10 minute read

Amalan Tarekat Dikaitkan Dengan Ajaran Dan Amalan Sesat?

AMALAN TAREKAT DIKAITKAN DENGAN AJARAN DAN AMALAN SESAT? Oleh Datuk Mohamad Din bin Yusoh

Mutakhir ini kumpulan Tarekat menjadi sasaran pelbagai tuduhan dan kecaman oleh pihak tertentu melalui media cetak. Siapa di belakang semua ini? Apa motif sebenarnya? Kalau kita perhatikan sejak setahun dua ini orang Islam di Malaysia mula berminat dengan program ‘Cinta Rasul’ atau ‘Berselawat’ anjuran kerajaan atau badan bukan kerajaan. Pengisian program ‘Cinta Rasul’ ini dipenuhi dengan nasyid dan qasidah memuji Nabi Muhammad SAW serta pelbagai jenis selawat ke atas Nabi SAW. Majlis juga biasanya diselangi dengan ceramah agama yang menyentuh tentang perjuangan Rasulullah SAW dan sifat-sifat Nabi SAW yang boleh dijadikan iktibar dan panduan dalam kehidupan umat Islam hari ini. Program ‘Cinta Rasul’ ini mendapat sambutan luar biasa daripada umat Islam, terdiri daripada kanak-kanak, golongan belia hinggalah orang dewasa lelaki dan wanita. Pada kebiasaannya majlis ‘Cinta Rasul’ anjuran kerajaan dihadiri oleh pemimpin tertinggi kerajaan negeri atau persekutuan. Malah ada beberapa negeri menganjurkan program ini berulang kali. Nasyid dan qasidah yang disampaikan menjadi popular dan digemari ramai dan disiarkan berulang kali melalui media elektronik radio dan televisyen. Anak-anak muda atau belia yang meminati program ini terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang, bukan sahaja pelajar, bahkan penganggur, mat rempit, penagih dadah dan lain-lain yang biasanya melakukan aktiviti negatif pada hujung minggu. Dengan adanya program ‘Cinta Rasul’, sekurang-sekurangnya mereka telah meninggalkan aktiviti biasa mereka dan turut serta mengikuti program ‘Cinta Rasul’ setiap kali ianya diadakan. Program ini merupakan satu fenomena baru dalam dakwah Islamiah di negara kita yang turut diminati oleh pemimpin-pemimpin negeri dan negara. Dengan fenomena seperti ini mungkin ada kalangan tertentu yang tidak senang hati kerana kedudukan mereka sedikit sebanyak tergugat dari segi pengisian agama. Oleh itu program ‘Cinta Rasul’ ini harus disekat sebelum terlambat. Bagaimana caranya?

Advertisement

Program Cinta Rasul tidak begitu disenangi kerana bukan sahaja menyekat populariti orang tertentu, tetapi lebih daripada itu ialah kerana program tersebut begitu berkesan kepada masyarakat Islam

237

dalam menanamkan sifat cintakan Rasul. Qasidah dan nasyid yang memuji Nabi SAW dan keluarga amat tidak disenangi oleh kelompok ini sejak dari dulu lagi. Mereka cuba menghapuskan segala bentuk amalan yang selama ini telah sebati dengan umat Islam di negara ini dan mengaitkannya perbuatan tersebut sebagai bid’ah yang perlu dihentikan. Ada pemimpin agama turut mengeluarkan pandangan bahawa terdapat nasyid dan selawat di malam Cinta Rasul ini yang membawa kepada syirik. Subhanallah.

