6 minute read

Keadaan Penghuni Neraka

Akan tetapi dirimu hanya ingin dikatakan bahawa si fulan (dirimu) adalah orang yang dermawan. Sebutan itu pun telah didapatkan. Lalu dihadapkan orang yang terbunuh di jalan ALLAH SWT. ALLAH SWT lalu bertanya kepadanya: Kerana apa dirimu terbunuh? Orang itu menjawab: Aku diperintahkan untuk berjihad di jalanMu. Aku lalu berperang hingga terbunuh. ALLAH SWT berfirman kepadanya yang bermaksud: Kamu telah berdusta. Malaikat berkata kepadanya: Kamu telah berdusta. ALLAH SWT berfirman kepadanya yang bermaksud: Akan tetapi kamu hanya ingin dikatakan bahawa si fulan (dirimu) adalah orang yang gagah berani. Sebutan itu telah didapatkan.

Rasulullah SAW lalu memukul lututku dan bersabda maksudnya:

Advertisement

Wahai Abu Hurairah RA, mereka bertiga adalah makhluk ALLAH SWT pertama yang merasakan api neraka pada hari kiamat nanti. (Riwayat al-Tirmidzi, Ibnu Hibban dan al-Hakim).

KEADAAN PENGHUNI NERAKA

136. Pada hari akhirat kelak, manusia dibahagikan kepada tiga golongan iaitu kelompok manusia yang beriman kepada ALLAH SWT dan beramal soleh disediakan kenikmatan oleh ALLAH SWT dengan ganjaran syurga. Kelompok kedua terdiri daripada orang yang munafik yang berpura-pura beriman dan memperolokkan urusan agama. Mereka yang memilih melakukan dosa ketika hidup, munafik dari segi aqidah, ibadah atau akhlak disediakan dengan azab neraka. Kelompok ketiga pula di kalangan manusia yang kafir, yang tidak beriman kepada ALLAH SWT dan hari pembalasan disediakan dengan seksa neraka yang amat dahsyat.

137. Azab yang dikenakan ALLAH SWT kepada golongan kafir dan munafik pada hari kiamat, mereka diheret di dalam keadaan mukanya ke bawah dan dihumban ke dalam neraka.

Firman ALLAH SWT, surah al-Qamar, ayat 47-48

maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang berdosa berada dalam keadaan sesat (di dunia), dan (di akhirat pula mereka berada dalam) api neraka [47] Semasa mereka diseret di dalam neraka (dengan tertiarap) atas muka mereka, (serta dikatakan kepada mereka): “Rasalah kamu sentuhan (bakaran) api neraka” [48].

Di dalam Surah Ghaafir, ayat 70-72 firman ALLAH SWT

maksudnya: “Iaitu orang-orang yang mendustakan al-Quran dan segala apa yang dibawa oleh Rasul-rasul

84

Kami yang telah Kami utuskan; maka mereka akan mengetahui kelak [70] Ketika belenggu dan rantai dipasung di leher mereka, sambil mereka diseret [71] Ke dalam air panas yang menggelegak; kemudian mereka dibakar dalam api neraka;” [72].

138. Penghuni neraka di kalangan golongan kafir dan munafik mula membolak-balikkan wajah mereka di dalam keadaan tidak mampu menahan azab ketika dibakar api neraka seperti dipanggang di dalam neraka. Firman ALLAH SWT, surah al-Anbiyaa’, ayat 39 maksudnya: “Kalaulah orang-orang kafir itu mengetahui apa yang akan menimpa mereka ketika mereka tidak dapat menahan atau mengelakkan api neraka dari muka dan belakang mereka, dan mereka pula tidak diberi pertolongan, (tentulah mereka segera beriman, dan tidak berkata demikian)”. Selain itu mereka juga diazab oleh ALLAH SWT di dalam keadaan hancur luluh segala daging mereka dan dipakaikan baju yang diperbuat daripada api neraka. Mereka disiram air yang menggelegak (Hamim) di atas kepala mereka, maka hancur daging yang ada pada perut dan kulit mereka, malah pada ketika itu juga dipukul dengan cambuk-cambuk besi. Abu Hurairah RA berkata yang bermaksud, “Sesungguhnya hamim (sejenis tembaga yang panas menggelegak) akan dituangkan di atas kepala mereka. Lalu dimasukkan ke dalam tempurung kepala mereka dan mengalir ke bahagian perut sehingga putus urat-urat perutnya, meleleh dan keluar ke bahagian kaki, kemudian kembali semula kepada keadaan asal.”

