2NEW - Isi Rasuah (1-144)-15Mac2022.qxp_Layout 1 3/18/22 3:45 PM Page 84
Akan tetapi dirimu hanya ingin dikatakan bahawa si fulan (dirimu) adalah orang yang dermawan. Sebutan itu pun telah didapatkan. Lalu dihadapkan orang yang terbunuh di jalan ALLAH SWT. ALLAH SWT lalu bertanya kepadanya: Kerana apa dirimu terbunuh? Orang itu menjawab: Aku diperintahkan untuk berjihad di jalanMu. Aku lalu berperang hingga terbunuh. ALLAH SWT berfirman kepadanya yang bermaksud: Kamu telah berdusta. Malaikat berkata kepadanya: Kamu telah berdusta. ALLAH SWT berfirman kepadanya yang bermaksud: Akan tetapi kamu hanya ingin dikatakan bahawa si fulan (dirimu) adalah orang yang gagah berani. Sebutan itu telah didapatkan. Rasulullah SAW lalu memukul lututku dan bersabda maksudnya: Wahai Abu Hurairah RA, mereka bertiga adalah makhluk ALLAH SWT pertama yang merasakan api neraka pada hari kiamat nanti. (Riwayat al-Tirmidzi, Ibnu Hibban dan al-Hakim). KEADAAN PENGHUNI NERAKA 136. Pada hari akhirat kelak, manusia dibahagikan kepada tiga golongan iaitu kelompok manusia yang beriman kepada ALLAH SWT dan beramal soleh disediakan kenikmatan oleh ALLAH SWT dengan ganjaran syurga. Kelompok kedua terdiri daripada orang yang munafik yang berpura-pura beriman dan memperolokkan urusan agama. Mereka yang memilih melakukan dosa ketika hidup, munafik dari segi aqidah, ibadah atau akhlak disediakan dengan azab neraka. Kelompok ketiga pula di kalangan manusia yang kafir, yang tidak beriman kepada ALLAH SWT dan hari pembalasan disediakan dengan seksa neraka yang amat dahsyat. 137. Azab yang dikenakan ALLAH SWT kepada golongan kafir dan munafik pada hari kiamat, mereka diheret di dalam keadaan mukanya ke bawah dan dihumban ke dalam neraka. Firman ALLAH SWT, surah al-Qamar, ayat 47-48 maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang berdosa berada dalam keadaan sesat (di dunia), dan (di akhirat pula mereka berada dalam) api neraka [47] Semasa mereka diseret di dalam neraka (dengan tertiarap) atas muka mereka, (serta dikatakan kepada mereka): “Rasalah kamu sentuhan (bakaran) api neraka” [48]. Di dalam Surah Ghaafir, ayat 70-72 firman ALLAH SWT maksudnya: “Iaitu orang-orang yang mendustakan al-Quran dan segala apa yang dibawa oleh Rasul-rasul 84