4 minute read
Rasuah Alaf Baharu
harta mereka. Kebiasaannya manusia tidak kisah dengan harta orang lain kerana harta tersebut bukan miliknya. Justeru itu, ALLAH SWT gunakan perkataan (harta kamu) kerana ALLAH SWT hendak kita melihat harta orang lain sama seperti harta sendiri yang perlu dijaga dan hormati.
RASUAH ALAF BAHARU
Advertisement
18. Perbuatan curang pada zaman moden hari ini bukan hanya sekadar mengurangkan berat timbangan dan sukatan dalam hal berjual beli seperti makanan dan barang keperluan manusia semata-mata, malahan perkara yang sama juga berlaku di peringkat yang lebih tinggi dan impaknya nyawa manusia diperjudikan. Sebagai contoh pembida kontrak memenangi bidaan dengan spesifikasi tertentu seperti binaan konkrit bangunan. Namun apa yang berlaku ketika kerja-kerja pembinaan dilakukan pembida kontrak tidak mengikut spesifikasi yang telah dimuktamadkan seperti dalam kontrak kelulusan. Sebagai contoh, pembekal konkrit simen dalam sebutan tender yang dimasukkan untuk konkrit simen bangunan (ready-mix) ialah gred 35, tetapi ditukarkan kepada gred 30 dan sebagainya ketika penghantaran berlaku. Begitu juga untuk membina tiang bangunan dan tapak (column & footing) sebutan tender besi yang sepatutnya ialah jenis besi Y18 tapi digantikan dengan Y16. Begitu juga penghantaran komputer/laptop tidak mengikut spesifikasinya secara telus (tender lain hantar lain).
19. Perbuatan mencuri masa (curi tulang) ketika bekerja juga termasuk dalam maksud mengambil harta secara batil kerana pekerja mengabaikan tugas dan tanggungjawab, melengahkan kerja atau meninggalkannya sama sekali dengan pelbagai helah dan cara. Perbuatan seperti ini sinonim dengan tidur, membuang masa atau keluar minum sesuka hati pada waktu kerja, meninggalkan tempat kerja waktu pejabat untuk menjalankan urusan peribadi seperti: pergi bayar bil, ambil anak, urusan bank, repair kereta, balik rumah dan sebagainya, menggunakan waktu pejabat bagi melaksanakan urusan yang tiada bersangkutan dengan kerja seperti menjalankan perniagaan peribadi (jual kosmetik, kain baju, kuih muih, promosi Multi Level Marketing dan sebagainya), berbual-bual kosong, bergayut di telefon berkenaan urusan peribadi, menggunakan kemudahan dan peralatan tempat kerja untuk urusan peribadi (melayari internet, download movie dan muzik,
13
buat blog, layari facebook, Instagram dan lain-lain lagi). Menggunakan atau menipu semasa waktu kerja overtime untuk balik ke rumah dan datang semula hanya untuk punch out atau meminta rakan mengetip kehadiran dan pulang, bak kata orang datang lewat balik awal, mengambil cuti sakit sedangkan pekerja tersebut tidak sakit.
20. Untuk dianggap memakan harta batil tidak perlu kepada perkara besar, mungkin ada yang terlepas pandang pendrive yang begitu kecil saiznya boleh digunakan oleh seseorang mencuri masa di tempat kerjanya dengan membuat dua kerja akaun bagi dua organisasi. Satu akaun syarikat tempat dia bekerja dan satu lagi akaun syarikat lain untuk dia menambah pendapatan sampingan. Perkara ini amat licik walaupun di pejabatnya dipasang CCTV dan menggunakan thumbprint untuk merekod kehadiran. Perlakuan tersebut sukar dikesan kerana dia bekerja kelihatan tekun dan kehadiran juga memuaskan. Akibatnya, dalam tempoh yang panjang, organisasi kerugian bukan setakat ratusan juta malah mungkin hingga berbilion ringgit untuk sesebuah negara. Justeru, curang yang dimaksudkan di sini adalah sikap tidak amanah mencuri masa atau curi tulang, kerja sambal lewa, menipu kedatangan, buat kerja sampingan yang tidak memenuhi kontrak pekerjaan sebagaimana termeterai dengan majikan. Walhal Islam memandang serius aspek amanah dalam mengotakan setiap apa yang dipersetujui majikan dan pekerja sebagaimana kontrak yang ditandatangani.
21. Amalan memakan harta batil begitu juga dalam industri pelancongan apakah tidak berlaku unsur-unsur rasuah dan sebagainya? Walaupun ia dilihat dalam bentuk ibadah ke Tanah Suci, melancong ke luar negara atau dalam bentuk perkhidmatan-perkhidmatan yang tertentu yang mana kartel kartel memainkan peranan yang sukar dilihat dan diawasi. Dalam dunia akademik unsur korup juga berlaku, di mana terdapat ahli akademik menggunakan khidmat pihak ketiga untuk menyiapkan tesis Doktor Falsafah dan akhirnya mendapat kenaikan pangkat dan gaji hasil daripada kerja tidak jujur. Sudah pasti ganjaran dan manfaat yang diraih daripada sumber tidak bersih dan diberi makan kepada ahli keluarga.
22. Ketika negara sedang berada dalam kancah kegawatan
14
ekonomi muncul pula kartel-kartel (orang tengah) dalam rantaian perniagaan terutamanya melibatkan bekalan makanan, sayur-sayuran, penternakan, alat ganti kenderaan dan lain-lain dengan mengenakan harga yang tidak wajar sedangkan mereka mendapat bekalan dengan harga yang murah. Begitu juga dengan sindiket penipuan dalam talian atau scammer yang menipu orang ramai ‘hidup-hidup’. Secara umumnya, jenayah scammer ini membabitkan pelbagai jenis kes penipuan dalam talian, termasuk Macau Scam, Love Scam dan penipuan bomoh, khidmat pesanan ringkas (SMS), tanah, kad kredit, penyamaran, perniagaan serta pinjaman tidak wujud. Ironinya, jenayah ini tidak kenal mangsa apabila hampir semua lapisan anggota masyarakat termasuk golongan profesional seperti doktor dan peguam turut menjadi mangsa sindiket yang sangat licik ini. Hasil memperdaya mangsa dengan panggilan palsu hingga meraih jutaan ringgit merupakan harta batil yang dilarang dalam agama dan tempat mereka di neraka Jahannam.
23. Oleh kerana tamak haloba pelaku korup atau perasuah merasakan rezeki mereka bertambah sehingga mereka boleh hidup mewah di luar kemampuan mereka. Jelas, mereka yang dipandu hawa nafsu, sifat tamak haloba, sikap mahu hidup mewah, memburu kekayaan dengan cepat serta alpa bahawa perbuatan tersebut mengundang kemurkaan ALLAH SWT. Justeru, korup adalah termasuk perbuatan mungkar yang menjadi tugas bersama umat Islam termasuk ulama dan umara berganding bahu serta seluruh rakyat di negara ini menghentikan dan membanterasnya. Pembanterasan korup adalah tanggungjawab bersama kerana azab dunia tidak hanya menimpa pelaku kejahatan tetapi juga akan menimpa orang yang tidak mencegah dosa itu daripada berlaku. Firman
ALLAH SWT:
Maksudnya: “Dan jagalah dirimu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa ALLAH SWT Maha berat azab seksa Nya”. [al-Anfal, ayat 25]
15