlu ditakutkan? Ada juga yang bersikap sinis...... masuk neraka cuma sebentar, kan kita orang Muslim pasti lambat launnya ke syurga juga kan? ALLAH SWT menempelak golongan ini
dengan sekeras-kerasnya dalam surah al-Baqarah, ayat 80
maksudnya: “Dan mereka berkata: “Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Adakah kamu sudah mendapat janji dari ALLAH SWT supaya (dengan itu) ALLAH SWT tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama ALLAH SWT sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?”
117. Oleh itu, orang yang beriman dan takutkan azab neraka ALLAH SWT hendaklah sentiasa mengimbangi antara mengharapkan ganjaran syurga dan terhindar daripada api neraka serta melaksanakan perintah ALLAH SWT dengan tulus ikhlas. Ini kerana menurut Wuhaib bin al-Ward yang bermaksud: “Janganlah kamu menjadi seperti seorang buruh yang memberikan jawapan kepada majikannya aku hanya akan melakukan pekerjaan tersebut sekiranya ganjaran lumayan”.
118. Menurut Ibnu Rajab al-Hanbali perasaan takut kepada seksaan neraka tidak bermaksud takut kepada azab itu sendiri, akan tetapi azab tersebut hanyalah pembakar semangat, ibarat rotan bagi orang yang malas bekerja. Lantas mereka berusaha keras menyiapkan tugasan yang diberi dan mendapat ganjaran seperti yang dijanjikan. Justeru, neraka bagi orang beriman perlu dilihat sebagai satu rahmat supaya mereka bermotivasi menjauhi segala larangan ALLAH SWT dan sentiasa merasa takut untuk melanggari larangan tersebut.
119. ALLAH SWT menjadikan api di atas dunia untuk dimanfaatkan dalam semua urusan manusia namun, dalam masa yang sama api itu juga boleh dijadikan pengajaran seperti mana firman ALLAH SWT dalam surah al-Waqi’ah, ayat 73 maksudnya: “Kami jadikan api (yang tercetus dari
74