2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:44 PM Page 53
tersebut adalah haram kepada kedua-dua belah pihak menurut pendapat semua mazhab. 5.
Sekiranya pemberi tidak mensyaratkan atau menawarkan sebarang ganjaran ketika meminta perantara (orang tengah) melakukan urusan tersebut, akan tetapi memberikan sejumlah wang atau seumpamanya sebagai ganjaran atau hadiah atas bantuan yang dilakukan dan perbuatan tersebut sudah menjadi kebiasaan (adat) yang difahami dalam budaya setempat. Dalam kes seperti ini menurut majoriti ulama mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali hukumnya adalah haram kerana ganjaran tersebut terikat dengan kerja yang dilakukan.
6.
Sekiranya pihak perantara (orang tengah) menghulurkan bantuan tanpa mensyaratkan sebarang ganjaran diberikan dalam urusan tersebut, akan tetapi pemberi memberikan sejumlah wang atau seumpamanya sebagai ganjaran setelah urusan tersebut selesai. Dalam kes seperti ini menurut mazhab Hanbali dalam Kasyaf al-Qina’ 6/281 hukumnya adalah haram.
79. Justeru itu, hukum rasuah menurut Jumhur (majoriti) ulama mazhab empat memberi rasuah dalam keadaan terpaksa untuk mendapatkan haknya yang sepatutnya atau menolak mudarat dan kezaliman ke atas diri sendiri, keluarga atau harta hukumnya adalah harus. Perbuatan seperti merasuah petugas kepada penguasa yang zalim demi melepas sesuatu kezaliman kepada diri sendiri atau pihak tertentu, atau mengembalikan sesuatu hak yang diambil dengan cara yang zalim maka dosa tersebut ditanggung oleh pihak yang mengambilnya, tidak atas pihak yang memberikan suapan tersebut. Namun, yang paling baik adalah bersabar dan hendaklah berusaha dengan apa cara yang tidak merasuah sesiapa pun serta berserah kepada ALLAH SWT sehingga dipermudahkan urusannya. PERBEZAAN RASUAH DAN HADIAH 80. Dalam konteks kefahaman masyarakat, rasuah sering berlakunya salah tafsir daripada setengah pihak yang mendakwa habuan yang diberikan sebagai hadiah tidak ada kena mengena dengan jenayah rasuah. Oleh itu, pengertian rasuah dan hadiah perlu diperjelaskan agar perkara haram 53