2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 73
daripada tubuh para penghuni neraka lainnya), Hamim (minuman panas yang masuk ke dalam mulut dan perut hingga membuat isi di dalam perut menjadi hancur terburai), Ghassaq (minuman sejuk yang terhasil daripada nanah yang kental dan berbau sangat menyengat). Lantas perkara-perkara ini melahirkan rasa gerun dan menginsafkan diri agar sentiasa takut kepada ALLAH SWT. KENAPA PERLU TAKUT NERAKA? 115. Di antara ciri-ciri orang beriman yang disentuh di dalam al-Quran firman ALLAH SWT dalam surah al-Furqan ayat 63-66 maksudnya: “Dan hamba-hamba Ar-Rahman (Tuhan yang maha pemurah itu) ialah mereka yang berjalan di muka bumi dengan sopan santun dan rendah hati. Dan apabila orang-orang yang biadab lagi jahil, hadapkan katakata kesat kepada mereka, mereka menjawab dengan katakata yang baik. [63] Dan mereka (yang diredai ALLAH SWT itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan bersujud dan berdiri. [64] Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan. [65] Sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat penetapan dan kediaman. [66]” 116. Di dalam ayat ini jelas orang yang beriman sentiasa memohon daripada ALLAH SWT agar sentiasa terhindar daripada azab api neraka dan ianya merupakan amalan Nabi SAW di mana baginda sentiasa membacakan doa ini
Maksudnya: “Ya ALLAH sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari panasnya api neraka” (Hadis Riwayat al-Nasaie). Kalau Nabi seorang yang maksum terpelihara daripada sebarang dosa sentiasa membacakan doa ini bagaimana pula kita insan biasa yang terdedah kepada dosa setiap ketika? sudah pasti perlu bertambah-tambah rasa takut dan bimbang. Perkara inilah yang dilakukan oleh para sahabat terdahulu kerana menginsafi amalan yang mereka lakukan seperti mana yang diriwayat bahawa Saidina Umar bin al-Khattab RA pernah berkata yang bermaksud : “Seandainya ada suara yang memanggil dari langit wahai sekalian manusia 73