3NEW - Isi Rasuah (145-281)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 5:10 PM Page 237
AMALAN TAREKAT DIKAITKAN DENGAN AJARAN DAN AMALAN SESAT? Oleh Datuk Mohamad Din bin Yusoh Mutakhir ini kumpulan Tarekat menjadi sasaran pelbagai tuduhan dan kecaman oleh pihak tertentu melalui media cetak. Siapa di belakang semua ini? Apa motif sebenarnya? Kalau kita perhatikan sejak setahun dua ini orang Islam di Malaysia mula berminat dengan program ‘Cinta Rasul’ atau ‘Berselawat’ anjuran kerajaan atau badan bukan kerajaan. Pengisian program ‘Cinta Rasul’ ini dipenuhi dengan nasyid dan qasidah memuji Nabi Muhammad SAW serta pelbagai jenis selawat ke atas Nabi SAW. Majlis juga biasanya diselangi dengan ceramah agama yang menyentuh tentang perjuangan Rasulullah SAW dan sifat-sifat Nabi SAW yang boleh dijadikan iktibar dan panduan dalam kehidupan umat Islam hari ini. Program ‘Cinta Rasul’ ini mendapat sambutan luar biasa daripada umat Islam, terdiri daripada kanak-kanak, golongan belia hinggalah orang dewasa lelaki dan wanita. Pada kebiasaannya majlis ‘Cinta Rasul’ anjuran kerajaan dihadiri oleh pemimpin tertinggi kerajaan negeri atau persekutuan. Malah ada beberapa negeri menganjurkan program ini berulang kali. Nasyid dan qasidah yang disampaikan menjadi popular dan digemari ramai dan disiarkan berulang kali melalui media elektronik radio dan televisyen. Anak-anak muda atau belia yang meminati program ini terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang, bukan sahaja pelajar, bahkan penganggur, mat rempit, penagih dadah dan lain-lain yang biasanya melakukan aktiviti negatif pada hujung minggu. Dengan adanya program ‘Cinta Rasul’, sekurang-sekurangnya mereka telah meninggalkan aktiviti biasa mereka dan turut serta mengikuti program ‘Cinta Rasul’ setiap kali ianya diadakan. Program ini merupakan satu fenomena baru dalam dakwah Islamiah di negara kita yang turut diminati oleh pemimpin-pemimpin negeri dan negara. Dengan fenomena seperti ini mungkin ada kalangan tertentu yang tidak senang hati kerana kedudukan mereka sedikit sebanyak tergugat dari segi pengisian agama. Oleh itu program ‘Cinta Rasul’ ini harus disekat sebelum terlambat. Bagaimana caranya? Program Cinta Rasul tidak begitu disenangi kerana bukan sahaja menyekat populariti orang tertentu, tetapi lebih daripada itu ialah kerana program tersebut begitu berkesan kepada masyarakat Islam 237