Dengan menggunakan media arus perdana, mereka nampaknya berjaya mencemarkan imej majlis ini di mata masyarakat Malaysia. Sungguh malang sekali. Bukan semua amalan kumpulan Tarekat bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam. Mungkin ada satu dua amalan mereka yang kelihatan bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam. Saya sendiri pernah mengikuti Tarekat Ahmadiah pimpinan Sidi Rashid yang berasal dari Negeri Sembilan, semasa saya belajar di Singapura dulu. Tidak ada amalan karut marut yang diajar, bahkan Tuan Guru Sidi Rashid sangat dihormati bukan sahaja di Singapura bahkan di Malaysia, kerana ilmu dan kezuhudan yang ada pada beliau. Mengaitkan pemimpin ini dengan pemimpin kumpulan Tarekat yang dianggap sesat adalah suatu tuduhan dan kesimpulan yang tidak sepatutnya dilakukan. Kita sepatutnya mengkaji dulu bukan mencari kesalahan semata-mata. Kajian pula bukan setakat mendengar cerita daripada ahli-ahli biasa tetapi yang penting ialah bertemu dengan pemimpin-pemimpin kumpulan Tarekat ini dan bermuzakarah untuk mencari kebenaran di mana yang salah dan di mana yang betul. Cara ini lebih kelihatan cerdik dan tidak memalukan mana-mana pihak. Suatu ketika dulu kumpulan Tabligh pernah mendapat kritikan dan tentangan hebat daripada pihak tertentu kerana pada mereka kumpulan ini pengotor, tidak berpengetahuan dalam agama tetapi cuba berdakwah. Cara berdakwah dan penampilan kumpulan Tabligh tidak disukai kerana mereka menjalankan aktiviti di surau-surau dan masjid-masjid sesama mereka sahaja. Mereka juga bermalam, memasak, mandi manda, membasuh pakaian di masjid atau surau. Kita harus ingat bahawa sebahagian ahli jemaah Tabligh merupakan mereka yang baru mula berjinak-jinak dengan agama Islam. Mereka mungkin bekas banduan, bekas penagih dadah dan sebagainya. Mereka mengenali Islam melalui rakan yang ada dalam jemaah. Penampilan kumpulan yang berpakaian yang nampak selekeh dan kotor serta aktiviti sesama sendiri di surau dan masjid ini

238

menyebabkan larangan dibuat oleh pihak berkuasa agama di beberapa negeri menghalang mereka menggunakan surau atau masjid. Saya pernah mengumpulkan pemimpin-pemimpin kumpulan Tabligh ini di sebuah masjid di Melaka. Saya telah memberikan ceramah motivasi kepada mereka dan menekankan soal kebersihan dan disiplin yang patut ada pada diri setiap pendakwah sebagai contoh dan teladan kepada masyarakat. Sejak dari itu mereka telah berubah dan menjaga kebersihan diri dan tidak lagi mengotori pandangan apabila mereka berada di masjid atau surau. Sebenarnya kumpulan Tabligh bukanlah tidak berdisiplin atau pengotor. Daripada pengalaman saya ketika berada di Tongi, Bangladesh iaitu tempat jemaah Tabligh berkumpul setiap tahun, saya melihat jutaan ahli jemaah Tabligh dapat mengamalkan disiplin yang tinggi sepanjang perhimpunan tersebut. Saya perhatikan aspek kebersihan begitu dijaga. Bilik mandi dan tandas yang digunakan oleh jutaan manusia dijaga dengan baik dan bersih. Pemimpinpemimpin kumpulan sendiri membersihkan tandas atau bilik mandi setiap pagi selepas digunakan. Ini menjadi contoh dan amalan pengikut ahli jemaah. Kawasan persekitaran juga dijaga dengan baik oleh ahli jemaah Tabligh dari segi kebersihan. Kita jangan hanya pandai menyalahkan mereka tetapi tidak pernah mendekati mereka untuk memahami mereka. Sudah menjadi kebiasaan beberapa ulama dan ustaz dengan mudah mencari kesalahan orang lain tanpa menunjukkan jalan penyelesaian. Mereka nampak perkara salah tetapi tidak pernah menunjukkan jalan kebenaran atau bagaimana cara yang sebenarnya yang perlu diikuti. Berhubung dengan kumpulan-kumpulan Tarekat yang ada di negara kita, apakah pernah pihak berkuasa agama membuat kajian mana yang bercanggah dengan aqidah dan syariah dan mana yang tidak. Dalam kenyataan atau laporan akhbar dalam beberapa hari lalu ada pihak berkuasa agama menyatakan mereka telah memanggil individu-individu mewakili kumpulan Tarekat tertentu dan mendapati memang Tarekat berkenaan telah terpesong daripada aqidah dan syariah.

