2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 79
lalai dari apa yang mereka lakukan”.
129.
NERAKA SERTA NAMANYA ADA TUJUH Susunan tingkatan neraka bermula dari dasarnya yang paling bawah menurut ulama adalah seperti berikut. 1. Neraka Jahannam, seburuk-buruknya dan penghuni kekal di dalamnya. Tempat istimewa ini bagi orang-orang kafir dan mereka kekal di dalam selama-lamanya. 2. Laza, tingkat kedua yang dihuni pendusta agama ALLAH SWT dan berpaling daripada ajarannya. 3. Huthamah, tempat mereka yang lalai dalam mengerjakan perintah ALLAH SWT kerana dipengaruhi harta dunia. 4. Sa’ir, dihuni mereka yang makan harta anak yatim. Mata dan telinga mereka menjadi buta dan pekak manakala kulitnya tebal seperti Jabal Uhud. 5. Saqar, penghuninya ialah orang tidak menunaikan solat, tidak memberi makan orang miskin dan tidak percaya kepada Hari Pembalasan. 6. Jahim, penghuninya melakukan dosa besar seperti berzina, membunuh, mendustai agama ALLAH SWT dan minum arak. 7. Hawiyah, menempatkan orang memusuhi dan menentang perjuangan para Nabi dan Rasul.
130. Kesemua neraka berasaskan seksaan daripada api yang tidak akan terpadam selama-lamanya, seandainya api tersebut agak reda ALLAH SWT menambahkan nyalaannya kembali dengan lebih marak lagi. Hal ini bermaksud tiada ruang dan masa untuk penghuni neraka beristirehat walaupun kurang sedetik sekalipun. Firman ALLAH SWT dalam surah al-Isra, ayat 97 maksudnya: “Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh ALLAH SWT maka dialah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau (kamu) tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka penolong-penolong yang lain daripadaNya, dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masingmasing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: neraka Jahannam; tiaptiap kali malap julangan apinya, Kami tambah mereka dengan api yang menjulang-julang tinggi”. Dalam ayat lain ALLAH SWT memberikan gambaran setiap kali mereka memohon untuk diringankan azab, balasannya azab akan bertambah lebih dahsyat daripada sebelumnya. Firman ALLAH SWT, surah al-Naba’ ayat 30 79