7 minute read
Perbezaan Rasuah Dan Hadiah
tersebut adalah haram kepada kedua-dua belah pihak menurut pendapat semua mazhab.
5. Sekiranya pemberi tidak mensyaratkan atau menawarkan sebarang ganjaran ketika meminta perantara (orang tengah) melakukan urusan tersebut, akan tetapi memberikan sejumlah wang atau seumpamanya sebagai ganjaran atau hadiah atas bantuan yang dilakukan dan perbuatan tersebut sudah menjadi kebiasaan (adat) yang difahami dalam budaya setempat. Dalam kes seperti ini menurut majoriti ulama mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali hukumnya adalah haram kerana ganjaran tersebut terikat dengan kerja yang dilakukan.
Advertisement
6. Sekiranya pihak perantara (orang tengah) menghulurkan bantuan tanpa mensyaratkan sebarang ganjaran diberikan dalam urusan tersebut, akan tetapi pemberi memberikan sejumlah wang atau seumpamanya sebagai ganjaran setelah urusan tersebut selesai. Dalam kes seperti ini menurut mazhab Hanbali dalam Kasyaf al-Qina’ 6/281 hukumnya adalah haram.
79. Justeru itu, hukum rasuah menurut Jumhur (majoriti) ulama mazhab empat memberi rasuah dalam keadaan terpaksa untuk mendapatkan haknya yang sepatutnya atau menolak mudarat dan kezaliman ke atas diri sendiri, keluarga atau harta hukumnya adalah harus. Perbuatan seperti merasuah petugas kepada penguasa yang zalim demi melepas sesuatu kezaliman kepada diri sendiri atau pihak tertentu, atau mengembalikan sesuatu hak yang diambil dengan cara yang zalim maka dosa tersebut ditanggung oleh pihak yang mengambilnya, tidak atas pihak yang memberikan suapan tersebut. Namun, yang paling baik adalah bersabar dan hendaklah berusaha dengan apa cara yang tidak merasuah sesiapa pun serta berserah kepada ALLAH SWT sehingga dipermudahkan urusannya.
PERBEZAAN RASUAH DAN HADIAH
80. Dalam konteks kefahaman masyarakat, rasuah sering berlakunya salah tafsir daripada setengah pihak yang mendakwa habuan yang diberikan sebagai hadiah tidak ada kena mengena dengan jenayah rasuah. Oleh itu, pengertian rasuah dan hadiah perlu diperjelaskan agar perkara haram
53
tidak diambil mudah oleh anggota masyarakat. Rasuah menurut definisi Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 22/220 yang dipetik daripada pendapat dalam mazhab Maliki bermaksud “Apa sahaja yang diberikan dengan tujuan memalsukan kebenaran dan membenarkan kepalsuan”. Definisi ini jelas menerangkan bahawa rasuah adalah pemberian sama ada dalam bentuk harta atau manfaat tertentu yang bertujuan untuk memperolehi sesuatu yang bukan haknya, atau menzalimi hak pihak lain. Adapun hadiah adalah pemberian atas sebab suka atau memuliakan seseorang tanpa sebarang niat terselindung yang mensyaratkan ganjaran balas. Perbuatan memberi hadiah dituntut dalam Islam dan hukumnya adalah sunat kerana boleh mengekalkan hubungan silaturahim sesama manusia. Namun, apabila pemberian hadiah membawa niat tidak baik untuk mendapatkan balasan tertentu ianya boleh bertukar menjadi haram. Dalam sebuah hadis riwayat daripada Abu Umamah RA daripada Nabi SAW sabdanya yang bermaksud: “Barangsiapa menjadi perantara (orang tengah) untuk membantu saudaranya lalu orang itu memberikan hadiah atas urusan tersebut dan ia menerimanya, sebenarnyalah ia telah mendatangi satu pintu terbesar dari pintu-pintu riba”. [Riwayat Ahmad dan Abu Daud]
81. Hadiah pada kebiasaannya merupakan pemberian kepada seseorang kerana prestasi kerja atau sebagai suatu penghormatan dan hadiah juga boleh membawa maksud tertentu secara tersirat untuk kepentingan tertentu. Atas dasar sering berlakunya salah tafsir di antara hadiah dan rasuah para ulama memberikan penjelasan bahawa hadiah yang diberikan dengan tujuan atau maksud tertentu terutama untuk memesongkan kebenaran adalah sama hukumnya seperti rasuah dalam erti kata haram dan membawa kepada dosa.
82. Kamaluddin Ibnu Humam (wafat:861H) daripada kalangan ulama mazhab Hanafi dalam kitab Fath al-Qadir syarah al-Hidayah, membahagikan hadiah kepada empat kategori dari sudut hukumnya. - Pertama: Halal kepada pemberi dan penerima, sekiranya bertujuan untuk menghargai hubungan silaturahim. - Kedua: Haram kepada pemberi dan penerima, sekiranya hadiah yang diberikan bertujuan untuk membantu pihak
54
yang menerima melakukan kezaliman. - Ketiga: Haram kepada penerima sahaja, sekiranya pemberi terpaksa memberikan sesuatu atas nama hadiah untuk menghentikan kezaliman ke atas dirinya daripada pihak penerima. - Keempat: Haram kepada penerima sahaja, sekiranya pemberi terpaksa memberikan sesuatu atas nama hadiah bertujuan agar penerima tersebut tidak melakukan kezaliman ke atas diri, harta, keluarga atau kehormatannya.
83. Justeru itu, Mohamad Amin Ibnu Abidin (wafat:1252H) dalam kitab Rad al-Muhtar Syarah Dur al-Mukhtar menyatakan semua petugas/penjawat awam yang dilantik menguruskan urusan rakyat seperti pemungut hasil dan pengutip zakat hukumnya haram menerima sebarang hadiah sama seperti hakim.
84. Menurut al-Subki (wafat:771H) daripada kalangan ulama mazhab Syafie dalam kitab Fatawa al-Subki: Ganjaran yang diberikan kepada pemerintah, pemimpin, hakim, ketua-ketua jabatan dan penjawat awam boleh menjurus kepada maksud rasuah atau hadiah. Sekiranya berupa rasuah hukumnya haram secara Ijma’ kepada pemberi, penerima dan orang tengah dan wajib dipulangkan kepada pemiliknya serta tidak boleh diserahkan ke baitulmal kecuali pemiliknya tidak dapat dikenal pasti. Adapun hadiah yang diterima daripada mana-mana pihak yang pernah memberikan kepada mereka sebelum daripada menjawat jawatan tersebut dan kadar yang diberikan tidak lebih daripada kebiasaannya hukumnya adalah harus, namun paling baik adalah tidak menerimanya.
85. Menurut Ibnu Rif’ah dari kalangan ulama mazhab Syafie: Seorang hakim berhak mengambil hadiah berupa upah atau ganjaran tertentu sekiranya tidak diperuntukkan gaji tertentu dari Baitulmal, selain daripada itu setiap ganjaran yang diterimanya adalah rasuah yang haram hukumnya (Rujuk Kifayah al-Nabih Syarah al-Tanbih karangan Ibnu Rif’ah 17/102).
86. Rumusannya, Ijma’ ulama mazhab empat Hanafi, Maliki, Syafie dan Ahmad menyatakan hadiah yang diberikan kepada pemimpin, hakim, dan penjawat awam dalam urusan yang menjadi tanggungjawab mereka melaksanakan amanah kepada
55
rakyat hukumnya adalah haram bagi pemberi dan penerima dan hukumnya sama seperti rasuah. Sabda Nabi SAW maksudnya: “Hadiah yang diterima pemimpin merupakan suatu pengkhianatan” [Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi]. Justeru, Islam melarang keras perbuatan memberi hadiah kepada rantaian perkhidmatan awam di bawah kaedah sadd al-Zara’i ( ) (menutup ruang yang berkemungkinan membawa kepada perkara-perkara yang dilarang dalam agama).
87. Dalam sebuah hadis daripada Abu Humaid al-Sa’idi RA katanya Sesungguhnya Rasulullah SAW mengangkat seorang pegawai. Ketika selesai daripada pekerjaannya, dia mendatangi Rasulullah SAW dan berkata: Wahai Rasulullah SAW, ini untukmu (untuk baitulmal) dan ini dihadiahkan untukku. Kemudian Nabi SAW berkata kepadanya: Tidakkah engkau duduk di rumah ayah ibumu, lalu engkau tunggu apakah engkau diberi hadiah atau tidak? Rasulullah SAW pun menyampaikan khutbah malam hari setelah solat. Beliau mengucapkan syahadah, memuji ALLAH SWT dengan pujian yang layak bagi-Nya, lalu Baginda SAW bersabda maksudnya: “Apa jadi dengan pegawai yang kami utuskan, kemudian pulang dan berkata: “Ini bahagian kamu, ini bahagian aku. Silakan dia duduk di rumah ayah dan ibunya, lalu tunggu adakah akan diberikan hadiah kepadanya atau tidak?! Demi ALLAH SWT, dia (pegawai berkenaan) tidak mengambil sesuatu melainkan pada Hari Kiamat nanti dia akan menanggung pemberian itu atas tengkoknya” [Riwayat al-Bukhari]. Dalam hadis lain daripada ‘Adi bin Amirah Al Kindi RA. dia berkata, “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Barangsiapa di antara kamu yang kami tugaskan untuk suatu pekerjaan (urusan), kemudian dia menyembunyikan dari kami (meskipun) sebatang jarum, atau sesuatu yang lebih kecil dari itu, maka itu adalah ghulul (pengkhianatan) yang pada hari kiamat akan ia bawa (untuk di dakwa).” ‘Adi bin ‘Amirah RA berkata, “Kemudian seorang lelaki hitam dari Ansar berdiri mengadap Nabi SAW, seolah-olah aku melihatnya, lalu dia berkata, “Wahai Rasulullah, kalau begitu saya akan tarik kembali tugas yang pernah anda bebankan kepada saya!” Nabi SAW bertanya: “Ada apa denganmu?” dia menjawab, “Saya telah mendengar bahawa engkau bersabda seperti ini dan seperti ini (maksudnya perkataan di atas).” Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Sekarang saya
56
sampaikan, bahawa barangsiapa dari kalian yang kami tugaskan untuk suatu pekerjaan hendaklah ia membawa kembali (seluruh hasil), sedikit atau banyak. Kemudian apa yang memang diberikan untuknya ia boleh mengambilnya, dan apa yang memang dilarang untuknya, maka ia perlu menahan diri.” [Riwayat Muslim].
88. Dari Abi Hariz seorang lelaki memberikan hadiah kepada kepada Saidina Umar al-Khattab RA setiap tahun berupa paha kambing. Suatu hari lelaki ini datang untuk menuntut penghakiman daripada Saidina Umar RA. Katanya: “Wahai Amirul Mukminin buatlah suatu keputusan yang jelas dalam kes ini seperti mana tuan hamba menerima paha kambing tanpa banyak soal”. Setelah itu Saidina Umar RA mula menulis surat kepada semua gabenornya dengan memerintahkan “Jangan ada di kalangan kamu menerima sebarang hadiah kerana perbuatan tersebut adalah rasuah”. (Rujuk Adillah al-Hanafiyyah, Muhammad Qasim al-Muzaffarfuri 3/224)
89. Dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam, kadangkala terdapat pelanggan yang berurusan memberikan hadiah sebagai penghargaan di atas perkhidmatan yang telah diberikan. Penerimaan hadiah oleh penjawat awam boleh menimbulkan persepsi negatif dan menjejaskan imej perkhidmatan awam. Justeru itu, dalam pekeliling Peraturan- peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998 (PP Bil. 3/1998) menjelaskan berhubung pemberian dan penerimaan hadiah di mana penjawat awam dilarang daripada memberi atau menerima hadiah sekiranya berkaitan dengan tugas awamnya dan/atau bentuk, amaun atau nilai hadiah itu tidak sepadan dengan maksud hadiah itu diberi (jika penerimaan hadiah tidak berkaitan dengan tugas awam). Sebarang penerimaan tertakluk oleh kelulusan Ketua Jabatan jika dalam keadaan penerimaan hadiah itu sukar ditolak semasa menjalankan tugas awam seperti akan memalukan si pemberi atau menimbulkan keadaan serba salah. Undang-undang negara kita Malaysia, Seksyen 3 (a), (b) & 4 (a) (b) Akta Pencegahan Rasuah 1961 (Pindaan 1971) menjelaskan atau menafsirkan rasuah sebagai “menerima atau memberi apa-apa suapan sebagai satu dorongan, upah atau galakan kepada seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan atau untuk tidak melakukan
57