139. Neraka yang menempatkan golongan kafir dan munafik ini disempitkan ALLAH SWT dan hanya memuatkan ukuran badannya dan sangat padat. Ketika hidup di dunia dahulu, mereka ini tidak mempercayai dengan hari pembalasan dan Padang Mahsyar. Firman ALLAH SWT di dalam surah al-Furqaan, ayat 11-14 maksudnya: Mereka bukan sahaja mendustakanmu (mendustakanmu: merujuk kepada Nabi Muhammad SAW, dipetik dari Tafsir al-Khawatir al-Imaniyyah) bahkan mereka juga mendustakan hari kiamat; dan Kami telah sediakan bagi sesiapa yang mendustakan hari kiamat itu, api yang menjulang-julang [11] Apabila neraka itu melihat mereka iaitu orang-orang musyrikin dari tempat yang jauh, kedengaranlah mereka

85

suara kemarahannya yang menggelegak dan mengeluh [12] Dan apabila mereka dihumbankan ke tempat yang sempit di dalam neraka itu, dengan keadaan mereka dibelenggu, menjeritlah mereka di sana meminta sejenis kebinasaan (yang melepaskan dari azab itu) [13] (Lalu dikatakan kepada mereka): “Janganlah kamu menjerit-jerit meminta pada hari ini sejenis kebinasaan sahaja, tetapi mintalah kebinasaan sebanyak-banyaknya (kerana azab yang menunggu kamu di sini banyak jenisnya) [14]”

140. Menurut Ibnu Abbas RA ketika seseorang itu akan diseret ke neraka, lalu kedengaran neraka itu menarik nafas seolah-olah seperti seekor keldai yang bernafas di hadapan gandum, sehingga tidak tinggal seorang pun kecuali rasa takut di saat mendengar api neraka yang menarik dan kedengaran seperti ingin menerkam manusia. Keadaan penghuni neraka di kalangan golongan kafir dan munafik juga mereka dijatuhkan ke dalam neraka bagaikan orang yang terjatuh daripada gunung. Ketika mencuba untuk naik semula ke bahagian atas neraka yang sangat menyukarkan, mereka ditolak kembali dengan berasa gayat dan keadaan itu berterusan demikian tanpa tiada kesudahannya.

141. Dahsyatnya seksaan neraka ALLAH SWT terhadap

golongan yang ingkar dirakamkan di dalam al-Quran, di antaranya menerusi firman ALLAH SWT di dalam surah

Saba’ ayat 33 maksudnya: “Dan berkata pula orang-orang yang tertindas kepada orang-orang yang sombong takbur itu: “Tidak! Bahkan (yang menghalang kami daripada beriman ialah) perbuatan kamu memperdaya kami malam dan siang, ketika kamu menyuruh kami berlaku kufur kepada ALLAH SWT dan mengadakan sekutu-sekutu bagiNya. Akhirnya masing-masing diam sambil memendamkan perasaan sesal dan kecewa semasa mereka melihat azab; dan Kami pasangkan belenggu-belenggu pada leher orang-orang yang kafir itu. Mereka tidak dibalas melainkan dengan apa yang mereka telah kerjakan.”

142. Azab penghuni neraka bermula dengan belenggu yang mengikat tangan dan kaki mereka serta pakaian mereka daripada minyak tar yang panas sebagai lambang penjenayah dunia-akhirat, sama seperti penjenayah dunia dipakaikan dengan pakaian

86

seragam pusat tahanan. Belenggu tersebut cukup berat yang menjadi beban berlipat kali ganda daripada berat mereka sendiri. Firman ALLAH SWT dalam surah Ibrahim, ayat 49-50 maksudnya: “Dan engkau akan melihat orang-orang yang berdosa pada ketika itu diberkas dengan belenggu [49] Pakaian mereka dari minyak tar (belangkin), dan muka (serta seluruh badan) mereka diliputi oleh jilatan api neraka [50]”.

143. Menurut ulama tafsir seperti Wahbah al-Zuhaily ayat tersebut bermaksud bahawa ALLAH SWT menyuruh malaikat Zabaniah (penjaga neraka) untuk memegang orang kafir dengan tangannya diletakkan di leher lalu diikat dengan belenggu, lalu mereka dihumban ke dalam neraka dan dibakar. Menurut al-Qurtubi setelah itu 100,000 malaikat berebut-rebut memegang mereka yang dibelit dengan rantai dengan sekuat kuatnya yang panjangnya 70 hasta, setiap satu hasta sama panjangnya dengan timur dan barat. Ketika itu berusaha keras menantikan peluang untuk lari keluar dari neraka. Mereka berusaha merangkak keluar menuju ke bahagian atas neraka dan tindakan mereka itu dilihat oleh malaikat Zabaniah dengan pandangan yang seolah-olah mengejek ahli neraka, dan pandangan itu menambah beratnya bebanan yang ditanggung sebagaimana yang digambarkan di dalam surah al-Muddathir, ayat 17 maksudnya: “Aku akan menyeksanya (azab) dengan pendakian yang memayahkan”. Apabila mereka berada di dalam keadaan hampir untuk keluar dari neraka, tiba-tiba didatangi malaikat Zabaniah datang dan memukul mereka dengan besi dengan pukulan yang maha kuat menyebabkan mereka terbenam semula ke dasar neraka.

Firman ALLAH SWT dalam surah al-Hajj, ayat 21-22

maksudnya: “Dan mereka pula disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka [21] Tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, disebabkan mereka menderita azabnya, mereka dikembalikan padanya, serta dikatakan: “Rasalah kamu azab seksa yang membakar! [22]”.

144. Abu Said al-Qudri RA menyebut, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Kalaulah gunung itu walaupun hanya sekali dihentam daripada belenggu besi penghuni neraka, nescaya berkecai seluruh alam ini” (Riwayat Ahmad). Imam Ahmad menyebut di dalam kitab al-Zuhd daripada Sayyar bahawa Ja’far mendengar daripada Malik bin Dinar menyebut:

87

This article is from: