6 minute read
Rumusan
RUMUSAN
69. Mengenali gejala rasuah ini bukannya sesuatu yang mudah untuk diatasi, maka kaedah pencegahan yang hendak diambil perlulah bersifat holistik dan dinamik kerana gejala rasuah ini sendiri tidak bersifat statik (cara dan kaedah rasuah dan salah guna kuasa berubah dari masa ke semasa). Justeru itu perkara-perkara berikut dicadang perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan iaitu :-
Advertisement
i) Memasukkan silibus integriti dan bahaya rasuah di dalam subjek pendidikan wajib kepada pelajar dari peringkat pendidikan rendah sehingga peringkat pendidikan tinggi bagi meningkatkan kefahaman pelajar mengenai jenayah rasuah. Subjek ini menekankan kepada aspek hubungan antara manusia dengan manusia dan antara manusia dengan ALLAH SWT. Justeru itu, janganlah kita memikirkan amalan rasuah itu nampak senang di dunia sengkek di akhirat.
ii) Perkhidmatan Awam Kerajaan yang sering terdedah dengan amalan gejala rasuah perlu diperkemaskan lagi melalui sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap (kompeten), akauntabiliti dan telus. Ini dapat dicapai dengan penjawat awam yang bertugas diberi latihan dan kursus memerangi rasuah dari masa ke semasa, mengadaptasi sistem kerja yang efisien dan berkesan, pengurangan proses interaksi kerja menggunakan tenaga kerja manusia kepada adaptasi sistem “digitalisasi dan online” dan memperhebatkan kempen anti-rasuah di kalangan penjawat awam seperti slogan “Bersih, Cekap & Amanah” serta “Kepimpinan Melalui Teladan” dan lain-lain.
iii) Rasuah politik merupakan satu lagi gejala yang amat sukar untuk dibendung 100%. Ini kerana politik menagih kuasa daripada rakyat di mana dengan kuasa yang dimiliki itu akan memberi pihak yang menagih itu melaksanakan polisi, dasar dan peraturan yang sepatutnya untuk kepentingan rakyat. Namun sering kali kuasa yang dimiliki itu disalahgunakan untuk kepentingan kumpulan serta kepentingan individu melalui kuasa politik ini. Di sinilah satu perubahan struktural dari segi dasar dan undang-undang untuk membanteras salah guna kuasa dan rasuah ini perlu
43
dilaksanakan dengan tegas serta dikemaskinikan dengan segera seperti Rang Undang-Undang Pembiayaan Parti Politik, Rang Undang-undang Pengisytiharan Aset dan Kewangan Ahli Parlimen dan Dewan Negara, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat dan sebagainya.
iv) Masyarakat juga tidak boleh berdiam diri dan bersikap tidak prihatin mengenai gejala rasuah ini. Peranan masyarakat amatlah penting dalam memastikan jaringan serta rangkaian rasuah ini terputus di antara pemberi dan penerima rasuah. Masyarakat perlu bertindak sebagai “telinga dan mata kerajaan” dalam memberi maklumat dan laporan mengenai kejadian rasuah. Juga bertindak sebagai penyampai kepada kempen-kempen Anti-Rasuah yang diadakan oleh pihak berkuasa dan mendidik masyarakat muda ke arah masyarakat yang bebas rasuah. Penguatkuasaan Undang-undang yang tegas dengan tindakan yang cepat oleh pihak berkuasa akan meyakinkan lagi rakyat untuk turut berganding bahu bersama pihak berkuasa di dalam memerangi rasuah.
70. Kita selalu berdoa lepas daripada solat dengan ungkapan yang sering kita ucapkan:
Maksudnya: “Ya ALLAH ya Tuhan kami berikanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat, jauhilah kami daripada azab api neraka”.
71. Di sisi ALLAH SWT hanyalah ada dua jalan sama ada ke syurga atau ke neraka justeru itu pilihan sama ada senang di dunia dan senang di akhirat atau senang di dunia sengkek di akhirat. Jawapannya sudah pasti orang yang bijak tidak mahu sengkek di akhirat maka kita tiada pilihan melainkan menjauhi amalan rasuah buat selama-lamanya. Kesudahannya sudah pasti akan kekal selama-lamanya dalam syurga. Renungilah dengan mata hati firman ALLAH SWT dalam surah al-Waqi’ah, ayat 1 - 60 yang bermaksud: “Apabila berlaku hari kiamat itu, [1] Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya, [2] Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat), [3] (Ia berlaku) semasa bumi
44
bergoncang dengan sebenar-benar goncangan. [4] Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur leburnya, [5] Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran, [6] Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya); [7] Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu? [8] Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu? [9] Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik baiknya di akhirat kelak); [10] Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi ALLAH SWT), [11] (Tinggal menetap) di dalam syurga-syurga yang penuh nikmat. [12] (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu; [13] Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian. [14] (Mereka duduk di dalam syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata; [15] Sambil berbaring di atasnya dengan cara berhadap-hadapan. [16] Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, [17] Dengan membawa piala-piala minuman dan teko-teko serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir. [18] Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya. [19] Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis- jenis yang mereka pilih [20] Serta daging burung dari jenis- jenis yang mereka ingini. [21] Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya, [22] Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. [23] Semuanya itu sebagai balasan bagi amalan-amalan baik yang mereka telah kerjakan. [24] Mereka tidak akan mendengar dalam syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; [25] Mereka hanya mendengar ucapan: “Selamat! Selamat!” (dari satu kepada yang lain) [26] Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu? [27] Mereka bersenang-lenang di antara pohon pohon bidara yang tidak berduri. [28] Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya, [29] Dan naungan yang tetap terbentang [30] Dan air yang sentiasa mengalir [31] Serta buah-buahan yang banyak, [32] Yang tidak putus- putus dan tidak pula terlarang mendapatnya, [33] Dan
45
tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya. [34] Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, [35] Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), [36] Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. [37] (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan; [38] Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu [39] Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian. [40] Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu? [41] Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak [42] Serta naungan dari asap hitam, [43]Tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan (keselesaan). [44] Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan). [45] Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar, [46] Dan juga mereka selalu berkata: “Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula? [47] “Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)?” [48] Katakanlah (wahai Muhammad kepada mereka): “Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian, [49] “Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum. [50] “Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat), [51] Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum, [52] “Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu [53] “Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak, [54] “Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas”. [55] Inilah (jenis jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari pembalasan itu [56] Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat) [57] (Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)? [58] Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakan nya? [59] Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan; [60]
46