harta mereka. Kebiasaannya manusia tidak kisah dengan harta orang lain kerana harta tersebut bukan miliknya. Justeru itu, ALLAH SWT gunakan perkataan (harta kamu) kerana ALLAH SWT hendak kita melihat harta orang lain sama seperti harta sendiri yang perlu dijaga dan hormati. RASUAH ALAF BAHARU 18. Perbuatan curang pada zaman moden hari ini bukan hanya sekadar mengurangkan berat timbangan dan sukatan dalam hal berjual beli seperti makanan dan barang keperluan manusia semata-mata, malahan perkara yang sama juga berlaku di peringkat yang lebih tinggi dan impaknya nyawa manusia diperjudikan. Sebagai contoh pembida kontrak memenangi bidaan dengan spesifikasi tertentu seperti binaan konkrit bangunan. Namun apa yang berlaku ketika kerja-kerja pembinaan dilakukan pembida kontrak tidak mengikut spesifikasi yang telah dimuktamadkan seperti dalam kontrak kelulusan. Sebagai contoh, pembekal konkrit simen dalam sebutan tender yang dimasukkan untuk konkrit simen bangunan (ready-mix) ialah gred 35, tetapi ditukarkan kepada gred 30 dan sebagainya ketika penghantaran berlaku. Begitu juga untuk membina tiang bangunan dan tapak (column & footing) sebutan tender besi yang sepatutnya ialah jenis besi Y18 tapi digantikan dengan Y16. Begitu juga penghantaran komputer/laptop tidak mengikut spesifikasinya secara telus (tender lain hantar lain). 19. Perbuatan mencuri masa (curi tulang) ketika bekerja juga termasuk dalam maksud mengambil harta secara batil kerana pekerja mengabaikan tugas dan tanggungjawab, melengahkan kerja atau meninggalkannya sama sekali dengan pelbagai helah dan cara. Perbuatan seperti ini sinonim dengan tidur, membuang masa atau keluar minum sesuka hati pada waktu kerja, meninggalkan tempat kerja waktu pejabat untuk menjalankan urusan peribadi seperti: pergi bayar bil, ambil anak, urusan bank, repair kereta, balik rumah dan sebagainya, menggunakan waktu pejabat bagi melaksanakan urusan yang tiada bersangkutan dengan kerja seperti menjalankan perniagaan peribadi (jual kosmetik, kain baju, kuih muih, promosi Multi Level Marketing dan sebagainya), berbual-bual kosong, bergayut di telefon berkenaan urusan peribadi, menggunakan kemudahan dan peralatan tempat kerja untuk urusan peribadi (melayari internet, download movie dan muzik, 13