Dalam satu laporan pada hari berikutnya pula satu lagi kenyataan dikeluarkan bahawa pihak berkuasa agama akan membuat kajian terhadap semua kumpulan Tarekat untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan mufti-mufti bagi memutuskan sesuatu kumpulan Tarekat itu boleh diamalkan atau tidak. Agak menghairankan ialah amalan Tarekat telah wujud bersama-sama dengan kemasukan Islam ke Nusantara ratusan

239

tahun dahulu. Adakah pihak berkuasa agama tidak pernah membuat kajian atau tidak mahu mengambil tahu mengenai perkara ini sehingga ada pihak-pihak lain memberikan pandangan dan membuat kenyataan barulah tindakan akan diambil. Bila banyak yang menyalahkan kumpulan Tarekat ini, apa akan jadi kepada pengikut-pengikutnya. Apa kesan dan akibat kepada mereka? Apa jalan alternatif yang patut menjadi pilihan mereka? Apa saranan daripada pihak-pihak yang menyalahkan kumpulan Tarekat ini? Tuan Guru Sidi Rashid yang mengamalkan Tarekat Ahmadiah pernah beberapa kali datang ke Melaka suatu masa dulu untuk mengajar agama. Dalam lawatan beliau ke Melaka, ada beberapa peristiwa berlaku ketika sesi soal jawab dengan ahli jemaah yang mengikuti pengajian beliau. Semasa kejadian kemarau di Melaka pada tahun 80an dulu, paras air di empangan Durian Tunggal dan sungai-sungai di Melaka hampir kering. Bila ahli jemaah bertanyakan Sidi Rashid, beliau menjawab, tunggulah tak lama lagi hujan akan turun. Mungkin secara kebetulan dua tiga hari selepas itu hujan turun dengan lebat di Melaka. Dalam satu pengajian yang lain, ada jemaah bertanyakan apakah si polan bin si polan akan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sidi Rashid mengatakan tidak. Tetapi si polan bin si polan yang satu lagi akan menjadi Perdana Menteri. Telahan beliau benar berlaku. Dalam satu pengajian lain pula beliau membuat telahan ada negeri yang akan kehilangan wang zakat. Memang berlaku beberapa hari selepas itu wang zakat telah dicuri di sebuah negeri. Seorang kawan saya yang sama-sama mengikuti kelas pengajian Sidi Rashid meminta pandangan tuan guru apakah wajar beliau membeli 20 ekar tanah untuk tanaman kelapa sawit. Sidi Rashid berkata eloklah dibeli. Tidak lama kemudian ada pegawai daripada Jabatan Galian mengesahkan terdapat bahan galian (bijih) di dalam tanah tersebut. Daripada apa yang saya paparkan di atas memang pelik tapi ianya benar. Apakah Sidi Rashid menggunakan jin untuk mengetahui perkara yang manusia biasa tidak ketahui? Itulah kelebihan yang ALLAH SWT beri kepadanya. Jangan kita suka merendah para tuan guru atau ulama walau dari mana mereka datang. Kita menganggap diri kita mempunyai ilmu yang lebih tinggi daripada orang lain sedangkan sesuatu ilmu itu adalah anugerah ALLAH SWT kepada hambaNya. Negara kita masih terlindung daripada bencana alam dan musibah seperti gempa bumi, gunung berapi dan taufan. Walau

240

bagaimanapun ribut, banjir besar, tsunami telah/ada berlaku, ini mungkin kerana adanya sebilangan ulama di negara kita yang sentiasa berdoa untuk keselamatan kita semua. Sikap sesetengah pendakwah dan ustaz-ustaz yang suka mencari salah atau menuding jari kepada orang lain bukanlah suatu perkara baru dalam masyarakat kita. Itulah sebabnya berlaku perpecahan umat Islam di negara kita. Sikap aku sahaja yang banyak ilmu atau mempunyai kelayakan yang lebih cuba diketengahkan walaupun tidak mendapat sambutan daripada masyarakat kerana ada orang lain yang mungkin tidak mempunyai status yang tinggi, tetapi dapat menyampaikan dakwah dengan cara yang berkesan dan menjadi popular. Menyalahkan orang memang mudah, tetapi untuk menyelesaikan masalah dan cara jalan keluar daripada kesalahan yang dilakukan bukan semudah itu.

Kepincangan-kepincangan yang berlaku di kalangan masyarakat Islam mudah dikenalpasti, tetapi apa jalan penyelesaiannya. Adakah pihak-pihak cerdik pandai Islam hanya tahu atau pandai mengkritik tetapi tidak pandai menyelesaikannya? Adakah mereka pernah mendekati kumpulan ini, berbincang dan mencari jalan mengatasinya. Tidak lama dulu ada seorang selebriti terlibat dengan penagihan dadah dan berulangkali masuk ke pusat pemulihan. Apakah ada pihak cerdik pandai Islam ini mendekati beliau? Tidak ada jawapannya. Kumpulan saya beberapa kali menemui selebriti ini dan memberikan kaunseling. Alhamdulillah beliau menerima baik dan positif terhadap apa yang kami berikan kepada beliau. Beliau sekarang bebas daripada dadah. Di Melaka terdapat sebuah pusat pemulihan gadis-gadis yang terlibat dengan pelbagai perkara negatif dan rosak akhlak. Suatu ketika dulu ada percubaan daripada pendakwah Kristian menyebarkan dakyah mereka ke pusat tersebut. Apabila saya mendapat maklumat ini, saya telah mengambil tindakan dengan kebenaran pihak penguasa dan jabatan yang berkaitan. Saya menemui semua penghuni pusat tersebut beberapa kali dan mengatur program-program keagamaan kepada mereka seperti solat berjemaah, bacaan Yasin, Qiyamullail dan ceramah agama atau motivasi. Saya lihat selepas beberapa kali mengadakan aktiviti ini, perubahan besar berlaku kepada mereka dari segi amalan agama dan cara berpakaian yang sebelumnya banyak yang mendedahkan aurat. Satu contoh lain ialah penggunaan Kalimah ALLAH SWT dalam Bible versi Bahasa Melayu. Terdapat percanggahan pandangan

241

ulama dan tokoh Islam di Malaysia. Mereka memberikan pandangan mengikut kepentingan masing-masing. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak. Melihat kepada perkara ini menjadi isu dan boleh mengelirukan umat Islam khasnya orang awam yang kurang pengetahuan agama, saya telah mengambil inisiatif untuk menghimpun pakar-pakar dalam bidang Kristologi di kalangan ulama Islam. Di Malaysia tidak terdapat orang-orang sebegini. Lalu saya ke Indonesia dan berjaya mengenalpasti beberapa individu yang pakar dalam bidang Kristologi. Saya membawa mereka ke kediaman saya dan mengatur satu seminar yang berlangsung pada 19 Oktober 2013, dihadiri lebih kurang 400 orang peserta. Antara yang hadir Dato’ Haji Nooh Gadot, Mufti Negeri Sembilan, Timbalan Mufti Selangor dan pensyarahpensyarah dari universiti tempatan dan orang ramai. Memandangkan seminar tersebut berjaya, saya telah merancang untuk mengadakan satu lagi seminar pada skala yang lebih besar. Justeru itu satu seminar mengenai Kristologi ini telah saya adakan dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA, Shah Alam pada 6 Mei 2014 dan dihadiri oleh lebih kurang 5,000 orang. Apa yang saya lakukan itu bukan sahaja memberikan kefahaman kepada peserta mengenai penggunaan Kalimah ALLAH SWT tetapi juga untuk menolak pandangan pihak-pihak yang mengatakan bahawa kalimah “ALLAH SWT” itu boleh digunapakai dalam Bible versi bahasa Melayu. Mahkamah Persekutuan Malaysia sendiri telah membuat keputusan menolak rayuan sebuah badan Kristian dan mengekalkan larangan penggunaan kalimah ALLAH SWT dalam akhbar keluaran sebuah Gereja Kristian. Ustaz atau ulama yang membenarkan atau bersetuju dengan penggunaan Kalimah ALLAH SWT oleh pihak Kristian ini sebenarnya tidak memahami selok belok agama Kristian. Tetapi demi kepentingan peribadi mereka mengeluarkan pandangan untuk mendapat populariti semata-mata. Saya bukanlah alim dalam agama Kristian, tetapi mempunyai pengetahuan asas agama Kristian setelah mengkajinya secara bersendirian selama beberapa tahun dari sebuah institusi di Singapura, semasa menuntut di Kolej Islam Klang. Saya pernah mencabar pihak yang menyokong penggunaan kalimah ALLAH SWT ini untuk bermuzakarah mengenainya tetapi tidak mendapat jawapan daripada beliau. Kenapa? Mungkin pada beliau saya tidak mempunyai kelulusan setinggi beliau dalam bidang agama. Ini menggambarkan sikap sebenar beliau. Wallahuaklam.

242

This article is from: