2 minute read
Neraka Serta Namanya Ada Tujuh
lalai dari apa yang mereka lakukan”.
NERAKA SERTA NAMANYA ADATUJUH
Advertisement
129. Susunan tingkatan neraka bermula dari dasarnya yang paling bawah menurut ulama adalah seperti berikut. 1. Neraka Jahannam, seburuk-buruknya dan penghuni kekal di dalamnya. Tempat istimewa ini bagi orang-orang kafir dan mereka kekal di dalam selama-lamanya. 2. Laza, tingkat kedua yang dihuni pendusta agama ALLAH SWT dan berpaling daripada ajarannya. 3. Huthamah, tempat mereka yang lalai dalam mengerjakan perintah ALLAH SWT kerana dipengaruhi harta dunia. 4. Sa’ir, dihuni mereka yang makan harta anak yatim. Mata dan telinga mereka menjadi buta dan pekak manakala kulitnya tebal seperti Jabal Uhud. 5. Saqar, penghuninya ialah orang tidak menunaikan solat, tidak memberi makan orang miskin dan tidak percaya kepada Hari Pembalasan. 6. Jahim, penghuninya melakukan dosa besar seperti berzina, membunuh, mendustai agama ALLAH SWT dan minum arak. 7. Hawiyah, menempatkan orang memusuhi dan menentang perjuangan para Nabi dan Rasul.
130. Kesemua neraka berasaskan seksaan daripada api yang
tidak akan terpadam selama-lamanya, seandainya api tersebut agak reda ALLAH SWT menambahkan nyalaannya kembali dengan lebih marak lagi. Hal ini bermaksud tiada ruang dan masa untuk penghuni neraka beristirehat walaupun kurang sedetik sekalipun. Firman ALLAH SWT
dalam surah al-Isra, ayat 97 maksudnya: “Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh ALLAH SWTmaka dialah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau (kamu) tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka penolong-penolong yang lain daripadaNya, dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing masing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: neraka Jahannam; tiap tiap kali malap julangan apinya, Kami tambah mereka dengan api yang menjulang-julang tinggi”.
Dalam ayat lain ALLAH SWT memberikan gambaran setiap kali mereka memohon untuk diringankan azab, balasannya azab akan bertambah lebih dahsyat daripada sebelumnya. Firman ALLAH SWT, surah al-Naba’ ayat 30
79
maksudnya: “(Setelah mereka masuk ke dalam neraka, dikatakan kepada mereka: “Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu”.
131. ALLAH SWT berjanji tidak akan melakukan kezaliman kepada makhluk ciptaanNya dan janji pasti ditepati. Makhluk di kalangan manusia dan jin yang terpilih dengan kehendak dan ilmu ALLAH SWT untuk dimasukkan ke dalam neraka merupakan mereka yang mengingkari perjanjian dengan ALLAH SWT untuk tidak melakukan maksiat dan kekal taat kepada perintahnya. Justeru, tetamu neraka adalah mereka yang menzalimi diri sendiri, menyakiti dan merampas hak orang lain secara batil, melakukan dosa dan lain-lain lagi. Penghuni neraka yang paling ringan azab seksaannya daripada kalangan orang beriman yang melakukan dosa dengan mengambil kira jenis-jenis dosa yang dilakukan ketika di dunia. Manakala orang kafir sudah pasti azab seksaannya bertambah-tambah di lapisan paling dasar neraka.
132. Lama dan pendek tempoh diazab dalam neraka berdasarkan dosa dan amalan masing-masing dan keampunan daripada ALLAH SWT, yang pasti tiada layanan istimewa kelas pertama di sana. Nabi SAW memberikan gambaran kepada penerima seksaan dalam riwayat Imran bin Husyain RA dengan sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya suatu kaum dikeluarkan dari neraka dengan terbakar tubuhnya kecuali paras wajah mereka berputar sehinggalah mereka masuk ke syurga”
(Riwayat al-Bukhari).
133. Bentuk seksaan dalam neraka bermacam ragam, daripada Nu’man bin Bashir RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya seringan-ringan seksaan seksaan penghuni neraka pada hari kiamat ialah seseorang yang diletakkan di bawah dua telapak kakinya dua bara api neraka sehingga mendidih otak yang ada di kepalanya. (Dari sebab panasnya kedua bara api neraka tersebut) Dia mengira bahawa tidak ada orang lain yang lebih dahsyat seksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan seksaannya”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
80